::Kuliah Lughah:: |
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam… Hari ini untuk pertama kalinya aku melangkah ke Universiti Al-Azhar Lil Banat sebagai seorang mahasisiwi,. Jika sebelumnya kehadiranku hanya untuk mengambil jadual, kini aku telah berada di dalam kuliah untuk hari yang pertama… dan sesungguhnya, bagi mereka yang belum lagi mengubah corak pemikiran mereka, pasti mereka berasa satu kejanggalan, tetapi bagiku dan rakan-rakan yang telah didedahkan dengan suasana di dalam kuliah oleh ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah sebelum ini, kami merasakan tiada apa yang perlu dihairankan…. Pastinya, hari ini sungguh menerujakan.. Namun, aku cukup kagum dengan semangat-semangat mahasiswi Mesir yang begitu bersungguh-sungguh dalam mentelaah, sehinggakan bertalu-bertalu soalan-soalan yang diajukan pada dokturah.. Sedangkan aku pula masih terkial-terkial memahami apa yang diucapkan oleh para dokturah.. (sejenak memikirkannya membuatku tersenyum sendirian…)
::Mahasiswi-mahasiswi:: |
Madah pertama pada hari ini ialah Nahu.. Alhamdulillah, Bahasa Arab Fusha yang lebih banyak dituturkan berbanding Bahasa Arab Ammi oleh dokturah membuatkan kami berasa lega kerana sebanyak sedikit kami dapat menangkap apa yang diucapkan,,. Tambahan pula, selepas sahaja kelas pertama selesai kami telah ditusyenkan beberapa minit oleh sahabat-sahabat arab yang baru kami kenali.. Aya 1, Nada, Aya 2 dan Amnah. Bersungguh-sungguh mereka menerangkan kepada kami apa yang telah diajarkan.. Mungkin sebab utamanya, mereka suka membantu, dan mungkin juga mereka berasa gembira kerana dapat berkenalan dengan sahabat dari Malaysia.. huhu dan yang membuatkan kami terhibur adalah kerana dengan kegembiraan mereka juga, mereka menyaji kami dengan 'ish baladi yang dalamnya terdapat kentang goreng, tak cukup dengan itu, sebelah tangan lagi dihulurkan pula roti hotdog,, agak kelakar kami rasa kerana kedua-dua tangan dipenuhi makanan…huhuhu J Selain itu juga, salam perkenalan mereka selain bertanya nama, mereka mesti bertanya, “Adakah awak menghafal Quran? Berapa juzuk sudah dihafalkan? “Kami menjawab apa yang seadanya… (mood:gembira+bahagia)
::Nilah sahabat-sahabat kami:: |
::makan 'ish baladi sambil belajar:: |
Madah kedua yang kami ikuti pula ialah kelas Tarikh Adab.. Madah ini, kami agak berpinar sedikit, mana tidaknya, madah sejarah katakan, ditambah pula dengan bahasa ammi yang dituturkan oleh dokturah membuatkan mata kami pejam celik pejam celik,,, minda pun cuba berinteraksi dengan baik.. Namun, ia sedikit pun tidak mematahkan semangat kami, malah membuatkan kami tidak sabar-sabar ingin menguasai bahasa dengan cepat… Insyaallah… Kami semangat!!!!
Hehe.. keadaan kuliah seperti yang kukatakan tadi, aku sudah di hadamkan dengan suasananya, dengan suara-suara yang hingar-bingar, dengan “meja” dan “kerusi” di kaki… (masih tersenyum mengenangkan)…. Namun apa yang ingin kukatakan,,, “Tidak akan tercapai ilmu melainkan bersabar diatas segala kesusahan di dalam mencapainya.” J
Sekian minni… Teruskan usaha…..
Kredit buat sahabat tercinta… fighting!! (Lughah)
· Siti Ramizah bt Ramlan
Tak lupa juga buat Nurjannah Atirah bt Arif (Syariah)… Walaupun tak sama kelas, tapi satu universiti.. hehehe go…go… Jannah!!
Athofunnisa……
Siti Athirah binti Abdul Rahim… J