Pages

Tuesday, October 11, 2011

:: Hari Pertama di Kuliah ::

::Kuliah Lughah::


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam… Hari ini untuk  pertama kalinya aku melangkah ke Universiti Al-Azhar Lil Banat sebagai seorang mahasisiwi,.  Jika sebelumnya kehadiranku hanya untuk mengambil jadual, kini aku telah berada di dalam kuliah untuk hari yang pertama… dan sesungguhnya, bagi mereka yang belum lagi mengubah corak pemikiran mereka, pasti mereka berasa satu kejanggalan, tetapi bagiku dan rakan-rakan yang telah didedahkan dengan suasana di dalam kuliah oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sebelum ini, kami merasakan tiada apa yang perlu dihairankan…. Pastinya, hari ini sungguh menerujakan..  Namun, aku cukup kagum dengan semangat-semangat mahasiswi Mesir yang begitu bersungguh-sungguh dalam mentelaah, sehinggakan bertalu-bertalu soalan-soalan yang diajukan pada dokturah..  Sedangkan aku pula masih terkial-terkial memahami apa yang diucapkan oleh para dokturah.. (sejenak memikirkannya membuatku tersenyum sendirian…)

::Mahasiswi-mahasiswi::

Madah pertama pada hari ini ialah Nahu.. Alhamdulillah, Bahasa Arab Fusha yang lebih banyak dituturkan berbanding Bahasa Arab Ammi oleh dokturah membuatkan kami berasa lega kerana sebanyak sedikit kami dapat menangkap apa yang diucapkan,,. Tambahan pula, selepas sahaja kelas pertama selesai  kami telah ditusyenkan beberapa minit oleh sahabat-sahabat arab yang baru kami kenali.. Aya 1, Nada, Aya 2 dan Amnah. Bersungguh-sungguh mereka menerangkan kepada kami apa yang telah diajarkan.. Mungkin sebab utamanya, mereka suka membantu, dan mungkin juga mereka  berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan sahabat dari Malaysia.. huhu dan yang membuatkan kami terhibur  adalah kerana dengan  kegembiraan mereka juga, mereka menyaji kami dengan 'ish baladi yang dalamnya terdapat kentang goreng, tak cukup dengan itu, sebelah tangan lagi dihulurkan pula roti hotdog,, agak kelakar kami rasa kerana kedua-dua tangan dipenuhi makanan…huhuhu J Selain itu juga, salam perkenalan mereka selain bertanya nama, mereka mesti bertanya, “Adakah awak menghafal Quran? Berapa juzuk sudah  dihafalkan? “Kami menjawab apa yang seadanya…  (mood:gembira+bahagia)
::Nilah sahabat-sahabat kami::
::makan 'ish baladi sambil belajar::

Madah kedua yang kami ikuti pula ialah kelas Tarikh Adab.. Madah ini, kami agak berpinar sedikit, mana tidaknya, madah sejarah katakan, ditambah pula dengan bahasa ammi yang dituturkan oleh dokturah membuatkan mata kami pejam celik pejam celik,,, minda pun cuba berinteraksi dengan  baik.. Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kami, malah membuatkan kami tidak sabar-sabar ingin menguasai bahasa dengan cepat…  Insyaallah… Kami semangat!!!!

Hehe.. keadaan kuliah seperti yang kukatakan tadi, aku sudah di hadamkan dengan suasananya, dengan suara-suara yang hingar-bingar,  dengan “meja” dan “kerusi” di kaki… (masih tersenyum mengenangkan)…. Namun apa yang ingin kukatakan,,,  “Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar diatas segala kesusahan di dalam mencapainya.” J

 Sekian minni… Teruskan usaha…..

Kredit buat sahabat tercinta… fighting!! (Lughah)
·         Nurzaleha bt Ab Talib
·         Siti Ramizah bt Ramlan
Tak lupa juga buat Nurjannah Atirah bt Arif (Syariah)…  Walaupun tak sama kelas, tapi satu universiti.. hehehe go…go… Jannah!!

Athofunnisa……
Siti Athirah binti Abdul Rahim… J

Monday, October 10, 2011

:: Sekalung Tahniah Buat Para Graduan ::

::Ramai peminat nak amik gambar..hehe::

Meminjam kejayaan mereka sebagai perangsang semangat ini, sebagai pembakar semangat ini.... Memulakan langkah dengan satu tapak sehingga aku bisa berlari selaju yang mungkin, untuk bersaing bersama atau lebih maju ke hadapan... Insyaallah... Aku kan terus Semangat.. Semangat... Semangat!!!!! Insyaallah.... :-)


Macam tak sangka dapat turut sertai Majlis Konvokesyen kali ke-6 yang diadakan di Dewan Al-Azhar Conference Center Nasr City ini, walaupun sebagai pengiring.. Sungguh membuatkan diri ini teruja..
Setelah para graduan masuk ke dalam dewan, aku pun melangkah masuk ke dalam dewan dan mengambil tempat duduk...
::Bersama Kak Liyana dari tempat duduk::
Kami semua diarahkan berdiri tatkala Syeikh Al-Azhar yang diiringi oleh TYT Duta Besar Malaysia dan tetamu kehormat akademik masuk ke dalam dewan. Majlis diteruskan dengan nyanyian Lagu Rasmi Mesir (dah lama nak dengar sebab sama rentak ngan lagu Maahad... tercapai jua...) dan Lagu Negaraku..

::Syeikh Al-Azhar::

Seterusnya, selepas pengisytiharan pembukaan majlis (taknak cite panjang-panjang),, penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik menyusul...

  • Anugerah Imam Syafie
  • Anugerah Imam Bukhari
  • Anugerah Imam Sibaweih
  • Anugerah Imam Jazari 
  • Anugerah Imam Nawawi
Terasa bulu roma meremang tatkala nama-nama graduan yang memperoleh anugerah tersebut diisytihar...(diriku mahu berada di tempat itu jua.. Insyaallah)... Ya Allah, moga impian ini diperkenankan.. Aminn Ya Robb...
Terpancar kegembiraan pada wajah-wajah para graduan.. Alhamdulillah, segala usaha telah terbukti kini dengan sekalung ijazah dalam genggaman... Terasa segala lelah terhapus kini. Segalanya menjadi satu pengalaman manis dalam kehidupan. Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis......... :-)
::Inilah Daku::

Bicara mengenai impian, semua orang punya cita-cita tersendiri, punya matlamat, punya impian... Jika menggapai segulung ijazah itu adalah satu impian, adakah itu sudah cukup memadai?? Pastinya tidak bukan.. Turun naiknya, penat lelahnya, berhempas pulas setiap masa, bersengkang mata setiap malam, adakah hanya untuk segulung ijazah?? Jika kita amati, segulung ijazah itu cumalah hasil apa yang kita belajar untuk menghadapi peperiksaan, tapi apakah yang kita perlu lakukan dengan pengiktirafan segulung ijazah itu,? Nah,,,, manfaatkan untuk ummah,, bangunkan masyarakat.. Sesungguhnya, erti sebuah kejayaan lebih besar daripada itu..Kejayaan bukanlah untuk dimiliki berseorangan, tetapi kejayaan adalah milik kita BERSAMA...

Janganlah sesekali berasa jemu untuk terus belajar. Sesungguhnya ilmu Allah ini sangat luas,. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada risikonya.. Jadi, risiko belajar adalah gagal.. Jika tidak mahu hadapi kegagalan, maka tidak perlu belajar. Tapi kita kene ingat bahawa hidup ini jua adalah satu pembelajaran. Kita tetap akan menghadapinya.... :-) Teruskan menggali ilmu-ilmu yang melata di bumi ini.... 

Sedikit perkongsian ciri-ciri insan berjaya di dalam Surah Al-Mukminun::-
  1. Beriman kepada Allah
  2. Menunaikan solat dengan kusyuk
  3. Menjauhi perkara keji dan sia-sia
  4. Mengeluarkan zakat
  5. Menjaga kehormatan diri
  6. Menunaikan amanah dan janji
  7. Menjaga waktu-waktu solat


Kredit buat para graduan 2011......
::Barisan Graduan 2011::


::Para Graduan setelah menerima ijazah:: 
::Senyum Sokmo::

::Senyuman kegembiraan::

::Alhamdulillah..graduan 2011::

::Bersama Alang Su::
::Kak Nor dan Along Yati.. seniorku 2005::

::Alang Syipah..senior 2005::

Dan seterusnya........


suatu hari nanti.......
INSYAALLAH..
AMINN YA ROBB....

salamanisemanisenyumanmuitu........

Wednesday, October 5, 2011

:: Andai Perjuangan Ini... ::



Andai perjuangan ini mudah,
pasti ramai menyertainya..

Andai perjuangan ini singkat,
pasti ramai yang istiqomah..

Andai perjuangan ini menjanjikan kesenangan dunia,
pasti ramai tertarik padanya..

tapi....

hakikat perjuangan bukan begitu...

turun naiknya,,
sakit pedihnya,,

umpama..

kemanisan yang tidak terhingga,

andai rebah bangkitlah semula,,
andai terluka ingatlah janji-Nya,,

kerana apa perjuangan itu pahit??

Kerana
Syurga itu manis....


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

~> Khalifah di muka bumi itu perlulah akal seluas langit, mengalir seperti sungai yang deras..
=> Usia umpama harta, bukan banyaknya menjadi perhitungan, tetapi keberkatannya... Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
=>Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal,beerti memiliki fikiran yang baik.Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapatkan kenikmatan dalam kehidupan.

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
~> Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu, dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."