Bila berjauhan dengan suami macam ni. Teringat detik-detik lepas berumah tangga, yang ketika itu merasa marah dan geram tapi bila teringat ni rasa macam kenangan yang mencuit hati dan tersenyum serta tergelak sorang-sorang.. Itulah lelaki dengan dengan sifat-sifat lelaki. Dan perempuan dengan sifat-sifat perempuan..
LELAKI ITU LURUS.
-Fakta ni sangat betul. Masa duduk ngan family tak terasa sangat bila ada adik beradik lelaki yang sebenarnya memang lurus. Tapi bila dengan suami ni. Haisshh, memang terasa sungguh n hilang jugak sabar. Antara yang paling aku ingat. Masa tu di Mesir, pegawai pulang ke Malaysia dalam 3 minggu dan suruh aku n suami duduk jagakan rumah die. So, dapatla aku duduk berduaan dengan suami menjalani kehidupan suami isteri tanpa orang ketiga, keempat, kelima dll. Haha
Aktiviti biasa seorang isteri aka perempuan masak, kemas dll tu kan.. Satu hari aku cakap kat suami, "Erm dah banyak dah semut kat sampah ni".. Suami pn iyekan aje.. Cube teke dulu ape yang aku nak sampaikan. Hahha Ye. Aku nak minta tolong dia buangkan sampah. Tapi taaakk jugak faham-faham. Then, lepas sehari camtu jugak. Sampailah aku geram, aku masak dengan moody, lepas tu terus kemas-kemas tanpa cakap ape-ape ngan dia. Plus muka tu muncung n masam sikit. Pastu amik penyapu sapu bilik dll.. Pastu aku tak layan dia, solat sendiri n tengok tv sorang-sorang. Nampak dia lalu pergi buang sampah. Aduuuh,, lamenyeee nak faham. Masa dah ok tu, aku cakap. "Ish lelaki ni memang lurus, susahlah nak cakap kias-kias. Takkan tak faham hint kot.." Suami jawab "Lelaki memang macamtula. Taknak fikir complicated. Terus jee cakap senang." .. "Ok, lepas ni honey cakap terus, abg tolong buang sampah ye. Tu pun tak faham. Dekat je nak buang kat luar tu. Honey ni kalau tkyah nak pakai lengkap tudung stoking bagai, boleh je terus g buang." Aku dah start bebel. Die senyum je n cakap "Aah, cakap je terus, takyahla cakap pasal semutla apelah."..."Ok, fine".
Hahahaha Masalahnya perempuan ni tetap ngan perangai dia nak lelaki tu faham dengan sendiri. Lebih-lebih lagi bile tengah merajuk. Aduss.. Guane. Ok2. Trying to frankly speaking lerr..
Miss u husband.. ♥
Wednesday, December 12, 2018
:: Husband ::
Tuesday, November 20, 2018
:: Diati; 12 Yearssss ::
✨Selamat Ulang Tahun 'Perkenalan' kita yang ke-12. (21/11/06-21/11/18)
.
Terima kasih kerana beranikan diri cube miskol masa 21/11 dulu. Kalau tak mulakan dulu, mungkin kita bukan yang hari ini seperti ini ♥ Yelah, masing-masing ego. Aku dengan stand konon tak akan contact lelaki terlebih dulu, dan2 jatuh hati pulak pada orang tak layan perempuan ni. 😅
.
Sampaikan kawan-kawan yang tahu banyak bagi hint n tolong secara tak langsung. 🙏🏻 Thanks korang. (Btw, takyah kira berapa umur masa tu. Ketegori cinta monyet. Errrr...... Hew)
.
Masa dia nak 'kawan' dulu, aku tanya, kenapa terima untuk kawan, n dia jawab 'Dia dah istikharah dulu'. N aku rasa terduduk jugakla. Sebab aku tak sangka 'persahabatan' dia seserius ni. Sampai istikharah untuk berkawan dengan perempuan.
P/s: Masa tahun 2005 dia pernah cakap tak suka aku, padahal tah bilaaa masa aku luah aku suka dia.. 🤔 Tapi aku pun memang serius suka dia, walaupun masa tu mana terfikir lagi pasal kawen-kawen ni.
.
Tahun berganti tahun, n tak sangka still bersama dia. Even ada yang tanya "Tak bosan ke dengan orang yang sama lama-lama". -Tak.. 😘
.
Sape kata kawan lama-lama takde gaduh.🙅🏻 Banyak kali gaduh. Plus bila dah start fikir masa depan lagi banyak gaduh. Haha Dengan masa tu plan nak kawen masa 2013, dah plan semua, pergi kursus kawen, tetiba tak jadi. Nasib belum buat invitation je. Frust menonggeng, rasa dunia kelam kejap, nangis siang malam, tahajud tiap malam (cewah), sebulan larikan diri dari dia. Rasa nak cari orang lain je. Maigod 😅
.
🏷Indeed, Allah is the Best Planner. (3:54).. Kite merancang, Allah juga merancang. Dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah lebih tahu tentang hati dan perasaan, persediaan diri yang belum mantap mungkin masa tu. Dengan niat yang belum utuh. Allahu.
.
Dan akhirnya, 3/2018 Allah satukan juga kita.. Alhamdulillah. Semoga Allah terus satukan kita samppaaaiii di Syurga sana. 🤲🏻 Aminn.
.
Terima kasih untuk segalanya. -Ily-
#BanyaknyeTarikhKita😅
.
Setiap orang ada cerita tersendiri. Dan ini cerita aku dan dia. 💑 JAUH ITU ADA RINDU YANG TAK SUDAH..... 😢
…
#sitiathirah92 #iraiz92 #TravelogCintaIraiz92 #LoonngStory #12Years #StillCounting #TillJannah ^^
Thursday, November 15, 2018
:: Jr Journey 3 ::
Assalamualaikum sayang mama....
Sayang mama sihat kan.
Hurm, mama kena serangan astma. Mama dah lama tak kena. Masa fes cekup ritu, doc memang tanya pernah tak ada history sakit apa-apa. Mama kate astma tapi dh elok n dah lama tak kena. Doc kata, time preggy ni kadang-kala perkara tak jangka selalu berlaku. Lebih-lebih lagi bila dah ada history. Dia boleh datang lagi.
Guess what sayang? Mama kene attacked. Sebelum ni memang mama alergik ngan jeruk. Tapi dah lama boleh makan. Aritu mama makan sebab teringin, lepas tu mama kene astma. Hari ni mama kene lagi mungkin sebab sejuk n habuk. Tapi mama dah cepat-cepat ke kk.
Sayang jangan risau, mama tau sakitnye tak cukup oksigen. Insyaallah mama akan jaga diri mama baik-baik supaya sayang pun dapat cukup oksigen ye.
Sayang, hb mama low. Pastu berat badan mama naik banyak. Jadi mama kene consult ngn nurse hari-hari.. Maafkan mama sayang. Nanti mama makan sayur hijau banyak-banyak ye.. Heee
Mama rindu ayah. Eh. Tetiba ayah video kol. Hahha
Diari mama,
🌷Athirahim
15 November 2018
:: Diati ; Arghh Sakitnya Rindu ::
Perasaan itu. Sungguh hiba dan sedih.
Aku seorang yang berdikari, mampu berbuat apa dengan sendiri. Boleh menguruskan segalanya sendiri.
Tapi entah kenapa, sejak bergelar seorang isteri, sejak mempunyai pendamping diri, sejak ada tempat bergantung, segala kekuatan tu macam terbuai-buai..
Walaupun masih mampu melakukan semuanya sendiri, namun jauh di sudut hati, aku perlukan suami disisi.
Arghh, perasaan kental bersendirian tu tika single dan sudah berkahwin sungguh berbeza ya. Aneh sekali. Walhal, itu adalah perkara biasa yang pernah aku lakukan.
Aku rindukan dia.. Aku perlukan dia. Untuk menjaga aku. Untuk mendengar keluh kesah aku. Sakit juga ya berjauhan ini. Kira-kira berapa lama masa yang aku perlukan untuk adapt dengan semua ini?
Ya, aku perlu menyibukkan diriku. Tapi penat itu selalu mengingatkan aku pada dia. Mungkin ada hikmah kenapa aku perlu berjauhan dengan suami dan dalam keadaan yang sebegini, supaya aku kembali kuat dan berdikari mungkin. Hurmm..
Balik rumah mertua seorangan macam ni, buatkan sedih dan sendu itu kian membuak. Mana-mana pergi nampak dia. Setiap saat rasa nak menangis. Dan tahan air mata dari jatuh di hadapan umi. Oh Allah. Kenapa baru sebulan berlalu...
I miss uuu. 😭😭😭

