 |
| :: Wardati.... so sweet, nice (^_^)!! : |
"Ya Allah, jika ini adalah yang terbaik untuk-Mu dan Ad-din agama-Mu, maka permudahkanlah urusanku keseluruhannya.. "
Alhamdulillah... Perjalanan sebuah kehidupan itu benar-benar mengajarku erti kedewasaan. Menguji hati dan keseluruhan jiwaku. Sungguh, kudratku sebagai seorang manusia penuh keterbatasan.. Aku akui kelemahanku sebagai seorang hamba kepada-Mu.. Ya Hayyu Ya Qayyum, birohmatika astaghis, aslih li syakni kullah, wala takilni ila nafsi torfata a'ini... Alllaaahhh....
Berpijak di hamparan bumi, di bawah lembayung kudusnya Nur Ilahi, melabuhkan pandangan ke dada langit, menerokai celorengan awan larat yang kuumpamakan seperti lukisan abstrak di kanvas... Suasana indah dan bening.... :-)
Hampir dua bulan bermukim di daerah emas ini membawa ku menjadi nakhoda dalam pelayaran menuju cita.. Tajdid niat agar sentiasa semangat, dengan hati yang sentiasa berbolak-balik, mengukuhkan kesepaduan setiap deria. Mewaqafkan pengorbanan dalam setiap tindakan.. Waima segalanya sangat berat untuk dihadapi.
Aku berdiri sebagai seorang pemudi, melihat cabaran kehidupan yang menggila, ketempangan akidah semakin membarah, akhlak umat Islam semakin rosak akibat serangan musuh Islam dari hari ke hari tidak pernah berhenti. Maka, umat ini memerlukan mereka yang jiwanya sangat hampir kepada Tuhan, hatinya sentiasa berpaut kepada cita-cita dan kemenangan Islam, maka pemuda adalah jawapannya. Mengapa pemuda? Sebab pemudalah mempunyai karakter yang disebut oleh As Syahid Al Imam iaitu
iman, ikhlas, semangat dan amal...
"Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dan merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni Iman, Ikhlas, semangat dan amal merupakan kerakter yang melekat pada diri seorang pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda." (Risalah Ila Syabab..As Syahid Al Imam)
Lalu kita sebagai seorang Muslim haruslah bertindak, Islam bukan sekadar nama, bukan jua sekadar gelaran. tetapi sematkan Islam dalam diri. Bersatu bersama untuk meneraju Islam menghadapi fenomena dunia. Bukanlah bermaksud kita hanya berada dalam satu bulatan, tetapi kita bergerak mendukung Islam...
Semoga kamu jua bersamaku...(^_^)
3^07+507
 |
| :: Pemudi harapan :: |