Pages


Showing posts with label :: Diati ::. Show all posts
Showing posts with label :: Diati ::. Show all posts

Wednesday, May 1, 2019

:: Jr Journey 7 ::





Its May olready.  Wow wow wow..
Ting ting tang ting tara ting ting keting tang ting... 

Haha Its been awhile right. Sekejap je dah Mei. Sayang cinta hati mama ni pun dah 39 weeks. Mama menanti hari je ni.. Hee Inhaleee.. Exhaleee... Inhaleee.. Exhale..🌬

Sayang mama, debar mama dah kian terasa.. But actly, mama tkdela debar sangat, maybe dah masuk lr nanti baru rase seriau tu kot kan sayang.. Heee🌈

Mama ingat sayang mama ni nak keluar hujung April ritu.  Nak Mei jugak ye ni. Hehe baik2.  I just feel excited to welcome you sayang. 👶🏻

Alhamdulillah ala kulli hal. Akhir-akhir ni, cekup mama semua ok.(Mmg dah tkde cekup dah lepass ni. Tunggu nak admit ward je. Hehe) Hb mama ok, berat mama ok, even total weight mama overrr kott.. Tp doc kate as long mama tkde masalah lain, its ok. 😇Cume tula sayang, batuk mama tak ok2 lagi ni.. Nus pun dah pesan suh cube macam2 tuk elokkan batuk. Sebab nnt lepas bersalin lagi sakit nak batuk.. Im trying ye sayang..

Minggu ni mama busy sangat. Kuatkan hati, cekalkan jiwa je buat semuanya.. Padahal jalan dan jongket2. Tulang pinggang ke punggung Masyaallah sakitnya. Nak berdiri sakit, berjalan sakit. Tapi gagahkan juga.. 😅 Memandangkan ni minggu last mama work.

Aritu majlis persaraan gb sekolah mama. Dengan perut membuyung ni.. Jalan pun lambat. Argghh. Ade ke dowang amiik gambar dari side tepi.. Nampak kembung di situ.. Haha Sabar jela. 

Esok pulak ada sambutan Hari Guru... Luse Ihya Ramadhan. Nasib baik hari ni cuti Hari Pekerja.. Tapi mmg hari Rabu cuti Kafa punnn.. 😋

Okla sayang, sayang keluar dalam keadaan yang sihat dan selamat ye.. Ukhruj ayyuhal maulud, biqodrotil malikil mahbub.
Dah tekan-tekan tu, mama dah rase ngilu...Hee.

Mama Papa waiting for you sayang.. 😍🥰😘
Muahhhh..

Mama,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

Friday, March 1, 2019

:: Diati; Emosi ::

Pinjam gambar Taqiy lagi Hehe

Hai sayang mama. Sihat ke tu.. Aktif semacam je tendang-tendang dalam perut mama. Huu.
Dah 1 Mac harini sayang. Luse papa balik dah. Dari semalam mood mama tak ok. Mungkin sebab mood dah spoil semalam. N rasa hiba tu dah datang dan terus menerus tanpa henti die datang. What should I do then?..

Memaafkan tu senang tapi melupakan tu susahkan sayang. Mama tak marah, Im just feel hiba...  Sampaikan kat sekolah pun air mata mama bergenang-genang lagi. Bile kawan tanya, mama cakap cahaya matahari panas sangat. Haha. 

How I can endure it. Cume, sayang mama ni sangat-sangat dapat merasakan mama ke? Setiap kali air mata mama mengalir, sayang dah tendang. Am I too pitiful sayang? 😭

Sayang... Again, I need to through everything alone... N I need to wait another 100++ days? .. 

Semoga mama kuat sayang. Huh.
Emosi wanita mengandung ni macam orang sakit an. Yaa, surela sebab mengandung ni lain dari yang normal an. Haha So, bile emosi ni, memang terlebih-lebihla emosi nye an. Hurmm. 

So, treatla macamne treat orang sakit an. Huuuu.. 😅

It gonna be ok right..
N we gonna miss papa again. Erm sekarang pun dah rindu... How?

Diari mama,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

Monday, February 18, 2019

:: Time Ticking Too Fast ::



   Helloo gaiss.. Why time is ticking toooo fast haa? 
Bulan Jan dulu punyalah bercinta nak habis sebulan, pejam celik pejam celik still Jan. Tapi Feb ni, baru je rasenya melalui 1 Feb tibe-tibe dah 18 Feb harini.. Oh I so sadd.. 😢
Yelah, thats means suami kita hanya tinggal lagi 2 minggu je kat sini. Not enough right.. 😭😭😭

  Many things happened in this month..Hectic month I guess.. Mane taknya, busy kenduri di rumah kampung asyan sepupu kawen. Then, tup-tup takde angin takde ribut kene g kursus pulak untuk Guru Kafa di Kompleks Falak Al Khawarizmi.
Tu je dah take 2 weeks from my time with my hubb. 





    Oh Allah, panjangkan waktu untuk kami. Let me stay with him more longer. 😢
Hari ni dah start ngaja balik. My baby already 7 month. Esok kite g cekup kat KK n minum air gula for the 2nd time k. Behave ye sayang. Hehehe. I love u oll.. Waiting for u too bb. 👶🏻 My honey bunch. 

Lots of love,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱


Tuesday, November 20, 2018

:: Diati; 12 Yearssss ::

✨Selamat Ulang Tahun 'Perkenalan' kita yang ke-12. (21/11/06-21/11/18)
.
Terima kasih kerana beranikan diri cube miskol masa 21/11 dulu. Kalau tak mulakan dulu, mungkin kita bukan yang hari ini seperti ini ♥ Yelah, masing-masing ego. Aku dengan stand konon tak akan contact lelaki terlebih dulu, dan2 jatuh hati pulak pada orang tak layan perempuan ni. 😅
.
Sampaikan kawan-kawan yang tahu banyak bagi hint n tolong secara tak langsung. 🙏🏻 Thanks korang. (Btw, takyah kira berapa umur masa tu. Ketegori cinta monyet. Errrr...... Hew)
.
Masa dia nak 'kawan' dulu, aku tanya, kenapa terima untuk kawan, n dia jawab 'Dia dah istikharah dulu'. N aku rasa terduduk jugakla. Sebab aku tak sangka 'persahabatan' dia seserius ni. Sampai istikharah untuk berkawan dengan perempuan.
P/s: Masa tahun 2005 dia pernah cakap tak suka aku, padahal tah bilaaa masa aku luah aku suka dia.. 🤔 Tapi aku pun memang serius suka dia, walaupun masa tu mana terfikir lagi pasal kawen-kawen ni.
.
Tahun berganti tahun, n tak sangka still bersama dia. Even ada yang tanya "Tak bosan ke dengan orang yang sama lama-lama". -Tak.. 😘
.
Sape kata kawan lama-lama takde gaduh.🙅🏻 Banyak kali gaduh. Plus bila dah start fikir masa depan lagi banyak gaduh. Haha Dengan masa tu plan nak kawen masa 2013, dah plan semua, pergi kursus kawen, tetiba tak jadi. Nasib belum buat invitation je. Frust menonggeng, rasa dunia kelam kejap, nangis siang malam, tahajud tiap malam (cewah), sebulan larikan diri dari dia. Rasa nak cari orang lain je. Maigod 😅
.
🏷Indeed, Allah is the Best Planner. (3:54).. Kite merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah lebih tahu tentang hati dan perasaan, persediaan diri yang belum mantap mungkin masa tu. Dengan niat yang belum utuh. Allahu.
.
Dan akhirnya, 3/2018 Allah satukan juga kita.. Alhamdulillah. Semoga Allah terus satukan kita samppaaaiii di Syurga sana. 🤲🏻 Aminn.
.
Terima kasih untuk segalanya. -Ily-
#BanyaknyeTarikhKita😅
.
Setiap orang ada cerita tersendiri. Dan ini cerita aku dan dia. 💑 JAUH ITU ADA RINDU YANG TAK SUDAH..... 😢
…
#sitiathirah92 #iraiz92 #TravelogCintaIraiz92 #LoonngStory #12Years #StillCounting #TillJannah ^^


Thursday, November 15, 2018

:: Diati ; Arghh Sakitnya Rindu ::

Perasaan itu.  Sungguh hiba dan sedih.
Aku seorang yang berdikari, mampu berbuat apa dengan sendiri. Boleh menguruskan segalanya sendiri.

Tapi entah kenapa, sejak bergelar seorang isteri, sejak mempunyai pendamping diri, sejak ada tempat bergantung, segala kekuatan tu macam terbuai-buai..
Walaupun masih mampu melakukan semuanya sendiri, namun jauh di sudut hati, aku perlukan suami disisi.

Arghh, perasaan kental bersendirian tu tika single dan sudah berkahwin sungguh berbeza ya. Aneh sekali. Walhal, itu adalah perkara biasa yang pernah aku lakukan.

Aku rindukan dia.. Aku perlukan dia. Untuk menjaga aku. Untuk mendengar keluh kesah aku. Sakit juga ya berjauhan ini. Kira-kira berapa lama masa yang aku perlukan untuk adapt dengan semua ini?

Ya, aku perlu menyibukkan diriku. Tapi penat itu selalu mengingatkan aku pada dia. Mungkin ada hikmah kenapa aku perlu berjauhan dengan suami dan dalam keadaan yang sebegini, supaya aku kembali kuat dan berdikari mungkin. Hurmm..

Balik rumah mertua seorangan macam ni, buatkan sedih dan sendu itu kian membuak. Mana-mana pergi nampak dia. Setiap saat rasa nak menangis. Dan tahan air mata dari jatuh di hadapan umi. Oh Allah. Kenapa baru sebulan berlalu...

I miss uuu.  😭😭😭


Sunday, October 14, 2018

:: Diati ; Jauh ::

Masuk malam kelima berjauhan with my husband. Ya Allah, cepat giler mase berlalu. Harap macamnilah rasanya untuk sampai bulan kelapan nanti..  N im missing u sweetheart..
I really miss you sayang. I really do.

But, staying in Malaysia is more better n comfortable for me n jr. But its more better if Im with you.

Semoga cepat najah n come back.

Your wife n jr olweys missing u...
Miss u
Miss u
Miss u


Tuesday, October 2, 2018

:: Officially ::












👩🏻‍🎓Officially graduated with a Bachelor's degree in Arabic Language and Literature.

Untuk pertama dan selamanya, kupanjatkan kesyukuran dalam hati yang terdalam atas kejayaan ini. Terasa berbaloi usaha selama ini. Penantian ini. Meskipun butuh waktu yang lama. Dan tidak grad on time. Ala kulli hal. Kita semua berjalan dalam zon masa yang telah Allah tentukan oleh kita.

Jerih payah selama ini, bukan biasa. Belajar di Azhar, bak kata mereka, kalau ga kuat, ga usahlah repot2 di sini. Kukira aku kuat ya kerana bertahan selama ini, meski air mata pernah juga tumpah. Ujian demi ujian silih berganti.

Pengalaman disini tak akan pernah aku lupakan selagi mata ini berkerdip. Selagi nafas ini berhembus.

Terima kasih kepada mereka yang sama-sama berada di jatuh bangunnya aku. Yang menjadi asbab jatuh bangunnya aku. Yang menjadi saksi jatuh bangunnya aku. Ibubapa yang sentiasa mendoakanku, keluargaku tercinta, para doktor, para dokturah, para pegawai, ahli organisasi MTP, ahli RNSK, sahabat handai, adik junior dan senior, guru tutor,  mereka yang pernah kenal kemudian hilang, mereka yang pernah bertemu dan berpisah.., argh, terlalu ramai jika ingin disebut satu persatu nama. Cukuplah, mereka tahu, mereka adalah salah satunya.

Dan yang kusayangi, dari sebelum ada ikatan yang sah sehingga menjadi nadi aku berdenyut, sayangku suamiku, Mohd Faiz. Terima kasih kerana wujud dalam kehidupanku..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Done with this chapter. And another chapter waiting. Yang lebih tough dan lebih mencabar. Semoga dia, aku dan jr dapat menempuh cabaran yang bakal mendatang ini. Amin Ya Allah...

Permudahkan segala urusan Ya Allah.. 😍😘


Tuesday, September 18, 2018

:: Diati ; Diari Hati ::






Huu.. Hai gaizz..
Currently still laying on my bed..
.
Haha Sambil melayan perasaan. Memikirkan berapa hari lagi, kurang lebih 20 hari akan berjauhan dengan surgaku. Ini sebenarnya biasa bagi orang yang dah pernah melalui. Tapi untuk aku yang pertama kali ni, aku perlu persiapan rapi untuk emosi, dan mental aku.

Kadang-kadang dah mula sebak sorang-sorang fikir nanti pjj. Sob sob. Tapi itulah kehidupan. Im pretty sure, its gonna be ok seiring berjalannya masa..

Keep strong dear Tirr. 😁
Insyaallahh.....


MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."