Pages

Friday, February 11, 2011

:: Segalanya Milik Allah ::

:: Indahnya ciptaan Allah ::

Saat hujung jari mencecah keyboard ini, diriku sedang merasakan keletihan yang teramat sangat, seolah-olah baru selepas menamatkan larian 400 meter lagaknya. Sebotol air mineral selamat kuteguk mempamerkan kepuasan di wajah. Terima kasihku ucapkan pada air mineral terhebat di dunia ini, walau apa jua keadaan, ia tetap dicari dan diminati tidak kira warga tua mahupun muda. huhu
Assalamualaikum, bicara rindu ku mulakan pada blog yang hanya kuabadikan tatkala rasa dihati ingin menaip. Serasa hari-hari yang berlalu ibarat pantasan kilat yang memancar, begitu cepat, begitu pantas, begitu efisyen. Ketika mata baru tercelik, kini perlu dipejam kembali.... Keletihan masih tergalas di bahu, seolah-olah ingin rebah di marmar rumah ini, menuntut hak untuk kerehatan yang abadi mungkin.. opss,, masih belum tibakah masanya?

Hurm, baru sebentar tadi diriku mengeluarkan 'super power' yang jarang-jarang kupamerkan, menghadapi situasi di dalam kelas yang hanya mempunyai 25 orang pelajar kukira seperti sedang bergelut dengan ratusan pelajar. Suasana yang teramat gamat sehingga boleh memecahkan kekuatan bangunan 88 tingkat yang perlu diriku atasi sendiri, amat menguji kesabaran mental dan fizikal. Hari ini terasa berbeza  berbanding sebelumnya. Mungkin jiwa-jiwa mereka bersatu hati menujukan bom atom yang paling canggih untukku yang hanya mampu melindungi diri dengan perisai dan tombak yang kumiliki.. Lesu ragaku kerana mungkin diriku belum menjamah walau sebutir nasi hari ini.. Pesanan tulus insan dihati agar diriku menjaga kesihatan hanya di balas aggukan ya dari jauh, namun tidak di aplikasikan dalam seharian.. maaf ya...huhu
Namun, apakah ubat kepada keletihan? Yaaa, benar... Jawapannya ialah keikhlasan. Ikhlas dalam apa jua yang perkara yang dilakukan. Ikhlas, bukanlah semudah ejaannya, bukan jua semudah sebutannya.. Andai kunilai perilakuku, diriku sendiri tidak pasti tahap keikhlasan manakah, keberapakah diriku berpijak...wallahualam...

Suka diriku bicara tentang seseorang...Hilman Ihsan.. nama yang indah, seindah pemiliknya, sentiasa membuatkan diriku tenang setiap kali melihat wajahnya. Sungguh luhur budinya, anak yang baik dan mendengar kata, pendiam dan hanya bersuara tatkala dirasakan ia penting. Itulah, anak muridku yang baru menginjak usia 8 tahun, namun  sifat kepimpinan jelas terpamer pada si cilik ini. Apa yang ingin ku nyatakan di sini, ialah peribadi mulia dirinya,, benarlah, benih yang baik datangnya dari pokok yang baik.

Sekuntum pena hati..Diriku tidak mampu untuk membalikkan waktu yang telah berlalu, namun kebatasan akalku masih mampu untuk mengenang hari-hari yang berlalu. Walau tidak kesemuanya, namun setiap detik berharga, insyaallah selamanya dalam ingatan. Kukira masih belum terlewat untukku mencoretkan detik tatkala penantian itu berakhir. Apakah lagi yang dinantikan olehku lepasan pelajar STAM, melainkan natijahnya setelah 10 bulan menghambakan diri pada hafalan-hafalan setiap madah, yang diuji pada helaian kertas berdaftar lewat Oktober tahun lalu. Merasakan seolah-olah baru semalam mendaftarkan diri, berpijak di bumi Maahad, sebagai pelajar sekaligus calon STAM 2010, kini natijahnya telah berada di genggaman. Baur-baur emosi yang menghenyak perdu hati tatkala diberitakan tarikh penantian itu berakhir, kini telah pulih sepenuhnya.. alhamdulillah... Diriku tidak mengharap agar menjadi yang terhebat, namun diriku berharap agar diberikan yang terbaik buatku, semampuku. Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang, Allah jua merancang untuk kita, tetapi Allah adalah sehebat-hebat perancang.... wasalam....
There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

~> Khalifah di muka bumi itu perlulah akal seluas langit, mengalir seperti sungai yang deras..
=> Usia umpama harta, bukan banyaknya menjadi perhitungan, tetapi keberkatannya... Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
=>Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal,beerti memiliki fikiran yang baik.Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapatkan kenikmatan dalam kehidupan.

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
~> Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu, dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."