Pages

Saturday, May 28, 2016

:: Tenggelamku Dalam Khayal DenganNya ::



ツTintaSamudera

Gelap..
Namun terpancar sedikit nur di hujung sana.. Bertemankan lampu study di birai katil.. Ku mendongak pada siling. Putih. Tiada bintang ☆
Ya, masakan bintang wujud di dalam kamar sepi ini. Huh. Dengusku..
Bukan kerana marah, tapi cuma melepaskan lelah.

Hmmm. Nikmat sihat, Allah tarik seketika, menghadiahkan sakit yang masih belum bertanda mahu sembuh. Terima kasih Allah. <(_ _)>

Malu aku padaMu Robb. Sudah bergunung dosaku padaMu, tapi mengapa Kau masih memberi perhatian padaku. Mengapa Kau masih dekat denganku. T_T
Terima kasih Allah..

Terasa malu kerana Engkau masih sudi menyentuh hati ini. Masih sudi mendengar kalam ini.

Gema Allah..Allah dari Hafiz Hamidun masih terus beralun. Syahdu. Menggamit rindu. PadaMu. Yang Satu..

(╥_╥)
Allah..Allah...Allah..
Mukimkan Kau dalam hati ini. Kekalkannya Ya Ilahi.

Kuatkan aku Ya Qowiy
Lembutkan hatiku Ya Latif
Ampuni aku Ya Ghaffar
Belailah aku Ya Rahman
Kasihi aku Ya Rahim
Dengari hajatku Ya Samii'
Pandangku dengan cintamu Ya Basir..
Pelihara kehidupanku Ya Salam
Limpahkan rezeki padaku Ya Razzaq...

.·´¯`( _▂_)´¯`·.
Terasa bahagia begini. Seolah berdua denganMu.
Berbicara..
Berkongsi..
Mengadu..

Hentikan waktu
Biar aku tenggelam dalam khayalku.
Yang ada cuma Engkau..
Dan aku..

Bismillahirrohmanirrohiim..
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥

الله...... الله.....الله....  





#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


Thursday, May 26, 2016

:: Hasad Itu Penyakit Hati ::



ツTintaSamudera

     
Allahu Akbar.
.
.
Hasad itu penyakit hati
.

Setiap jasad manusia tidak lari daripadanya.. Jika dia ada penyakit hati, dia akan menzahirkannya. Sedgkan yg mulia hatinya, akan menyembunyikannya.
.
.
Bila hasad menguasai, sedikit demi sedikit ia memakan jasad kita, iaitu daging dan lebih terperinci ialah hati. Maka, hati akan mulai rosak dan mati..
.




Ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari sifat hasad dan dari orang² yg hasad kpd kami. Amin Ya Robb 
.
Rasulullah bersabda, "Hasad itu memakan kebaikan sptmana api yg mmbkar kayu."

Nauzubillah.
.
.
#Strive4Mardhatillah
#JauhkanKamiDariHasad
#JauhkanKamiDariOrgYgHasad
#HambaHina



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Tuesday, May 24, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 7 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yg betul, betulkan yg biasa…

(No.7) Ini kerja kita bersama.

❌Itu semua kerja pimpinan, kita ni ahli biasa ja. Biarlah diorang buat kerja. Buat hal masing-masing sudah....

✅Wahai ahli persatuan yang dikasihi.. Kalian perlu tahu dan sedar bahawa pimpinan juga merupakan ahli persatuan pada asasnya.. Mereka diberi tanggungjawab untuk mengetuai, bukannya melakukan gerak kerja bersendiri..

Wahai pimpinan yang sudah diberikan tanggungjawab.. Laksanakanlah dengan sebaiknya.. InsyaAllah, Allah akan memudahkan urusan kamu, jika kamu memudahkan urusan orang lain..

Marilah kita sama-sama melaksanakan amanah dengan sebaiknya.. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing..

Ingat❗❗, kemenangan di dalam satu perlawanan bola sepak⚽ adalah hasil sokongan para penyokong yang setia, barisan jurulatih yang berwibawa, pemain simpanan yang sentiasa bersiap siaga, tepisan penjaga gol yang sentiasa berwaspada, barisan pertahanan yang menghalang serangan berbisa, pemain tengah yang merancang secara bijaksana, dan penyerang yang bijak merebut peluang yang tiba...

Jadi, jom kita ubah pemikiran kita.. Persatuan ini kita yang punya...

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


:: Slot Apa Kata Ustaz 6 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.

(No.6) Balaslah keburukan dengan kebaikan

❌Kau siap ali.. Aku simpan apa yang kau buat dekat aku.. Nanti kau tgklah apa yang jadi... Kata Nukman yang dipermainkan oleh Ali..

✅Kawan-kawan, yang sebaiknya kita balaslah yang jahat itu, dengan kebaikan..

Kalau hendak ditegur sahabat kita.. Mesejlah secara personal.. Dan gunakanlah sebaik-baik ayat..

Berilah kemaafan kepada mereka.. Kerana orang yang kuat adalah mampu memaafkan orang lain ketika dirinya dilanda kemarahan..

Eratkan ukhuwah dan jangan mudah memutuskannya..
Connecting more than correcting..

So, jom kita sama-sama amalkan.. Balaslah keburukan dengan kebaikan.. Berhikmahlah dalam bertindak..

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Sunday, May 22, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 5 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

(No.5) Leburkan keangkuhanmu, dengan menyusun selipar/kasut.

❌Sampai sahaja dirumah, kita hanya membiarkan selipar/kasut tidak bersusun..

✅Susunlah selipar/kasut sejurus sahaja anda membukanya untuk memasuki rumah..

Kita asyik berjalan dengan teguh ketika diluar rumah, apa salahnya dengan rendah hati, kita tundukkan diri kita untuk menyusun selipar/kasut yang telah berkhidmat pada kita..

Lagi satu, kekemasan dan kebersihan kan dituntut agama..

So, mari sama-sama kita ubah..

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Saturday, May 21, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 4 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

(No.4) Seindah Sabar

❌Bila ditimpa musibah, kita rasa tertekan, pening kepala, tension, dan kita selalu mengatakan.. Diorang tu tak rasa ape yang aku rasa.

✅Sebaik-baiknya, apabila kita ditimpa ujian, pertamanya ucapkanlah..
انا لله وانا اليه راجعون
Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali..

Sepertimana yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah, ayat 155-157,

155) Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yg SABAR.

156)(iaitu) orang-orang yang apabila DITIMPA MUSIBAH, mereka berkata, SESUNGGUHNYA KAMI MILIK ALLAH, DAN KEPADA-NYALAH KAMI KEMBALI.

157) Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Kawan-kawan, sebutlah
انا لله وانا اليه راجعون
Ketika ditimpa apa-apa musibah.. Bukan hanya kematian sahaja..

Ayat ini mengingatkan kita bahawa KITA TAK PUNYA APA-APA.. dan HANYA ALLAH YANG MAHA KUASA..

Kemudian, muhasabah diri, dan perbaiki hubungan kita dengan Allah, manusia, dan alam sekeliling.

InsyaAllah, Allah akan beri kita kesabaran dan kekuatan untuk menempuh dugaan.. Dan kita tahu Allah dah sediakan yang terbaik untuk kita..dan ada jalan keluarnya..

Turn to Allah, He's never far away..
InsyaAllah, you find your way..
Bak kate Maher Zain..

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


:: Manusia Dan Kemanusiaan ::



ツTintaSamudera

     
Salam Ayyamul Bidh..
.
.
Melakukan kesilapan itu MANUSIA
.
.
Dan memaafkan kesilapan itu KEMANUSIAAN.
.
.
Hanya insan kerdil yang tak pernah sunyi dari melakukan kesilapan.
Maafkan segala salah dan silap diri ini.
.
.
#Strive4Mardhatillah
#RoadToNajah
#Ganbattemasu 
#sitiathirah92



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Friday, May 20, 2016

:: Hidup Ini Ada Pilihan ::



ツTintaSamudera

♥♡♥♡♥♡♥♡
Salam saiyyidul ayyam...
Wa salam ayyamul bidh..
(13, 14, 15 Sya'ban)
.
.
.
★Bahagia itu pilihan, kesedihan itu ujian..
.
♣Jangan terlalu lama dalam kesedihan..
Keluarlah, cari lautan kebahagiaan...
.
.
◆◇Kita hidup ada pilihan...

لن تستطيع تبديل الماضي *
          لذلك ركّز على صنع مستقبل عظيم.....

#MoveOn
#KeepMoveForward
#Strive4Mardhatillah
#sitiathirah92



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


:: Slot Apa Kata Ustaz 3 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

(No.3) Nasihat tanda sayang, bukan benci.

Assalamualaikum

❌Pada suatu hari, Ahmad telah memakai seluar Ali tanpa izin.. Lalu Ali menegur Ahmad dengan nada yang sangat KERAS dan beliau rasakan Ahmad LAYAK mendapat pengajaran yang sebegitu dan beliau juga merasakan tindakannya BENAR.

Manakala Ahmad merasakan SEMUA BERLAKU  SALAH ALI, tanpa beliau MUHASABAH apakah salah diri sendiri...

✅Kawan-kawan, yang sebetulnya, yang menegur dan yang ditegur perlu BERLAPANG DADA, dan BERMUHASABAH tentang apa yang berlaku.

-Yang menegur teliti kembali CARA dan MOTIF menegur, adakah kerana sayang atau benci.

-Yang ditegur, DENGAR dahulu apa yang disampaikan penegur dan MUHASABAH kesalahan diri..

-Andai ada yang  tidak kena, CEPAT-CEPAT MOHON KEMAAFAN.. Orang yang baik adalah orang yang mudah memaafkan kesalahan orang lain..

So, maafkan saya andai nasihat, perilaku, dan kata-kata saya menjadi TOMBAK yang menghunus hati.. Yang tujuan asalnya ingin menjadi AIR yang membersih kotoran di hati.

Sekian..

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


Thursday, May 19, 2016

:: Baca Dan Hadam ::



ツTintaSamudera

     
Kata ustaz......
.
.
Sijil Senawi ke, BA ke, Master ke atau PHD sekalipun...
.
 Semuanya akan jadi tidak bernilai atau tidak berguna...
.
 Bagaikan debu yang berterbangan pada malam pertama di dalam kubur....
.
Yang tinggal hanyalah pelajaran awal Ibtidai shj.
.
من ربك؟
ما دينك؟
من نبيك؟

Dan persoalannya, adakah sudah cukup bekalan kita untuk menjawab dan menghadapinya?

Allahu Akbar..
.
.
#DareToNajah
#ImtihanAusaqq
#NajahKabir



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


:: Hai Lah Cerita Sekarang 😢 ::



ツTintaSamudera

Hai tentawan  
Ewww.

Haha Kali ni tknk formal sangat k.

Sat...
Nak nyanyi ♪

Jam di dinding terus berdetak ahhhh
Kakiku juga terus berjalan ahhhh
Tapi mengapa tak kau lepaskan
Tatapanmu dari diriku uu
Menembus sehingga jantung ini

シツシツシツシツシツシツ

Kah!

Ok, hmm, nothing to say, just aku tengok filem or drama sekarang banyak amik dari novel. Hewhew.
Ok novel novel.

Haha . Tk kesahla tu. Tp kenapa kebnyakkan tajuk crita tu mcm my life.
Erkk, perasan nye .  Tkdela. Aku  dahla mmg guna 'quote' tu. Contohnye macam crite Kau Aku Kita tu.
Ok mmg cliche, tp aku dh lme gune, ttbe lpas ni aku release mesti ramai kte terkenan dr crite tu.
Walhal, die muncul lepas kisah aku.
Erkkk.. 

Next crite skrng "Dia Semanis Honey"

N why honey? Why Why Why.
Buatla Dia Semanis Sugar ke Dia Semanis Sweet ke. Tapi honey jgak yg dipilih
Ok, kite tk tiru die tau... Grrr.
Aiyaaa...
╮(╯▽╰)╭

Hahaha Saje nak bebel.

Ok smbung.

♪♪♪♪♪♪

Semua yang ada ada pd dirimu
Mmbuat aku ku aku jatuh cinta...

Dengar lagu ni mcm nk joget2 kan.
Even ciplak lagu korea Talk Talk tu.
Haha .

Si pencuri hatiku
Kau pencuri hatiku...
Love me love me aaaaa



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


:: Dia Bukan Bajet Alim ::



ツTintaSamudera

     
In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful.
.
.
Janganlah kita menyangka orang yang menasihati kita itu bajet alim.....
.
.
.
.
Die cuma taknak kita rasa  pedihnya dosa yang pernah dia lalui.
.
.
Allah.. 
Ampunkan dosa kami. 
.
....
#Strive4Mardhatillah
#AjaAjaJihadddd
#sitiathirah92



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


:: Slot Apa Kata Ustaz 2 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

✅Biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

(No.2) Iqamat tanda permulaan solat, mengejar takbir bersama imam.

Selalunya, apabila berkumandang iqamat, barulah kita mahu bersiap-siap untuk solat jemaah..

Ketika itulah sibuknya lif bergerak ke atas dan ke bawah, pintu kampung dibuka dan ditutup...

✅kawan-kawan, yang sebetulnya, kita semua sudah mula bersiap beberapa minit sebelum azan dikumandangkan..

Selesai azan dikumandangkan, bolehlah kita solat sunat dan berzikir sementara menunggu iqamat..

InsyaAllah, ia akan membantu kita untuk khusyuk dalam solat..

Marilah jua kita sama-sama mengejar takbir bersama-sama imam.. Sama-sama mulakan solat, sama-sama akhiri solat, sama-sama berzikir dan berdoa selepas solat..

So, biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

Sekian..

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016



#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


Wednesday, May 18, 2016

:: Slot Apa Kata Ustaz 1 ::



ツTintaSamudera

[SLOT APA KATA USTAZ? | JOM AMALKAN]

Assalamualaikum....

☺Kawan-kawan, jom biasakan yang betul, betulkan yang biasa..

❓Nak tanya??? Apa benda pertama yang akan kita cari ketika bangun dari tidur??

Biasanya yang dilihat dan dilakukan adalah mencari  handphone..

☝So jom kite BETULKAN perkara ini... Sepatutnya, ketika bangun tidur.. Ucaplah sekurang-kurangnya Alhamdulillah.. Ataupun membaca doa...

So, jom amalkan selepas ini...

Sekian...

Penulis: IQ Pendakwah Muda

"Berilmu, Beriman, Beramal"

Disediakan oleh,
Exco Teknikal, Ict dan Promosi
MTPANSM 2015/2016


:: Karyaku ::



ツTintaSamudera

Aku banyak berkarya.
Ya. Aku baru menyedari..
Bukan hanya di sini. Tapi juga di wechat tuaku.

Kenapa tua.
Mestila, die pun dah tepu dengan segala luahkan biacaraku..

Tak ape. Aku akn mula menampal ia disini.

Satu demi satu
Itu coretan aku
Tidak terlalu agung.
Tapi itu hobiku

Berbicara dan terus berbicara
Dan itu tidak memungkinkan kau mengenali seorang aku.
Kerana ia hanyalah, bicara pada sang layar putih.

Hayatilah..

#sitiathirah92
#TintaSamudera.


:: I'm Not Quit Yet ::



ツTintaSamudera

       
In The Name of Allah, The Most Gracious The Most Merciful....
.
.
Orang kata, tiada istilah rehat untuk orang yang berjuang....
Rehat yang ada cuma syahid nanti sahaja...
.
.
Orang kata, jangan minta untuk direhatkan, takut-takut Allah 'rehatkan' kita selama-lamanya...
.
.
Tapi.... Aku betul-betul penat dan lelah...
I need some rest and space. Give me some time to recharge and gain some energy.

○| ̄|_

Oh Allah.

#sitiathirah92
    


:: Catatan Dari Laut Mediterranean ::



ツTintaSamudera

Let's talk about love.. 
Angin Laut Mediterranean mengelus lembut pipi dan saling menyapa dingin.
.
.
 Melihat luasnya lautan, mendongak tingginya langit, seakan terlupa akan segala yang menyesakkan dada.
.
Indah nian, saujana mata memandang.
Memilih, melepaskan dan memperjuangkan terus memanipulasikan diri. Tak mampu jadi pemalar. Haha. 
.
.
Mengekspresikn positif dan menyembunyikan negatif. Biar ia menjadi sebuah sir.. 
.
.
Catatan dari Laut Mediterranean
Alexandria
1 April 2016

#sitiathirah92
#CintaLaut
#CintaAlam
#TerimaKasihNyoiTeam




Sunday, May 15, 2016

:: I Wish I Could Never Know U ::



ツTintaSamudera

Argghhhhhhhhhhhh...
Jeritan batinku..
Arggghhhhhhhhhh
Jeritnya lagi
Namun jeritan itu hanya bergema dalam sanubari.
Siapa yang mendengar? Tiada. ╮(╯▽╰)╭


Bosan.. Bosan aku dengan rasa yang menguasai. Rasa yang menyelubungi setiap hembusan nafas, darah yang mengalir dan yang paling sakit, disetiap amati fikiran.
Nyahhh koooo!!!!.


Kau ibarat satu titik hitam yang cuba kupadam. Namun, semakin kupadam, dengan segala kerah tenagaku, malah kau semakin melebar, memenuhi setiap ruang. Benci!!!


Ya  
I wish I could never know U.
I wish I could never met U.
So sad
So silly.


Istaghfirillah...
Tarik nafas hembus tarik nafas hembus
Wamakaru wamakarallah wallahu khoirul maakirin.

Ini adalah perjalan sebuah kehidupan, yang tetap ko akan hadapi. Kenapa cepat melatah. Hati-hati diri, jangan sampai Tuhan dipersalah.

Aku lantas menangis.
Tanpa henti. Laksana air terjun yang tidak berhenti..

Pujuk hati .


Nukilan,
HatiKecilSeorangGadisYang.......


#TintaSamudera
#sitiathirah92


:: Lepaskan Rasa Ini ::



ツTintaSamudera

Astaghfirullahal azim.
Astaghfirullahal azim.
Astaghfirullahal azim.

Seraya ku meraup wajah.
Allahu Akbar.
Allah Maha Besar.

Titik....

Entah kali keberapa aku cuba untuk menenangkan hati. Entah kali keberapa aku cuba untuk mententeramkan hati.

Tapi, perasan tak suka itu terus dan terus menikam sukma. Ya Allah, macamna aku akan meneruskan kehidupan ini jika dia ada dalam cebisan kehidupanku. Dengan perasaan yang macam ini. Mampukan perasaan ini hilang. Dan apakah sebenarnya perasaan ini. Tertanya-tanya kepada seorang aku, namun jawapannya.... hampa. Tidak kutemui.

Ataukah sebenarnya hati aku yang sakit.?
Mungkinkah itu yang sebenarnya?
Aku cuma menjadi tertanya, mengapa dia?

Allah lapangkan hatiku, lapangkan dadaku.
Apakah yang sedang Kau aturkan ini?
Baikkah untukku?
Atau perlukah untukku?
Atau bermanfaatkah untukku?

Seorang aku masih mencari jawapan Ya Allah.

Allah.
Perkenankanlah doaku. Ampunkan dosaku.
<(_ _)>



#TintaSamudera
#sitiathirah92


Thursday, May 12, 2016

:: Distance ::



ツTintaSamudera

Sometimes you need to distance yourself from people. If they care, they'll notice. If they don't, then you know where you stand...

Silent......

Entah kali keberapa, mata ku cuba pejamkan. Letih, sakit tapi masih utuh tercelik.
Terlalu lama memfokus pada tulisan yang kecil mungkin membuatkan kepalaku agak pening sedikit.

Berbalik kepada quote yang diatas tadi. Kita kadangkala cuba untuk menjadi senyap. Menjauhkan diri, hanya untuk melihat, siapa yang concern pada kita, atau siapa yang peduli pada kita.

Adakala, diam kita, jarak kita, hanya untuk mencari diri, mencari semangat yang kian hilang dimamah masa dan waktu.

Terima kasih kamu, yang sentiasa ada...


Monday, May 9, 2016

:: Siapa Yang Paling.……? ::



ツTintaSamudera

"Wahai Syaikh, manakah yang lebih baik, seorang muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaqnya buruk ataukah seorang yang tak beribadah tapi amat baik perangainya pada sesama?", teriak seorang pemuda.

"Subhaanallah, keduanya baik", ujar sang Syaikh sambil tersenyum.

"Mengapa bisa begitu?", desak si pemuda.

"Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi kelak akan dibimbing Allah untuk berakhlaq mulia bersebab ibadahnya. Dan karena orang yang baik perilakunya itu boleh jadi kelak akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."

"Jadi siapa yang lebih buruk?", desak si pemuda ingin tahu.

Airmata mengalir di pipi sang Syaikh. "Kita Anakku", ujar beliau.

"Kitalah yang layak disebut buruk sebab kita gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri." Beliau teresak-esak. "Padahal kita akan dihadapkan pada Allah dan ditanya tentang diri kita, bukan tentang orang lain."

Terduduk.

Sumber: Wasup


There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

~> Khalifah di muka bumi itu perlulah akal seluas langit, mengalir seperti sungai yang deras..
=> Usia umpama harta, bukan banyaknya menjadi perhitungan, tetapi keberkatannya... Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
=>Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal,beerti memiliki fikiran yang baik.Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapatkan kenikmatan dalam kehidupan.

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
~> Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu, dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."