Pages


Saturday, July 23, 2011

:: Setiap Pertemuan Pasti Ada Perpisahan ::

::Bersama anak2 didik tercinta ::

"Pertemuan kita di suatu hari,
menitipkan ukhwah yang sejati,
 bersyukurku ke hadrat ilahi,
di atas jalinan yang suci.
Namun kini perpisahan yang terjadi,
dugaan yang menimpa diri,
bersabarlah di atas suratan,
ku tetap pergi jua."

Bergelar seorang pendidik@mualimah bukanlah sesuatu yang pernah kujangka. Apalah sangat ilmu yang diriku miliki jika dibandingkan dengan mereka yang para ilmuan. Namun, Rasulullah saw pernah bersabda..

"Sampaikanlah (kepada orang lain) daripadaku, sekalipun hanya satu ayat ."

Oleh kerana itu, ilmu yang sedikit ini ku sampaikan kepada anak-anak didikku. Semoga ia berguna kepada mereka dalam menjalani kehidupan. Tanpa kusedari sudah menjangkau 7 bulan aku bergelar seorang mualimah.. Terasa masa yang berlalu begitu pantas bergerak, kini ku terpaksa meninggalkan mereka lantaran meneruskan kewajipanku kembali sebagai seorang yang bakal bergelar mahasiswi. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, bertemu kita ditakdirkan oleh Allah, berpisahnya kita jua adalah kerana ketentuan Allah. Sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah jua merancang, tetapi Subhanallah, Allah adalah sehebat-hebat perancang. Namun, secebis kenangan yang bertapak akan terus tersemat di hati ini... 


Kredit untuk anak-anak didikku: Pusat Pendidikan At-Tibyan (kelas malam)



  1. Amirul Syahmi
  2. Sara Adriana
  3. Sara Batrisyia
  4.  Yen Yen Maliza
  5. Akmal
  6. Amzar Harith
  7. Izzatul Amira
  8. Mohd Syahmi
  9. Aiman
  10. Fareed
  11. Arif Hakimi
  12. Danish
  13. Amirul Taufiq
  14. Udin
  15. Afiqah
  16. Aliff Firdaus
Seandainya kita tidak bertemu lagi selepas ini, semoga kita bersua di syurga-Nya yang abadi... Insyaallah




salamanisemanisenyumanmu :-)

Monday, July 11, 2011

:: Kembara Mengenali-Mu ::

::Allah kuatkan daku dengan kekuatanMu::
Kembara ini sudah terlalu jauh..
Namun,,,
kolam hati kian keruh
beban kian berat
diri kian penat
urusan terasa payah
jiwa semakin gundah.
Ya Robbiii,,,
Saat ini ku pinta
leraikanlah segala kekusutan di fikiran
mohon dijinakkan nafsu mencengkam
tenangkanlah gelodak hati.
Wahai Yang Maha Adil,,,
kutiplah daku untuk menumpang
sekelumit kasih di pinggiran rahmat-Mu
walau sering kulupa dan alpa
namun ku sentiasa mendamba.
Entah mengapa,,,
gelombang rasa ini sering datang dan pergi
aura mujahadah ini tak pernah tenang
ku jua tak mampu menangis
lantaran dosa
hati ku keras amat
kucuba menangis dan mencari kesal
tapi gagal!!!!
Kenapa Ya Robbi???
terhijabkah ia lantaran dosa?
Ya Allah,,,
mohon dilembutkan hati ini
jika tidak
ku mohon dari-Mu
agar diberi 'hati' yang lain
yang lebih taat, cinta dan patuh
pada Khaliqnya
sungguh
kuingin menjadi hamba-Mu......
dalam erti kata sebenar.

:: Satu Bintang ::


Lirik Satu Bintang
Haddad Alwi

Sholla 'alaikallah Yaa Rasulullah sholla 'ala
Rasulillah Muhammad musthofa
Ada satu bintang, sinarnya berseri
Cahaya atas cahaya, tempat yang utama

Amutu wa ahya 'ala hubbikum
Wadzulliya ladaikum wa'izziy bikum

Sholla 'alaikallah Yaa Rasulullah sholla 'ala
Rasulillah Muhammad musthofa

Back to Ref
f


lagu tema blogku yang kelima... sama-sama hayati keindahan bait lagu ini... jazakumullah....

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."