Masih belum terlewat kiranya jikaku mengucap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kerana kita masih berada di dalam bulan yang mulia ini.. Blogku ini semakin sunyi dari sebarang entri. Kerana menulis blog bukanlah sesuatu kewajiban bagiku, ia bergantung pada mood dan jua idea yang mendatang dan berpergian. Berbeza bagi mereka yang menjadikan blog sebagai medan dakwah, pastinya ia adalah satu kewajiban... Berkisar tentang kewajiban, sukaku melontarkan persoalan kepada para pembaca.. Mengapa kita mendirikan solat dan berpuasa di bulan Ramadhan adalah suatu kewajiban? Hal ini kerana, terdapat satu kata-kata yang dipetik dari hikam Atoi'yah, "Aku hairan melihat mereka yang ditarik dengan rantai besi untuk masuk ke syurga.." Justeru, kewajiban ini adalah untuk diri kita sendiri jua sebenarnya..
Tidak banyak yang ingin kukongsikan, sekadar berbahasa sebanyak sedikit sebagai tazkirah atau lebih mudah sebagai peringatan buat diriku.. Lewat malam tadi, kami akhwat yang berada di RNSK ini mengadakan usrah yang lebih glamour dengan nama Muzakaroh Berkelompok = MB... Mungkin dengan panggilan ini menjadikan jiwa-jiwa ini lebih bersemangat.. Masakan tidak, jiwakan lebih tertarik dengan sesuatu yang lain dari kebiasaan... Alaisa kazalik?
Tema yang kami bincangkan pada tika itu ialah istiqamah... Pelbagai pendapat telah dilontarkan mengenai istiqamah. Istiqamah dan Iman. Istiqamah? Sebelum kita meneruskan perbincangan mengenai istiqamah lebih baik kita berkenalan dahulu dengan Istiqamah.. Apa itu istiqamah? Bicara mengenai tarif istiqamah sahaja terlalu banyak maknanya...
- Berterusan, thabat, tetap.
- Istiqamah ialah betul i'tiqad, kata-kata dan perbuatan.
- Istiqamah adalah berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada aqidah Islam, dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau apa-apa keadaan sekalipun.
Ada juga yang berkata, istiqamah bukan sahaja berterusan melakukan perkara yang sama tetapi ia perlu lebih baik dan bertambah baik. Misalnya, hari ini kita membaca Al Quran satu juz sehari.. Untuk hari esok pula kita membaca 2 juz sehari... dan seterusnya....
Demikianlah antara makna istiqamah hasil perbincangan kami..
Istiqamah tidak dapat dipisahkan dengan iman... Bila beristiqamah pastinya beriman.
Kadang-kala kita selalu mengeluh:-
- Susahnya nak istiqamah.
- Macammane nak istiqamah?
- Aku tak boleh nak istiqamahlahh
- Aku dah cube nak istiqamah tapi tak berjaye juge
dan pelbagai lagi....
Bagi sesetengah pihak mereka terlalu memfokuskan istiqamah itu hanya dari satu sisi sahaja iaitu konsep ibadah zahir semata-mata. Misalnya, istiqamah dalam solat sunat rawatib,solat sunat dhuha, istiqamah membaca Al-Quran satu juz sehari dan seumpamanya... Jika begitu bagaimana seorang wanita itu ingin istiqamah dalam mengerjakan hal-hal berikut? Kerana wanita ada tempoh-tempoh tertentu yang dilarang untuk menunaikannya. Hal ini diterangkan bahawa istiqamah disini ialah istiqamah hati..
Ada 3 tahap istiqamah yang perlu berlaku serentak iaitu:-
- Istiqamah hati
- Istiqamah lisan
- Istiqamah perbuatan
Tiba-tiba satu persoalan dilontarkan oleh salah seorang kakak seniorku,,
"Adakah istiqamah memberi kesan kepada masyarakat sekeliling?" dan dijawab oleh senior yang lain..
"Mungkin kita sentiasa istiqamah dalam melakukan solat sunat dhuha, memberi kesan kepada ahli bilik yang jarang-jarang melakukannya untuk istiqamah jua." sambung yang lain pula..
"Cuba perhatikan, yang berlaku sekarang ni, kalau dia takde kita akan rase kekosongan..." dan kami mula meneka-neka.... sambungnya lagi...
"Us______(nama dirahsiakan). Kita dah terbiasa dengar bacaan-bacaan dia selepas azan sementara menunggu waktu solat.. Cuba die tak buat sekali, mesti kita rasa macam kehilangan kan?" dan yang lain pun...
"Aah.. betul tuuuu."
Ada banyak sebab kenapa kita rase susah untuk istiqamah... Antaranya:-
- Istiqamah sukar kerana ia bertentangan dengan nafsu, bertentangan dengan naluri.
- Istiqamah sukar kerana kita kurang bersyukur.
- Istiqamah sukar kerana kita melakukan ibadah kerana manusia.
- Istiqamah sukar kerana kita bergantung dengan keadaan sekeliling..
dan banyak lagi yang mungkin tidak dinyatakan...
Kita memperbanyakkan amalan-amalan pada bulan Ramadhan ini, dan alangkah lebih baik kita meneruskan amalan-amalan tersebut ke bulan yang lain pula yakni bulan Syawal, Zulkaedah dan seterusnya.. kerana kita bukan hamba bulan Ramadhan, tetapi kita hamba Allah.. Adakah Allah hanya wujud pada bulan Ramadhan? TIDAK....
Berkata seorang sahabat kepada sahabatnya
A: "Insyaallah, aku nak istiqamah membaca Al Quran setiap kali lepas solat.."
B: "Ohh, aku dulu selalulah amalkan selepas solat dan bila masa aku free. Tapi sekarang ni sibuk sikit.."
Adakah amalan dan ibadah itu hanya tinggal kenangan? Adakah kita pernah melakukan hanya menjadi sebuah sejarah? Ibadah perlu ditambah dan bertambah.. Bukan menjadikan ia sebuah kenangan...
Semoga memperoleh rahmat, keampunan, dan perlepasan dari azab api neraka pada penghujung Ramadhan ini..Semoga beroleh taqwa.. Kita bakal menghampiri 10 malam terakhir bulan Ramadhan.. Sama-samalah kita berebut mencari bonus lailatulqadar dalam hadiah Ramadhan ini..
Peringatan buat diri dan para pembaca.. Sekadar perkongsian...
Wallahualam... TS