Pages


Showing posts with label :: muhasabah ::. Show all posts
Showing posts with label :: muhasabah ::. Show all posts

Thursday, June 20, 2019

:: Doa ::



Aku bukan nak tulis pasal konsep doa, definisi doa atau ape2. Cume aku nak tulis mengenai doa itu pasti dijawab Allah, cepat atau lambat.

Doa, akan terhijab jika kita buat maksiat pada Allah. Dan zina adalah maksiat. Tanpa sedar dulu aku buat zina hati dengan bercinta..

Aku tknk la tulis dengan bahasa baku.. Cume ape yang aku lalui, sebelum aku bercinta, setiap kali aku berdoa, cepat dijawab oleh Allah. Dan aku betul2 merasakannya. Bila aku mula ada perasaan pada ajnabi, aku seakan terasa doa aku sedikit demi sedikit, Allah lambat jawab.

Aku sedar dan sangat sedar, tapi tah, aku seolah2 tak mampu nak patah balik ataupun berhenti dengan tiba2. Yang aku cuba ialah memohon supaya dihentikan dengan nikah. Tapi ye, itupun tetap lambat dijawab oleh Allah, walau air mata yang jadi saksi doa aku.  Mungkin niat aku yang salah. Allahu...

Bila aku islah, koreksi balik niat aku.. Dan aku tersedar segala hikmah, Allah pun menjawabnya dengan 1001 hikmah yang aku tak mampu nak ungkap. Subhanallah.

Dan sekarang, aku rasa hijab aku dengan Allah mula dibuka sedikit demi sedikit, walaupun tak semuanya permintaan ataupun permintaan yang besar itu diperkenan, namun Alhamdulillah, dalam hal yang genting, masih ada pertolongan Allah yang tak disangka.

Terima kasih Allah. 😭 Jadikan aku hamba yang sentiasa mengingatiMu dalam setiap helaan nafas.
Jadikan aku hamba yang selalu bersyukur.  Jangan serahkan aku kepada diri aku walau sekelip mata.

🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

Monday, February 20, 2017

:: Bagaimana Nak Tahu? ::

Bagaimana Nak TAHU?

1. Hati kita keras?
Mata kita sudah lama tak dapat menangis kerana Allah SWT.

2. Dosa kita banyak?
Kita tak berdaya bangun bersolat dan bermunajat di sepertiga malam.

3. Allah sayang pada kita?
a. Dia sering menguji kita
b. Kita dapat beristiqamah baca quran

4. Allah hendak kan kebaikan atas diri kita?
Allah jadikan kita orang yang faham agama.

5. Kita dikira sebagai anak yang soleh?
a. Sentiasa mendoakan keampunan utk kedua ibubapa kita.
b. Sentiasa memuliakan, menggembirakan dan mendahulukan ibubapa kita.

6. Dalam hati ada sifat Nifaq?
1. Sikap bermalas-malas mendirikan solat.
2. Sedikit berzikir kepada Allah SWT.

7. Dinilai sebagai orang bakhil?
Tidak suka berselawat ke atas Nabi SAW.

8. Sempurna iman di dalam diri?
Mengasihi orang lain sebagaimana mengasihi diri sendiri.

9. Tanda hati bersih?
Terhasil dan terbina niat-niat yang baik.

10. Tanda ahli syurga?
Dalam hati tiada demdam dan tiada rasa tidak selesa dengan kaum mukminin.

Disalin daripada Komuniti #SahabatAmal



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Friday, August 5, 2016

:: Belajar Untuk Redha ::

In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful.
.
.
Bila engkau belajar untuk redha,
Allah ajarkan untuk bahagia..
.
Adakalanya yang terindah bukanlah yang terbaik...
Yang sempurna tidak menjanjikan kebahagiaan....
.
Tetapi, ketika kita mampu dan mahu menerima semua kekurangan dan kelebihan,

Itulah kebahagiaan..
.
.
It's u who r responsible for your own happiness. Not anyone else.. ^^
…
#Strive4Mardhatillah
#BahagiaItuApaYangKitaRasa
#BukanApaYangOrangNampak
#sitiathirah92

  


Thursday, May 26, 2016

:: Hasad Itu Penyakit Hati ::



ツTintaSamudera

     
Allahu Akbar.
.
.
Hasad itu penyakit hati
.

Setiap jasad manusia tidak lari daripadanya.. Jika dia ada penyakit hati, dia akan menzahirkannya. Sedgkan yg mulia hatinya, akan menyembunyikannya.
.
.
Bila hasad menguasai, sedikit demi sedikit ia memakan jasad kita, iaitu daging dan lebih terperinci ialah hati. Maka, hati akan mulai rosak dan mati..
.




Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari sifat hasad dan dari orang² yg hasad kpd kami. Amin Ya Robb 
.
Rasulullah bersabda, "Hasad itu memakan kebaikan sptmana api yg mmbkar kayu."

Nauzubillah.
.
.
#Strive4Mardhatillah
#JauhkanKamiDariHasad
#JauhkanKamiDariOrgYgHasad
#HambaHina



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Thursday, May 19, 2016

:: Dia Bukan Bajet Alim ::



ツTintaSamudera

     
In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful.
.
.
Janganlah kita menyangka orang yang menasihati kita itu bajet alim.....
.
.
.
.
Die cuma taknak kita rasa  pedihnya dosa yang pernah dia lalui.
.
.
Allah.. 
Ampunkan dosa kami. 
.
....
#Strive4Mardhatillah
#AjaAjaJihadddd
#sitiathirah92



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Wednesday, March 16, 2016

:: Kalam Syeikh Ibnul Qoyyim ::



ツTintaSamudera

"Jangan kau rosakkan kegembiraanmu dengan kerisauan." kata Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah.

"...jangan kau rosakkan akal fikiranmu dengan sikap pesimis..."

"...jangan kau rosakkan kejayaanmu dengan keterperdayaanmu.."

"...jangan kau rosakkan sikap optimis orang lain dengan menjatuhkan mereka..."

"...kalau kau teliti dirimu, nescaya engkau akan dapati bahawa Allah telah memberikan kamu banyak perkara yang kamu tak minta pun. Maka percayalah bahawa Allah tidaklah menghalang engkau dari sesuatu, melainkan pada halangan itu ada kebaikan untukmu..."

"...boleh jadi engkau tidur, kemudian Dia membukakan untuk dirimu puluhan pintu langit mendoakan untuk dirimu. Itu barangkali disebabkan oleh seorang faqir yang telah engkau bantu, atau seseorang yang sedih yang telah engkau gembirakan, atau kerana senyumanmu pada orang yang lalu di tepimu, atau kerana kelapangan yang engkau kongsikan pada seorang yang tertekan..."

"...maka janganlah memperkecil amal kebaikan walau satu apapun..."

~Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah.


Friday, January 22, 2016

:: Pesanan Ulama 2 ::



ツTintaSamudera

Ada beberapa perkara yang sepatutnya dirahsiakan daripada pengetahuan orang ramai.

Ini adalah seperti yang ditanyakan oleh Imamuna al-A'dzom Muhammad bin Idris al-Syafie rahimahullah kepada al-Imam Darul Hijrah Malik bin Anas rahimahullah.

Pertama : Rahsiakan Umurmu. Ini kerana jika orang mengetahui umur kita mungkin orang akan memandang rendah kepada ilmu dan kedudukan kita jika yang bertanya itu lebih tua daripada kita.

Kedua: Rahsiakan tentang hal ehwal keluarga kita. Ini kerana jika keluarga kita bahagia mungkin orang yang tidak bahagia terasa hati dan iri hati. Jika tidak bahagia maka mengundang fitnah jika diceritakan kepada orang yang tidak sepatutnya.

Ketiga : Rahsiakan tentang HARTA kita. Ini akan mengundang hasad dan iri daripada orang yang mengetahui kedudukan harta kita.
Ini kerana setiap nikmat itu sudah pasti ada yang akan hasad.
لكل نعمة حسود

Tetapi umat mutaakhir ini sudah jauh daripada mengikuti akhlaknya Solihin terdahulu. Kesemua perkara nak diceritakan kepada orang ramai.

Pendapatan kita nak dikhabarkan kepada orang ramai atas nama startegi pemasaran. Maka kita lebih mengikuti hak pemasaran daripada mengikuti akhlak kekasih Allah taala.

Dibimbangi, jika kita menyalahi akhlaknya para solihin terdahulu. Maka akan hilang berkat dan kebaikannya.
Semoga kita semua diberikan kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita.



#sitiathirah92 .::TintaSamudera::.


:: Pesanan Imam Syafie ::



ツTintaSamudera

BELAJAR DARI KATA-KATA HIKMAH IMAM AS-SYAFIE..

"Bila kamu tak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung perihnya kebodohan."
- (Imam asSyafie)

"Berapa banyak manusia yang masih hidup dalam kelalaian, sedangkan kain kafannya sedang ditenun".
- (Imam asSyafie)

"Jangan cintai orang yang tidak mencintai Allah. Kalau Allah saja ia tinggalkan, apalagi kamu"
- (Imam asSyafie)

"Barangsiapa yang menginginkan Husnul Khatimah, hendaklah ia selalu bersangka baik dengan manusia".
- (Imam Syafie)

"Doa di saat tahajud adalah umpama panah yang tepat mengenai sasaran."
- (Imam Syafie)

"Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang memberi manfaat.”
- (Imam Syafie)

"Seorang sufi tidak menjadi sufi jika ada pada dirinya 4 perkara: malas, suka makan, suka tidur dan berlebih-lebihan".
- (Imam asSyafie)

"Siapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi maka ia benar-benar menasihatimu. Siapa yang menasihatimu di khalayak ramai, dia sebenarnya menghinamu''
- (Imam asSyafie)

"Jadikan akhirat di hatimu, dunia di tanganmu, dan kematian di pelupuk matamu"
- (Imam asSyafie)

والله أعلم بالصواب


#sitiathirah92 .::TintaSamudera::.


:: Perkongsian Jumaat ::



ツTintaSamudera

Waalaikummusalam, selamat pagi Salam Jumaat

Renungkn....

Sebuah teksi berhenti di belakang kereta isteri saya yg menghantar saya untuk rawatan. Driver teksi keluar mengambil wheel chair kerana orang tua yang dibawanya tak berupaya berjalan.

Saya tolong menyorong ke dalam dan duduk di sebelahnya. "Saya tengok Tn Hj selalu dihantar oleh teksi, tak ada anak ka? Soal saya memulakan bicara.

"Isteri dah meninggal. Anak dah kerja dan dah kahwin, tinggal berasingan. Saya tak mahu suruh anak hantar kerana saya takut mereka berdosa kerana menolak dengan keras sehingga sy terasa hati, memberi alasan yg tidak munasabah, atau menghantar dgn macam2 perasaan. Biarlah saya upah teksi."

Dia diam sejenak. Saya dah bersedia mendengar luahan hatinya.

"Sekarang saya sedar, kita bela anak untuk menyenang kan hidupnya. Jangan mengharap utk menyenang kan hidup kita."

Dia mula mengesat air mata. "Dosa berkata uuh! pun sudah cukup besar pada seorang anak, inikan mula menolak, memberi alasan dan bermuka masam bila diminta sesuatu. Biarlah, saya anggap saya sudah menamatkan tugas memelihara mereka. Biarlah mereka merenangi hidup tanpa diganggu.

"Allahuakbar!. Saya pula yg menitis air mata..

Kata-katanya benar benar meredupkan hati saya. Bukan tak pernah menolak permintaan ayah, bukan tak pernah memberi alasan utk tidak menunai permintaan nya, bukan tak pernah bermasam muka dgn nya.

Ya Allah. Orang tua ini bukan sahaja berjaya menunaikan tanggung jawabnya, tetapi melakukan lebih lagi dgn mengelak anak anak terjerumus dlm dosa.

Ayah dan emak siapa juga, akan mengorbankan seluruh kudrat yg ada demi kesejahteraan anak, yg lahir bukan atas paksaan tetapi naluri yg tuhan jadikan.

Jauh di sudut hati, mereka mengharap anak anak tempat bergantung di hari tua. Tetapi bagai dikata oleh orang tua yg saya temui, akhirnya bila zaman berubah, banyak anak yg terlupa, yg teralpa bila sibuk mengejar dunia, ada anak yg hilang pertimbangan antara bapa yg telah tak berupaya serta membeban kan dgn dunia yg perlu dihambat!

Bapa yg baik akan menerus kan pengorbanannya seperti orang tua yg saya ceritakan, sehingga ke akhir hayatnya.

Berhentilah memberi alasan kpd ibu dan bapamu kerana mereka tak pernah memberi alasan utk memenuhi permintaan mu kecuali bila mereka benar-benar tidak berupaya!!

Alfatihah kpd ibu bapa kita samada yg masih hidup atau yg telah meninggal dunia.

Wallahu a'lam...



#sitiathirah92 .::TintaSamudera::.


Saturday, December 26, 2015

:: Pesanan Syeikh ::

Jilsah ilm bersama Syeikh Rohimuddin

4 cara MUJAHADAH

✏ Riadah (latihan)  - Kurangkan tidur ,kurangkan makan dan kurangkan bercakap perkara yang lalai

✏Mukhalafatun Nafs - Lawan nafsu tak nak bangun qiam, tak nak puasa sunat dan seumpamnya

✏ Muhasabatun Nafs - Selalu memandang diri tak baik , maka bertambah mahu lakukan kebaikan

✏Qat'u Nafsu Maksiat -  Kalau biasa pegang hp sehingga bawa kelalaian maka buang henset ,kalau punya teman yang banyak buat dosa jauhi dia..uzlah

SYEIKH ROHIMUDDIN



#sitiathirah92

Wednesday, September 17, 2014

:: Wahai Anakku ::

Dari wall Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Wahai anakku,
Sebelum menegur, tanyalah diri apakah niat menegur engkau. Jika niatnya adalah untuk menjaga ego sendiri, batalkan niat menegur tersebut. Jika niatmu adalah untuk menghukum pihak yang tidak bersetuju dengan kamu, batalkanlah niat menegur itu. Jika niatmu adalah untuk memalukan orang, lagilah perlu dibatalkan niat kamu. Jikalau niatmu adalah untuk menunjukkan sendiri lebih pandai, batalkan niatmu. Jikalau niatmu untuk merendahkan pihak lawan, batalkanlah juga niatmu. Jikalau niatmu untuk lawan, untuk menunjukkan kebodohan, batalkan niatmu. Jikalau engkau tidak pasti kebenaran dalam teguran yang engkau niatkan itu, tangguhkan dulu teguran kamu.

Wahai anakku,
Bukan tidak boleh membuat teguran. Tapi buatlah teguran yang bersifat membina. Buatlah teguran yang bersifat mendidik dan menginsafkan. Buatlah teguran yang memberi harapan. Buatlah teguran selepas mendapat kebenaran dan perspektif yang betul. Sesungguhnya buatlah teguran demi tanggungjawabmu kepada Allah dan bukannya kerana manusia dan maruahmu.

Wahai anakku,
Jagalah maruah pihak yang hendak ditegur. Tegurlah pada isu yang ada di tangan. Jangan sesekali engkau cuba membangkitkan perkara yang lepas-lepas kerana ia akan merosakkan teguran yang diniatkan baik oleh engkau.

Wahai anakku,
Semasa membuat teguran, ingatlah manusia ini tidaklah sempurna walaupun sempurna ciptaan Allah. Ingatlah manusia depanmu itu pernah juga berbuat baik dan berkata-kata yang baik. Buatlah teguran tanpa buruk sangka pada manusia di depanmu. Buangkan segala buruk sangka pada manusia di depanmu. Tunjukkan belas kasihan-mu. Tunjukkan sifat penyayangmu. Tutupilah egomu. Dan jagalah kata-katamu dan ayat-ayatmu.

Wahai anakku,
Jangan pula engkau ingat hanya kau yang layak menegur orang dan orang yang ditegurmu itu mesti akur dan terima teguranmu. Jangan engkau ingat mereka akan membisu menerima segala teguran kamu tanpa dijawab. Jangan engkau ingat engkau sahaja betul dalam teguranmu. Bersedialah berlawan dengan hujah. Jika engkau kasar dalam bahasa teguranmu, bersedialah menerima balik kekasaran yang serupa atau lebih buruk.

Wahai anakku,
Menegur itu mudah. Menerima teguran itu payah. Engkau memahami perkara itu di dalam jiwa tapi akibat bisikan syaitan dan egomu kamu sering terlupa yang menerima teguranmu itu juga seorang manusia ciptaan Allah.

Bisikan syaitan menyebabkanmu merasakan diri lebih tinggi ketika menegur. Egomu menyebabkan kamu terasa diserang tanpa sebab ketika ditegur sebelum menilai teguran yang diterima samada benar mahupun palsu.

Wahai anakku,
Beradablah ketika menegur. Dan bersabarlah ketika ditegur kerana engkau akan saling memainkan watak ini dalam hidup kamu. Pentingkan membimbing dan memberi harapan daripada mencari salah dan menghukum dalam teguranmu. Dan pentingkan kebenaran dan nilai bersyukur ketika ditegur kerana ada yang sanggup memberi pandangan untuk membaiki diri.

Senyum
Muhasabah kta bersma...


Posted via Blogaway

Friday, September 5, 2014

:: Islam Itu Dimana? ::

Dah lama cerita ni aku save dalam fon aku.. Pasti ramai dah pernah bace ataupun masih belum.. Tapi menarik sekali kisahnya...

..................................

Bil, mana Islam dalam hati?"

Soalan teralun lembut memujuk, namun seolah-olah terhempas kasar ke telinga pemuda di depannya.

"Ahmad Nabil, aku tanya ni."

Sedikit datar suaranya.

"Kau nak aku jawab macam mana?!"


Penumbuk digenggam erat. Geram.

Ikutkan hati, hendak saja dibentak keras, meninggi suara.

Mengherdik lelaki berkulit cerah tinggi lampai itu.

Namun masih cuba ditinggikan kesabaran.

Buang ego, buang.




"Mana Islam dalam ni?"


Irshad menepuk dada Nabil dua kali.


"Ah aku nak exam. Jangan kacau."

Blah. Keluar rumah. 

Singgah T-Park. Seret skateboard ke hulu ke hilir.

............................................

Sendirian di T-Park. 

Si syabab tadi mula menimbang-nimbang kata-kata sahabatnya.


Mana Islam dalam hati?

Takkan aku cuma Islam dalam IC?

Takkan outsider nampak aku ni stok sekolah agama, dah betul aku ni baik?

Takkan sebab aku banyak join program sana sini, aku dah betul-betul baik?

Sedangkan kemanisan tarbiyah tu sendiri aku tak mampu dah nak rasa.



Hanyut dalam dunia sendiri.

Fantasi rekaan sendiri, sebab nak lari dari realiti.

Bila dah tak ada manusia dalam dunia ni nak terima pendosa macam aku?

Kenapa aku berani buat dosa bila aku tahu Allah ada ciptakan neraka?

Kenapa aku sengaja tangguhkan taubat bila aku tahu malaikat maut tak pernah lewat?

Kenapa aku ego bila diberi nasihat?

Kenapa aku jadi begini?

Mana Islam dalam diri aku?


Argh! Kompleks yang menyesakkan seluruh tulang belikat.

(tulang belikat pun aku tak tahu pedia)

............................................

Irshad diam.

Dalam kecewa terselit harapan.

Moga-moga sang sahabat bertemu jalan.

Bukan tak sayang, bukannya benci.

Tapi sebab sayang, teguran itu perlu.

Perlu kawan, perlu.

Sebab di dunia kita bukannya bersendiri.

Hidup bukan nafsi-nafsi.

Kita bersama atas dunia. Aku cuma harap kita mampu bersama sampai syurga.


Salahkah aku menegur? Bila kesalahan tu jelas nyata perbuatan sang munafiq?

Aku tak kata kamu si munafiqi.

Namun tiga ciri-ciri sang munafiq itu; bila berkata-kata, dia berdusta. bila berjanji, dia mungkiri. bila diberi amanah, dia khianati.

Lalu apakah aku tega biarkan kau dalam kehanyutan, bila masing-masing sepatutnya berpimpin tangan?


Aduh kawan.

Maafkan aku kiranya aku terlalu berkasar tadi.

............................................

Skateboard dihempas.

Batin menjerit pedih.

Argh sakitnya!

Tangan kiri menyentuh dada.

Mana Islam dalam diri aku?

Aku penipu!

Aku menipu manusia dengan akhlak luaran.

Bila dalaman aku makin rosak dimakan cacing dan ulat busuk nafsu serakah.

Jiwa gersang.

Iman kontang.

Islamkah aku?

Satu suara itu membisik lagi. Terus kuat menusuk jiwa.

"Berubahlah Nabil. Belum terlewat lagi. Jangan jadi sang munafiq, Nabil."

Lalu skateboard yang dihempas tadi disepak jauh-jauh.

Perasaan apa ni?!

Munafiq sangatkah aku?

Syaitan bertopengkan malaikatkah aku?

Di hadapan akhawat, akulah yang paling mulia seolah-olah darjat terangkat tujuh petala.

Depan lecturer, aku sajalah student Malaysia terbaik di Aberdeen ni.

Argh!

Belakang mereka?

Akulah yang paling hina.

Hina.

Aku hina.

Dosa aku, kalah bukit Uhud.

Banyak.

Lalu air mata mengalir deras. Pedih. Perit.

Dada terasa sesak.

Jahiliyah, kenapa kau tumbuh dalam hati aku?

...........................................

Air mata diseka.

Ukhuwah.

Ukhuwah, sahabat. Ukhuwah.

Tautan ukhuwah sekencang dakwah.

Ingat?

Lalu kini dakwah kita semakin lemah.

Tarbiyah kita semakin goyah.

Iman kita? Tak tahu apa khabar. Entah sihat entah tidak.

Ukhuwah juga entah apa cerita. Masing-masing busy.

Kau, aku, Ziyad, Fathi, Amer, Shuk.

Semua ada haluan masing-masing.

Hendak berusrah juga, jarang sekali cukup semua.

Kadang sorang takde, tertidur lepas kelas.

Kadang dua orang takde,  ada aktiviti persatuan.

Ah. Sibuknya kita.

Sibuk memberi alasan.

Sibuk dengan hal dunia.

Sibuk dengan hal dunia sampai terlupa, Allah juga ada ciptakan neraka.

Islamkah aku, kawan?

Islamkah aku?

Sibuk belajar. Ya, belajar satu jihad.

Lalu apakah aku lupa, dakwah tarbiyah ini jalan aku.

Bagaimana aku boleh berjihad tanpa jalan?

Bagaimana aku boleh berjalan tanpa pedoman?

Lalu pedoman aku Al Quran.

Lantas kotak minda diserbu soalan demi soalan.

Adakah benar aku membaca Al Quran?

Atau semuanya sekadar lisan, namun di hati langsung tak ada kesan?

Islamkah aku, kawan?

Bantu aku, jangan sampai tergelincir dari jalan ini.

Bantu aku, temui bahagia hakiki.

Bahagia kerana iman. Bahagia kerana Tuhan.

Bukan bahagia kerana dunia, bahagia yang sebenarnya hanya satu tipu daya.

-blog budak tomato-


Posted via Blogaway

Friday, August 29, 2014

:: Rezeki Kerja Allah ::

Entah kenapa. Aku sgt tertarik dengan perkongsian ini....

Copy Paste Share

TIDAK SEDAR TUHAN DIPERSALAHKAN

( Sharing dr sorg rakan FB ) - SHARING IS CARING

Ahad lalu pergi satu kenduri kahwin dah agak lewat petang.

Saya cuma minum sahaja. Saya lihat tray buffet kekurangan lauk.

Ketika minum di meja , seorang yang mengambil makanan datang duduk sekali dengan saya. "Tak makan ka?"Dia menegur."Tidak,saya masih kenyang".Balas saya.

''Tak ada lauk dah.Buat kenduri jemput orang ramai,lauk tak cukup. Malu pada orang,tinggal kuah saja.."Dia merungut.

"Saya rasa kita kena ingat,rezeki itu ditangan Allah,Allah yang menentukan apa yang kita dapat makan. Jika kita datang rumah kenduri, tak dapat makan, maka tiada rezekilah tu.Tuan rumah telah berusaha nak sediakan bagi cukup, mana ada tuan kenduri merancang untuk tak cukup. Tetapi Allah menentukan sebahagian orang tak dapat makan, maka tak cukuplah. Jadi bersyukurlah dengan apa yang ada meskipun sekadar kuah dan nasi. Bukan makan itu matlamat hadir kenduri, tetapi memenuhi jemputan dan menjalin ukhwah itu yang lebih utama"

Dia terdiam,merah padam mukanya.

Saya nak mengajak semua pembaca kepada hakikat rezeki ditangan tuhan.

Jika pergi kenduri,apa yang tersedia itu rezeki kita,sedap ka tidak,berkenan ka tidak,tinggal kuah dan nasi saja ka,itulah rezeki kita.

Jangan sesekali bersungut kerana jika kita bersungut , kita sebenarnya merungut takdir tuhan.Tidak ada tuan kenduri yang mahu jamuannya tidak cukup, bahkan cukup atau tidak terletak kepada ketentuan Allah.

Jika anda singgah di R & R dan dapati lauk habis,jangan bersungut kata pekedai tak reti berniaga,apa yang ada itulah rezeki kita.

Jika balik rumah,dibawah tudung saji hanya ada nasi dan ikan tamban tergeliat(bahasa kedah utk ikan tamban kering)dengan sambal belacan makan lah, hanya itu rezeki kita. Jangan diherdik isteri yang memasak. Jika tiada rezeki,lauk dimasak jadi hangit,periuk terbalik, ikan dilarikan kucing dan serba macam sebab Tuhan akan jadikan.

Berlapang dadalah sebelum menuding tangan menyalahkan orang lain kerana takut kita tersalahkan Tuhan.

Jika nak makan sedap,nak makan banyak berusahalah sendiri.

Jika hanya nak datang mencedok ke dalam pinggan,bersyukurlah dengan apa yang ada.

Bukankah ini lebih baik,anda pulang dari jamuan dengan rasa lega dan reda,moga Tuhan juga meredai.

Sabda Nabi yg bermaksud janganlah mengeji makanan,makan apa yg kita suka,tinggalkan yang tidak suka.

Apa yang tidak dapat disuap ke mulut kita itu adalah bukan rezeki kita..Kalau tak elok pada mata kita,tak sedap pada lidah kita,tinggalkan dan jangan merungut, kerana anda mungkin merungut pada rezeki yang Allah berikan.

‪#‎untukingatandirisendiri‬&rakan2fb
‪#‎Bersyukur‬&xmerungut


Posted via Blogaway

Friday, August 15, 2014

:: Muslimah Dan Niqob ::

Bismillahirrohmanirrohim..

Alhamdulillah atas segala nikmat dan kurniaanNya...

Kudahulukan coretanku dengan seribu satu ucapan kemaafan.. Dan segala yang ingin kucoretkan adalah pandangan peribadiku yang boleh diterima mahupun ditolak...

Aku seorang pelajar Al Azhar, Mesir. Aku disini bukan untuk menghina, mahupun mencaci golongan muslimah berniqob.. Aku seorang manusia, dan kita semua adalah manusia yang sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan malah kita adalah pendosa tanpa noktah...

Aku juga mempunyai ramai sahabat yang berniqob.. Dan kerana itu, aku berasa terpanggil untuk menulis. Aku melihat keadaan sekelilingku.....

Wanita berpurdah.. Secara zahirnya pasti kita mengetahui tujuan berniqob adalah untuk menjaga maruah, menjaga diri dan sebagainya..

Tapi maafkan aku, kerana aku lebih kagum dengan sahabatku di Malaysia yang berniqob berbanding yang menuntut di Mesir..

Perkara yang tidak menyenangkan pandanganku sebagai seorang perempuan adalah...

Pertama: Berniqob tp tak menyeluruh... Maksudku disini, buat niqob biarlah lebar sedikit dan menutup bahagian bawah pipi dan dagu. Kerana, ada diantaranya jelas kelihatan bila disapa angin ataupun ketika berjalan.. Dan pernah sahabat Arabku menegur seorang pelajar Malaysia yang berniqob style Malaysia. 'Da haroommm, la yajuz!!'. Jadi, dimana nilai niqob disitu?

Kedua: Berniqob dan memperlihatkan di laman sosial.. Aku tak nafikan, mempost gambar di laman sosial adalah kegemaran para wanita.. Termasuk aku.. Mmg ramai yang menegur muslimah yang menayangkan gambarnya di laman sosial.. Tapi yang paling malang dan paling mmbuatkan mata aku tak suka melihat, bila seseorang berniqob, dan die membuka niqobnya separas dagu dan menayangkan di laman sosial atau profile whatsapp, wechat dan sebagainya.. Itu yang paling menyedihkan. Apakah nilainya disitu?

Ketiga: Berniqob tapi beramah mesra dengan ikhwan.. Aku juga tak nafikan, ini adalah salah satu sifatku yang mesra alam (tp llki yg kenal jela). Tp ketika niqob menghiasi wajah, adalah cantik dan molek kiranya, ia menghiasi segalanya..

Keempat: Berniqob tapi tidak menjaga pakaian. Aku banyak kali bertembung dengan akhwat yang berniqob, tetapi ketika angin menyapa, jubahnya melekat dibadan dan mempamerkan bentuk 'V' diantara kakinya.. (Dh tu die tak cover plak dengan beg). Aku agak tersentap ketika itu. Dan aku tahu, di Mesir mmakai seluar pjg di dlm jubah utk keselesaan dan keselematan tapi coverla bila angin tiup. Dan antara cara nak cover, memakai beg di depan dan itu tidak dikhususkan kepada yang berniqob shj malah semuanya..

Kelima: Berniqob dan hanya tutup pada ikhwan Malaysia.. Perkara ini banyak kali ditegur dan diperli oleh para ikhwan sendiri. Misal: Singgah minum asir ditepi jalan. Hmm, bukak jelah niqob, ammu je pn. Bila nmpak ikhwan Malaysia. Alamak, ttp2 cpt, ade ustaz... Mungkinlah ammu tu tkde nafsu dan perasaan macam ikhwah Malaysia mungkin.. Mungkinlaa...

Dan segala yang kucoretkan adalah pandangan peribadi aku sendiri.. Aku juga pasti para wanita berniqob ada jawapan untuk membidas satu persatu point aku. Maka, itu silakan.

Aku bukan seorang yang berniqob. Dan aku takut untuk berniqob. Bg aku, bila berniqob segala serba serbi kene pelihara. Aku penuh dengan dosa dan sentiasa melakukan kesilapan dan kesalahan.. Dan itu hanya pandangan peribadiku.

Maaf andai coretanku membangkitkan kemarahan dan ketidakpuashatian. Dan itu wajar kerana aku hanya menulis tapi aku tidak merasa. Dan itu juga wajar kerana emosi itu adalah hiasan manusia yang Allah anugerahkan. Mana mungkin ia tidak digunakan kan? Maka, tafaddhol..

Akhirnya.. Maafkan aku sekali lagi, dan semoga kita saling mendoakan antara satu sama lain, juga buat saudara mara seIslam kita di negara jiran kita.. Insyaallah...

#PendapatPeribadi
#TintaSamudera


Posted via Blogaway

Thursday, August 14, 2014

:: Hati Kecilku ::

♡CintaNya dtg tiba-tiba.. Menghulur dengan sapaan yang mmbuatku kehilangan kata2 utk mmbalas cintaNya..
♡Ujian tanda cintaNya..Ttp knpa huluran cintaNya pahit? Tak semanis yg kita inginkan..
♡Rasa lemah, rasa futur melanda jiwa. Hati kembali istighfar..
♡Bertenanglah duhai hati.. Bertenanglah wahai jiwa...
♡Kupohon agar Dia tdk mnggoyahkan kepaksian hati dn iman ini padaNya....^^
#JiwakuBerbisik
#MonologHatiKecilku
#InsanKerdil
#S.A.A.R <(_ _)>


Posted via Blogaway

Thursday, July 24, 2014

:: Tazkirah 2 ::

Assalamualaikum WBT

Amalan Yang Menghapuskan Dosa Serta Mengangkat Darjat

Riwayat: Muslim

Hadith:

Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW, “Adakah kamu suka aku tunjukkan suatu amalan yang Allah akan menghapuskan dengannya dosa-dosa serta mengangkatkan dengannya beberapa darjat? “mereka berkata, “Bahkan ya Rasulullah”, sabda Rasululullah, “Menyempurnakan wuduk dalam keadaan susah dan membanyakkan langkah ke masjid serta menunggu sembahyang (untuk berjemaah). Demikian itulah (yang dikatakan) “Al-Ribat” (perjuangan menentang musuh dan bersedia menghadapinya).”

Huraian Hadith:

Menunaikan ibadat adalah sesuatu jihad iaitu yang memerlukan kesabaran dan ketahanan jiwa.

Dosa yang akan diampunkan dengan perkara-perkara yang disebut dalam hadis ini hanyalah dosa-dosa yang berkaitan dengan hak Allah.

Apabila seseorang itu berwuduk dengan sempurna, rajin ke masjid dan sentiasa menunggu waktu sembahyang serta berjemaah nescaya Allah akan menghapuskan dosa-dosanya(dosa kecil) serta ditingkat darjatnya.

InsyaAllah
Aamiin


Posted via Blogaway

Monday, May 19, 2014

:: Doa ::

Kadangkala aku tertanya-tanya konsep doa yang sebenar.. Sehingga aku takut utk berdoa, walhal doa adalah senjata mukmin...

Kalam pertama:
→Bile berdoa ni, kite kene spesifikkan skit.. Contohnye, apa yang kita nk.. Kite nak berjaya misalnya, berjaya yang macammne? Jayyid pun berjaya, Jayyid Jiddan pn berjaya... Jadi spesifikkan nak berjaya Mumtaz... Begitu jua ngn jodoh.. Kalau kite suke seseorang tu, spesifikkan dalam doa kita..
☆Ok, itu yang pertama kate kat aku...

Kalam kedua:
-Bila berdoa ni, kita kene ikhlas.. Tak payah mintak yang bukan2 pada Allah, cukup kita mohon apa yang terbaik utk kita.. Jadi, Allah akn berila apa yang terbaik.....
☆Ok, aku agak bersetuju juga...

Kalam ketiga:
-Bila berdoa ni, tak perlu kita nak minta cepat kaya, cepat itu, cepat ini... Tak malu ke kita meminta dunia pada Allah.. Minta kaya, itu dunia. Minta berjaya dlm peperiksaan, itu dunia.. Lebih baik kita minta dijauhkan dr azabNya...
☆Hmmm... Ok, ni ketiga...

Kalam keempat:
-Bile berdoa ni, kite kene merintih2.. Merengek2 spt anak kecil.. Tak salah kita meminta2 pada Nya, kerana Dia rindu nk mendengar rintihan hambaNya...
☆Ya, aku setuju...

Kalam kelima:
-Bila berdoa ni, tak perlu nak memaksa2 Allah menerima doa kita, mangabulkan doa kita.. Cukup sekadarnya...
☆Tp, bukankah Allah berfirman, Udu'ni astajiblakum?..

Jadi.. Ape yang mmpu aku katekan.. Berdoalah dengan cara masing2..Allah faham apa yg kita mahu dgn apa cara sekalipun.. Yang pasti, kita berdoa kerana kita tahu betapa lemahnya kita...
Allahua'lam...


Posted via Blogaway

Wednesday, February 26, 2014

:: Indah ::

Kita tak pernah tahu..
Apa Dia aturkan untuk kita..
Sesaat? Seminit? Sejam? Setahun?
Tiada siapa dapat menjangka..
Hanya keimanan pendinding kita..
Bersama keindahan kesabaran...

TintaSamudera
O(∩_∩)O


Posted via Blogaway

Wednesday, June 5, 2013

:: Semua Orang Pakai Topeng ::

    



   Semua orang pakai topeng..... Sebaris kata-kata ini melekat dalam minda aku setelah aku menonton satu filem Indonesia yang bertajuk BABY.....

.............................................................................................................................................

    Awan tetap berarak.. Bumi tetap berputar pada paksinya..Musim itu berubah, namun ia tetap akan hadir.. Sejauh aku berjalan, aku bertemu ramai manusia. Aku melihat ragam manusia. Dan semuanya mencerminkan seorang manusia bernama AKU.. Aku melihat diri aku dalam diri setiap orang. Aku jadi sedih, aku jadi takut. Tapi sepanjang kehidupan aku, aku juga seorang pemakai topeng yang tegar. 

    Esakan hatiku masih berlagu, tapi sumbang. Ku mencari kekuatan, lalu kupohon kekuatan dari Allah, namun Allah hadiahkan aku ujian supaya aku lebih kuat. Semuanya membuatkan aku muhasabah diri semula. Banyak perkara yang aku terlepas pandang. Jika pengakhiran yang Allah tentukan manis diakhirnya, aku redha. 

Aku yakin, aku punya Allah.. 

    Hakikat sebuah topeng, sentiasa menyembunyikan wajah sebenar seseorang...Oleh itu sentiasalah berwaspada wahai diri. Tak semua yang kita lihat itu indah, maka ia indah, tapi kadangkala ia indah khabar dari rupa. Tak semua yang kita lihat itu teruk, maka ia teruk, tapi kadangkala ia saujana mata memandang. Tak semua yang kita sangka baik, maka ia baik, tapi kadangkala ia tak seperti apa yang kita sangkakan. Tak semua yang kita sangka jahat, maka ia jahat, tapi kadangkala ia adalah permata dalam kalangan kaca. Justeru, jangan menganggap sesuatu itu terlalu taksub atau sanjung yang teramat, memadailah biasa-biasa sahaja.. Noted for myself.. Cukuplah sekali...... 

Semua orang pakai topeng.... Sandiwara dunia.. Memang dunia ini pentas lakonan, dan kita memang pelakon yang terhebat.. 

Astaghfirullah.... Ampunkan daku Ya Allah... RahmatMu melangit luas.. (!_!)

Bacelah.... Topeng Diri

Wednesday, May 8, 2013

:: Itu Ini Begitu Begini ::

:: Kembali pada Allah ::


Assalamualaikum.. Sekali lagi aku muncul dan muncul.. Tak kisahlah.. My blog.. Huhu

Bersambung pada kisah yang sebelumnya, aku tak berani untuk menyatakan benar atau tidak bahawa segelintir dari kita mengatakan kemenangan itu adalah dari permainan kotor mereka.. Itu, aku sendiri tak tau kesahihannya. Bersih ka? Kotor ka? Hanya si pelaku dengan Allah yang Maha Mengetahui. Jika salah dakwaan itu, maka Alhamdulillah anda peroleh pahala. Jika benar dakwaan itu, Astaghfirullah moga Allah beri pengampunan.. Sehebat-hebat permainan manusia,HEBAT lagi permainan ALLAH..Tapi, jujur, kita punya akal yang cukup sihat dan matang untung menilai. Kita bukan kanak-kanak yang boleh disuakan dengan lolipop untuk membuatkannya berhenti menangis. NOKTAH.....

Kali ini, aku ingin berkongsi satu lagi desas-desus yang aku baca-baca dari laman sesawang labah-labah.. Haha.. "Kenapa UMNO ajak bergabung taknak pulak, tapi bergabung dengan DAP. Cina kafir tu...".."Melayu ajak bergabung dengan Melayu taknak, tapi dengan Cina nak pulak.." Sebelum aku mengulas, suka aku ingatkan kepada mereka yang dulu SPM straight A mungkin, atau yang pernahlah belajar. Sila buka kembali buku PQS dan PSI anda dan hadamkan mengenai 4 jenis kafir itu.. Dan sila jawab, Cina di negara kita anda mahu golongkan yang mana satu.. Kafir Zimmi kah? Atau Kafir Harbi kah?.. Sila jawab dalam hati anda... 

Dan segala yang ingin aku kongsikan adalah kenyataan yang aku ulas dari kalam TGNA.. Ulama kita.. 
Pembaca budiman, PAS yang diperjuangkan oleh orang-orang PAS sekarang ini, asalnya bukanlah ditubuhkan oleh orang-orang PAS. Ya, saya yakin dan pasti semuanya mendapat A dalam Sejarah. PAS sekarang ini asalnya ditubuhkan oleh BIRO AGAMA UMNO. PAS hari ini hanya menyambung membajai PAS yang ditubuhkan oleh UMNO satu ketika dahulu. Tapi yang amat menyedihkan, UMNO telah membuang PAS darinya, kenapa? Adakah kerana PAS membawa imej Islam?? Why? Why? Why? Kenape perlu buang Islam dari hidup UMNO? Adakah Islam ini bertempoh untuk dibuang? Adakah Islam seperti ubat yang bertempoh? Ubat dah habis tempoh kita buang, begitukah Islam? So, dimana nilai Islam pada UMNO? Tepuk dada, tanya iman. 

Dan mengapa bergabung dengan Cina dan bukan orang Islam sendiri? Perlukah untuk saya labelkan, orang Melayu yang membuang Islam itu tarafnya seperti apa..Saya tidak mengatakan ahli-ahlinya, saya faham, ada yang mengatakan "Saya bertudung, jadi Islam mana yang saya tak ikut?" Jika anda berfikir begitu silakan, saya tidak menyalahkan pendapat anda. Dan tidak perlu saya mengulas lebih lanjut bagi yang berfikir sedemikian.

Nak cari ketenangan, keadilan, kemakmuran, keamanan dan sebagainya.. Tiada yang lain melainkan hanya ada pada Islam... ^^

Mengenai statement. "UMNO ajak bergabung taknak pulak".. See.... Jika ulama anda sendiri anda buang, macammana anda mahu terima ulama kami? Adakah kita akan MENJILAT kembali ludah kita? Pretty sure, takde sape yang akan menjilat kembali.. Pembaca budiman, Islam yang PAS perjuangkan sekarang bukan Islam 'copot-copot' (ambil sedikit-sedikit). Islam bukan hanya Solat, Puasa, Zakat, Haji sahaja.. Islam adalah our life.. Islam adalah Al Quran. Al Quran itu lengkap dengan Aqidahnya, Ibadahnya, Hukum-hakamnya, dan lain-lain. 

Dan ade juga yang berkata "Lepas ni kalau dah tak boleh azan semua jangan nak salahkan sesape." Ya.. Agak kasar ye disitu.. Huhu Sebab itulah Islam ajar kita, ALLAH BERSAMA KITA.. Jika kita jaga HAK ALLAH, maka ALLAH akan jaga hak kita.. Kenyataan Allah yang manakah ingin anda pertikaikan?? Allah akan jaga hak ISLAM.. Yakinlah dengan Allah.. Yakinlah.. Dan suka saya katekan, kenapa PAS masih bertahan sampai sekarang walaupun pelbagai cara yang digunakan untuk menumpaskan PAS.. Sebab ALLAH yang jage.. ALLAH yang pelihara..

Haha Nampak seolah-olah berkempen pula.. Bukan berkempen, memperjelas mana yang kurang jelas.. Saya hanya memperkata kepada yang menerima. Dan janganlah hanya kerana berbezanya pendapat ini kita bergaduh dan bertelagah sesama manusia. Saya jua mempunyai keluarga dan saudara-mara yang berbeza pandangan, namun saya hormati pendapat mereka kerana saya sayang keluarga dan saudara-mara saya. Berbeza pendapat itu rahmah..

Apapun, saya mengucapkan tahniah kerana masih bertahan. Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan tanah air saya. Semoga membawa perubahan kepada negara. Aminn..

Akhir kalam, saya pohon maaf atas segala kekurangan dari isi-isi kandungan di atas. Ramai yang lebih arif dari saya... Segala yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu dari kakurangan diri saya sendiri. Hakikatnya, kullu minallah... Waallahua'lam..(^_^)

ALLAHU AKBAR... ALLAHU AKBAR.... ALLAHU AKBAR.... ^^

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."