Pages

Sunday, April 23, 2017

:: Jangan Sedih² Tau ::

Dah kenapa saje pilih lagu sedih2 sambil menaip ni. Ok, saje nak amik feel, sebab hati terlalu sedih.. Nak taip sambil nangis-nangis. Ceng ��
Hahahaha

Malam 27 Rejab ni, beserta angin sepoi-sepoi menerjah masuk ke dalam bilik bercat biru ni, sejuk, dingin.. Dalam kehangatan musim panas, Allah masih kurniakan sejuk yang damai. Subhanallah. Alhamdulillah.

Aku, seorang insan yang masih dibelenggu pelbagai perasaan yang berbelah bahagi..
Teruskan atau noktahkan setakat ini. Allahhh. ��
Sunggguuhh kuatkah aku untuk membuat keputusan. �� Aku betul-betul terhenyak buntu, sepi, kelam antara hidup dan matiku.

Perlukah seorang aku disampingnya? Sejauh manakah pentingnya aku disisinya? Dan dimanakah aku dihatinya? Setinggi manakah pengharapan harus aku gantung? ��

Berikan aku jawapan....



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Friday, April 21, 2017

:: Yakin Cintamu Ku Dapat ::



Yakin Cintamu Ku Dapat?
Apakah kan?

Haha Tkdela, sebenarnya aku tengah dengar lagu ni. Yang dinyanyikan oleh Kangen Band. Actly, aku sekarang tengah dalam mood yang serba tak berapa nak betul. Sebab diela. Oh my, sape lagi kan.

Kadang-kadang aku rasa macam aku ni pentingkan diri. So what? Hahaha Tkdela, aku rasa dah banyak beralah, coolling down..

Aku bukan tak pernah fikirkan keadaan sekeliling, tapi tolonglah fahami seorang aku.  Satu ni je permintaan yang aku harapkan, yang sangat-sangat aku mahu (ketika ini ).. So, please tunaikan, walau ape jua cara. Kalau aku boleh berkorban apa saja, takkan kau tak boleh an.

Just, give and take... I give, u give. Just for our sake. Hurm, entahlah. Aku tak tahulah, ape aku patut buat sekarang. I just don't know, what should I do right now. Sad awi..

Tolong la gtau ape yang patut aku lakukan.  Seriously.. Please jangan ulang ayat yang sama. Please sangat.
N this is not about menyusul or tak menyusul ok. Nooo. Absolutely not.
The problem here, kenapa tak mendahului..??????

And aku semakin L.E.T.I.H....



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Wednesday, April 5, 2017

:: Zaman 90anku - Gaduh ::



Semua orang mesti ade pengalaman yang tak dapat dilupakan rite? Macam tu jgak apa yang aku lalui dan rasai. Semestinya, suatu di zaman kanak-kanakku. Haha

Actly, aku ni nakal gak sebenarnye, plus dengan keras kepalenye lagi. Tapi entahlah, aku rasa, aku mampu berfikir dengan matang seawal usia 5 tahun gitu. Matang dalam kalangan kanak-kanak seusia lerrr...

Aku nak story, satu bende yang aku masih ingat. Masa tu umur aku 5 tahun, dan dah masuk tadika pun.  Tadika Silver Bell. Masa tu family aku menetap di Taman Desa Dahlia, Senawang.

Aku ade satu jiran. Satu keluarga, rumah die selang  4-5 buah gitula. Ade ayah, mak dan due anak perempuan. Kehidupan die agak kurang bernasib baik dari keluarga aku, yang mana masa tu keluarga aku sederhana je..  So, setiap hari, jiran aku ni akan beli telur kat mama tuk buat lauk die la.
Mama tak pernah pun suruh bayar, yela, mane pulak die nak cekau duit kan. So, mama bagi je tapi yela, die pun ada common sense, kadang-kadang bile ade rezeki lebih die ganti. Kadang-kadang berapa sen yang die ade, tula yang die bagi. Haaa, tu aku nak kate, dalam usia macam tu, aku dah boleh faham tentang kehidupan, memberi, sedekah, tolong-menolong, tidak mempersenda dan lain-lainlaa. Haha

So, nak dijadikan cerita, anak perempuan die tu sebaya aku je, adik die tak ingat berapa tahun.. Satu petang tu, aku dengan Ayong main depan rumah die (luar pagar).. Mainlah batu-batu yang ade kt situ. Tetibe die muncul dan marah-marah aku main batu tu, die kate tu die punya (walhal batu jalan tar kotttt). Pastu aku jawab balik, yang tu bukan batu die tapi batu awam. Dah tetibe die nak marah-marah siap kate "Mak ko dah la gemuk, hitam"

Aku yang mase tu tengah ok, jadi geramla orang kutuk mama aku. Eh, ko tak sedar hari-hari mintak ihsan kat mama aku, then sesedap kutuk. (Matang betul fikiran aku)

Tapi jiwa kanak-kanak masih ade, so aku pn jawab "Mak ko kurus kering" Hahahahahahahaha..

Tetibe jeee, die baling batu kat aku. Kakak aku dah blah dah mase tu sebab malas nak layan. Sebab kan die baling kene kepala aku, so aku pun dengn jiwa kanak-kanak pun balasla. Dan tanpa aku sedar aku amik batu besar dan zappp laju dan padu aku baling kat die. Maka die menjerit nangis, dan aku pun berlari masuk rumah. (Tak tau ape jadi lepas tu).

Haaa, lepas tu tetibe dengar ade orang jerit..."Suuuuu, ape anak ko buat kt anak aku ni Suuuuuu!!!" Mama berlari keluar tengok ape yang jadi. Aku duk dalam takut. Hahaa

Rupenya batu yang aku baling tadi kene dahi die dan berdarah dengan maha dahsyatnye. Penuh muke die dengan darah. Jiran yang lain kerumun, siap suruh lap dulu. Sekali dah lap, alahai kecikla sangat tempat kuar darah tu. Mama amik gamat dan sapu, n bagi duit sekali tuk g klinik.

Hahaaha Yang penting mama tak marah aku. Just nasihat.. Sebab die yang mulakan dulu cari pasal kan..

Itulah kenangan aku, tah kat mane la die sekarang. Ape kabarlah die sekarang. Harap awak tak berdendam dengan saya ye. Jika masih berbekas di dahi parut, maafkan saya juga.

Kerana kita kan masih kanak-kanak yang baru nak mengenal erti sebuah kehidupan. ☺

P/s: Saya masih ada gambar kite mase kecik-kecik.

#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


Wednesday, March 29, 2017

:: Diari?? ::

Haiiiii..

Memandangkan aku rasa blog aku ni hambariah sesangat.. (Mana taknya, aku sibuk mengkopi yang dari group wasup dan menempelkan eh kat sini je lately ni.. Saje taknak info berguna tu hilang)

Okeyy.. Hidup ni penuhhhh dengan pengalaman rite? Why not aku storykan pengalaman-pengalaman yang pernah aku lalui.. Dari zaman kanak-kanak sampailahh dewasa ni. Hihi
Bukan perjalanan hidup, just a little bit ok. Secubit-secubit jeerr.. ��

Ok thats oll guyss. Muahhh ciked.��



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Tuesday, March 21, 2017

:: Motivasi ::

Madam Latifah:
Jika Anda FAIL (gagal) jangan putus asa, sebab FAIL bermaksud *First Attempt In Learning* (Langkah Pertama Dlm Pembelajaran)

END (Tamat) bukanlah Pengakhiran malah END bermaksud *Effort Never Die* (Usaha Tidak Sesekali Mati/Berhenti)

Jika Anda dapat NO (Tidak) sebagai jawapan, ingatlah NO bermakna *Next Opportunity* (Peluang Seterusnya)

Dan jika anda dapat mengharungi NO..maka anda akan dapat YES (Ya) yang bermaksud *YOUR EFFORT SUCCEED* (Usaha Anda Berjaya)

**Pegang dan sebati ayat ini, pasti hebat menjalani kehidupan

Semoga Bermanfaat

Aura Positif 2017..



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Thursday, March 9, 2017

:: Jom Berbahasa Arab 13 ::

Bagaimana hendak menggunakan وَلَا سِيَّمَا dalam binaan ayat bahasa Arab?

Ungkapan وَلَا سِيَّمَا bermaksud (“tapi tidak seperti” / atau dengan lebih mudah menterjemahkannya sebagai “lebih-lebih lagi”, iaitu kata seerti kepada:

خُصُوصًا / خَاصَّة / وَخَاصَّة / وَبِخَاصَّة).
Contohnya:

أُحِبُّ الفَاكِهَةَ وَلَا سِيَّمَا (العِنَب)
(Saya suka buah, tapi tidak seperti saya suka buah anggur) / (Saya suka buah terutamanya buah anggur)

[ Perbahasan lanjut ]

Terjemahan pertama ialah terjemahan harafiyah kerana ungkapan وَلَا سِيَّمَا adalah gabungan antara:

1. وَاو الاسْتِئْنَاف أو (العاطفة / الاعتراضية / الحالية).
2. لَا النَّافِيَة لِلْجِنْسِ.
3. سِيَّ ( سِيَّ bermaksud مِثْل ; لَا سِيَّ = لَا مِثْلَ).
4. مَا.

Manakala yang kedua pula adalah secara mafhum.

Kredit: Group Hiwar



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Wednesday, March 8, 2017

:: Jom Berbahasa Arab 12 ::

Ungkapan Untuk Dihafal :D
-------------------------
- على كل حال.
⑴ 'alaa kulli haal,... = namun begitu,...

- على ما يبدو
⑵ 'alaa maa yabduu,... = sepertinya,... tampaknya,...

- حقا، في الحقيقة
⑶ haqqon, fil haqiiqoh,... = sebenarnya,... kenyataannya,...

- رغم
⑷ roghma... = meskipun

- رغم ذلك
⑸ roghma dzaalik,... = walau demikian...

- باعتبار عنا
⑹ bi i’tibaari anna... = mengingat....

- في نظري
⑺ fii nazhoriy = menurut pendapat/pandangan saya....

- بالنظر إلى
⑻ bin nazhori ilaa... = sehubungan dengan...

- تمشيا مع
⑼ tamasysyiyan ma'a... = bersesuaian, selaras, sejalan dg...

- على متن
⑽ 'alaa matni... = sebatas...

- بمناسبة
⑾ bimunaasabati... = berkenaan...

---------------

Kredit: Group Hiwar Whatsapp



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Sunday, March 5, 2017

:: Biodata Rasulullah ::

BIODATA RASULULLAH S.A.W

Nama : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.

Tarikh lahir :_Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)

Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

Nama bapa: Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).

Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN

_Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN

_Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN

_Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN

Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.

Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.

Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN

Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.

Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN

Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN

Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.

Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN

Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*

Khadijah Binti Khuwailid.
Saudah Binti Zam'ah.
Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
Zainab Binti Jahsy.
Maimunah Binti Harith.
Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*

1. Qasim
2.Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6.Ummi Kalthum
7.Fatimah Al-Zahra '

*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*

Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW*

_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad

_SAUDARA SUSUAN_
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*

( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah SAW:*
  _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_.  _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad SAW - Manusia agong

*KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*

Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
Aku melihat cahaya dari lidahnya.
Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
Wajahnya seperti bulan purnama.
Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
Janggutnya penuh dan tebal menawan.
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
Rambutnya sedikit ikal.
Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
Rambutnya terbelah di tengah.
Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
Seimbang antara kedua bahunya.
Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
Warna putihnya lebih banyak.
Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
Warna kulitnya putih tapi sihat.
Kulitnya putih lagi bercahaya.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
Badannya tidak gemuk.
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
Perutnya tidak buncit.
Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

*KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Jom Jauhi ::

Dr Jamilah Communications :

1. *Marah* selama 5 minit akan menyebabkan sistem imun tubuh kita jadi lemah selama 6 jam.

2. *Dendam* dan *Menyimpan Kepahitan* akan menyebabkan imun tubuh kita mati.
Dari situlah bermula segala penyakit, seperti Stress, Kolesterol, Hipertensi, Serangan Jantung, Rhematik, Arthtritis, Stroke ( perdarahan/penyumbatan pembuluh darah )

3. Jika kita sering biarkan diri kita *Stress*, maka kita akan alami Gangguan Pencernaan.

4. Jika kita sering merasa *Khuatir*, maka kita mudah terkena penyakit Nyeri Bahu.

5. Jika kita Mudah *Tersinggung*, maka kita akan cenderung terkena penyakit Insomnia (susah tidur).

6. Jika kita sering mengalami *Kebingungan*, maka kita akan terkena Gangguan Tulang Belakang Bahagian Bawah.

7. Jika kita sering biarkan diri kita rasa *takut* yang *Berlebihan*, maka kita akan mudah terkena penyakit Ginjal.

8. Jika kita suka *Berfikiran Negatif*, maka kita akan mudah terkena Dyspepsia ( penyakit sulit mencerna ).

9. Jika kita mudah *Emosi* & cenderung *Pemarah*, maka kita terdedah pada  penyakit Hepatitis.

10. Jika kita sering merasa *"Sombong"*( suka meremehkan orang lain & bongkak/ ingat kita jee yg pandai ) terhadap lingkungan, maka kita akan berpotensi mengalami Penurunan Kekebalan Tubuh.

12. Jika kita sering *Anggap Mudah* semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit Diabetes.

13. Jika kita sering merasa *Kesepian*, maka kita boleh terkena penyakit Demensia Senelis ( berkurangnya memori dan kontrol fungsi tubuh ).

14. Jika kita sering *Bersedih* dan rasa selalu Rendah Diri, maka kita boleh terkena penyakit Leukemia ( kanser darah putih )

Sumber dari buku “The Healing dan Discovering the Power of the Water” By : Dr. Masaru Emoto.



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Tuesday, February 28, 2017

:: Jom Berbahasa Arab 11 ::

Perbezaan penggunaan perbuatan melihat نظر، رأى، شاهد

نَظَرَ
ثُمّْ نَظَر

Kemudian dia merenung dan memikirkan
(al-Mudaththir:21)

أفلا ينظرون إلى الإبل كيف خلقت

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan
(al-Ghasyiyah : 17)

Perbuatan melihat dengan penggunaan نظر disini ialah melihat sambil berfikir bukan hanya melihat semata tanpa memerhatikan dan berfikir

رأى
إذ قال يوسوف لأبيه يٓأبت إني رأيتُ أحد عشر كوكبًا والشمس والقمر رأيتهم لي سٰجدين

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku"
(Yusuf : 4)

Penggunaan رأى lebih kepada melihat sesuatu tanpa berfikir atau melihat secara umum. Fe'el amr bagi perkataan ra'a ialah huruf ر, tetapi ia tidak digunakan kerana apakah kita menyuruh seseorang melihat sesuatu tanpa berfikir? Sebab itulah apabila kita hendak menyuruh seseorang untuk melihat kita tidak akan sebut ر, tetapi انظر atau bahasa pasarnya شُفْ!

شاهَد
َ
Perbuatan شاهَد adalah lebih melihat sesuatu yang memang dipersiapkan untuk dipertontonkan. Seperti menonton televisyen, menonton perlawanan bola sepak, atau dalam bahasa pasarnya أتَفَرّج iaitu saya menonton. Contoh ayat:

قد شاهدتُ مباراة كرة القدم مع زملائي

Aku telah pun menonton perlawanan bola sepak bersama kawan-kawan

Nota:

Sebenarnya apa yang saya mahu bawakan ialah 'penggunaan' bahasa harian seperti yang digunakan oleh orang arab itu sendiri. Sengaja saya meletakkan ayat-ayat quran sebagai contoh. Apapun ayat quran ada penggunaan yang tersendiri ketika menggunakannya.

Sebagai contoh:

Orang arab tidak akan bercakap

هل شاهدتَ محفظتي هنا؟

adakah kau 'menonton' dompet aku disini?

Tetapi yang sebetulnya ialah

هل رأيتَ محفظتي هنا؟

Adakah kau terlihat dompet aku disini?
Begitu juga dengan انظر.

Orang arab tidak akan berkata:

نظرت إلى مباراة كرة القدم

tetapi yang sebetulnya ialah

شاهدت مباراة كرة القدم



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Jom Berbahasa Arab 10 ::

الفروق اللغوية

(1) اﻷجر - الثواب

Al ajru : Upah/ganjaran yg di minta sebelum melakukan sesuatu perbuatan.

Ath thawab : upah/ganjarab yg di kurniakan selepas melakukan perbuatan.

(2) اﻷزل - اﻷبد

Al azal : sesuatu yang tiada awalan sejak sekian lama.

Al abad : sesuatu yang tiada akhiran/ tidak terbatas dengan masa.

(3) التكرار - اﻹعادة

Al takrar : sesuatu yang berulang kali /pengulangan yang berkali- kali.

Al i'adah : sesuatu yang di ulang sekali/satu kali pengulangan sahaja.

(4) السرعة - العجلة

As sura'h : perbuatan yang di minta segerakan pada kebaikan.

Al u'jlah : perbuatan yang di minta segerakan pada keburukan.

(5) اللهو - اللعب

Al lahwu : permainan yang tidak mendatangkan faedah/sia2. (Kebiasaannya orang dewasa)

Al lai'bu : permainan yang boleh jadi berfaedah, dan tidak berfaedah.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Kredit: Group Hiwar



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Friday, February 24, 2017

:: Jom Berbahasa Arab 9 ::


Mempelawa seseorang untuk makan

Konteks : Ketika sedang makan, tiba-tiba seseorang melintas. Dengan nada sopan kita akan berkata "jemput makan". Orang yang melintas tadi pula menjawab, "sila, sila" atau "makan, makan".

Situasi ini diungkapkan di dalam bahasa Arab basahan seperti berikut :

Mempelawa :

بِسْمِ الله / تَفَضَّلْ مَعِي

Menjawab :

بِالعافِية / بالهَناء والشِّفاء / بسم الله / صِحَّتَيْن وعافية

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Kredit: Group Hiwar



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Thursday, February 23, 2017

:: Nasihat Buat Ibubapa ::

NASIHAT BUAT YG BERGELAR IBUBAPA��

Assalamualaikum��


Semalam balik Mrsm Kuala Terengganu setelah ceramah seharian terjumpa sepasang suami isteri sebaik sampai di kl. Kata mereka kami ada 3 orang anak. Tapi yang sulung benar-benar menguji kesabaran kami.

Dia sentiasa buat kami rasa nak marah. Dia suka usik adik-adiknya. Dia buat macam-macam. Dan dia makin menjadi-jadi suka buat kami hilang sabar..atuk nenek yang tolong jaga mereka pun rasa begitu. Sekarang ni dia pandai berbohong pula ustaz..ya Allah..

Kami dah puas tegur, nasihat, marah dan kadang-kadang cubit dan geram juga. Kenapa macam tu yer ustaz. Kadang terpukul lepas tu sedih lak.. Sakit rasa..

Sebenarnya bukan abang sahaja hadapi begitu. Tapi ramai orang kadang-kadang diuji dengan anak pertama. Kadang yang kedua. Kadang yang ketiga.

Tuan puan orang baik. Allah sayang.. ingat lagi tak nikmat masa mula-mula dapat anak. Saya masih ingat satu-satu. Dari mula-mula tahu isteri hamil. Saya sujud syukur. Saya menangis. Tak sangka dah nak jadi ayah.

Satu hari sedang isteri saya jalan di Pasaraya dia kena masuk hospital kerana nak bersalin. Malam tu isteri saya menangis berdoa. Bila sakit makin kuat. Betapa sakitnya isteri saya. Kami pegang tangan dan sama-sama baca doa. Macam-macam zikir. Saya tak lepaskan tangan isteri saya. Saya telefon mak ayah dan mak ayah mertua dan adik beradik minta doa.

Bila dah nak keluar. Punyalah saya tak tahan tengok sakitnya. Dr kata kena cepat push nanti lemas. Ada nurse lama datang tolong tekan kat atas. Bila anak keluar. Baby senyap..rasa melihat wajah baby masa tu terasa satu perasaan macam nampak cahaya putih. Terasa gembira amat sangat dan datang rasa sayang yang amat mendalam..hanya Allah yang beri rasa dan nikmat itu..

Baby keluar senyap jer..isteri saya menangis. Doktor kata cepat panggil dr seorang lagi pakar kanak-kanak. Isteri saya menangis. Abang kenapa anak tak menangis..saya usap kepalanya dan kata Allah ada..

Saya pandang isteri saya menangis. Sehinggalah dengar tangisan baby. Bila isteri dapat peluk baby. Menjadi penawar segala sakit dan urat yang terputus.

Hari-hari melihat anak tadi membesar. Kita suami isteri amat mencintainya. Sehinggalah satu hari bila dia dapat adik. Dan tambah lagi adik.

Dia buat macam-macam kerana cuma ingin perhatian. Kita mak ayah kadang-kadang marah   yang sulung depan adik-adik. Setiap kali tengah kita sibuk dengar anak menangis. Kita jerit "kakak...ya Allah..kakak jangan buat adik..abang mengalah jangan buat adik 

Dengar barang jatuh semua kita salahkan abang atau yang besar...

Sebenarnya kita tak boleh marah abang atau kakak depan adik-adik. Tak boleh marah suami atau isteri depan anak-anak. Kita kena bercakap dengan mereka berdua. Kecuali kita ingin tegur semua. Nanti jika kita asyik marah yang kakak. Kakak jadi benci adik. Sebab adik saya kena marah. Adik pula terbiasa jadi mengada depan makayah. Setiap kali salah dia salahkan kakak atau abang dia..

Semua orang saudara mara pun selalu marah dia. Sehingga dia rasa macam anak tiri. Asyik kena marah. Kita pun terfikir, sebab kita marah dia jadi begini. Atau sebab mereka kita semakin marah. Tapi bila fikir semula mereka cuma anak-anak kain putih kitalah yang mencoraknya.

Kadang-kadang sedih tengok bila kita dapat anak yang lain tanpa niat dan sedar kita telah buat anak kita sedih dan menjauh hati. Saya pernah jumpa seorang anak 12 tahun minta saya doakan dia dapat belajar asrama penuh supaya mak ayah boleh jaga dan sayang adik-adik. Dia tak nak susahkan mak.

Hargailah setiap anak-anak kita. Sayangi mereka. Bantu mereka menjadi anak soleh dan solehah.

Siapa tahu anak paling aktif dan kuat kacau adik-adik esok bakal Islamkan dunia. Siapa tahu anak yang asyik buat kita nak marah esok bakal Daie besar. Tugas kita berusaha dan berdoa. Pasti benih iman dalam hati anak kita diberi oleh Allah. Bukan kita pilih siapa anak kita. Tapi Allah pilih mereka untuk kenal Allah. Kerana mereka bakal mengubah dunia dan meninggalkan sejarah dan dikenali di langit.

Beri masa untuk mereka. Anak kecil sehingga 7 tahun didik dan bimbing mereka sambil bergurau. Sayangi mereka..cium peluk mereka. Rumah ialah syurga kita di dunia ini. Syurga isteri kita. Syurga anak-anak kita..

Suami isteri kena sama-sama saling membantu. Jika isteri sibuk jaga baby. Kita suami tolong jaga kakak atau abang. Bila nampak mereka sedih atau jauh hati. Anak kena marah dengan ibu. Ayah terangkan pada anak. Mak sayang kau..ceritakan dari hari pertama kita mendapat mereka. Cerita saat manis mereka. Dan cakap sebab sayang mak tegur begini atau begini..

Kuncinya beri masa dengan sabar, sayang, dan doa. Hidupkan dalam rumah Majlis Talim. Al Quran dan Hadis Nabi saw. Anak kecil pun bawa sama. InsyaAllah rumah diliputi rahmat. Malaikat memenuhi rumah kita. Sakinah ketenangan, dan bahagia dalam hati kita suami isteri dan anak-anak.

Tiada anak dilahirkan jahat. Mereka kain putih, kita ibubapa yang mencorakkan mereka..

Anak yang aktif bakal jadi daie besar. Anak yang banyak menangis bakal manusia yang ada hati dan perasaan. Kita bila last gaduh dengan adik beradik. Inikan pula anak-anak kita. Sayangilah anak-anak..

Mereka suami isteri menangis. Ya Allah betul lah ustaz. Kita terlupa bila saat kita diuji. InsyaAllah ustaz kami akan amalkan bersyukur dan hidupkan rumah dengan Ta'lim. Ada buat tapi jarang sangat. InsyaAllah lepas ni mula istiqamah setiap.hari-

ebit lew��



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Jom Berbahasa Arab 8 ::

◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
Arabic Phrase of the Day:

- Ra'see you'limuni

رأسي يؤلمني (fusha)

My head hurts

-Atamana lakum yawm(an) sa’eed(an)

أتمنى لكم يوماً سعيداً

Wishing you all a joyful day!

- Asa'ada Allah(u) sabahakom bikulli khair.

أسعد ﺍﻟﻠﻪ صباحكم بكل خير

May Allah bless your morning with every happiness.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Kredit: #GoArabic



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Tuesday, February 21, 2017

:: Doa ::

"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu semua kebaikan, di dunia dan di akhirat, yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.

Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari seluruh kejahatan di dunia dan di akhirat yang aku ketahui dan yang tidak aku ketahui.

Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu (masuk) surga dan sesuatu yang mendekatkan kepadanya, baik ucapan maupun perbuatan.

Ya Allah, Aku berlindung kepada-Mu dari (panasnya) api neraka dan sesuatu yang mendekatkan kepadanya, baik ucapan maupun perbuatan.

Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu kebaikan yang dimohon oleh hamba-Mu dan utusan-Mu, Muhammad, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang hamba-Mu dan utusan-Mu, Muhammad, memohon perlindungan kepada-Mu darinya.

Ya Allah, Aku memohon kepada-Mu hal yang telah kamu takdirkan kepadaku dari suatu urusan, hendaknya jadikanlah akhir urusan tersebut menjadi baik"

Aamiin Ya Rabbal a'lamin...



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Jom Berbahasa Arab 7 ::


◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆◆
Pembuka ayat pernyataan rasa gembira untuk sesuatu keadaan, tindakan atau kejadian dalam ucapan.

يَسُرُّني أن / يَطيب لي أن / إنه لَمِنْ دواعي سُروري أن / لا شيْءَ يَبعث في نفسي السرورَ سِوَى أن / الشي الوحيد الذي يُدْخِل في السُرورَ في نفسي هو أن / إنه من دواعي الغِبْطة والسرور أن / يُسْعِدني أن / إنه لمن دواعي السرور والسعادة ،،

Semua frasa di atas digunakan untuk menggambarkan peraan gembira yang dirasai penutur ekoran sesuatu jejadian, tindakan atau keadaan.

Cara menggunanya adalah dengan meletakkannya di pangkal ayat penyata.

Padanannya dalam bahasa Melayu antara lainnya ialah "saya amat gembira dapat .... / tidak ada yang lebih gembira dari .... dll. (eng. I am very glad to... / It gives me much pleasure to...)

Contoh ayat :

Saya amat gembira dapat bersama-sama kamu semua dalam perjumpaan penuh berkat ini.

إنه لمن دواعي السرور أن أكون معكم في هذا اللقاء المبارك.

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Kredit: Group Hiwar



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Monday, February 20, 2017

:: Bagaimana Nak Tahu? ::

Bagaimana Nak TAHU?

1. Hati kita keras?
Mata kita sudah lama tak dapat menangis kerana Allah SWT.

2. Dosa kita banyak?
Kita tak berdaya bangun bersolat dan bermunajat di sepertiga malam.

3. Allah sayang pada kita?
a. Dia sering menguji kita
b. Kita dapat beristiqamah baca quran

4. Allah hendak kan kebaikan atas diri kita?
Allah jadikan kita orang yang faham agama.

5. Kita dikira sebagai anak yang soleh?
a. Sentiasa mendoakan keampunan utk kedua ibubapa kita.
b. Sentiasa memuliakan, menggembirakan dan mendahulukan ibubapa kita.

6. Dalam hati ada sifat Nifaq?
1. Sikap bermalas-malas mendirikan solat.
2. Sedikit berzikir kepada Allah SWT.

7. Dinilai sebagai orang bakhil?
Tidak suka berselawat ke atas Nabi SAW.

8. Sempurna iman di dalam diri?
Mengasihi orang lain sebagaimana mengasihi diri sendiri.

9. Tanda hati bersih?
Terhasil dan terbina niat-niat yang baik.

10. Tanda ahli syurga?
Dalam hati tiada demdam dan tiada rasa tidak selesa dengan kaum mukminin.

Disalin daripada Komuniti #SahabatAmal



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Jom Berbahasa Arab 6 ::

Istilah-Istilah Bahasa Arab Dalam Media Sosial
=====================
Berikut ini beberapa istilah bahasa Arab yang biasa dipakai dalam media sosial (facebook, twitter dll) :

Account = حساب
Like = إعجاب
Comment = تعليق
Post = منشور
Share = مشاركة
Message = رسالة
Page = صفحة
Group = مجموعة
Profile = صفحة شخصية
Block = حظر
Hashtag = وسم
Poke = نكز
Notification = إشعار
Link = رابط
Icon = مناسبة
Add = إضافة
Mention/Tag = إشارة
Status = حالة
Wall = حائط
Cover = غلاف
Profile Picture = صورة شخصية
Time Line  = يوميات
Note = ملاحظة
Chat = دردشة
Tweet = تغريد
Channel = قناة
Setting = إعدادات
Friends = أصدقاء
Following = متابعة
Followers = متابعون
Subscribe = اشتراك

◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇◇
Kredit: Group Hiwar



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Sunday, February 19, 2017

:: Bahasa Arab Pentinggg ::

قالوا:مسكين من لا يعرف الإنجليزية !! قد يواجه صعوبة في فهم كلام الناس
وأقول : مسكين من لا يعرف العربية، قد يواجه صعوبة في فهم كلام رب الناس

Mereka bilang: Kasihan orang yang tidak bisa Bahasa Inggris, terkadang dia menghadapi kesulitan untuk memahami perkataan manusia ...

Saya katakan: Kasihan orang yang tidak bisa Bahasa Arab, terkadang dia menghadapi kesulitan untuk memahami perkataan Rabb manusia ...



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Jom Berbahasa Arab 5 ::

Penanda wacana Bahasa Arab

1- بعد ذلك  : selepas itu
2- لذلك : oleh itu
3- إذا كان اﻷمر كذلك : kalau begitu
4- علاوة على ذلك : tambahan pula
5- قبل ذلك : sebelum itu
6- ولذلك : oleh demikian
7- وعلى الرغم : walaupun/sungguhpun
8- خاصة : terutamanya
9- في البداية / في بادئ الأمر : pada awal nya
10- إن لم يكن : sekiranya tidak
11- وباﻹضافة إلى ذلك : di samping itu
12- مم لا شك : tidak di ragui
13- لا ينافي أحد أن : tidak di nafikan bahawa
14- ومع ذلك : walau bagaimanapun / namum demikian
15- وعلى سبيل المثال : sebagai contohnya
16- بناء على ذلك : berdasarkan demikian
17- في الواقع : realitinya
18- على هذا النحو : berhubung dengan itu
19- وفي الوقت نفسه : pada masa yang sama
20- وبالتالي : berikut nya
21- في نهاية المطاف : kesudahannya
22- وبذلك : dengan ini
23- وعرضا من هذا : sebalik dari
24- باختصار شديد : pendek kata
25- بسبب :oleh kerana
26- على الرغم من : meskipun
27- بعبارة أخرى : dengan kata lain
28- بعدئذ : sesudah itu
29- بيد أن : akan tetapi
30- رغم عن : walaupun
31- على كل حال : walaupun bagaimanapun juga
32- عندئذ : ketika itu
33- غير أن : akan tetapi
34- فضلا عن : di samping itu/ tambahan pula
35- من أجل / ﻹجل : oleh kerana
36- وانطلاقا من هذا : bertitik tolak daripada
37- من جانب آخر : dari sudut yang lain
38- من المعلوم أن / من المعروف أن :sebagaimana yg di ketahui bahawa
39- وبالجدير بالذكر أن : suka di ingatkan bahawa
40- قصارى القول أن : kesimpulannya
41- عندما : ketika mana
42- لا بد لنا : kita mestilah
43- من مظاهر ذلك أن :daripada fenomena itu sesungguhnya
44- مهما يكن من أمر ف... : walau apa pun yang terjadi maka
45- نظرا إلى : berdasarkan kepada/ melihat kepada
46- من خلال ذلك : menerusi perkara tersebut
47- وعلى صعيد آخر : dari aspek yang lain
48- من العوامل التي تساهم هذه الظاهرة : antara faktor2 yg menyumbang terjadinya fenomena ini
49- من الخطوات في طرق علاج :  antara langkah yang perlu dilakukan untuk
50- من محاسن / ومن مساوي : Antara kebaikan/ antara keburukan

Sumber: Group Hiwar Whatsapp



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Saturday, February 18, 2017

:: Jom Berbahasa Arab 4 ::

Hanya / ..lah ...

Penekanan tahap tertinggi hubungan antara subjek dan predikat adalah dengan menggunakan pola ayat 'Dialah guru' dan 'Dia hanya seorang guru'. Justeru bagaimana ayat seperti ini diterjemahkan ke dalam bahasa Arab?

Ayat jenis ini diterjemahkan dengan menggunakan uslub al-Qasr. Terdapat beberapa kaedah untuk membina uslub al-Qasr, antaranya ialah :

1- Memastikan kedua-dua frasa subjek dan predikat adalah isim ma'rifah. Contohnya:

هُوَ المُدَرِّسُ
Dialah guru.

2- Meletakkan partikel إنما sebelum frasa subjek. Contohnya:

إِنَّمَا هُوَ مُدَرِّسٌ

Dia hanyalah seorang guru.

3- Menggunakan pola ayat 'al-nafyu wa al-istithna'. Contohnya:

مَا هُوَ إِلّا مُدَرِّسٌ

Dia hanyalah seorang guru.

Jom berbahasa arab

Sumber : Group Hiwar Whatsapp



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Friday, February 17, 2017

:: Jom Berbahasa Arab 3 ::

i. Keterangan Waktu

Keterangan waktu ialah unsur yang menerangkan masa sesuatu perbuatan atau kejadian. Kata hubung keterangan waktu adalah seperti :

a. حِيْنَ
“ketika”, “semasa”:

Kata tugas ini berfungsi menghubungkan dua tindakan atau keadaan yang berlaku pada masa yang sama. Kehadirannya dalam ayat adakalanya bersendirian, dan adakalanya berpasangan dengan partikel-partikel lain seperti:
مَا, فِي, عَلَى, ئِذٍ, ذَاكَ.
Padanan terjemahannya ialah semasa, ketika atau perkataan-perkataan lain yang dilihat memberi maksud seperti yang dinyatakan tadi.

شَعَرَ بِالضِّيقِ حِينَ عَلِمَ بِالخَبَرِ.
Dia rasa tertekan ketika mengetahui perkara itu.

حَتَّى دَانِيَا حِينَ سَأَلْتُهُ عَنْ فَادِي قَالَ لِي بِأَنَّهُ قَدْ قَطَعَ عِلَاقَتَهُ بِهِ.

Sehinggakan Danial pun ketika saya bertanya tentang Fadi dia memberitahu yang dia telah putuskan hubungannya dengannya.

حِينَ دَخَلْتُ لَمْ يَكُنْ فِيهِ أَحَدٌ.
Semasa saya masuk tidak ada sesiapapun di dalamnya.

a.1. حِينَمَا
“bila”, “ketika”, “semasa”:

Kata tugas حِينَمَا secara umumnya membawa maksud sama seperti عِنْدَمَا dan لَمَّا.
Tujuan saya mengaitkan kenyataan di atas dengan ‘secara umumnya’ adalah kerana sebilangan pengkaji melihat bahawa عِنْدَمَا dikhususkan untuk tempat. Fungsinya ialah mengaitkan dua kejadian dengan sesuatu masa tertentu di samping terdapat unsur penekanan makna. Contohnya:

حِينَمَا عَادَ إِلَى البَيْتِ وَجَدَ صَدِيقَهُ يَنْتَظِرُهُ.
Bila dia pulang ke rumah, dia dapati kawannya sedang menunggunya.

Ayat di atas sama dengan ayat:

عِنْدَمَا عَادَ إِلَى البَيْتِ وَجَدَ صَدِيقَهُ يَنْتَظِرُهُ.
Bila dia pulang ke rumah, dia dapati kawannya sedang menunggunya.

لَمَّا عَادَ إِلَى البَيْتِ وَجَدَ صَدِيقَهُ يَنْتَظِرُهُ.
Bila dia pulang ke rumah, dia dapati kawannya sedang menunggunya.

a.2. فِي حِينٍ
“pada saat”, “pada ketika”, “semasa”:

فِي حِينٍ كَانَ الجَمِيعُ يَكْرَهُونَكَ كُنْتُ الوَحِيدَ الَّذِي وَقَفْتُ بِجِوَارِكَ.
Pada saat semua orang membencimu, akulah satu-satunya orang yang berdiri bersama-sama kamu.

Jika selepas kata tugas فِي حِين adalah perkataan isim, maka ketika itu tanda tanwin mesti digugurkan. Contohnya:
فِي حِينِ غِيَابِهِ
(ketika ketiadaannya).

Selain dari apa yang dinyatakan di atas, kata tugas فِي حِين juga membawa maksud “sedangkan” seperti yang akan dijelaskan menerusi ayat keterangan bertentangan nanti. Contohnya:

لَقَدْ وَصَلُوا إِلَى المِرِّيخِ فِي حِينِ أَنَّنَا مَا زِلْنَا نَحْبُو.
Mereka telahpun sampai ke Marikh sedangkan kita masih lagi merangkak.

Jom berbahasa arab

Sumber: Group Hiwar Whatsapp



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Thursday, February 16, 2017

:: Jom Berbahasa Arab 2 ::

بِفَضْلِ “disebabkan”:

Dari segi makna, ia sama sahaja dengan بِسَبَبِ.
Bezanya adalah kegunaannya dihadkan pada sesuatu yang positif.

Contohnya:

نَجَحْتُ بِفَضْلِ هَؤُلَاءِ.
Saya berjaya disebabkan mereka ini.

Sekiranya keterangan sebab tersebut mengandungi unsur negatif, kata tugas بِفَضْلِ tidak boleh digunakan.

Contohnya:
رَسِبْتُ بِفَضْلِ هَؤُلَاءِ
adalah salah.

Ayat yang betul ialah:
رَسِبْتُ بِسَبَبِ هَؤُلَاء

Sumber: Group Hiwar Whatsappِ



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Jom Berbahasa Arab ::

Ramai sebut dalam bahasa arab

"awak doakan saya" ( اُدْعُنِيْ )          

yang betul ialah ( اُدْعُ لِيْ )

Makna ( ادعني) mohonlah atau mintalah dengan aku

Jom berbahasa arab

Sumber: Group Hiwar Whatsapp



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Just Saying ::



Setiap orang mempunyai kesempatan dan ruang untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik walaupun berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Kesempatan itu memang telah tersedia ada didepan kita. Hanya terserah kepada kita sama ada mahu mengambilnya sebagai peluang ataupun tidak.

Seperti kata orang-orang lama "Kejayaan bukan terletak pada sijil tetapi ianya terletak pada kesungguhan empunya telapak tangan yang kuat "



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Thursday, January 19, 2017

:: Demi Matahari ::

[可怜] [可怜]  [可怜]

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi...

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya....

Allah Subhanallah.. 2x
Allah Subhanallah.. 2x

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang menyucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya.....

#InspirasiDariMatahari
#TetapPatuhLukisanIlahi
#FightingTirr
#ESQMasihkahKauIngat




#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

~> Khalifah di muka bumi itu perlulah akal seluas langit, mengalir seperti sungai yang deras..
=> Usia umpama harta, bukan banyaknya menjadi perhitungan, tetapi keberkatannya... Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
=>Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal,beerti memiliki fikiran yang baik.Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapatkan kenikmatan dalam kehidupan.

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
~> Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu, dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."