Pages

Sunday, December 25, 2011

:: H.A.B.A.T.U.S S.A.U.D.A ::

Assalamualaikum buat para pembaca TintaSamudera... Pada entri kali ini, TS ingin membicarakan serba sedikit kelebihan Habatus Sauda. Sebenarnya TS sendiri baru sahaja mengamalkan Habatus Sauda ini, Jadi, nak kongsilah serba sedikit khasiat, kelebihan dan sebagainya....

:: Habatus Sauda {Boleh dapatkan di
kedai A'dil A'tor bg yang tinggal berhampiran Hayyu Sabi' ::



:: Habatus Sauda yang saya beli ::


APA ITU HABATUS SAUDA??

Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan timur tengah dan Mediterranean. Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Nama saintifiknya adalah NIGELLA SATIVA. Ia juga dikenali dengan nama Habbatus Sauda (Arab), Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu) serta banyak lagi.
Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu. Minyak habbatus sauda juga dijumpai tertanam dengan mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat.

 :: Pokok Habatus Sauda ::


INFO-INFO MENGENAI HABATUS SAUDA....

Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda bersabda yang bermaksud:

“ Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah S.W.T “(Riwayat Muslim)

Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda bermaksud:

“ Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan ubat dan penawarnya.”

Habbatus Sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengunati pelbagai jenis penyakit.

Jintan hitan diperolehi daripada bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-bijinya berubah menjadi warna hitam. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam makam Firaun Thukankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Jintan hitam ini juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk mengubati sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak constant dan 14% minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein, kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).

Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Namun setelah Ilmuwan Islam menjalani ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka barulah mengakui akan kebenarannya.

Jintan hitam atau Habbatus Sauda atau dalam bahasa saintfiknya Nigella Sativa telah digunakan dikebanyakan negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan namun kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab. Oleh itu, pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” (Riwayat at-Tirmizi).

Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan Habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”

Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi S.A.W bersabda: “ Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit al-saam. Ditanyakan apa itu penyakit al-saam, beliau berkata al-saam adalah kematian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis-hadis yang disebutkan di atas, maka jelaslah kepada kita akan kelebihan habbatus sauda. Malahan dari segi Perubatan Islam, minyak habbatus sauda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah mampu memulihkan pesakit yang mengalami gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

Habbatus sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bahawa habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebainya.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa habbatus sauda mampu untuk meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh adalah untuk memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.

Habbatus sauda juga mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut,. Air tersebut akan berubah menjadi warna kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan adunkan. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.

Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupapening, gangguan pernafasan, dan daya kosentrasi yang menurun. Habbatus Sauda yang mengandungi Saponin, boleh meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh manusia.

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress. Ini sisebabkan Saponin yang terkandung dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal dan otot tubuh serta saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, dan dapat menghilangkan stress.

Antara pengguan dan manfaat Habbatus sauda ialah:

1. Ditumbuk dibuat adunan dan dicampur dengan madu. Diminum setelah dicampurkan dengan air panas sebagai rutin harian. Ia dapat menghancurkan batu ginjal dan batu kandung kencing, memperlancar air seni, haid dan asi.
2. Diadun dengan air tepung basah atau tepung yang sudah dimasak. Ia bolah mengeluarkan cacing dengan lebih cepat.
3. Minum minyaknya kira-kira sesenduk setelah dicampurkan dengan air. Ia dapat menghilangkan sesak nafas dan penyakit yang sejenis dengannya.
4. Dimasak dengan cuka dan dipakai untuk berkumur-kumur bagi mereka yag sakit gigi.
5. Digunakan sebagai pembalut dicampurkan dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan habbatus sauda yang masih belum diketahui. Moga kita bertambah yakin terhadap Islam dan perubatan Islam. Wallahu’alam.
:: Kapsul Habatus Sauda ::


Saya telah mencubanya... anda bila lagi??

Copy paste dari sumber:

Habatus Sauda 1
Habatus Sauda 2
Habatus Sauda 3




:: Big Big World ::



Big Big World lyrics
Songwriters: Anderson, Lars; Rydberg, Emilia Hanna;



I'm a big, big girl in a big, big world
It's not a big, big thing if you leave me
But I do, do feel that I do, do will miss you much
Miss you much

I can see the first leaf falling
It's all yellow and nice
It's so very cold outside
Like the way I'm feeling inside

I'm a big, big girl in a big, big world
It's not a big, big thing if you leave me
But I do, do feel that I do, do will miss you much
Miss you much

Outside it's now raining
And tears are falling from my eyes
Why did it have to happen
Why did it all have to end

I'm a big, big girl in a big, big world
It's not a big, big thing if you leave me
But I do, do feel that I do, do will miss you much
Miss you much

I have your arms around me
Warm like fire
But when I open my eyes
You're gone

I'm a big, big girl in a big, big world
It's not a big, big thing if you leave me
But I do, do feel that I do, do will miss you much
Miss you much

I'm a big, big girl in a big, big world
It's not a big, big thing if you leave me
But I do feel I will miss you much
Miss you much




Blog Song: Ninth 9th

:: Cahaya Hati ::


Lirik Lagu Opick – Cahaya Hati



Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu


Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau selalu terjaga yang memberi segala


Reff:
Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi


Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Back to Reff:

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Back to Reff:

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah


Lagu Blog ke-8

Thursday, December 8, 2011

:: I is For I.K.H.L.A.S ::


Ikhlas has been interpreted  as being upright, sincere, and pure


Purity of intension, straightforwardness in thought, pursuit of no worldly purposes in one's relationship with God, and loyalty in servanthood to God are also included here.

The word 'Ikhlas' also refers to the well-known Surah Al-Ikhlas in the Quran: "Say, He, God, is One. God the Everlasting. He never begot, nor was begotten, nor is there an equal to Him."

Ikhlas requires that one persue nothing worldly while worshipping ang obeying God, that one fulfills the duty of servanthood only because God orders it, and that one remains silent concerning any personal experiences of God's special treatment and special gifts and seek only His approval and pleasure.

Take a good care of your heart..

Sumber

Friday, November 25, 2011

:: Salam Maal Hijrah ::

:: 1 Muharam 1433 ::
Selesai membaca doa akhir tahun (1432) sebelum Maghrib dan membaca doa awal tahun (1433) selepas Maghrib.. Masih dalam program Pearl's In You 3.... 



Kedatangan Muharam mengajak kita untuk merenung sejenak musafir kita di dunia ini. Terkadang dalam musafir itu, kita tersalah arah, banyak kali juga kita tersilap langkah. Siang dan malam yang silih berganti seolah-olah membuai kita sehingga kadang-kadang kita lupa siang dan malam yang mendatang bukan lagi ia yang semalam. Setiap detik waktu yang berlalu tidak akan kembali melainkan pada Hari yang Dijanjikan, sama ada sebagai hujah bagi kita atau sebagai hujah ke atas kita. Justeru, renunglah kembali jauh ke dalam diri, adakah kita telah benar-benar menyempurnakan  tujuan utama kita diciptakan?


Sahabat yang dikasihi,
Allah (swt) telah menganugerahkan kepada umat Muhamad (saw) pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Begitu juga dalam bulan Muharam, Allah telah menjanjikan kelebihan bagi orang-orang yang berpuasa padanya sebagimana sabda Nabi (saw):
Dari Abu Hurairah (ra), katanya: “Rasulullah (saw) bersabda:
“Seutama-utama berpuasa sesudah bulan Ramadhan ialah dalam bulan Allah yang dimuliakan – yakni Muharram – dan seutama-utama shalat sesudah shalat wajib ialah shaliatullail – yakni shalat sunnah di waktu malam.” (Riwayat Muslim).
Demikian juga kelebihan yang telah Allah janjikan pada 3 Hari Sepuluh yang utama dalam Islam. Hari Sepuluh yang pertama yang dimaksudkan adalah 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan yang padanya telah Allah jadikan suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Firman Allah (swt): (Sesungguhnya telah Kami turunkannya(al-Quran) pada malam al-Qadr, malam al-Qadr yang lebih baik dari seribu bulan).[al-Qadr: Ayat 1&2]
Diceritakan oleh Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Rasulullah (saw) itu beri’tikaf dalam sepuluh hari yang terakhir dari bulan Ramadhan dan beliau (saw) bersabda: “Carilah lailatul-qadri itu dalam sepuluh yang terakhir – yakni antara malam ke 21 sampai malam ke 30 – dari bulan Ramadhan.” (Muttafaq ‘alaih)
Hari sepuluh yang kedua pula adalah sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah sebagaimana dalam sabda baginda (saw):
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah (saw) bersabda:
“Tidak ada hari-hari yang mengerjakan amalan shalih pada hari-hari itu yang lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini,” yakni hari-hari sepuluh – yang pertama dari Zulhijjah. Para sahabat berkata: “Ya Rasulullah, apakah juga tidak lebih dicintai oleh Allah mengerjakan jihad fi-sabilillah?”
Beliau (saw) menjawab: “Tidak lebih dicintai oleh Allah pada hari-hari selain hari-hari sepuluh itu untuk berjihad fi-sabilillah, kecuali seseorang yang keluar dengan dirinya dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan membawa sesuatu apapun dari yang tersebut – yakni setelah berjihad lalu mati syahid. (Riwayat Bukhari)
Manakala Hari Sepuluh yang terakhir adalah Hari ‘Assyura iaitulah hari kesepuluh dalam bulan Muharam. Pada hari ini, Rasulullah (saw) telah menganjurkan umatnya untuk berpuasa padanya sebagaimana sabda baginda:
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘Assyura – iaitu tanggal 10 bulan Muharram – dan memerintahkan – ummatnya – untuk berpuasa pada hari itu pula.
Kalaulah puasa pada hari Arafah dapat menutupi dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang, puasa pada 10 Muharam pula, telah Allah janjikan padanya pengampunan ke atas dosa setahun yang lampau.
Dari Abu Qatadah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Asyura – tanggal 10 Muharram, Beliau (saw) lalu bersabda: “Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau.”
Menyingkap peristiwa di sebalik 10 Muharam, pada hari tersebut, Allah (swt) telah menyelamatkan Nabi Musa (as) dan pengikutnya dari bani Israel (yahudi) daripada Firaun dan bala tenteranya. Justeru sebagai menyatakan kesyukuran kepada Allah, Nabi Musa (as) telah berpuasa pada hari tersebut dan diikuti oleh kaumnya bani Israel. Sebagai menyalahi amalan Yahudi, Rasulullah (saw) telah menganjurkan umatnya berpuasa pada hari Tasu’a (hari kesembilan dalm Muharam).
Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Niscayalah jikalau saya masih tetap hidup sampai tahun muka, tentulah saya akan berpuasa pada hari kesembilan – bulan Muharram yakni Tasu’a.” (Riwayat Muslim)
Merenung kembali keangkuhan Firaun dan ketabahan Musa (as) di sebalik peristiwa 10 Muharam, menguatkan lagi keyakinan kita pada janji Allah untuk memenangkan Islam di muka bumi. Namun adakah usaha kita pada amal dakwah sehebat dan secekal usaha Musa (as) sehingga melayakkan baginda beroleh pertolongan dari Allah?
Ketabahan Musa (as) dalam meninggikan kalimah Allah (swt) seharusnya menjadi motivasi kepada kita untuk memperbaharui azam supaya lebih cekal dan bersungguh-sungguh dalam jihad kita mencari ilmu khususnya di Perlembahan Nil, bumi Musa dan juga bumi Firaun.
Wallahua’lam.
shared from Wordpress

Monday, November 21, 2011

:: Selamat Ulang Tahun ::


Selamat
ulang
tahun.

.::TINTA
     SAMUDERA::.

Alhamdulillah, hari ni bersamaan 
21 NOVEMBER 2011
genaplah umur
::TintaSamudera::

Semoga lebih memberi manfaat 
pada masa akan datang...

Best wishes juga for the special day..
3^07o5+07

::Insyaallah.. Biiznillah::


Tuesday, November 15, 2011

:: Perjalanan Itu Sebuah Kenangan ::

:: Wardati.... so sweet, nice (^_^)!! :

"Ya Allah, jika ini adalah yang terbaik untuk-Mu dan Ad-din agama-Mu, maka permudahkanlah urusanku keseluruhannya.. "
Alhamdulillah... Perjalanan sebuah kehidupan itu benar-benar mengajarku erti kedewasaan. Menguji hati dan keseluruhan jiwaku. Sungguh, kudratku sebagai seorang manusia penuh keterbatasan.. Aku akui kelemahanku sebagai seorang hamba kepada-Mu.. Ya Hayyu Ya Qayyum, birohmatika astaghis, aslih li syakni kullah, wala takilni ila nafsi torfata a'ini... Alllaaahhh....

Berpijak di hamparan bumi, di bawah lembayung kudusnya Nur Ilahi, melabuhkan pandangan ke dada langit, menerokai celorengan awan larat yang kuumpamakan seperti lukisan abstrak di kanvas... Suasana indah dan bening.... :-)

Hampir dua bulan bermukim di daerah emas ini membawa ku menjadi nakhoda dalam pelayaran menuju cita.. Tajdid niat agar sentiasa semangat, dengan hati yang sentiasa berbolak-balik, mengukuhkan kesepaduan setiap deria. Mewaqafkan pengorbanan dalam setiap tindakan.. Waima segalanya sangat berat untuk dihadapi.

Aku berdiri sebagai seorang pemudi, melihat cabaran kehidupan yang menggila, ketempangan akidah semakin   membarah, akhlak umat Islam semakin rosak akibat serangan musuh Islam dari hari ke hari tidak pernah berhenti. Maka, umat ini memerlukan mereka yang jiwanya sangat hampir kepada Tuhan, hatinya sentiasa berpaut kepada cita-cita dan kemenangan Islam, maka pemuda adalah jawapannya. Mengapa pemuda? Sebab pemudalah mempunyai karakter yang disebut oleh As Syahid Al Imam iaitu iman, ikhlas, semangat dan amal...

"Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dan merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni Iman, Ikhlas, semangat dan amal merupakan kerakter yang melekat pada diri seorang pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda." (Risalah Ila Syabab..As Syahid Al Imam)


Lalu kita sebagai seorang Muslim haruslah bertindak, Islam bukan sekadar nama, bukan jua sekadar gelaran. tetapi sematkan Islam dalam diri. Bersatu bersama untuk meneraju Islam menghadapi fenomena dunia. Bukanlah bermaksud kita hanya berada dalam satu bulatan, tetapi kita bergerak mendukung Islam...
Semoga kamu jua bersamaku...(^_^)

3^07+507
:: Pemudi harapan ::

Wednesday, November 9, 2011

:: Melakar Cinta Di Pintu Syurga ::



Melakar Cinta Di Pintu Syurga

Album : Kompilasi Lirik Terbaik Ito Lara
Munsyid : Far East
http://liriknasyid.com


Berdirinya aku di daerah zulumat
Mengutip titis doa di malam rahmat
Bersama renai kasih yang menguyur
Ingin melakar cinta di syurga

Sesungguhnya cinta yang ku galas dulu
Hanya cinta semusim wangi sekejap
Harumnya takkan sampai ke penghujung
Indah mekarnya hanya di kuntum

Sedangkan taman-Mu amat indah
Tiap penghuninya dikurniai rahmat
Datang berbekal amalan
Tanpa sepalit noda

Setelah kian lama mengatur jejak langkah
Makin fasih mentafsir liku hidup
Diri terlepas bebas dan leka tanpa batas
Bagai menabur benih sang hilalang

Bendang-terbendang hampar padinya
Dimusnahi bena
Aku yang terpedaya

Hijrahkan aku dengan hati putih
Kembali berpaut pada akal budi
Pasrah bersujud dibawah naungan
Langit kesedaran

Moga terlakar cintaku dipintu syurga..


Lagu blog ketujuh... HUHU

:: Melawan Kesepian ::


~ Melawan Kesepian ~
Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata yang tertahan
Waktunya tuk di jatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Reff: 
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga bisa kulawan
Kesepianku...

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun itu
Pelajaran yang berarti

Kembali ke: Reff

Reff II: 
Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga bisa kulawan
Kesepianku...

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga bisa kulawan
Kesepianku...

lagu blog ke enam.... :-)

Tuesday, October 11, 2011

:: Hari Pertama di Kuliah ::

::Kuliah Lughah::


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam… Hari ini untuk  pertama kalinya aku melangkah ke Universiti Al-Azhar Lil Banat sebagai seorang mahasisiwi,.  Jika sebelumnya kehadiranku hanya untuk mengambil jadual, kini aku telah berada di dalam kuliah untuk hari yang pertama… dan sesungguhnya, bagi mereka yang belum lagi mengubah corak pemikiran mereka, pasti mereka berasa satu kejanggalan, tetapi bagiku dan rakan-rakan yang telah didedahkan dengan suasana di dalam kuliah oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sebelum ini, kami merasakan tiada apa yang perlu dihairankan…. Pastinya, hari ini sungguh menerujakan..  Namun, aku cukup kagum dengan semangat-semangat mahasiswi Mesir yang begitu bersungguh-sungguh dalam mentelaah, sehinggakan bertalu-bertalu soalan-soalan yang diajukan pada dokturah..  Sedangkan aku pula masih terkial-terkial memahami apa yang diucapkan oleh para dokturah.. (sejenak memikirkannya membuatku tersenyum sendirian…)

::Mahasiswi-mahasiswi::

Madah pertama pada hari ini ialah Nahu.. Alhamdulillah, Bahasa Arab Fusha yang lebih banyak dituturkan berbanding Bahasa Arab Ammi oleh dokturah membuatkan kami berasa lega kerana sebanyak sedikit kami dapat menangkap apa yang diucapkan,,. Tambahan pula, selepas sahaja kelas pertama selesai  kami telah ditusyenkan beberapa minit oleh sahabat-sahabat arab yang baru kami kenali.. Aya 1, Nada, Aya 2 dan Amnah. Bersungguh-sungguh mereka menerangkan kepada kami apa yang telah diajarkan.. Mungkin sebab utamanya, mereka suka membantu, dan mungkin juga mereka  berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan sahabat dari Malaysia.. huhu dan yang membuatkan kami terhibur  adalah kerana dengan  kegembiraan mereka juga, mereka menyaji kami dengan 'ish baladi yang dalamnya terdapat kentang goreng, tak cukup dengan itu, sebelah tangan lagi dihulurkan pula roti hotdog,, agak kelakar kami rasa kerana kedua-dua tangan dipenuhi makanan…huhuhu J Selain itu juga, salam perkenalan mereka selain bertanya nama, mereka mesti bertanya, “Adakah awak menghafal Quran? Berapa juzuk sudah  dihafalkan? “Kami menjawab apa yang seadanya…  (mood:gembira+bahagia)
::Nilah sahabat-sahabat kami::
::makan 'ish baladi sambil belajar::

Madah kedua yang kami ikuti pula ialah kelas Tarikh Adab.. Madah ini, kami agak berpinar sedikit, mana tidaknya, madah sejarah katakan, ditambah pula dengan bahasa ammi yang dituturkan oleh dokturah membuatkan mata kami pejam celik pejam celik,,, minda pun cuba berinteraksi dengan  baik.. Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kami, malah membuatkan kami tidak sabar-sabar ingin menguasai bahasa dengan cepat…  Insyaallah… Kami semangat!!!!

Hehe.. keadaan kuliah seperti yang kukatakan tadi, aku sudah di hadamkan dengan suasananya, dengan suara-suara yang hingar-bingar,  dengan “meja” dan “kerusi” di kaki… (masih tersenyum mengenangkan)…. Namun apa yang ingin kukatakan,,,  “Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar diatas segala kesusahan di dalam mencapainya.” J

 Sekian minni… Teruskan usaha…..

Kredit buat sahabat tercinta… fighting!! (Lughah)
·         Nurzaleha bt Ab Talib
·         Siti Ramizah bt Ramlan
Tak lupa juga buat Nurjannah Atirah bt Arif (Syariah)…  Walaupun tak sama kelas, tapi satu universiti.. hehehe go…go… Jannah!!

Athofunnisa……
Siti Athirah binti Abdul Rahim… J

Monday, October 10, 2011

:: Sekalung Tahniah Buat Para Graduan ::

::Ramai peminat nak amik gambar..hehe::

Meminjam kejayaan mereka sebagai perangsang semangat ini, sebagai pembakar semangat ini.... Memulakan langkah dengan satu tapak sehingga aku bisa berlari selaju yang mungkin, untuk bersaing bersama atau lebih maju ke hadapan... Insyaallah... Aku kan terus Semangat.. Semangat... Semangat!!!!! Insyaallah.... :-)


Macam tak sangka dapat turut sertai Majlis Konvokesyen kali ke-6 yang diadakan di Dewan Al-Azhar Conference Center Nasr City ini, walaupun sebagai pengiring.. Sungguh membuatkan diri ini teruja..
Setelah para graduan masuk ke dalam dewan, aku pun melangkah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk...
::Bersama Kak Liyana dari tempat duduk::
Kami semua diarahkan berdiri tatkala Syeikh Al-Azhar yang diiringi oleh TYT Duta Besar Malaysia dan tetamu kehormat akademik masuk ke dalam dewan. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Rasmi Mesir (dah lama nak dengar sebab sama rentak ngan lagu Maahad... tercapai jua...) dan Lagu Negaraku..

::Syeikh Al-Azhar::

Seterusnya, selepas pengisytiharan pembukaan majlis (taknak cite panjang-panjang),, penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik menyusul...

  • Anugerah Imam Syafie
  • Anugerah Imam Bukhari
  • Anugerah Imam Sibaweih
  • Anugerah Imam Jazari 
  • Anugerah Imam Nawawi
Terasa bulu roma meremang tatkala nama-nama graduan yang memperoleh anugerah tersebut diisytihar...(diriku mahu berada di tempat itu jua.. Insyaallah)... Ya Allah, moga impian ini diperkenankan.. Aminn Ya Robb...
Terpancar kegembiraan pada wajah-wajah para graduan.. Alhamdulillah, segala usaha telah terbukti kini dengan sekalung ijazah dalam genggaman... Terasa segala lelah terhapus kini. Segalanya menjadi satu pengalaman manis dalam kehidupan. Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis......... :-)
::Inilah Daku::

Bicara mengenai impian, semua orang punya cita-cita tersendiri, punya matlamat, punya impian... Jika menggapai segulung ijazah itu adalah satu impian, adakah itu sudah cukup memadai?? Pastinya tidak bukan.. Turun naiknya, penat lelahnya, berhempas pulas setiap masa, bersengkang mata setiap malam, adakah hanya untuk segulung ijazah?? Jika kita amati, segulung ijazah itu cumalah hasil apa yang kita belajar untuk menghadapi peperiksaan, tapi apakah yang kita perlu lakukan dengan pengiktirafan segulung ijazah itu,? Nah,,,, manfaatkan untuk ummah,, bangunkan masyarakat.. Sesungguhnya, erti sebuah kejayaan lebih besar daripada itu..Kejayaan bukanlah untuk dimiliki berseorangan, tetapi kejayaan adalah milik kita BERSAMA...

Janganlah sesekali berasa jemu untuk terus belajar. Sesungguhnya ilmu Allah ini sangat luas,. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada risikonya.. Jadi, risiko belajar adalah gagal.. Jika tidak mahu hadapi kegagalan, maka tidak perlu belajar. Tapi kita kene ingat bahawa hidup ini jua adalah satu pembelajaran. Kita tetap akan menghadapinya.... :-) Teruskan menggali ilmu-ilmu yang melata di bumi ini.... 

Sedikit perkongsian ciri-ciri insan berjaya di dalam Surah Al-Mukminun::-
  1. Beriman kepada Allah
  2. Menunaikan solat dengan kusyuk
  3. Menjauhi perkara keji dan sia-sia
  4. Mengeluarkan zakat
  5. Menjaga kehormatan diri
  6. Menunaikan amanah dan janji
  7. Menjaga waktu-waktu solat


Kredit buat para graduan 2011......
::Barisan Graduan 2011::


::Para Graduan setelah menerima ijazah:: 
::Senyum Sokmo::

::Senyuman kegembiraan::

::Alhamdulillah..graduan 2011::

::Bersama Alang Su::
::Kak Nor dan Along Yati.. seniorku 2005::

::Alang Syipah..senior 2005::

Dan seterusnya........


suatu hari nanti.......
INSYAALLAH..
AMINN YA ROBB....

salamanisemanisenyumanmuitu........

Wednesday, October 5, 2011

:: Andai Perjuangan Ini... ::



Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya..

Andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqomah..

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik padanya..

tapi....

hakikat perjuangan bukan begitu...

turun naiknya,,
sakit pedihnya,,

umpama..

kemanisan yang tidak terhingga,

andai rebah bangkitlah semula,,
andai terluka ingatlah janji-Nya,,

kerana apa perjuangan itu pahit??

Kerana
Syurga itu manis....


Thursday, September 29, 2011

:: Ahlan Ila Ardhul Kinanah ::




Kumendongak ke langit tatkala terasa sinaran mentari menyengat kulitku. Memandang hamparan bumi yang berdebu seraya terdengar hon kenderaan yang bertali arus. Bersyukur aku tatkala diri merasakan masih memiliki dua nikmat yang terbesar iaitu; nikmat Iman dan Islam. Masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Masih diberi peluang menjejakkan kaki di ardhul kinanah ini. Jelas selama ini hanya bermain di animasi minda, kini menjadi satu kenyataan. Aku tidak merasakan sedikit culas lantaran ini adalah pilihanku. Cuma jiwa yang penuh harapan ini berharap agar diri ini tidak futur, semangat ini tidak luntur lantaran mehnah dan tribulasi yang bakal kuhadapi. Benar, semangat dan futur itu milik Allah, namun cukuplah sekadar sebagai peringatan bahawa ini bukan pengakhiran perjalanan, tapi perjalananku baru bermula. Benarlah janji Allah itu pasti,  aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Mengetahui.





Berbicara kepada tuhan, tentang amanah yang dipertanggungjawabkan, membuatku malu dengan kealpaan yang sering kuterlupa dan terabai dengan fatamorgana duniawi.  Bermukim di daerah kepuasan merasakan diri lengkap segala keperluan walhal diriku seorang musafir hina yang kosong dahagakan petunjuk dariNya… Aku khilaf kerna sering mengharapkan nikmat dariNya sehingga aku terlupa dengan nikmat yang telah aku kecapi, sehingga aku terjatuh lalu tersedar atas kasih sayangNya.. Syukur Ya Allah..





Bagaimana aku ingin menilai kehebatanku tanpa diuji olehMu, Ya Allah, aku tidak minta agar dikecilkan ujian, cuma aku memohon kepadaMu agar dibesarkan iman untuk menghadapinya.. Kehidupan yang jauh dari keluarga, tanah air ini menuntutku menjadi seorang  mujahidah yang kental . Aku akan terus berlari hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan  yang tidak sampai ke garisan penamat, tidak akan selesai.  








Memandang penuh teka-teki…………….


Monday, August 29, 2011

:: Salam Menyambut Hari Lebaran ::


    .i.  *   c       .i. '   
 * | .|    _L_'    | .|  *
   .| .|_(" " " " )_| .|    
.:|.:.:.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.:.:|:. 
                               

Lisan kadang kala tak terjaga,
janji kadang kala terabaikan,
hati terkadang berprasangka,
sikap ada kalanya menyakitkan....

Walau salam tak bersambut,
walau jabat tak bertaup,
walau lafaz tak terdengar,
namun,
kemaafan jua yang dipinta....

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin..... 

Sunday, August 14, 2011

:: Hidup Ini Suatu Pembelajaran ::

Salam penghormatan Islam, salam penghormatan dari sisi Allah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Sedar tak sedar, diam tak diam, sudah hampir 4 minggu aku mendiami markas ini.. Bersama rakan-rakan dalam Program Intensif Timur Tengah. Segalanya berlaku di luar sedar aku. Manakan tidak, kekecewaan bertukar menjadi satu kesyukuran, kesedihan bertukar menjadi satu kegembiraan,. Aku merasai kenikmatan itu setelah jatuh terduduk, benarlah Allah menguji hamba-Nya untuk menilai keimanan diri. Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan menikmati nikmat yang terbesar, iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam....
Aku bukan sang penyair yang mampu memberi azimat yang puitis, ku jua bukan seorang penyajak yang kata-katanya bisa menggetarkan jiwa, namun tulisan hatiku bukan inginkan perhatian tetapi inilah nukilan cerita hatiku..

Aku masih memandu kehidupan ini dengan penuh hati-hati. Bersedia menghadapi segala kemungkinan yang diriku sendiri tidak mengetahui segala caturan Allah, adakalanya aku menjangkakan segala rancanganku adalah yang terbaik tetapi perancangan Allah itu jauh lebih indah,. Ya,, tidak terjangkau oleh pemikiran seorang insan. Pelbagai persepsi yang akan dirasai namun yakinlah Allah itu Maha Mengetahui.. Barangkali kita tidak suka sesuatu perkara itu tetapi itulah yang terbaik untuk kita, barangkali jua kita menyukai sesuatu perkara itu tetapi ia tidak baik untuk kita. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tak ketahui..
Yakin dengan Allah, serah segalanya pada Allah..

Pesan seorang insan saat aku merasakan seperti aku umpama layang-layang yang putus tali.. katanya,, "Ingat, Allah berfirman.. Sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan,, dan Allah ulang lagi menguatkan ayat tu, Sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan.. Jadi, kita kene yakin dengan Allah.." Ya,, terima kasih ku ucapkan kerana semangat itu.. Alhamdulillah...



Minggu Pertama,,
20 Julai 2011: Aku memandu pacuan 4 rodaku ke Pejabat SMATT yang terletak di Pusat Dakwah untuk mendaftar.. Kemudian aku teruskan pemanduanku ke Pusat Saudara Baru yang terletak di Rahang. Aku sudah biasa dengan laluan ke sini kerana ku selalu melawat rakan-rakanku sebelum ini. Dan hari ini kehadiranku bukan sebagai seorang pelawat, tetapi sebagai seorang mujahidah yang akan bersama-sama mereka meneruskan perjuangan jihad ilmu.. Kehadiranku disambut oleh akak urusetia yang telah kukenal jua sebelum ini, Kak Tra Hani. Kemasukkanku ke dalam program ini agak terlewat sedikit kerana aku pun sebenarnya menggantikan seorang sahabatku yang telah keluar dari program ini setelah permohonannya di Amanah Raya diterima.. Seterusnya, peluang ini diberi kepadaku.. Segala Puji Bagi Allah.. Pesanan Ustaz Roslizan kepadaku yang tidak mungkin kulupakan.."Tunjukkan kesyukuran dengan kesungguhan".. Allahu Akbar.... Minggu ini adalah minggu KEMBAQ, program yang tidak asing jua bagiku,. aku bersama ayahanda kembali.

::Leha, Syue, Jannah, Ramizah dan Athirah::
Program KEMBAQ tamat pada hari Jumaat, dan pada hari Sabtu (23 Julai 2011) diadakan perasmian Pusat Saudara Baru ini dan dirasmikan oleh YAB Dato Seri Utama Mohamad bin Hj Hassan. Kami merasai pengalaman bersama dengan para muallaf. Mereka yang telah diberi hidayah dan taufiq oleh Allah untuk Ad-din yang satu yang diredhai-Nya... Acara yang dimulakan dengan Forum Perdana pada sebelah pagi dan perasmian diadakan pada sebelah petangnya.

::Menteri Besar sedang bersalaman dengan para tetamu::
Turut hadir sama dalam perasmian ini ialah, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Hasim Rusdi dan Pengerusi Persatuan Cina Muslim Malaysia cawangan negeri, Muhammad Ridzuan Lau Abdullah.


Disini ingin kukongsikan serba sedikit ucapan daripada YAB Dato Seri Utama Mohamad bin Hj Hassan dalam upacara perasmian beliau..


"Kerajaan negeri sentiasa melakukan apa sahaja cara bagi menegakkan syiar Islam di negeri ini termasuk melalui pendidikan, pembangunan masjid dan lain-lain lagi".
"Kita ingin melihat syiar Islam terus dijulang di negeri ini dan menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan untuk menjayakannya," .



Dalam pada itu, YAB jua turut mengingatkan segelintir pihak agar tidak 'merampas' agama demi kepentingan masing-masing kerana Islam adalah milik semua umatnya.
Beliau mahu supaya umat Islam mempunyai ciri-ciri yang terpuji sekali gus mengetepikan segala tohmahan yang dilemparkan selain persepsi tidak benar mengenai agama itu sendiri.


"Sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan segala tohmahan yang dilemparkan oleh orang ramai yang beranggapan bahawa Islam adalah agama yang menggalakkan keganasan dan miskin. Usaha ini perlu bermula daripada sekarang melalui pendekatan umatnya untuk menjadi ummah terbaik," jelasnya.


Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan jua  berkata, banyak perkara yang boleh dilakukan kerajaan dan pendakwah bagi memastikan syiar Islam terus dikembangkan dengan cara dan pendekatan masing-masing.


Oleh yang demikian, kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlu memastikan syiar Islam terus berkembang dan diletakkan di tempat yang tertinggi. Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Justeru, ayuh para mujahid, para mujahidah, sama-sama kita tegakkan Ad-Din selari dengan mandat Menteri Besar..



Majlis jua diserikan dengan kehadiran kumpulan nasyid dari Studio Muallaf di TV Al Hijrah... Maka berakhirnya minggu pertamaku di PITT.... Masuk pula minggu kedua...

Minggu kedua ini, aku sudah masuk ke kelas, mengikuti pembelajaran bersama-sama mereka, menelaah apa yang dah tertinggal,. Mengikuti kelas formal dan tidak formal... kelas Hafazan, kelas Tajwid, kelas Bahasa Arab Ammi, kelas Matan  Ajurrumiah dan kelas Bahasa Inggeris.. Sungguh menyeronokkan..

 Pada hari Sabtu (30 Julai 2011), telah diadakan pula Hari Sukan... huhu takde ape nak diceritakan, cuma nak kongsi gambar je...







::Aktiviti sukaneka, kembali ke zaman kanak-kanak::
Masuk pula minggu ketiga... maka bermulanya bulan yang dinanti-nantikan oleh semua umat Islam, Bulan Ramadhan, Ramadhan Kareem... Teringat tazkirah yang disampaikan oleh Azhari pada malam Ramadhan, Azhari mengarahkan kami meletakkan tangan kanan pada dada di sebelah kiri sambil melaungkan "AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAAN... RAMADHAN KAREEM..." 

Kesempatan ini jua, ingin kukongsikan serba sedikit tazkirah mengenai Ramadhan yang ku petik dari Halaqah::

Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah SWT- Tuhan semesta alam. Kita sangat-sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan kehendak-Nya, Dia telah memilih kita untuk sekali lagi berada dalam bulan Ramadhan yang mulia, yakni masuk ke dalam universiti Ramadhan. 


Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan. Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk universiti Ramadhan. Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.


Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah. Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amalan-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak? 


Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amalan-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat. Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.


 Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.

 Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.

 Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah. Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Maka, perbanyakkanlah amal ibadat pada bulan mulia ini... 


 Demikian sedikit tazkirah yang dapat kukongsikan....
Sebelum kuterlupa, sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat Puan Maliah, iaitu ibu kepada sahabat kami, Zulaimin... Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang -orang yang solehah. Pemergian arwah pada 4 Ramadhan 1432 bersamaan 4 Ogos 2011....
Pada hari Jumaat, kami diberi peluang pulang ke kampung dan kesempatan ini kami ambil untuk berbuka puasa dan sahur bersama keluarga tercinta..... :-)

Masuk pula minggu keempat... Dan pada minggu ini kami menghadiri Biro Tatanegara di Ulu Sepri, Rembau dari tarikh 8 Ogos 2011 hingga 12 Ogos 2011..

Banyak perngalaman dan pengetahuan yang kami peroleh dan dapati dari program ini.. Bermula dengan 4 wacana minda yang disampaikan oleh cendiakawan yang hebat. 
  • 1 Malaysia
  • Perlembagaan Negara
  • Ekonomi dan Negara Maju
  • Perkongsian Pengalaman
Kemudian kami berdiskusi di dalam kumpulan bersama fesilitator kami Tuan Roshaidi yang lebih mesra dengan panggilan yang kami beri sendiri "Om" iaitu pak cik... hehe


::Warga PITT2011 Muslimat Power::
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar, walaupun takde aktiviti outdoor melainkan perbarisan setiap pagi dan aktiviti dalam dewan. Barisan fesilitator pun takde yang garang-garang.. hehe semuanya tegas dalam kasih sayang.. 

Sedikit perkongsian yang didapati dari BTN

*8 Nilai-nilai Aspirasi
  1. Budaya Ilmu
  2. Budaya Ketepatan
  3. Budaya Berprestasi Tinggi
  4. Budaya Inovasi
  5. Integriti
  6. Kesetiaan
  7. Kebijaksanaan
  8. Ketabahan
Sekian dahulu dariku.... Segala yang baik jadikan tauladan yang yang tak berape nak ok tu, jadikan sempadan



There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

~> Khalifah di muka bumi itu perlulah akal seluas langit, mengalir seperti sungai yang deras..
=> Usia umpama harta, bukan banyaknya menjadi perhitungan, tetapi keberkatannya... Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
=>Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal,beerti memiliki fikiran yang baik.Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapatkan kenikmatan dalam kehidupan.

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
~> Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu, dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."