Wednesday, October 5, 2011
:: Andai Perjuangan Ini... ::
Thursday, September 29, 2011
:: Ahlan Ila Ardhul Kinanah ::
Kumendongak ke langit tatkala terasa sinaran mentari menyengat kulitku. Memandang hamparan bumi yang berdebu seraya terdengar hon kenderaan yang bertali arus. Bersyukur aku tatkala diri merasakan masih memiliki dua nikmat yang terbesar iaitu; nikmat Iman dan Islam. Masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Masih diberi peluang menjejakkan kaki di ardhul kinanah ini. Jelas selama ini hanya bermain di animasi minda, kini menjadi satu kenyataan. Aku tidak merasakan sedikit culas lantaran ini adalah pilihanku. Cuma jiwa yang penuh harapan ini berharap agar diri ini tidak futur, semangat ini tidak luntur lantaran mehnah dan tribulasi yang bakal kuhadapi. Benar, semangat dan futur itu milik Allah, namun cukuplah sekadar sebagai peringatan bahawa ini bukan pengakhiran perjalanan, tapi perjalananku baru bermula. Benarlah janji Allah itu pasti, aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Mengetahui.
Berbicara kepada tuhan, tentang amanah yang dipertanggungjawabkan, membuatku malu dengan kealpaan yang sering kuterlupa dan terabai dengan fatamorgana duniawi. Bermukim di daerah kepuasan merasakan diri lengkap segala keperluan walhal diriku seorang musafir hina yang kosong dahagakan petunjuk dariNya… Aku khilaf kerna sering mengharapkan nikmat dariNya sehingga aku terlupa dengan nikmat yang telah aku kecapi, sehingga aku terjatuh lalu tersedar atas kasih sayangNya.. Syukur Ya Allah..
Bagaimana aku ingin menilai kehebatanku tanpa diuji olehMu, Ya Allah, aku tidak minta agar dikecilkan ujian, cuma aku memohon kepadaMu agar dibesarkan iman untuk menghadapinya.. Kehidupan yang jauh dari keluarga, tanah air ini menuntutku menjadi seorang mujahidah yang kental . Aku akan terus berlari hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat, tidak akan selesai.

Memandang penuh teka-teki…………….
Monday, August 29, 2011
:: Salam Menyambut Hari Lebaran ::
.i. * c .i. '
* | .| _L_' | .| *
.| .|_(" " " " )_| .|
.:|.:.:.:.:.:.:.:i:.:.:.:.:.:.:|:.
Lisan kadang kala tak terjaga,
janji kadang kala terabaikan,
hati terkadang berprasangka,
sikap ada kalanya menyakitkan....
Walau salam tak bersambut,
walau jabat tak bertaup,
walau lafaz tak terdengar,
namun,
kemaafan jua yang dipinta....
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin.....
Sunday, August 14, 2011
:: Hidup Ini Suatu Pembelajaran ::
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
Sedar tak sedar, diam tak diam, sudah hampir 4 minggu aku mendiami markas ini.. Bersama rakan-rakan dalam Program Intensif Timur Tengah. Segalanya berlaku di luar sedar aku. Manakan tidak, kekecewaan bertukar menjadi satu kesyukuran, kesedihan bertukar menjadi satu kegembiraan,. Aku merasai kenikmatan itu setelah jatuh terduduk, benarlah Allah menguji hamba-Nya untuk menilai keimanan diri. Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan menikmati nikmat yang terbesar, iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam....
Aku bukan sang penyair yang mampu memberi azimat yang puitis, ku jua bukan seorang penyajak yang kata-katanya bisa menggetarkan jiwa, namun tulisan hatiku bukan inginkan perhatian tetapi inilah nukilan cerita hatiku..
Aku masih memandu kehidupan ini dengan penuh hati-hati. Bersedia menghadapi segala kemungkinan yang diriku sendiri tidak mengetahui segala caturan Allah, adakalanya aku menjangkakan segala rancanganku adalah yang terbaik tetapi perancangan Allah itu jauh lebih indah,. Ya,, tidak terjangkau oleh pemikiran seorang insan. Pelbagai persepsi yang akan dirasai namun yakinlah Allah itu Maha Mengetahui.. Barangkali kita tidak suka sesuatu perkara itu tetapi itulah yang terbaik untuk kita, barangkali jua kita menyukai sesuatu perkara itu tetapi ia tidak baik untuk kita. Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kita tak ketahui..
Yakin dengan Allah, serah segalanya pada Allah..
Pesan seorang insan saat aku merasakan seperti aku umpama layang-layang yang putus tali.. katanya,, "Ingat, Allah berfirman.. Sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan,, dan Allah ulang lagi menguatkan ayat tu, Sesungguhnya setiap kesusahan ada kesenangan.. Jadi, kita kene yakin dengan Allah.." Ya,, terima kasih ku ucapkan kerana semangat itu.. Alhamdulillah...
Minggu Pertama,,
20 Julai 2011: Aku memandu pacuan 4 rodaku ke Pejabat SMATT yang terletak di Pusat Dakwah untuk mendaftar.. Kemudian aku teruskan pemanduanku ke Pusat Saudara Baru yang terletak di Rahang. Aku sudah biasa dengan laluan ke sini kerana ku selalu melawat rakan-rakanku sebelum ini. Dan hari ini kehadiranku bukan sebagai seorang pelawat, tetapi sebagai seorang mujahidah yang akan bersama-sama mereka meneruskan perjuangan jihad ilmu.. Kehadiranku disambut oleh akak urusetia yang telah kukenal jua sebelum ini, Kak Tra Hani. Kemasukkanku ke dalam program ini agak terlewat sedikit kerana aku pun sebenarnya menggantikan seorang sahabatku yang telah keluar dari program ini setelah permohonannya di Amanah Raya diterima.. Seterusnya, peluang ini diberi kepadaku.. Segala Puji Bagi Allah.. Pesanan Ustaz Roslizan kepadaku yang tidak mungkin kulupakan.."Tunjukkan kesyukuran dengan kesungguhan".. Allahu Akbar.... Minggu ini adalah minggu KEMBAQ, program yang tidak asing jua bagiku,. aku bersama ayahanda kembali.
| ::Leha, Syue, Jannah, Ramizah dan Athirah:: |
![]() |
| ::Menteri Besar sedang bersalaman dengan para tetamu:: |
Disini ingin kukongsikan serba sedikit ucapan daripada YAB Dato Seri Utama Mohamad bin Hj Hassan dalam upacara perasmian beliau..
"Kerajaan negeri sentiasa melakukan apa sahaja cara bagi menegakkan syiar Islam di negeri ini termasuk melalui pendidikan, pembangunan masjid dan lain-lain lagi".
"Kita ingin melihat syiar Islam terus dijulang di negeri ini dan menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan-persatuan untuk menjayakannya," .
Dalam pada itu, YAB jua turut mengingatkan segelintir pihak agar tidak 'merampas' agama demi kepentingan masing-masing kerana Islam adalah milik semua umatnya.
Beliau mahu supaya umat Islam mempunyai ciri-ciri yang terpuji sekali gus mengetepikan segala tohmahan yang dilemparkan selain persepsi tidak benar mengenai agama itu sendiri.
"Sudah tiba masanya untuk kita mengetepikan segala tohmahan yang dilemparkan oleh orang ramai yang beranggapan bahawa Islam adalah agama yang menggalakkan keganasan dan miskin. Usaha ini perlu bermula daripada sekarang melalui pendekatan umatnya untuk menjadi ummah terbaik," jelasnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan jua berkata, banyak perkara yang boleh dilakukan kerajaan dan pendakwah bagi memastikan syiar Islam terus dikembangkan dengan cara dan pendekatan masing-masing.
Oleh yang demikian, kita sebagai khalifah di muka bumi ini perlu memastikan syiar Islam terus berkembang dan diletakkan di tempat yang tertinggi. Jika bukan kita, siapa lagi? Jika bukan sekarang, bila lagi? Justeru, ayuh para mujahid, para mujahidah, sama-sama kita tegakkan Ad-Din selari dengan mandat Menteri Besar..
![]() |
| ::Aktiviti sukaneka, kembali ke zaman kanak-kanak:: |
Kenapa dinamakan universiti Ramadhan? Kerana bulan ini merupakan bulan tarbiah, bulan pendidikan, di mana jiwa-jiwa kita ditarbiah dengan undang-undang Ramadhan dan hati-hati kita dimotivasikan dengan kelebihan-kelebihan atau fadhilat-fadhilat Ramadhan. Bukan senang nak masuk univerisiti, tapi kita pada hari ini Alhamdulillah syukur, dipilih oleh Tuhan untuk sama-sama masuk universiti Ramadhan. Pendaftarannya cukup mudah, tak payah bayar duit cuma niat saja sama ada niat setiap hari ataupun niat sebulan terus.
Bulan bertuah ini juga bolehlah disebut sebagai bulan ibadah. Boleh juga disebut sebagai bulan mujahadah. Disebut juga bulan rahmah dan bulan maghfirah. Dan macam-macam lagi sebutan yang baik-baik. Jangan kita sebut dengan yang tak baik sudahlah. Jadi namanya bulan ibadah, bulan mujahadah, bulan rahmah, bulan maghfirah. Kenapa dinamakan bulan ibadah? Kerana pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amalan-amalan mereka. Kalau sebelum bulan Ramadhan dia malas nak beramal ibadah, tapi apabila sampai saja bulan Ramadhan, biasanya amalan seseorang akan bertambah walaupun sedikit. Betul tak?
Jadi pada bulan ini manusia berlumba-lumba untuk menambah amalan-amalan mereka. Ataupun dari segi hakikatnya untuk menambah ‘pengabdian’ kepada Allah SWT. Perkataan ibadah berkait rapat dengan perkatan abdi, berkait juga dengan perkataan abdullah. Beribadah ni maksudnya berabdi kepada Allah. Macam mana cara berabdi kepada Allah? Buat apa yang Dia suruh dan jangan buat apa yang Dia larang. Selain itu, kita tambah dengan buat apa yang Dia suka, iaitu amalan-amalan sunat. Begitulah cara-cara berabdi kepada Allah.
Kenapa dinamakan bulan mujahadah? Sebab pada bulan ini kita berperang melawan nafsu. Sesiapa yang berlawan sungguh-sungguh dengan nafsunya, dia dikira mujahid. Kalau setakat lawan sikit-sikit ni, taklah dinamakan mujahid, tidaklah dinamakan mujahadah. Kena bersungguh-sungguh, baru dia dikira sebagai mujahid, barulah usahanya itu dinamakan mujahadah.
Perkataan mujahadah ini adik-beradik dengan jihad, iaitu satu usaha yang bersungguh-sungguh. Secara khususnya dinisbahkan kepada berperang melawan musuh-musuh Islam tetapi secara umumnya dinisbahkan kepada satu usaha yang bersungguh-sungguh. Mujahadah juga berkait-rapat dengan mujahidin.
Kenapa dinamakan bulan rahmah? Sebab pada bulan ini rahmat Allah melimpah-ruah. Kenapa dinamakan bulan maghfirah? Perkataan maghfirah ini berkaita-rapat dengan perkataan istighfar. Yang kita sebut lepas solat “Astaghfirullahal ‘azim” tu istighfarlah. Istighfar maksudnya minta ampun. Maghfirah maksudnya ‘keampunan’. Jadi bulan Ramadhan ini adalah bulan keampunan. Pintu taubat, pintu keampunan terbuka seluas-luasnya. Maka, perbanyakkanlah amal ibadat pada bulan mulia ini...
Demikian sedikit tazkirah yang dapat kukongsikan....
- 1 Malaysia
- Perlembagaan Negara
- Ekonomi dan Negara Maju
- Perkongsian Pengalaman
| ::Warga PITT2011 Muslimat Power:: |
- Budaya Ilmu
- Budaya Ketepatan
- Budaya Berprestasi Tinggi
- Budaya Inovasi
- Integriti
- Kesetiaan
- Kebijaksanaan
- Ketabahan
















