Pages


Sunday, September 2, 2012

:: Menjelang Syawal ::


S.A.L.A.M  L.E.B.A.R.A.N

Dulu mase kecik-kecik, bile dengar takbir dan lagu-lagu raye mesti rase gembira dan tak sabar-sabar nak raye... Al-maklumlah, kecik-kecik apa yang nak difikirkan..Rase tak sabar nak pakai baju raye dan nak kumpul duit raye jela...  Sekarang, bile dengar takbir dan lagu raye, rase sebak+sedih tahap max... Al-maklumlah, pertama kali di perantauan... Paling menyedihkan, sebab my family raya di Ipoh,,,, waaaa L rindu sama opah ngan atuk Dino dan semua family kat sana... (Dah lama sangat tak balik Ipoh)... L

Walaubagaimanapun,,, saya ada kakak-kakak yang sentiasa menghiburkan (daku paling junior kat RNSK)..  Jadi kesedihan saya sedikit terubat... Apa yang kami lakukan sempena menghadapi Syawal??

Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa....JJJ

Buat kuih rayaaaaaaa...

Ni kueh konflek madu... Ha semestinye kueh ni menjadi
kegemaran orang ramai... Saya suke.. J




Ha,,, ni pule kueh Cookies,,, kami cuba menggantikan
hazel nut dengan coklat M&M... Menarikkan??J



Alamakkk!! Banyaknye semut... Jadi mari kita buat kuih Sarangheo.
Opppsss... maalish2.. kueh Sarang Semut.... J






Semua tau tak ni kueh ape? Ape lagi kalu bukan kueh Dam
kegemaran saya.. Baunye sahaja sudah mengiurkan.. Wahh.. J

Sebenarnya kami buat 10 jenis kueh.. Tapi saya upload sikit jela... 

10 Malam terakhir Ramadhan.........

Masyarakat di Mesir sangat-sangat berbeza dengan mesyarakat di Malaysia... Jika di Malaysia, 10 malam terakhir kita sibuk dengan persiapan raya yang harus sehingga kita mengabaikan yang wajib.. Jika solat fardhu pun jarang-jarang dilakukan apatah lagi solat sunat... Tetapi berbeza halnya dengan masyarakat di Mesir.. Masjid-masjid hidup dengan solat sunat di malam hari... 


Keadaan Masjid Libi Hayy Sabi yang sangat penuh...
Masyaallah Tabarakallah....


Pagi Syawal.... Menjelang Aidilfitri...J











SELAMAT
HARI RAYA
AIDILFITRI
MAAF
ZAHIR DAN BATIN
J






Saturday, August 4, 2012

:: Istiqamah, Iman, Ramadhan ::





Masih belum terlewat kiranya jikaku mengucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kerana kita masih berada di dalam bulan yang mulia ini.. Blogku ini semakin sunyi dari sebarang entri. Kerana menulis blog bukanlah sesuatu kewajiban bagiku, ia bergantung pada mood dan jua idea yang mendatang dan berpergian. Berbeza bagi mereka yang menjadikan blog sebagai medan dakwah, pastinya ia adalah satu kewajiban... Berkisar tentang kewajiban, sukaku melontarkan persoalan kepada para pembaca.. Mengapa kita mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan adalah suatu kewajiban? Hal ini kerana, terdapat satu kata-kata yang dipetik dari hikam Atoi'yah, "Aku hairan melihat mereka yang ditarik dengan rantai besi untuk masuk ke syurga.." Justeru, kewajiban ini adalah untuk diri kita sendiri jua sebenarnya.. 


Tidak banyak yang ingin kukongsikan, sekadar berbahasa sebanyak sedikit sebagai tazkirah atau lebih mudah sebagai peringatan buat diriku.. Lewat malam tadi, kami akhwat yang berada di RNSK ini mengadakan usrah yang lebih glamour dengan nama Muzakaroh Berkelompok = MB... Mungkin dengan panggilan ini menjadikan jiwa-jiwa ini lebih bersemangat.. Masakan tidak, jiwakan lebih tertarik dengan sesuatu yang lain dari kebiasaan... Alaisa kazalik? 


Tema yang kami bincangkan pada tika itu ialah istiqamah... Pelbagai pendapat telah dilontarkan mengenai istiqamah. Istiqamah dan Iman. Istiqamah? Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai istiqamah lebih baik kita berkenalan dahulu dengan Istiqamah.. Apa itu istiqamah? Bicara mengenai tarif istiqamah sahaja terlalu banyak maknanya...

  1. Berterusan, thabat, tetap.
  2. Istiqamah ialah betul i'tiqad, kata-kata dan perbuatan.
  3. Istiqamah adalah berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada aqidah Islam, dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau apa-apa keadaan sekalipun.
Ada juga yang berkata, istiqamah bukan sahaja berterusan melakukan perkara yang sama tetapi ia perlu lebih baik dan bertambah baik. Misalnya, hari ini kita membaca Al Quran satu juz sehari.. Untuk hari esok pula kita membaca 2 juz sehari... dan seterusnya....
Demikianlah antara makna istiqamah hasil perbincangan kami..

Istiqamah tidak dapat dipisahkan dengan iman... Bila beristiqamah pastinya beriman.

Kadang-kala kita selalu mengeluh:-
  • Susahnya nak istiqamah.
  • Macammane nak istiqamah?
  • Aku tak boleh nak istiqamahlahh 
  • Aku dah cube nak istiqamah tapi tak berjaye juge
dan pelbagai lagi....

 Bagi sesetengah pihak mereka terlalu memfokuskan istiqamah itu hanya dari satu sisi sahaja iaitu konsep ibadah zahir semata-mata. Misalnya, istiqamah dalam solat sunat rawatib,solat sunat dhuha,  istiqamah membaca Al-Quran satu juz sehari dan seumpamanya...  Jika begitu bagaimana seorang wanita itu ingin istiqamah dalam mengerjakan hal-hal berikut? Kerana wanita ada tempoh-tempoh tertentu yang dilarang untuk menunaikannya. Hal ini diterangkan bahawa istiqamah disini ialah istiqamah hati..

Ada 3 tahap istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:-
  1. Istiqamah hati
  2. Istiqamah lisan
  3. Istiqamah perbuatan
Tiba-tiba satu persoalan dilontarkan oleh salah seorang kakak seniorku,,
"Adakah istiqamah memberi kesan kepada masyarakat sekeliling?" dan dijawab oleh senior yang lain..
"Mungkin kita sentiasa istiqamah dalam melakukan solat sunat dhuha, memberi kesan kepada ahli bilik yang jarang-jarang melakukannya untuk istiqamah jua." sambung yang lain pula..
"Cuba perhatikan, yang berlaku sekarang ni, kalau dia takde kita akan rase kekosongan..." dan kami mula meneka-neka.... sambungnya lagi...
"Us______(nama dirahsiakan). Kita dah terbiasa dengar bacaan-bacaan dia selepas azan sementara menunggu waktu solat.. Cuba die tak buat sekali, mesti kita rasa macam kehilangan kan?" dan yang lain pun...
"Aah.. betul tuuuu."

Ada banyak sebab kenapa kita rase susah untuk istiqamah... Antaranya:-
  • Istiqamah sukar kerana ia bertentangan dengan nafsu, bertentangan dengan naluri.
  • Istiqamah sukar kerana kita kurang bersyukur.
  • Istiqamah sukar kerana kita melakukan ibadah kerana manusia.
  • Istiqamah sukar kerana kita bergantung dengan keadaan sekeliling..
dan banyak lagi yang mungkin tidak dinyatakan...

Kita memperbanyakkan amalan-amalan pada bulan Ramadhan ini, dan alangkah lebih baik kita meneruskan amalan-amalan tersebut ke bulan yang lain pula yakni bulan Syawal, Zulkaedah dan seterusnya.. kerana kita bukan hamba bulan Ramadhan, tetapi kita hamba Allah.. Adakah Allah hanya wujud pada bulan Ramadhan? TIDAK....



Berkata seorang sahabat kepada sahabatnya
A: "Insyaallah, aku nak istiqamah membaca Al Quran setiap kali lepas solat.."
B: "Ohh, aku dulu selalulah amalkan selepas solat dan bila masa aku free. Tapi sekarang ni sibuk sikit.."

Adakah amalan dan ibadah itu hanya tinggal kenangan? Adakah kita pernah melakukan hanya menjadi sebuah sejarah? Ibadah perlu ditambah dan bertambah.. Bukan menjadikan ia sebuah kenangan...

Semoga memperoleh rahmat, keampunan, dan perlepasan dari azab api neraka pada penghujung Ramadhan ini..Semoga beroleh taqwa.. Kita bakal menghampiri 10 malam terakhir bulan Ramadhan.. Sama-samalah kita berebut mencari bonus lailatulqadar dalam hadiah Ramadhan ini..

Peringatan buat diri dan para pembaca.. Sekadar perkongsian...

Wallahualam... TS

Wednesday, June 27, 2012

:: 26 Jun In Memory ::




Pagi  Selasa 26 Jun 2012 kelihatan tenang seperti sediakala…  Meneruskan aktiviti seharian sebagai seorang musafir.. Mengikuti kelas tasawuf Syeikh Rohimuddin bersama teman-teman…. J

Petang,,,
Alfu Syukran buat teman-teman tersayang Jannah, Syuhaida, Ramizah… Turut serta Kak Rehan dan Kak Muniratul,, kerana membuat kejutan yang tak disangka-sangka pada diri ini… Terharu tak terkata… Senyum sampai lena…. J

Terima kasih Syue, Jannah n Miza

Terima kasih Kak Rehan n Kak Muniratul

 Terima Kasih:...........

> Jannah n Syue belikan kek yang sangat sedapppp... n sediakan preparation yang terbaikkk...
> Ramizah, Kak Rehan n Kak Muniratul bawak jalan-jalan... Sampai terpakse ubah plan asal.. haha
Pape pun,, lakonan masing-masing terbaikla... Mantappp !!!!!! (Cutest gift ) huhu

Anjang pesan perangai dah kene 20 tahun..
Terpedaya ngan lakonan Deq Ya...  nak kene ni....

Kredit: Mama, Ayah, Ayong, Afiq (skype dari kul 10 lebih sampai nk kul 1 waktu Malaysia.. request wish), Fatin Fruitale special wishes... Zaleha,,, rindu kamu, tak dapat bersama meraikan... dan buat semua yang wish... Terima kasih sebab menghargai dan mengingati....
  • Kak Fida
  • Nazlin
  • Teman-teman Yahoo
  • Teman-teman Skype
  • Teman Oovoo
  • dan sesumenye... 
Share pic: kenangan selamanya.....

Suap jangan tak suap... Jannah dengan bebear pink

Kek penuh di mulut

Suapan sahabat wat sahabat

Ok miza,,, steady



Tq sahabat2 tersayang

Kne devide kek cos nk mkn sikit je,, prut penuh

Bergambar sebelum balik
Kenangan di KFC Sarag Mall




Friday, June 1, 2012

:: Al Fatihah.... ::



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang......

Al Fatihah buatmu moyangku... Semoga rohmu dicucuri rahmat dari Ilahi...
 Pemergianmu tiada ganti.. Semogamu tenang di-sana...
Allahumma Aminnn...


:: Nolo Bte Keche ::


إنا لله وإنا إليه راجعون
Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun..... 


Sayang selamanya....
Yang pergi tetap pergi, yang masih hidup teruskan melangkah berjihad..

Credit to: Mama, Ayah, Ayong, Ikram, Afiq, Firdaus, Atok Sudin, Wan Mama, Atok dan Wan Ngah dan semua ahli keluargaku.... <3

Allahu Akbar...

Al Fatihah......

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."