Hola hola...
Assalamualaikum jr sayang mama.
Sekarang dah 3 bulan usia jr in my womb. Love u sayang. Tadi mama g scan lagi. Mama nampak jr aktif sangat, melompat-lompat, menendang-nendang. Dokter pun kate "Tengok tu kemain aktif die". Tapi mama tak rasa apa-apa. Maybe sebab sayang tiny lagi. Hehe Tapi malam-malam, sayang jr mama ni selalu ajak mama main. Takleh tidur mama sebab perut mama sangatlah tak selesa. Haha
Mama cerita kat ayah, ayah excited dengar mama cerita jr sayang ni aktif. Tapi ayah tak de kat sini same-same nak tengok. Ayah asyik minta maaf kat mama, sebab dia tkde time mama perlukan dia. Mama faham. Sebab memang inilah caturan yang mama dah jangka akan berlaku. Sekarang, mama cuma kene kuat kan sayang..
Mama tak sabar nak habis first trimester ni. Jr tau apa mama buat hari-hari?
Bangun pagi lepas solat Subuh mama ngaji, mama nak khatamkan satu Quran sepanjang jr dalam perut mama. Mama start dari mula sebab nak jr dengar setiap alunan ayat suci. Semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan kepada jr mama. Lepas tu mama kene makan ubat. Ubat untuk jr, untuk mama. Tapi, ubat B6 untuk mama tu busuklah, mama tak tahan nak muntah. Jadi mama makan skip2. Ubat untuk jr mama consume hari-hari tau.
Lepas tu mama tidurrrrr je sampai kul 11-12. Oh, maafkan mama, tapi mama tak larat. Rasa cramp perut. Dokter kata mama cramp perut sebab tk cukup calcium. Dah kongsi ngan sayang mama ni. Sorry sayang. Nanti mama minum susu ye. Nasib baik atok sangat memahami. Hari-hari atok masak. Tak pun mak long. Hurmm...
Mama kene makan selang 2-3 jam dan kuantiti yang sikit sebab tekak mama tak sedap. Rasa pahit and loya nak muntah. Hahaha Ini pengalaman pertama mama tau jr. Sebab tu mama rasa tak produktif.
Insyaallah, nanti mama dah adapt dan dah hilang suma rasa ni, mama akan lebih produktif ye sayang. I love u sayang. N mama sayangkan ayah. I miss him a lot. Hurm, mama taip ni pun nak ngalir air mata.
Waaaaaa
Ok sayang.
Diari mama jr.
Athirahim ♥
25 Okt 2018
Ps: Again, taip pada 25/10. Tapi baru dapat post sebab internet. ^^
Pages
▼
Wednesday, October 31, 2018
:: Jr Journey 2 ::
Monday, October 29, 2018
:: Jr Journey ::
Hola hola evelibadi.
Hewhew..
Memandangkan blog aku ni pun macam dah lama takde readers. So, I guess, bolehla expose kat sini..
I just need someone to share. Nak borak ngan husband jauh. Tak sama macam ape yang kita nak borak hari-hari.. Frankly, nak borak depan mata.
Ok2..
So jr, hari ni mama g cekup kat klinik. Nak bukak buku pink tuk jr. Tadi scan, mama nampak jantung kecil jr berdegup. Mama nak nangis, tapi mama tahan. Mama happy sangat. Kan best kalau ayah ada sama-sama tengok jr..
Jr kene kuat tau.. Mama tak kuat sebenarnya, tapi mama kene kuat tuk jr sayang. Mama letih sayang, mual-mual ni buat mama tak larat.. Hari-hari mama tak produktif sebab mama rasa nak baring je.
Semalam mama video kol ayah, mama nangis teruk sebab rindu ayah. Takde sape dapat urut mama malam-malam sebelum tidur.. Jadi jr kene behave ye. Mama love u sayang.
Diari mama jr.
Athirahim ♥
15 Okt 2018
Ps: Baru dapat post. Padahal taip dah lama.. Masalah internet katakan.. Hehhe ^^
Sunday, October 14, 2018
:: Diati ; Jauh ::
Masuk malam kelima berjauhan with my husband. Ya Allah, cepat giler mase berlalu. Harap macamnilah rasanya untuk sampai bulan kelapan nanti.. N im missing u sweetheart..
I really miss you sayang. I really do.
But, staying in Malaysia is more better n comfortable for me n jr. But its more better if Im with you.
Semoga cepat najah n come back.
Your wife n jr olweys missing u...
Miss u
Miss u
Miss u
Tuesday, October 2, 2018
:: Officially ::
👩🏻🎓Officially graduated with a Bachelor's degree in Arabic Language and Literature.
Untuk pertama dan selamanya, kupanjatkan kesyukuran dalam hati yang terdalam atas kejayaan ini. Terasa berbaloi usaha selama ini. Penantian ini. Meskipun butuh waktu yang lama. Dan tidak grad on time. Ala kulli hal. Kita semua berjalan dalam zon masa yang telah Allah tentukan oleh kita.
Jerih payah selama ini, bukan biasa. Belajar di Azhar, bak kata mereka, kalau ga kuat, ga usahlah repot2 di sini. Kukira aku kuat ya kerana bertahan selama ini, meski air mata pernah juga tumpah. Ujian demi ujian silih berganti.
Pengalaman disini tak akan pernah aku lupakan selagi mata ini berkerdip. Selagi nafas ini berhembus.
Terima kasih kepada mereka yang sama-sama berada di jatuh bangunnya aku. Yang menjadi asbab jatuh bangunnya aku. Yang menjadi saksi jatuh bangunnya aku. Ibubapa yang sentiasa mendoakanku, keluargaku tercinta, para doktor, para dokturah, para pegawai, ahli organisasi MTP, ahli RNSK, sahabat handai, adik junior dan senior, guru tutor, mereka yang pernah kenal kemudian hilang, mereka yang pernah bertemu dan berpisah.., argh, terlalu ramai jika ingin disebut satu persatu nama. Cukuplah, mereka tahu, mereka adalah salah satunya.
Dan yang kusayangi, dari sebelum ada ikatan yang sah sehingga menjadi nadi aku berdenyut, sayangku suamiku, Mohd Faiz. Terima kasih kerana wujud dalam kehidupanku..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Done with this chapter. And another chapter waiting. Yang lebih tough dan lebih mencabar. Semoga dia, aku dan jr dapat menempuh cabaran yang bakal mendatang ini. Amin Ya Allah...
Permudahkan segala urusan Ya Allah.. 😍😘