Pages

Monday, April 28, 2014

:: Sehari Di Kuliah ::

Kuliah dah mula tawaquf.. Menandakan imtihan dah semakin hampir dan hampir..

Bunyi tembakan kadang-kala menjadi muzik di tanah kinanah ini.. Dan kami masih di sini meneruskan sisa perjuangan mencari ilmu.

Soifi sudah menjelma.. Selamat tinggal wahai syita.. Panas seakan tak mampu nak hadapi, sejuk seakan tak mampu tuk diharungi.. Namun, itulah ujian anak perantau...

Gigih, tekun dalam belajar.. Moga Allah beri keberkatan dan kerahmatan. Pause seketika dunia hiburan. Fokus pada mentelaah.. Tingkatkan iman dalam ibadah.

Pesan seorang khadim, orang mukmin bukan belajar last minit tapi orang mukmin belajar hingga last minit..

Bittaufiq wannajahhhh..


Posted via Blogaway

:: Hati Sang Kerdil ::

Oh Allah.. Indahnya ciptaanMu. Pelbagai ragam.. Pelbagai rasa.. Ada yang begini, ada yang begitu..

Tp tak semua mampu redha dengan segala ciptaanMu.. Semua ujianMu..

Ya, redha itu apabila kita tidak lagi bertanya kenapa.. Jiwa kerdil ini masih perlukan kekuatan.. Walau hikmah itu belum kutemui.. Tapi aku percaya ada yang Kau sembunyikan.. Semoga munculnya nanti, ku perolehi bahagia abadi..

Oh Allah, jiwa sang kerdil ini belum cukup kuat.. Tapi aku yakin akan ketentuanMu. Tetapkanlah hati aku di jalanMu.. Jalan yang lurus..

Moga segala rasa cinta ini tetap untukMu.. Allah.. Insyallah.. Aminn..


Posted via Blogaway