Pages


Friday, February 22, 2019

:: Jr Journey 6 ::



Sorry, mama pinjam gambar abang Taqiy lagi. Hihi..

Alhamdulillah sayang mama dah 7 bulan lebih. Dah start kene kire sayang kicking dari 28w ritu. Sayang pun dah berat sekilo lebih masa mama g cekup KK aritu. 😘
Semalam cekup KD, haha berat mama naik banyakkk lagi sayang. 3.5 kilo so, harini kene start daily cekup. Aduhh, konfius mama. Agaknye kursus ritu mama makan banyak sangat, dahla sedap. Haha Takpela. 

Cume yang mama risau la ni, HB mama, still low. Aritu turun lagi jadi 10.8 pula. Allahu. Mama minta maaf sayang. Cmne ni. Mama tak jaga makan ke sayang? 😢

Nus kate kaki mama dah edema. Bengkak. Awal sgt ke kaki mama bengkak? Banyak jalan kan. Tula. Hahaha 

Hurmm. Papa nak balik Mesir dah sayang .(Ayah→Papa🤗).. Lepasni sapa nak urut mama lagi setiap hari. Mama dah start kene buat semua sendiri semula lepas ni. Mama dah tak sampai sangat nak menunduk ni, nak pakai stoking pun mengah dah. 😅 Kaki n belakang takyah cakap, memang selalu sakit dah. Hurmmm. 

Takpela, semoga mama terus kuat. Barang sayang mama baru standby 10%. Bilalah mama nak buat list ni. Nanti kita tanya ummi ye, sebab ummi suh pakai barang Abg Taqiy je ape2 yang pakai sekejap tu .So, takyah beli. Alhamdulillah. 

Mama dah scan ritu. Hehhe Jeng jeng jeng. 👶🏻Hehe You're a ………………………!! 
Alhamdulillah. Mama tak kisah ape pun gender sayang, yang penting sayang sihat. Kesihatan sayang yang penting buat mama. Counting months dah sayang. Cant wait for u. I love you so much. 

Lots of love,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

Monday, February 18, 2019

:: Time Ticking Too Fast ::



   Helloo gaiss.. Why time is ticking toooo fast haa? 
Bulan Jan dulu punyalah bercinta nak habis sebulan, pejam celik pejam celik still Jan. Tapi Feb ni, baru je rasenya melalui 1 Feb tibe-tibe dah 18 Feb harini.. Oh I so sadd.. 😢
Yelah, thats means suami kita hanya tinggal lagi 2 minggu je kat sini. Not enough right.. 😭😭😭

  Many things happened in this month..Hectic month I guess.. Mane taknya, busy kenduri di rumah kampung asyan sepupu kawen. Then, tup-tup takde angin takde ribut kene g kursus pulak untuk Guru Kafa di Kompleks Falak Al Khawarizmi.
Tu je dah take 2 weeks from my time with my hubb. 





    Oh Allah, panjangkan waktu untuk kami. Let me stay with him more longer. 😢
Hari ni dah start ngaja balik. My baby already 7 month. Esok kite g cekup kat KK n minum air gula for the 2nd time k. Behave ye sayang. Hehehe. I love u oll.. Waiting for u too bb. 👶🏻 My honey bunch. 

Lots of love,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱


MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."