Pages


Wednesday, January 15, 2014

:: Lawatan MAINS ::

::Surat Khabar Utusan::

      Alhamdulillah.. Menerima kunjungan hormat dari Setiausaha MAINS, En.Kamal Amran...

      Kedatangan dari 13 Januari tempoh hari, seterusnya majlis ramah mesra dan jamuan...

      Terima kasih atas kunjungan buat En.Kamal dan isteri serta Us.Omar.. Tidak lupa jua wakil dari Utusan...

O(∩_∩)O
TintaSamudera....


Posted via Blogaway

Tuesday, January 14, 2014

:: Ya Rasulullah ::



Kelahirannya dinanti,
Kedatangannya memberi rahmat seluruh alam,
Tertegakknya kalimah Allah,
Islam menjadi peradaban yang termulia yang tidak pernah terjadi pada peradaban lain.

Umat Rasulullah umat paling mulia,
Amalan pahalanya digandakn.

Selamat menyambut Maulidur Rasul.

#Ya Badrotim..

O(∩_∩)O
TintaSamudera


Posted via Blogaway


Saturday, January 11, 2014

:: DIA Maha Tahu ::

    Dek kerana DIA Maha Mengetahui, aku membuat keputusan itu, kerana mendambakan keberkatan dan keredhaan...
     Jiwa mana yang tak sakit.. Hati mana yang tak remuk.. Namun, demi kemaslahatan bersama.. Ku cuba menjadi tenang.. Semoga Allah melapangkan dadaku untukku... Hanya itu yang ku pohon.. Tidak mahu menjadi pentingkan diri sendiri..

      Moga setiap langkahku bersama Allah.. Moga berada dalam dakapanNya.. Pegangku erat, pelukku rapat, supaya ku beroleh ketenanganMu Ya Robbi.......... ♡

Pabila Tinta Berbicara...
O(∩_∩)O


Posted via Blogaway

Friday, January 10, 2014

:: Sepatah Cuma ::

   Memandangkan aku hanya menggunakan blogaway... Maka, aku tidak mampu mengarang panjang.... Kerana, kalau panjang-panjang sangat, tak mampu nak post.. Huhu

   Cerita kita... Cerita kau dan aku.... Kita titipkan, kita bukukan dan kita hayati penuh makna.. Pemahamannya tidak pada mereka yang tidak merasa.. Oh!!

   Aku mahu bercerita, tapi tak perlu kalian tahu.. Tentang soal hati, pada Ya Robb... Tentang soal jiwa, pada Al Kholiq... Cinta itu wujud... Tapi cerita cinta kita berbeza.. Hayatilah...

O(∩_∩)O
TintaSamudera


Posted via Blogaway

:: Perlukah? ::

      Adekala kita perlu mengakui dengan kejujuran... Tapi tak semua perkara kita perlu cerita pada setiap orang kan?...

       Malam tidak terlalu muda... Mata yang tadinya seolah mahu pejam kini terbuka luas.. Kedinginan suhu tidak mampu menarik perhatianku untuk terus lena..

       Lampu telah terpadam.. Namun aku masih gagah menaip.. Huhu Senyum pada diri.. Dan ku terus biarkan lamunan dan perasaanku berterusan... Noktah..............

Malam dingin,
TintaSamudera....


Posted via Blogaway

:: Salam Jumaat ::

Salam Jumuah Mubarokah...
Salam Sayyidul Ayyam...
Salam Al Kahfi......

Semoga mendapat berkat dan limpah kurnia dari Ilahi... ^^

O(∩_∩)O


Posted via Blogaway

Tuesday, January 7, 2014

:: Hati Itu Jiwakah? ::

       Seindah, sebening mentari pagi.. Tetap terbit dan mematuhi lukisan alam.. Allah.. Sungguh aku kagum dengan segala ciptaanMu..

       Alhamdulillah.. Sebagai hamba bersyukurlah atas segala ketentuan Ilahi.. Kita hanya mampu merancang, tapi Dialah penentu segala..

       Kita selalu melihat kepada perjalanan takdir, dan aku akan menganggap ia jalanan kosong tanpa usaha.. Layakkah kita menerima segala tanpa usaha yang keras?..

      Aku pujuk pada hati.. Kerana wamakaru wamakarallah wallahu khoirul maakirin.. Amin...  Setiap dari kita ada perjalanan hidup masing-masing.. Begitu jua seorang aku..

       Aku takkan pernah untuk berhenti mendambakan sebuah harapan.. Aku masih berharap hingga sekarang..

     Ya Robb.. Beri aku kekuatan.. Beri aku semangat dan jauhilah aku dari anasir-anasir yang membelenggu hati dan jiwa..
O(∩_∩)O Moga segalanya yang terbaik...

()""*()
(,^_^ )
£(")(")
TiNtA sAmUdErA.......


Posted via Blogaway

Monday, January 6, 2014

:: Cerita Baru Bermula ::

      Masih belum terlambat kan kiranya ingin ku ucap Selamat Tahun Baru... Huhu Keadaan yang sangat sibuk dengan imtihan dan pelbagai lagi membuatkan keterlupaan pada blog usang ini. Huhu..

     Seperti kataku dulu, ia hanyalah sekadar mengisi masa lapang.. Apepun, semoga sahabat-sahabat semua berjaya dengan cemerlang dalam imtihan.. Aminnn... Sekodar itu sahaja... Last but not least... Azam baru bukan untuk tahun baru sahaja.. Tajdid niat selalu.. Aja-aja jihadddd !! ^^

Posted via Blogaway

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."