Pages


Monday, March 14, 2011

:: Hanya Pada-Mu Ku Meminta ::

::Tuhanku Hanyalah Allah::

Bismillahirrohmanirrohim..

Ya Allah, 
di saat gersang jiwaku,
kau sirami muhasabah cinta-Mu,..

Ya Allah,
Jika aku tidak layak diberikan selaut ketabahan,
Maka berikanlah aku segelas ketabahan,
Jika itu juga tidak layak untukku,
cukuplah bagiku setitis ketabahan,
agar aku dapat merasakan ketabahan itu milik aku.

Ya Allah,
andai derita dunia itu membuatkan aku lebih bertaqwa kepada-Mu,
aku rela memilih derita dunia itu.

Ya Allah,
jika rintihan aku terlalu berat untukku hadapi dan dengari,
maka,,
kutahu Kau sentiasa mendengar rintihan hatiku.

Ya Allah,
kutahu Kau tidak akan membebani aku,
melainkan Kau tahu aku mampu menghadapinya..
maka,
berikan aku kekuatan untuk menghadapi segalanya...

Amiiin.... Ya Robbal A'lamin....

Sunday, March 13, 2011

:: Jadilah Seorang Lelaki Yang......... ::

::Lelaki Acuan Al Quran::
   

    Jadilah seorang lelaki yang beriman, Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah, Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,  Yang sentiasa haus dengan ilmu, Yang sentiasa dahaga akan pahala, Yang solatnya adalah maruah dirinya, Yang tidak pernah takut untuk berkata benar, Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu, Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.
   
    Jadilah seorang lelaki, Yang menjaga tutur katanya, Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya, Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya, Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang, Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

      Jadilah seorang lelaki,  Yang menghormati ibu bapanya, Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga, Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga, Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam, Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan, Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat. 

    Jadilah seorang lelaki, Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam, Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah, Yang boleh diajak berbincang dan berbicara, Yang menjaga matanya dari berbelanja, Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.

    Jadilah seorang lelaki, Yang tidak pernah membazirkan masa, Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran, Suaranya lesu kerana penat berzikir, Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, Bangunnya Subuh penuh kecergasan, Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.

    Jadilah seorang lelaki, Yang sentiasa mengingati mati, Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat, Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik, Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian. 

    Jadilah seorang lelaki, Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

:: Syifaul Qulub ::

:: kuntuman mekar::

Kasihku,

Tika ku kesepian,

Kau datang membawa kegembiraan,

Tika ku kedukaan,

Kau hadir mengubat jiwa,

Tika ku kegelisahan,

Kau di sisi memberi ketabahan.

Kasihku,

Jika ku lupakan Yang Esa,

Ajaklah ku mengingatiNya,

Jika ku gembira tak terkata,

Sedarkanlah ku dengan amaran-amaranNya,

Jika ku bersedih tanpa bicara,

Pintalah ku agar berserah kepadaNya.

Kasihku,

Kaulah hadiah Allah untukku,

Hadiah yang teramat bernilai,

Apa yang ku harapkan,

Adalah hubungan yang berkekalan,

Sehingga ke akhir hayat kita.

Kasihku, 

Andai telah Allah janjikan,

Diriku adalah rusuk kirimu,

Janganlah kau sakitiku,

Belailah ku dengan kesabaranmu,

Peliharalah ku dengan kasih sayangmu.

Kasihku,

Andai ajal memisahkan kita,

Terimalah dengan penuh ketabahan,

Kerna Dia lebih mengetahui,

Apa yang terbaik untuk hambaNya,

Moga kita berteman di syurga nan abadi..

Insyaallah....Amiiin...

Ukhuwah fillah abadan abada.




P/S:  Menjadi lipatan drafku setelah sekian lama. Dari 2011?
Mengapa tidak dipublish.?
Maka aku akan publish harini.

15 Mei 2015


#TintaSamudera
#sitiathirah92


MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."