TintaSamudera
Refleksi.....
Malam tiada bintang. Bersama lagu Bintang Malam by Arja Lee menemaniku.....
"Engkau cinta matiku.." ♪
S.E.T.I.A... Entah kenapa, satu patah perkataan ini kadang-kala menjadi tanda tanya pada diri seorang aku. Kata mereka, setia itu bermaksud tahu hatimu milik siapa. Kesetiaan? Setia?
Sungguh! Definisinya sungguh subjektif. Kita boleh menafsirkan apa sahaja.......
"We Were In Love by Davichi & T-Ara" ♪♪♪
Setia itu adalah setia. Argh. Aku sendiri sukar menterjemah apakah itu setia.
Sebarang apa yang aku selesa, aku tetap bersama dan tiada ganti. Itu kah setia?
Terhadap manusia?
Terhadap benda? Atau???
.
.
.
.
.
.
.
π_π
Aku mempunyai senaskah Al Quran, yang aku beli lewat 28 Ogos 2005 dan sehingga sekarang aku menggunakannya, walau banyak Al Quran lain dihadiahkan padaku, dan sayangku pada senaskah itu tiada yang dapat ganti. Itukah setia?
.
.
Aku mendapat seutas jam tangan dari mamaku lewat 2000 dan aku masih memakainya sehingga sekarang. Masih berkhidmat padaku.. Walau ada yang mengatakannya buruk, huh... Sehingga aku takut menerima hadiah jam tangan, khuatir kasih berbelah bagi. Dan adakah itu setia?
.
.
Dan seorang insan, yang aku kenali lewat 2005 dan menjadi istimewa buatku bermula detik 21 November 2006 sehingga sekarang. Walau ada orang lain kadang-kadang terantara, termuncul, terada antara kami. Tapi dia seolah tetap di jantung ini. Adakah itu setia?
.
.
#Np Polaroid - Sakura Band ♪♪
Ya.. Setia itu terlalu subjektf untuk diadaptasi dengan kata-kata. Yang penting, ia adalah sesuatu yang menjadi "keselesaan" buatku.
Ya, setia itu terlalu mahal, sehingga orang yang biasa-biasa tidak mungkin melakukannya....
Awak....
#sitiathirah92 ::TintaSamudera::
Thursday, August 25, 2016
:: Soal Setia ♡ ::
Wednesday, August 24, 2016
:: Biar Tak Dipandang Manusia ::
Biar tidak dipandang manusia..
Asalkan dipandang Tuhan..
.
Manusia itu lumrahnya berbuat silap.
Dan semestinya kesilapan itu dibuat oleh manusia.
.
Yang penting, kita jaga amanah kita, kita buat kerja kita. Bukan untuk manusia nilai, tapi untuk Allah nilai.. .
Sebab mereka pn tak tahu apa yang Allah tahu..
Kenapa nak takut dengan bayang-bayang. Sedgkan bayang-bayang pn tk wujud ketika gelap.
Refreshing our Imaan.
#50/50
#HidupIniPilihan
#TakSemuaHitamDanPutih
#PilihlahApaSajaUntukMewarnainya
#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::
Friday, August 19, 2016
:: Iman Hamba ::
TintaSamudera
Iman di hati juga mampu bertukar musim,
Bila cuaca menjadi punca,
Namun bagaimana kita membajanya,
Iman bukan terletak pada luaran,
Tapi tersudut kemas di lubuk hati....
Curilah sejenak masa diusiamu,
Nilailah imanmu...
Adakah alpa tika tiba kebahagiaan seketika bagai musim panas?
Atau bagai musim luruh?
Gugur satu persatu dan akhirnya tandus...
Mungkin bagai musim salju yang dingin dan sepi...
Atau indah mewangi bak musim bunga..
Tepuk dada tanyalah iman..
#AllahKuatkanHatiIni
#YakinkanDakuDenganJanjiMu
#BetapaKauTerlaluMengetahui
#InsanKerdilBerjiwaHamba
#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::
:: Rezeki Kitakan Berbeza ::
TintaSamudera
Aku hanyalah tinta yang hanya mampu meluahkan kata. Terlalu banyak perkara yang menyesakkan dada.. Terlalu banyak sehingga aku kuatir menjadi barah. Shame on me.. <(_ _)>
Sekali lagi, aku dihidangkan dengan perkara yang membuatkan aku menangis lagi. Mengenangi nasib, rezeki dia betapa beruntungnya. Dan aku masih disini, berhenti disini. Dan masih setia menanti gugurnya buah? S.A.D
Ya, rezeki kita berbeza. Rezeki setiap manusia itu berbeza. Rezeki engkau disana, rezeki dia disitu..Dan aku masih menanti rezeki ku muncul. Mengira. Detik. Bila. Akan. Muncul...
Sakitnya betapa Kau mengetahui.
Bila kau pula mula menyalahkan aku, menutupi kesalahan kau. Tidak mengapa. Aku terima.
Tapi sampai bila?.
Aku takut aku mula menyalahkan.
Dan kadangkala aku tertanya adakah itu sudah berlaku.
Allah ampunkan aku.
#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

