Seorang suami mengadukan apa yang dirasakannya kepada seorang Syeikh. Dia berkata:
1. Ketika aku mengagumi calon isteriku, sewaktu itu seolah-olah dalam pandanganku, Allah tidak menciptakan perempuan yang lebih cantik darinya di dunia ini.
2. Ketika aku sudah meminangnya, aku melihat ramai perempuan seperti dia.
3. Ketika aku sudah menikahinya, aku lihat ramai perempuan yang jauh lebih cantik dari dirinya.
4. Ketika sudah berlalu beberapa tahun pernikahan, aku melihat seluruh perempuan lebih manis dari isteriku.
Syeikh berkata, "Apakah kamu mahu aku beritahu yang lebih dahsyat daripada itu dan lebih pahit?"
Suami menjawab,"Ya, mahu."
Syeikh: "Sekalipun kamu mengahwini seluruh perempuan yang ada di dunia ini, pasti anjing yang berkeliaran di jalanan itu juga akan nampak lebih cantik di matamu jika dibandingkan dengan mereka semua."
Si suami tersentak, dan bertanya, "Kenapa tuan Syeikh berkata demikian?"
Syeikh: "Kerana masalahnya bukan terletak pada isterimu. Tetapi masalahnya adalah bila manusia diberi hati yang tamak, pandangan yang menyeleweng, dan kosong dari rasa malu kepada Allah, tidak akan ada yang bisa memenuhi pandangan matanya kecuali tanah kuburan."
Rasulullah bersabda:
"لَوْ أَنَّ لِابْنِ آدَمَ وَادِيًا مِنْ ذَهَبٍ أَحَبَّ أَنْ يَكُونَ لَهُ ثَانِيًا، وَلَنْ يَمْلأَ فَاهُ إِلا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللَّهُ عَلَى مَنْ تَابَ "
"Andaikan anak Adam itu memiliki lembah penuh berisi emas pasti ia akan menginginkan lembah kedua, dan tidak akan ada yang bisa memenuhi mulutnya kecuali tanah. Dan Allah akan menerima taubat siapa yang mahu bertaubat".
Jadi, masalah yang kamu hadapi sebenarnya adalah kamu tidak menundukkan pandanganmu dari apa yang diharamkan Allah.
Sekarang, apakah kamu menginginkan sesuatu yang akan mengembalikan kecantikan isterimu seperti pertama kali kamu mengenalnya? Ketika ia menjadi wanita tercantik di dunia?"
Suami itu menjawab: "Ya, tentu sekali."
Syeikh: "TUNDUKKAN PANDANGANMU."
Thursday, April 2, 2015
:: Tundukkan Pandangan ::
Thursday, March 12, 2015
:: Oh Manusia ::
Wahhhhh!!!! Mentari muncul lagi.. Dan lagi.. Meninggalkan bulan malam tadi. Eh tidak!! Bulan tidak hilang, cuma ia berputar ke sebelah sana, mematuhi lukisan alam, mematuhi ketetapan Ilahi tanpa ingkar..
Oh manusia, andai engkau seperti bulan dan mentari pasti syurga tempat kita. Tapi apakan daya, Allah jua mencipta hawa dan nafsu, Allah jua mencipta jin dan syaitan. Lalu adakah kau menyesal? Tidak..
Dalam melayari sebuah pelayaran bernama kehidupan ini, seringkali bahtera yang di pandu di sapa angin nyaman, dan adakala ditiup gelombang kuat.. Dan kita selaku nakhoda dan anak kapal terussss... Dan terusssss berjuang sehingga sampai ke destinasi kita. Wajarkah kita mengalah seawal itu? Tidak..
Menjadi pemimpin tak semudah yang kita sangka. Pengorbanan antara perkara terpenting dalam memegang tampuk pimpinan.. Aku sering tewas dalam berkorban, mungkin kerana nafsu remaja yang membuak2.
Aku bukan jua ingin menjatuhkan mana2 pihak. Tapi sedarkah kita sebagai seorang muslim, seorang tolibul ilmi yang muslim, salahkah kita menerima amanah yang sepatutnya kita lakukan. Bukankah pemimpin itu sentiasa bersedia? Ya...
Bila ditentukan jadual untuk menjadi imam mahupun bilal, engkau yang pertama membantah mengatakan itu dan ini, sedangkan jika tidak diberi tugas sekalipun, memang itu yang akan digalas. Lebih menyedihkan kerana engkau seorang yang faham. Apakah perkara itu hanya cebisan dalam hidup anda? Tidak.
Ini baru permulaan, ini masih fatrah latihan. Kita belum berjuang di medan sebenar dann nunnnn di Malaysia sana segalanya akan dinilai. Kekuatan kita, keilmuan kita.. Alllahhhh takut sungguh diri ini untuk berhadapan dengan masyarakat. Lalu... Tasamuhlah dengan diri. Mumtaz kita bukan menjanjikan siapa anda di Malaysia.
Mari kita sama-sama berubah. Ingat-mengingati lebih-lebih lagi kepada seorang aku, kerana mulut yang berkata, jari yang menaip lebih dekat dengan telinga dan akal yang menilai.
Wallahualam
O(∩_∩)O
TintaSamudera
Posted via Blogaway
Friday, January 23, 2015
:: Pelihara Anak² ::
Untuk Renungan bersama...
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
semoga bermanfaat...
Posted via Blogaway
Monday, January 19, 2015
:: Muhasabah Bersama ::
Salam warga blogger.. Entah kenapa aku rasa tersentuh membaca perkongsian ini dari group wasup.. Dan aku berniat untuk berkongsi di sini juga. Seorang pelajar, yang sangat bersungguh-sungguh dalam menggapai cita-cita. Sungguh, dalam kita punya apa-apa.. Jangan lupa pada yang tiada apa-apa..
Semoga adik ini peroleh segalanya suatu hari nanti, bukan untuk dirinya sahaja, tapi keluarga, masyarakat, ummah, bahkan negara. Aminnn..
(coretan seorang pelajar senior di SBP)
A heart rendering story that happened lately...
Assalam... wbt semua...
Tak tahu nak mulakan cerita ni macamana. Hari ni 13 Jan 2015 merupakan sesi pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 ke sekolah berasrama penuh. Saat diri ini melangkah masuk ke dewan, terpandang seorang pelajar berwajah sugul dan sedikit kepenatan di tengah2 pelajar baharu lain tetapi hanya dia sahaja berbaju t-shirt berkolar warna merah. Matanya hanya memandang keadaan sekeliling kerana kawan2 semua berbaju pitih serba baharu.
Percaturan Allah sangat indah. Rupanya dialah mentee saya di asrama nanti. Tatkala ibu bapa keluarga lain riang gembira mendaftar anak mereka dgn baju dan kasut baharu, bapa pelajar ini menghampiri saya kerana tidak tahu apa perlu dibuat.
Mereka berdua menaiki bas dari Kelantan jam 9 mlm tadi dan sampai di Seremban jam 10 pg, terus ke SM SAINS TUANKU JAAFAR di Kuala Pilah. Mereka ini adalah mangsa banjir yang kehilangan segala2nya.
Namun, keazaman dan tekad untuk berjaya mengatasi segala2nya. Bertambah sedih apbila dia hanya membwa sebuah beg tarik yang terisi di dalamnya beberapa helai baju dan saya terus berlinang air mata tatkala beg dukung belakang yang dipeluknya itu tiada zip...
Ya Allah...
Engkau tidak memberi kekayaan harta pada mereka tetapi Engkau memberi kekayaan ilmu pada anak itu... Seorang pelajar yang gifted memperoleh 5A dalam UPSR 2014 walaupun tinggal di kampung namun dia merupakan pelajar terbaik daerah Kuala Krai, Kelantan.
Setelah selesai pendaftaran, saya membawanya membeli barang kelengkapan. Saat di dorm, pelajar lain ditemani ahli2 keluarga, namun tidak baginya, segalanya diuruskan sendiri. Tatkala orang lain menggantung baju kemeja, dia hanya menggantung impian sahaja kerana segalanya tidak tersedia untuknya. Tatkala ibu bapa pelajar lain memberi wang saku perbelanjaan, namun dia hanya ada wang sumbangan ihsan. Ketabahan diri mengatasi kemewahan org lain.
Ibu bapa pelajar lain gajinya 10k namun sukar untuk saya tafsir jumlah pendapatan ayahnya.
Sebak hati ini hanya Allah yang tahu. Ayahnya pulang semula ke Kelantan untuk menyambung mencari rezeki, meninggalkan seorang anak sulung yang jauh di mata selepas ini.
Permintaannya akan saya cuba tunaikan kerana ingin bertukar kelas kerana dia terlalu ingin utuk belajar bahasa German.
Sama-sama kita doakan kejayaan pelajar baru tingkatan 1 ini, ADIK IZHAR BIN ZAINUDDIN. Saya akan jaga kamu seperti adik saya sendiri...
Ya Allah... KAU terangilah dan kuatkanlah ketabahan anak ini yang serba serbi kekurangan namun demi tekad dan cita-cita dia sanggup menghadapinya...
HARTA KEKAYAAN AKAN HABIS NAMUN ILMU TIDAK PERNAH HABIS !!!
MUHASABAH DIRI SEKETIKA...
Posted via Blogaway

