Pages

Tuesday, September 11, 2012

:: Duhai Insani ::



Berjalanlah dengan penuh harapan
Walau hidup ini tidak selalu indah
Sedekahkanlah sekuntum senyuman
Walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan
Belajarlah memaafkan
Walau dirimu terluka
Berhentilah memberi alasan
Walau ingin menyatakan kebenaran

Hiduplah dalam kawalan iman
Walau dirimu dilingkari godaan
Dan berpeganglah kepada Allah
Walau DIA tidak kelihatan

Bukti kasihNYA
Kita wujud di dunia pinjaman ini
Ada hikmah pabila berlaku sesuatu perkara
Dan yakinlah Sang Pencipta menguji setiap hambaNYA
Yang mengaku keimanan kepadaNYA

Jangan terlalu terpesona dan asyik
Untuk menjadi yang terbaik
Kerana hidup tak semudah itu
Perihal kehidupan sebagai cermin
Dalam nilai sebuah pengabdian
Yang hakiki lagi abadi

Moga lelahmu dihargai Ilahi
Walau dirimu hanya sekelumit disisiNYA
Walau dicemuh insani......




Kredit: Buat insan yang mendambakanNYA...


(\__/)
(,^_^)
((")(") LOVE U ALL..
TINTASAMUDERA

Saturday, September 8, 2012

:: Rindu Yang Membuncah ::



Tuhan
Aku mengintai nusrah 
Dari tirai kamar resah
Yang menghijab jiwa parah

Tuhan
Aku mendamba hidayah
Agar langkahku kejap beralas hikmah
Jiwa dakar persis Rabiatul Adawiyah

Tuhan
Jangan Kau tintakan noktah
Ke atas kanvas sukmaku yang pasrah
Hatiku menadah mengarib rahmah

Tuhan
Usah Kau biarkanku rebah
Di tubir pantai perit mehnah
Meski dibakar teriknya mentari mujahadah

Tuhan
Hamparkan padaku lautan maghfirah
Agar kusaksikan indahnya uzlah
Rinduku padaMu kian membuncah




Menilai kesukma jiwa... Berlagu seindah pawana...

(\__/)
(,^_^)
((")(") LOVE U ALL..
TINTASAMUDERA

Friday, September 7, 2012

:: Pendapat Itu Subjektif ::

Di sebuah kedai

A: Erm,,, cik B. aku alas meja corak bunga-bunga ni cantikkan?
B: Yeke? Biase je... Tapi yang corak plain lagi ni cantik.

Pendapat itu subjektif... kerana apa? Kerana kita mempunyai idea, pandangan, dan akal yang berbeza-beza... Maka, semua pendapat itu patut kita terima... Kita tidak melihat dunia ini dengan satu warna.. Kita tidak melihat dunia  ini hanya warna hitam semata... Tapi kita peroleh lampu isyarat yang mempunyai 3 warna.. Kita peroleh pakaian yang beraneka bentuk.. Kita peroleh bangunan yang pelbagai rupa dan bantuk... Semua ini hasil daripada wujudnya pendapat yang berbeza.

Daku terkadang hairan dengan mereka yang suka meniru identiti orang lain... Tidakkah dikau jua mempunyai cita-rasa? Lantas mengapa dikau tidak mewujudkan identiti dikau sendiri... Aku kagum dengan individu yang mampu berdiri dengan sendiri..  Individu yang mampu melahirkan identiti yang berbeza dari orang lain.. Individu yang mewujudkan seseorang dalam dirinya... Tidak bergantung sepenuhnya pada orang lain..  Walaupun daku perlukan kawan-kawan untuk hidup.. Tapi aku bukan hidup untuk kawan-kawan...

Belajarlah untuk menerima pendapat semua orang..

Kita diciptakan Allah sempurna kejadian, walhal kita sendiri tahu kita punya banyak kekurangan... Allah menciptakan untuk kita akal dan nafsu... Lengkap untuk dinamakan seorang manusia.. Allah tidak menciptakan kita seperti Malaikat yang hanya mempunyai akal,, dan Allah tidak ciptakan kita seperti Syaitan yang hanya mempunyai nafsu.. Kita tidak selamanya berada di tempat panas sehingga tidak mengerti apa itu sejuk... Kita tidak selamanya berada dalam taat sehingga tidak mengetahui apa itu maksiat.. 

Allahu Akbar.
Sekian..


Monday, September 3, 2012

:: Jamuan Raya RNSK ::

1 Sept 2012 bersamaan 14 Syawal 1433H

Wahh,, kemeriahan Syawal dirasai... Hari ni RNSK mengadakan Jamuan Hari Raya... Makanya, ramailah tetamu yang hadir.. Bukan sahaja dalam kalangan para sahabat, malah dalam kalangan VIP, VVIP pun turut bersama.... Walaupun kami hanya tinggal beberapa orang sahaja, namun kemeriahan tetap dirasai.. (pst.. pst.. terasa cam kat kampung, berkumpul ramai-ramai) Gotchaa !! J

Jeng...Jeng..Jeng
Aku ditugaskan untuk melayan tetamu-tetamu kehormat nih.. (VIP...VVIP dll)

Di dalam bilik mesyuarat (tempat khas untuk VIP..VVIP)

Aku sebagai penyambut tetamu... J


Selamat datang,, silakan masukk.

Selamat menjamu selere.. Jemput makan ye...^^ J






Ni pula di ruangan tetamu-tetamu dari kalangan mahasiswi....J




Bersama akak-akak dan sahabat dari Maghribi.....




Terima kasih kerana sudi bertamu bagi memeriahkan lagi majlis...


Ha.... Tuan rumah dah ade,,, tetamu pun dah hadir.... Apa lagi yang tak lengkap... Semestinya, juadah...
Antara juadah.....J






Inilah antara juadah raya yang ada....
  • Nasi impit
  • Kuah kacang
  • Kuah lodeh
  • Rendang ayam
  • Rendang daging
  • Nasi beriyani
  • Laksa
  • Kueh-kueh raye pun ade juge...
Sungguh menyelerakan.....


SEKIAN DARI SAYA
SALAM LEBARAN
1433 H
JJJJJ


Kredit to: Faiz Nur Fatin.. (kot Jordan ngn Mesir sepelaung mesti ko datang an.. Miss u)
                : Sahabat-sahabat di Malaysia (Syue, Jannah, Miza, Leha)
                : Akak-akak yang berada di Malaysia...

Khas to: My family... 
               (Ayong... Insyaallah hadir... Erkkk apakah?)

(\__/)
(,^_^)
((")(") LOVE U ALL..
TINTASAMUDERA

Sunday, September 2, 2012

:: Menjelang Syawal ::


S.A.L.A.M  L.E.B.A.R.A.N

Dulu mase kecik-kecik, bile dengar takbir dan lagu-lagu raye mesti rase gembira dan tak sabar-sabar nak raye... Al-maklumlah, kecik-kecik apa yang nak difikirkan..Rase tak sabar nak pakai baju raye dan nak kumpul duit raye jela...  Sekarang, bile dengar takbir dan lagu raye, rase sebak+sedih tahap max... Al-maklumlah, pertama kali di perantauan... Paling menyedihkan, sebab my family raya di Ipoh,,,, waaaa rindu sama opah ngan atuk Dino dan semua family kat sana... (Dah lama sangat tak balik Ipoh)... L

Walaubagaimanapun,,, saya ada kakak-kakak yang sentiasa menghiburkan (daku paling junior kat RNSK)..  Jadi kesedihan saya sedikit terubat... Apa yang kami lakukan sempena menghadapi Syawal??

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa....JJJ

Buat kuih rayaaaaaaa...

Ni kueh konflek madu... Ha semestinye kueh ni menjadi
kegemaran orang ramai... Saya suke.. J




Ha,,, ni pule kueh Cookies,,, kami cuba menggantikan
hazel nut dengan coklat M&M... Menarikkan??J



Alamakkk!! Banyaknye semut... Jadi mari kita buat kuih Sarangheo.
Opppsss... maalish2.. kueh Sarang Semut.... J






Semua tau tak ni kueh ape? Ape lagi kalu bukan kueh Dam
kegemaran saya.. Baunye sahaja sudah mengiurkan.. Wahh.. J

Sebenarnya kami buat 10 jenis kueh.. Tapi saya upload sikit jela... 

10 Malam terakhir Ramadhan.........

Masyarakat di Mesir sangat-sangat berbeza dengan mesyarakat di Malaysia... Jika di Malaysia, 10 malam terakhir kita sibuk dengan persiapan raya yang harus sehingga kita mengabaikan yang wajib.. Jika solat fardhu pun jarang-jarang dilakukan apatah lagi solat sunat... Tetapi berbeza halnya dengan masyarakat di Mesir.. Masjid-masjid hidup dengan solat sunat di malam hari... 


Keadaan Masjid Libi Hayy Sabi yang sangat penuh...
Masyaallah Tabarakallah....


Pagi Syawal.... Menjelang Aidilfitri...J











SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF
ZAHIR DAN BATIN
J