Pages

Saturday, April 23, 2011

:: Hidup Tak Sweet Andai Zero Masalah ::

C.E.R.I.A.... G.E.M.B.I.R.A..... Saya happy, awak happy, kita-kita happy. Suuummeee orang happy...Kan sweet macam tu. Tapi kadang-kala tak semua yang kita nak kita akan dapat, sebab Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak..simple..

::Saat keceriaan bersemi, senyuman melakar indah::

Orang takkan ceria kalau ada masalah, tapi orang yang bermasalah apa yang akan terjadi???
    -Arrrggghhhh,, tensionnye!!!
    -Urgh, takde moodla...
    -Aku Boossaann!!
    -Aku tak tau apa nak wat...
    -Kenapa aku kene tanggung sume ni??
   dan macam-macam lagi...
 tapi sebenarnya untungla mereka yang tahu masalah yang mereka hadapi, berbanding manusia yang mempunyai masalah tidak tahu masalah yang mereka hadapi..(macam diri ni, kadang-kadangla) huhu

Bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 286,
لاَ يُكَلِّف الله نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
jadi mengapa masih ada rasa gusar dan ragu, padahal Allah telah janjikan bahawa "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
Dan sebenarnya, setiap masalah yang dihadapi ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu, am I right??

"Alihkan mata ke laut yang airnya membiru

dan penuh dengan ketenangan

tetapi hanya Allah yang tahu rahsia di dalamnya,

begitu juga dengan kehidupan manusia

riang ketawa

tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya,

jika dirimu rasa kecewa

maka pandanglah sungai 

yang airnya tetap mengalir

biarpun berjuta-juta batu menghalang,

jika dirimu rasa sedih pandanglah langit

dirimu akan sedar begitu banyak pintu hikmah

yang belum tersingkap dan

dirimu akan sedar betapa

Allah sentiasa bersamamu..

Yang telah dikurniakan

kekuatan dan ketenangan

buat kita menghadapi ujiannya agar terus istiqomah

menerusi jalannya..."


Dan kita kena ingat sekuat manapun dugaan yang kita hadapi, sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani, sebesar manapun kegagalan yang kita rasai, sejenuh manapun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI, jangan pernah berhenti berdoa pada RABB, kerana harapan adalah masa hadapan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah senjata orang yang beriman.....

Sebab apa hidup tak sweet andai zero masalah, kerana setiap masalah adalah ujian dan dugaan daripada Allah.. Jika diri tidak diuji dengan ujian Allah, kita tidak akan tahu tahap keimanan kita, why? لأن ujian itu menguji keimanan kita terhadap-NYA,... bertambahkah?  kurangkah? Tepuk dada tanya iman.....wallahualam.. :-)


No comments:

Post a Comment