ツTintaSamudera
Gelap..
Namun terpancar sedikit nur di hujung sana.. Bertemankan lampu study di birai katil.. Ku mendongak pada siling. Putih. Tiada bintang ☆
Ya, masakan bintang wujud di dalam kamar sepi ini. Huh. Dengusku..
Bukan kerana marah, tapi cuma melepaskan lelah.
Hmmm. Nikmat sihat, Allah tarik seketika, menghadiahkan sakit yang masih belum bertanda mahu sembuh. Terima kasih Allah. <(_ _)>
Malu aku padaMu Robb. Sudah bergunung dosaku padaMu, tapi mengapa Kau masih memberi perhatian padaku. Mengapa Kau masih dekat denganku. T_T
Terima kasih Allah..
Terasa malu kerana Engkau masih sudi menyentuh hati ini. Masih sudi mendengar kalam ini.
Gema Allah..Allah dari Hafiz Hamidun masih terus beralun. Syahdu. Menggamit rindu. PadaMu. Yang Satu..
(╥_╥)
Allah..Allah...Allah..
Mukimkan Kau dalam hati ini. Kekalkannya Ya Ilahi.
Kuatkan aku Ya Qowiy
Lembutkan hatiku Ya Latif
Ampuni aku Ya Ghaffar
Belailah aku Ya Rahman
Kasihi aku Ya Rahim
Dengari hajatku Ya Samii'
Pandangku dengan cintamu Ya Basir..
Pelihara kehidupanku Ya Salam
Limpahkan rezeki padaku Ya Razzaq...
.·´¯`( _▂_)´¯`·.
Terasa bahagia begini. Seolah berdua denganMu.
Berbicara..
Berkongsi..
Mengadu..
Hentikan waktu
Biar aku tenggelam dalam khayalku.
Yang ada cuma Engkau..
Dan aku..
Bismillahirrohmanirrohiim..
♡♥♡♥♡♥♡♥♡♥
الله...... الله.....الله....
#sitiathirah92 ::TintaSamudera::