:: Indahnya ciptaan Allah :: |
Assalamualaikum, bicara rindu ku mulakan pada blog yang hanya kuabadikan tatkala rasa dihati ingin menaip. Serasa hari-hari yang berlalu ibarat pantasan kilat yang memancar, begitu cepat, begitu pantas, begitu efisyen. Ketika mata baru tercelik, kini perlu dipejam kembali.... Keletihan masih tergalas di bahu, seolah-olah ingin rebah di marmar rumah ini, menuntut hak untuk kerehatan yang abadi mungkin.. opss,, masih belum tibakah masanya?
Hurm, baru sebentar tadi diriku mengeluarkan 'super power' yang jarang-jarang kupamerkan, menghadapi situasi di dalam kelas yang hanya mempunyai 25 orang pelajar kukira seperti sedang bergelut dengan ratusan pelajar. Suasana yang teramat gamat sehingga boleh memecahkan kekuatan bangunan 88 tingkat yang perlu diriku atasi sendiri, amat menguji kesabaran mental dan fizikal. Hari ini terasa berbeza berbanding sebelumnya. Mungkin jiwa-jiwa mereka bersatu hati menujukan bom atom yang paling canggih untukku yang hanya mampu melindungi diri dengan perisai dan tombak yang kumiliki.. Lesu ragaku kerana mungkin diriku belum menjamah walau sebutir nasi hari ini.. Pesanan tulus insan dihati agar diriku menjaga kesihatan hanya di balas aggukan ya dari jauh, namun tidak di aplikasikan dalam seharian.. maaf ya...huhu
Namun, apakah ubat kepada keletihan? Yaaa, benar... Jawapannya ialah keikhlasan. Ikhlas dalam apa jua yang perkara yang dilakukan. Ikhlas, bukanlah semudah ejaannya, bukan jua semudah sebutannya.. Andai kunilai perilakuku, diriku sendiri tidak pasti tahap keikhlasan manakah, keberapakah diriku berpijak...wallahualam...
Suka diriku bicara tentang seseorang...Hilman Ihsan.. nama yang indah, seindah pemiliknya, sentiasa membuatkan diriku tenang setiap kali melihat wajahnya. Sungguh luhur budinya, anak yang baik dan mendengar kata, pendiam dan hanya bersuara tatkala dirasakan ia penting. Itulah, anak muridku yang baru menginjak usia 8 tahun, namun sifat kepimpinan jelas terpamer pada si cilik ini. Apa yang ingin ku nyatakan di sini, ialah peribadi mulia dirinya,, benarlah, benih yang baik datangnya dari pokok yang baik.
Sekuntum pena hati..Diriku tidak mampu untuk membalikkan waktu yang telah berlalu, namun kebatasan akalku masih mampu untuk mengenang hari-hari yang berlalu. Walau tidak kesemuanya, namun setiap detik berharga, insyaallah selamanya dalam ingatan. Kukira masih belum terlewat untukku mencoretkan detik tatkala penantian itu berakhir. Apakah lagi yang dinantikan olehku lepasan pelajar STAM, melainkan natijahnya setelah 10 bulan menghambakan diri pada hafalan-hafalan setiap madah, yang diuji pada helaian kertas berdaftar lewat Oktober tahun lalu. Merasakan seolah-olah baru semalam mendaftarkan diri, berpijak di bumi Maahad, sebagai pelajar sekaligus calon STAM 2010, kini natijahnya telah berada di genggaman. Baur-baur emosi yang menghenyak perdu hati tatkala diberitakan tarikh penantian itu berakhir, kini telah pulih sepenuhnya.. alhamdulillah... Diriku tidak mengharap agar menjadi yang terhebat, namun diriku berharap agar diberikan yang terbaik buatku, semampuku. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, Allah jua merancang untuk kita, tetapi Allah adalah sehebat-hebat perancang.... wasalam....