Pages


Showing posts with label :: Luahan Perasaan. Show all posts
Showing posts with label :: Luahan Perasaan. Show all posts

Tuesday, October 10, 2017

:: Benci ::

Benci.....
Aku benci pada perasaanku yang terjatuh padamu.
Aku benci diriku diselimuti sayang padamu.
Sungguh...
Aku benci...

Aku berharap agar berputarnya waktu membawa segala rasa ini pergi dariku.

Please.... Go away!!!!!
Ya Allah...

Kenapa Kau hadirkan dia dah akhirnya ia hanya di sebalik tembok pemisah.
Mengapa Kau hadirkan dia dan akhirnya dia hanya muncul wujud seketika.

Berdosakah aku mencari makna kenapa dan mengapa?.

Ya, dia pergi setelah memberi. Aku benci. Dengan alasan yang tercipta. Sungguh, aku benci...



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Sunday, September 24, 2017

:: Buntu ::

Ya Allah. Kepelikan apakah yang berlaku pada diriku ini. 24 jam berputar tanpa aku berhenti memikirkannya. Ampunkan aku Ya Allah.

Aku tidak hiraukan apa berlaku disekelilingku. Duniaku ibarat hanya dengan diriku. Memikirkan persoalan yang tiada jawapan. Aku tak pernah sebegini Robb.

Memperhati awan yang berarak, menulis tanpa pena dan kertas dan macammana aku boleh membasuh kembali pinggan-pinggan yang telah dibasuh. Ini tanpa sedar!. Huh..

Menanti dia dengan penuh penantian. Arghhh, aku buntu. Hurmmm.



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Thursday, February 16, 2017

:: Just Saying ::



Setiap orang mempunyai kesempatan dan ruang untuk mengubah kehidupannya menjadi lebih baik walaupun berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Kesempatan itu memang telah tersedia ada didepan kita. Hanya terserah kepada kita sama ada mahu mengambilnya sebagai peluang ataupun tidak.

Seperti kata orang-orang lama "Kejayaan bukan terletak pada sijil tetapi ianya terletak pada kesungguhan empunya telapak tangan yang kuat "



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Friday, August 19, 2016

:: Iman Hamba ::

TintaSamudera

   
Iman di hati juga mampu bertukar musim,
Bila cuaca menjadi punca,
Namun bagaimana kita membajanya,
Iman bukan terletak pada luaran,
Tapi tersudut kemas di lubuk hati....

   
Curilah sejenak masa diusiamu,
Nilailah imanmu...
Adakah alpa tika tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas?
Atau bagai musim luruh?
Gugur satu persatu dan akhirnya tandus...
Mungkin bagai musim salju yang dingin dan sepi...
Atau indah mewangi bak musim bunga..

   
Tepuk dada tanyalah iman..

#AllahKuatkanHatiIni
#YakinkanDakuDenganJanjiMu
#BetapaKauTerlaluMengetahui
#InsanKerdilBerjiwaHamba



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Rezeki Kitakan Berbeza ::

TintaSamudera

Aku hanyalah tinta yang hanya mampu meluahkan kata. Terlalu banyak perkara yang menyesakkan dada.. Terlalu banyak sehingga aku kuatir menjadi barah. Shame on me.. <(_ _)>

Sekali lagi, aku dihidangkan dengan perkara yang membuatkan aku menangis lagi. Mengenangi nasib, rezeki dia betapa beruntungnya. Dan aku masih disini, berhenti disini. Dan  masih setia menanti gugurnya buah? S.A.D

Ya, rezeki kita berbeza. Rezeki setiap manusia itu berbeza. Rezeki engkau disana, rezeki dia disitu..Dan aku masih menanti rezeki ku muncul. Mengira. Detik. Bila. Akan. Muncul...
Sakitnya betapa Kau mengetahui.

Bila kau pula mula menyalahkan aku, menutupi kesalahan kau. Tidak mengapa. Aku terima.
Tapi sampai bila?.
Aku takut aku mula menyalahkan.
Dan kadangkala aku tertanya adakah itu sudah berlaku.
Allah ampunkan aku.



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Thursday, August 18, 2016

:: Hati Yang Sakit ::



Bukan mudah nak puaskan hati semua orang.  Yup, dan memang tak akan mampu pun.

Bila ada masalah, cuba untuk selesaikan. Bukan membuat "bulatan" dan "bercakap".
Tapi....

Biarlah mereka berkata. Kita semua ada bahagian kita masing-masing. Bumi ini bulat, kalian berkata soalku, dan dia berkata soal kalian. Dan ketika itu aku? Hanya mendengar.

Tidak berniat untuk masuk campur, kerana biarlah Allah yang menghitung.. Berhentilah stalk orang hanya untuk dijadikan subjek bicara...

Tapi yang paling menyedihkan, tatkala kita bercerita pada dia sebagai seorang sahabat, dan kemudian dia berbulatan di belakang kita. Berkisah. Huh.... Aku sedih.

Dunia... Semua ini hanya dunia. Tunggu sahaja panggilanNya.

Hati yang sakit itu, biarkan. Dia tiba-tiba membencimu, sedangkan kita melayan dia dengan hormat, benar dia ada penyakit hati. Jangan marah, jangan kesal. Doakan dia. Dia tak tahu hatinya sedang sakit.
Al Fatihah.

<(_ _)>


Friday, August 5, 2016

:: Dimana Bahagia Tinggal ::

Bismillah...
.
.
Ditanyakan kepada kebahagiaan :
"Dimana kamu tinggal?"
.

Kebahagiaan menjawab :
"Aku menetap di hati orang-orang yang redha dengan ketentuan Allah.."
.
.
Allahu Akbar.
.
#SalamMujahadah
#Strive4Mardhatillah

Seringkali kebahagiaan menjadi isu yang membandingkan kita dan orang lain.

Dengan orang lain yang tidak gembira dengan kebahagiaan kita, lalu sebenarnya bahagia itu di mana..

Jelas, jika kita redha denganNya, itula bahagia..


Saturday, May 28, 2016

:: Tenggelamku Dalam Khayal DenganNya ::



ツTintaSamudera

Gelap..
Namun terpancar sedikit nur di hujung sana.. Bertemankan lampu study di birai katil.. Ku mendongak pada siling. Putih. Tiada bintang ☆
Ya, masakan bintang wujud di dalam kamar sepi ini. Huh. Dengusku..
Bukan kerana marah, tapi cuma melepaskan lelah.

Hmmm. Nikmat sihat, Allah tarik seketika, menghadiahkan sakit yang masih belum bertanda mahu sembuh. Terima kasih Allah. <(_ _)>

Malu aku padaMu Robb. Sudah bergunung dosaku padaMu, tapi mengapa Kau masih memberi perhatian padaku. Mengapa Kau masih dekat denganku. T_T
Terima kasih Allah..

Terasa malu kerana Engkau masih sudi menyentuh hati ini. Masih sudi mendengar kalam ini.

Gema Allah..Allah dari Hafiz Hamidun masih terus beralun. Syahdu. Menggamit rindu. PadaMu. Yang Satu..

(╥_╥)
Allah..Allah...Allah..
Mukimkan Kau dalam hati ini. Kekalkannya Ya Ilahi.

Kuatkan aku Ya Qowiy
Lembutkan hatiku Ya Latif
Ampuni aku Ya Ghaffar
Belailah aku Ya Rahman
Kasihi aku Ya Rahim
Dengari hajatku Ya Samii'
Pandangku dengan cintamu Ya Basir..
Pelihara kehidupanku Ya Salam
Limpahkan rezeki padaku Ya Razzaq...

.·´¯`( _▂_)´¯`·.
Terasa bahagia begini. Seolah berdua denganMu.
Berbicara..
Berkongsi..
Mengadu..

Hentikan waktu
Biar aku tenggelam dalam khayalku.
Yang ada cuma Engkau..
Dan aku..

Bismillahirrohmanirrohiim..
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

الله...... الله.....الله....  





#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


Wednesday, May 18, 2016

:: I'm Not Quit Yet ::



ツTintaSamudera

       
In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful....
.
.
Orang kata, tiada istilah rehat untuk orang yang berjuang....
Rehat yang ada cuma syahid nanti sahaja...
.
.
Orang kata, jangan minta untuk direhatkan, takut-takut Allah 'rehatkan' kita selama-lamanya...
.
.
Tapi.... Aku betul-betul penat dan lelah...
I need some rest and space. Give me some time to recharge and gain some energy.

○| ̄|_

Oh Allah.

#sitiathirah92
    


Sunday, May 15, 2016

:: I Wish I Could Never Know U ::



ツTintaSamudera

Argghhhhhhhhhhhh...
Jeritan batinku..
Arggghhhhhhhhhh
Jeritnya lagi
Namun jeritan itu hanya bergema dalam sanubari.
Siapa yang mendengar? Tiada. ╮(╯▽╰)╭


Bosan.. Bosan aku dengan rasa yang menguasai. Rasa yang menyelubungi setiap hembusan nafas, darah yang mengalir dan yang paling sakit, disetiap amati fikiran.
Nyahhh koooo!!!!.


Kau ibarat satu titik hitam yang cuba kupadam. Namun, semakin kupadam, dengan segala kerah tenagaku, malah kau semakin melebar, memenuhi setiap ruang. Benci!!!


Ya  
I wish I could never know U.
I wish I could never met U.
So sad
So silly.


Istaghfirillah...
Tarik nafas hembus tarik nafas hembus
Wamakaru wamakarallah wallahu khoirul maakirin.

Ini adalah perjalan sebuah kehidupan, yang tetap ko akan hadapi. Kenapa cepat melatah. Hati-hati diri, jangan sampai Tuhan dipersalah.

Aku lantas menangis.
Tanpa henti. Laksana air terjun yang tidak berhenti..

Pujuk hati .


Nukilan,
HatiKecilSeorangGadisYang.......


#TintaSamudera
#sitiathirah92


:: Lepaskan Rasa Ini ::



ツTintaSamudera

Astaghfirullahal azim.
Astaghfirullahal azim.
Astaghfirullahal azim.

Seraya ku meraup wajah.
Allahu Akbar.
Allah Maha Besar.

Titik....

Entah kali keberapa aku cuba untuk menenangkan hati. Entah kali keberapa aku cuba untuk mententeramkan hati.

Tapi, perasan tak suka itu terus dan terus menikam sukma. Ya Allah, macamna aku akan meneruskan kehidupan ini jika dia ada dalam cebisan kehidupanku. Dengan perasaan yang macam ini. Mampukan perasaan ini hilang. Dan apakah sebenarnya perasaan ini. Tertanya-tanya kepada seorang aku, namun jawapannya.... hampa. Tidak kutemui.

Ataukah sebenarnya hati aku yang sakit.?
Mungkinkah itu yang sebenarnya?
Aku cuma menjadi tertanya, mengapa dia?

Allah lapangkan hatiku, lapangkan dadaku.
Apakah yang sedang Kau aturkan ini?
Baikkah untukku?
Atau perlukah untukku?
Atau bermanfaatkah untukku?

Seorang aku masih mencari jawapan Ya Allah.

Allah.
Perkenankanlah doaku. Ampunkan dosaku.
<(_ _)>



#TintaSamudera
#sitiathirah92


Thursday, May 12, 2016

:: Distance ::



ツTintaSamudera

Sometimes you need to distance yourself from people. If they care, they'll notice. If they don't, then you know where you stand...

Silent......

Entah kali keberapa, mata ku cuba pejamkan. Letih, sakit tapi masih utuh tercelik.
Terlalu lama memfokus pada tulisan yang kecil mungkin membuatkan kepalaku agak pening sedikit.

Berbalik kepada quote yang diatas tadi. Kita kadangkala cuba untuk menjadi senyap. Menjauhkan diri, hanya untuk melihat, siapa yang concern pada kita, atau siapa yang peduli pada kita.

Adakala, diam kita, jarak kita, hanya untuk mencari diri, mencari semangat yang kian hilang dimamah masa dan waktu.

Terima kasih kamu, yang sentiasa ada...


Sunday, October 6, 2013

:: Ketukanku Pada Diri ::

Tok... Tok... Tok...

Ketukku pada hati yang semakin hari semakin sakit dan tidak keruan...

Tok.. Tok.. Tok...

Ketukku lagi pada hati, lalu kutanya apa yang kau mahukan sebenarnya?...


Aku lelah bermukim dengan kehibaan.. Memang dunia ini penuh sandiwara..... 

 Dah lebih 150 juta kali aku berfikir. Namun jawapan yang kutemui masih tidak utuh.


Allah Engkau dekat penuh kasih sayang,

Takkan pernah Engkau biarkan hambaMu menangis,

Kerna kemurahanMu,

Kerna kasih-sayangMu... 

Hanya bila diriMu,

Ingin nyatakan cinta,

Pada jiwa yang rela dia kekasihMu,

Kau yang selalu terjaga yang memberi segalaaa....


Seketika alunan Cahaya Hati Opick berbisik padaku... 


Wahai Siti Athirah..... 


"Berharaplah sewajarnya, agar kamu tidak terlalu sakit jika memang kenyataan tidak seperti yang diharapkan.."


"Sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah. Sebaik-baik hamba adalah hamba yang redha dengan ketentuanNya..."


"Kadang rasa tak mampu bertahan. Langkah kian perlahan. Air mata tak tertahan-tahan. Mengalir laju tanpa kehendak tuan.."



Allah..

^^


MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."