Pages


Showing posts with label :: Mari Amalkan ::. Show all posts
Showing posts with label :: Mari Amalkan ::. Show all posts

Tuesday, May 24, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 7 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yg betul, betulkan yg biasa…

(No.7) Ini kerja kita bersama.

❌Itu semua kerja pimpinan, kita ni ahli biasa ja. Biarlah diorang buat kerja. Buat hal masing-masing sudah....

✅Wahai ahli persatuan yang dikasihi.. Kalian perlu tahu dan sedar bahawa pimpinan juga merupakan ahli persatuan pada asasnya.. Mereka diberi tanggungjawab untuk mengetuai, bukannya melakukan gerak kerja bersendiri..

Wahai pimpinan yang sudah diberikan tanggungjawab.. Laksanakanlah dengan sebaiknya.. InsyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kamu, jika kamu memudahkan urusan orang lain..

Marilah kita sama-sama melaksanakan amanah dengan sebaiknya.. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing..

Ingat❗❗, kemenangan di dalam satu perlawanan bola sepak⚽ adalah hasil sokongan para penyokong yang setia, barisan jurulatih yang berwibawa, pemain simpanan yang sentiasa bersiap siaga, tepisan penjaga gol yang sentiasa berwaspada, barisan pertahanan yang menghalang serangan berbisa, pemain tengah yang merancang secara bijaksana, dan penyerang yang bijak merebut peluang yang tiba...

Jadi, jom kita ubah pemikiran kita.. Persatuan ini kita yang punya...

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


:: Slot Apa Kata Ustaz 6 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

(No.6) Balaslah keburukan dengan kebaikan

❌Kau siap ali.. Aku simpan apa yang kau buat dekat aku.. Nanti kau tgklah apa yang jadi... Kata Nukman yang dipermainkan oleh Ali..

✅Kawan-kawan, yang sebaiknya kita balaslah yang jahat itu, dengan kebaikan..

Kalau hendak ditegur sahabat kita.. Mesejlah secara personal.. Dan gunakanlah sebaik-baik ayat..

Berilah kemaafan kepada mereka.. Kerana orang yang kuat adalah mampu memaafkan orang lain ketika dirinya dilanda kemarahan..

Eratkan ukhuwah dan jangan mudah memutuskannya..
Connecting more than correcting..

So, jom kita sama-sama amalkan.. Balaslah keburukan dengan kebaikan.. Berhikmahlah dalam bertindak..

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Sunday, May 22, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 5 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

(No.5) Leburkan keangkuhanmu, dengan menyusun selipar/kasut.

❌Sampai sahaja dirumah, kita hanya membiarkan selipar/kasut tidak bersusun..

✅Susunlah selipar/kasut sejurus sahaja anda membukanya untuk memasuki rumah..

Kita asyik berjalan dengan teguh ketika diluar rumah, apa salahnya dengan rendah hati, kita tundukkan diri kita untuk menyusun selipar/kasut yang telah berkhidmat pada kita..

Lagi satu, kekemasan dan kebersihan kan dituntut agama..

So, mari sama-sama kita ubah..

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Saturday, May 21, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 4 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

(No.4) Seindah Sabar

❌Bila ditimpa musibah, kita rasa tertekan, pening kepala, tension, dan kita selalu mengatakan.. Diorang tu tak rasa ape yang aku rasa.

✅Sebaik-baiknya, apabila kita ditimpa ujian, pertamanya ucapkanlah..
انا لله وانا اليه راجعون
Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali..

Sepertimana yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah, ayat 155-157,

155) Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yg SABAR.

156)(iaitu) orang-orang yang apabila DITIMPA MUSIBAH, mereka berkata, SESUNGGUHNYA KAMI MILIK ALLAH, DAN KEPADA-NYALAH KAMI KEMBALI.

157) Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Kawan-kawan, sebutlah
انا لله وانا اليه راجعون
Ketika ditimpa apa-apa musibah.. Bukan hanya kematian sahaja..

Ayat ini mengingatkan kita bahawa KITA TAK PUNYA APA-APA.. dan HANYA ALLAH YANG MAHA KUASA..

Kemudian, muhasabah diri, dan perbaiki hubungan kita dengan Allah, manusia, dan alam sekeliling.

InsyaAllah, Allah akan beri kita kesabaran dan kekuatan untuk menempuh dugaan.. Dan kita tahu Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita..dan ada jalan keluarnya..

Turn to Allah, He's never far away..
InsyaAllah, you find your way..
Bak kate Maher Zain..

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


:: Manusia Dan Kemanusiaan ::



ツTintaSamudera

     
Salam Ayyamul Bidh..
.
.
Melakukan kesilapan itu MANUSIA
.
.
Dan memaafkan kesilapan itu KEMANUSIAAN.
.
.
Hanya insan kerdil yang tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan.
Maafkan segala salah dan silap diri ini.
.
.
#Strive4Mardhatillah
#RoadToNajah
#Ganbattemasu 
#sitiathirah92



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Friday, May 20, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 3 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

(No.3) Nasihat tanda sayang, bukan benci.

Assalamualaikum

❌Pada suatu hari, Ahmad telah memakai seluar Ali tanpa izin.. Lalu Ali menegur Ahmad dengan nada yang sangat KERAS dan beliau rasakan Ahmad LAYAK mendapat pengajaran yang sebegitu dan beliau juga merasakan tindakannya BENAR.

Manakala Ahmad merasakan SEMUA BERLAKU  SALAH ALI, tanpa beliau MUHASABAH apakah salah diri sendiri...

✅Kawan-kawan, yang sebetulnya, yang menegur dan yang ditegur perlu BERLAPANG DADA, dan BERMUHASABAH tentang apa yang berlaku.

-Yang menegur teliti kembali CARA dan MOTIF menegur, adakah kerana sayang atau benci.

-Yang ditegur, DENGAR dahulu apa yang disampaikan penegur dan MUHASABAH kesalahan diri..

-Andai ada yang  tidak kena, CEPAT-CEPAT MOHON KEMAAFAN.. Orang yang baik adalah orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain..

So, maafkan saya andai nasihat, perilaku, dan kata-kata saya menjadi TOMBAK yang menghunus hati.. Yang tujuan asalnya ingin menjadi AIR yang membersih kotoran di hati.

Sekian..

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


Thursday, May 19, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 2 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

(No.2) Iqamat tanda permulaan solat, mengejar takbir bersama imam.

Selalunya, apabila berkumandang iqamat, barulah kita mahu bersiap-siap untuk solat jemaah..

Ketika itulah sibuknya lif bergerak ke atas dan ke bawah, pintu kampung dibuka dan ditutup...

✅kawan-kawan, yang sebetulnya, kita semua sudah mula bersiap beberapa minit sebelum azan dikumandangkan..

Selesai azan dikumandangkan, bolehlah kita solat sunat dan berzikir sementara menunggu iqamat..

InsyaAllah, ia akan membantu kita untuk khusyuk dalam solat..

Marilah jua kita sama-sama mengejar takbir bersama-sama imam.. Sama-sama mulakan solat, sama-sama akhiri solat, sama-sama berzikir dan berdoa selepas solat..

So, biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

Sekian..

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


Wednesday, May 18, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 1 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

Assalamualaikum....

☺Kawan-kawan, jom biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

❓Nak tanya??? Apa benda pertama yang akan kita cari ketika bangun dari tidur??

Biasanya yang dilihat dan dilakukan adalah mencari  handphone..

☝So jom kite BETULKAN perkara ini... Sepatutnya, ketika bangun tidur.. Ucaplah sekurang-kurangnya Alhamdulillah.. Ataupun membaca doa...

So, jom amalkan selepas ini...

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016


Tuesday, January 5, 2016

:: 4 Amalan Mendapat RedhaNya ::



ツTintaSamudera

Empat Amalan Mudah Mencapai Redha Allah.

Berkata Syeikh Sya’rawi rahimahullah…

Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya.

Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok.

Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut.

Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka.

Bila engkau berniat menyebarkan perkataan-perkataan ini, niatkanlah dengannya kebaikan, semoga Allah melepaskan engkau dengannya kesusahan dari kesusahan dunia dan akhirat.

Oleh itu buatlah kebaikan walau sekecil mana pun kerana engkau tidak akan tahu amalan mana yang dapat memasukkan engkau ke syurga Allah SWT seluas langit dan bumi.

-Tuan Guru Dr Haron Din



#sitiathirah92�� .::TintaSamudera::.


Wednesday, September 17, 2014

:: Wahai Anakku ::

Dari wall Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Wahai anakku,
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niatmu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niatmu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu. Jikalau niatmu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niatmu. Jikalau niatmu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niatmu. Jikalau niatmu untuk lawan, untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niatmu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.

Wahai anakku,
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruahmu.

Wahai anakku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniatkan baik oleh engkau.

Wahai anakku,
Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah manusia depanmu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia di depanmu. Tunjukkan belas kasihan-mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah egomu. Dan jagalah kata-katamu dan ayat-ayatmu.

Wahai anakku,
Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur orang dan orang yang ditegurmu itu mesti akur dan terima teguranmu. Jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab. Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguranmu. Bersedialah berlawan dengan hujah. Jika engkau kasar dalam bahasa teguranmu, bersedialah menerima balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk.

Wahai anakku,
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu kamu sering terlupa yang menerima teguranmu itu juga seorang manusia ciptaan Allah.

Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur. Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun palsu.

Wahai anakku,
Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu. Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri.

Senyum
Muhasabah kta bersma...


Posted via Blogaway

Saturday, August 30, 2014

:: Perkara Yg Dilarang Dalam Perkahwinan ::

Dek kerana musim orang kahwin macam musim hujan turun.. Terpanggil lagi untuk berkongsi tentang perkara yang dilarang dalam perkahwinan..

Perkahwinan memang indah. Lebih-lebih lagi yang berpegang dengan konsep Raja Sehari.. Abis semuanya nak buat laksana raja bak hang...

Tapi yang kita inginkan ialah perkahwinan yang berkah... Ni ada sedikit perkongsian buat diri ini yang satu hari nanti bakal mendirikan dan sahabat semua....

Perkara yg dilarang dan dibenarkan dalam adat perkahwinan

Soalan: Tolong terangkan apakah perkara yang dibenarkan dan yang dilarang di dalam adat perkahwinan orang Melayu seperti bersanding, makan beradab, sirih junjung, tepung tawar, berinai, dan sebagainya.

Ustaz Azhar Idrus :

Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:

* Bersanding - Yang salahnya itu apabila pengantin perempuan dedah aurat, pakaian ketat, tabarruj dalam solekan dan perhiasan, bermegah-megah, dan sanggup tinggal solat kerana sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal tinggal solat 1 waktu akan diseksa 6000 tahun dalam api Neraka. Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba sederhana dan disaksikan oleh golongan wanita dan ahli keluarga sahaja dan jangan sampai melanggar batas syarak.

* Kalau dulu pengantin perempuan disolek "mak andam" tapi sekarang disolek "maknyah andam"! Ini haram sebab dia adalah lelaki, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.

* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.

* Sirih junjung ini adalah adat agama hindu, tidak dibenarkan kecuali pengantin memang jenis makan sirih.

* Tabur beras kunyit ini juga asalnya adat orang hindu dan ianya adalah membazir kecuali pengantin itu adalah pengantin ayam.

* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama hindu dan majusi. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.

* Tepung tawar adalah membazir, kan lebih baik guna tepung buat cekodok bagi makan pada pengantin!

* Renjis air mawar boleh kerana bertujuan untuk wangian tapi jika pengantin jenis tak solat, jangan guna air mawar tapi renjis guna air longkang!

* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin jenis tak solat, jangan bersilat tapi kasi dia "flying kick" terus!

* Berinai dijari adalah haram bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan wanita sahaja. Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. Baik, kalau begitu pengantin lelaki boleh la pakai bra sebab kahwin punya pasal ! Bagi perempuan pula, janganlah pakai inai lebih-lebih sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti tatu pulak. Berlebih-lebihan juga haram hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.

* Adat batal air sembahyang - Tahun 80an cium tangan, 90an cium pipi, tapi dah ada sekarang yang cium mulut terus depan tok imam dah jadi macam orang kristian. Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki...

* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut - Ini dah ikut adat orang kristian.

Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan. Tinggallah adat-adat yang bid'ah dan kembali kepada sunnah.

Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama. Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita kena ingat, kita kena jawab soalan-soalan dalam kubur nanti....
- Ustaz Azhar Idrus II -

Sekian perkongsian ...^^

P/s: Gambar diambil dari Encik Google. Mohon izin tuan gambar...


Posted via Blogaway

Wednesday, February 26, 2014

:: Belajar Dari Langit ::

Bila lihat langit itu cerah,
Tanda hari sangat indah..
Bila lihat langit itu mendung,
Adakah tanda masih gembira?

Awan berarak, memintas panahan  mentari..
Ya, itu ku masih dalam perlindungan..
Dan langit itu tetap langit..
Tak mungkin menjadi daratan...

TintaSamudera
O(∩_∩)O


Posted via Blogaway

Wednesday, May 8, 2013

:: 9 Cara Make-Up Muslimah ::



Sedang TS menyelak-nyelak buku motivasi ni, TS terjumpalah 9 cara make-up muslimah ni.. Huhu ^^




  1. Jadikan GHODDUL BASOR (menundukkan pandangan) sebagai hiasan mata kita, nescaya semakin berseri dilihat orang.
  2. Oleskan LIPSTIK KEJUJURAN pada bibir kita, nescaya semakin manis kata-kata anda.
  3. Gunakan pemerah pipi kita dengan kosmetik yang diperbuat daripada MALU yang dijual di SALOON IMAN.
  4. Hiasilah kedua-dua tangan kita dengan GELANG TAWADUK dan jari-jari kita dengan CINCIN UKHUWAH.
  5. Pakailah GIWANG MUSTAMIK (pendengar) yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, nescaya kita semakin anggun.
  6. Pakailah SABUN ISTIGHFAR yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang kita lakukan.
  7. Rawatlah rambut kita dengan JILBAB ISLAMI yang menghilangkan panahan pandangan lelaki.
  8. Sebaik-baik kalung ialah KALUNG KESUCIAN.
  9. Bedakilah wajah kita dengan AIR WUDHUK, nescaya muka kita akan bercahaya di akhirat kelak..
Sekian perkongsian dari TS.. Selamat beramal..

(")*(")
( ^_^,) TINTA
((")(") SAMUDERA...... ^^


Saturday, May 14, 2011

:: Tips Pertahankan Diri Buat Kaum Hawa ::



 9 LANGKAH YANG ANDA MESTI INGAT

1. Tip daripada Tae Kwon Do.
Siku adalah bahagian paling kuat dalam tubuh anda. Jika anda cukup dekat untuk menggunakannya, lakukan! Siku bahagian perut atau muka penculik.

2. Jika perompak meminta dompet anda. JANGAN HULUR KEPADANYA.
Lempar dompet anda jauh dari anda. Kemungkinan dia lebih tertarik kepada dompet dari anda dan dia akan pergi untuk mengambil dompet. LARI LINTANG PUKANG ZIG-ZAG KE ARAH LAIN! JANGAN LARI LURUS MACAM PERTANDINGAN 100M MUNGKIN PENCULIK ITU LEBIH KUAT DARI ANDA.

3. Jika anda dilemparkan ke dalam bonet kereta. Tendang bahagian belakang lampu kereta. Kalau sempit gunakan lengan dan siku untuk memecah anda keluar dari lubang dan mula melambai-lambai seperti orang kepada lalu lalang. Bahagian lampu belakang kereta adalah bahagian yang paling lemah. Pemandu (Penculik) tidak akan melihat anda, tapi orang lain akan melihat anda. Ini boleh menyelamatkan nyawa anda.

4. Selepas membeli belah, makan atau habis kerja, kaum wanita khususnya mempunyai tabiat untuk masuk ke dalam kereta dan mengira perbelanjaan yang telah digunakan atau menulis sesuatu senarai atau menyimpan resit pembelian. Lakukan di rumah anda.

JANGAN LAKUKAN PERBUATAN INI!

Penculik akan memerhati anda, dan ini adalah kesempatan yang sempurna baginya untuk memboleh ia masuk ke seat penumpang, meletakkan pistol ke kepala atau pisau di tenguk anda, dan memberi tahu anda ke mana harus pergi.

SEJURUS ANDA MASUK KE DALAM KERETA ANDA. KUNCI PINTU ANDA YANG ADA AUTOMATIC LOCK, JIKA TIDAK KUNCI SATU PERSATU MULAI PINTU ANDA DAN SEAT SISI ANDA DAN TERUS PANDU DARI TEMPAT LETAK KERETA.

Jika seseorang berada dalam kereta mengacu pistol ke kepala anda. JANGAN TERUS PANDU KERETA ANDA. JANGAN PANDU KERETA ANDA DAHULU. PAKAI “Seat Belt”.

Sebaliknya hidupkan enjin dan TERUS pecut dan langgar sesuatu halangan menyebabkan kereta anda rosak dari nyawa anda terancam. "Air Bag" anda akan menyelamatkan anda. begitu jugak “Seat Belt” yang anda pakai akan menyelamatkan anda.

Jika penculik itu di kerusi belakang mereka akan mendapat kecederaan teruk dibahagian muka dan kepala. Dan selepas kemalangan penculik akan segera keluar dan lari.
Lebih baik dari penculik memiliki anda atau anda bersama penculik di lokasi terpencil.

5. Apabila anda masuk ke dalam kereta anda di tempat parking.

a. Hati-hati dan lihat di sekeliling anda, lihat ke dalam kereta anda dahulu, di seat penumpang, lantai, dan di kerusi belakang.

b. Jika pintu masuk ke dalam kereta anda di sebelahan sebuah van besar, masuk ke dalam kereta anda daripada pintu penumpang. Beberapa pembunuh dan penculik selalu menyerang mangsa mereka dengan menarik anda ke dalam van semasa anda cuba masuk kedalam kereta.

c. Lihatlah kenderaan yang diparking disebelah kereta anda. Jika pemandu kenderaan di sisi kereta anda dan ada penumpang dan membuat anda was-was. Elak dari masuk kedalam kereta atau mendapatkan bantuan seseorang atau polis untuk berjalan kembali ke kereta anda.

Lebih baik selamat dan tidak menyesal nanti kena culik.

6. Gunakan lif untuk naik dan elak daripada menggunakan tangga. (Terutama yang tinggal di Kondo/Rumah pangsa) Tangga adalah tempat yang selalu berlakunya jenayah yang sempurna. Hal ini terutama pada waktu malam.

7. Jika penculik memiliki senjata dan anda tidak berada di bawah kekuasaannya, TERUS LARI ZIG-ZAG! Nyawa anda mungkin selamat.

8. Sebagai perempuan kita mempunyai sifat kasihan, kita selalu berusaha untuk menolong dan simpati. Hentikan Ini mungkin membuat anda diperkosa, atau dibunuh. Kadang-kadang penculik berwajah sedih dan tampan dan nampak baik, yang selalu menggunakan muka kesiannya dari wanita yang tidak curiga. Dia berjalan dengan bertongkat dan sering minta 'bantuan' untuk menumpang kenderaan. Jangan terlalu kasihan boleh menyebab anda di culik.

9. JANGAN BUKA PINTU RUMAH ANDA. Kalau orang yang tidak dikenali datang dan memberitahu sesuatu kes kemalangan atau kecemasan. Telefon kawan yang terdekat atau saudara mara untuk pengesahan. Jangan ikut orang yang tidak dikenali menaiki kereta mereka. Anda akan terus diculik dan dirogol.


sumber: dari seorang teman.. Terima Kasih atas keprihatinan..


Friday, January 14, 2011

:: صلاوات تفريجيه ::





اَللّهُّمَ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّم سَلَامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِى تَنحَلُّ بِهِ العُقَدُ وَتَنفَرِجُ بِهِ الكُرَبُ وَتُقضَى بِهِ الحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسنُ الخَوَاتِمِ وَيُستَسقَى الغَمَامُ بِوَجهِهِ الكَرِيمَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ فِي كُلِّ لَمحَةٍ وَنَفسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعلُومٍ لَكَ

Ya Allah, Ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala  kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta rezki dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui...

p/s: Semoga segala hajat di perkenankan Allah..... Insyaallah... Amin.. (^_^)!!..


MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."