Pages


Friday, July 29, 2016

:: Stop Complaining ::

    
Yeah..!
.

Yang lepas jadikan pengajaran untuk lebih baik pada masa depan.
.
.
Yang baik amik, yang tk baik tinggal.
.
.
Yang lepas jangan dikesali, fokus pada akan datang..

Spending today complaining about yesterday won't make tomorrow any better.

#KeepMoveForward
#Don'tTurnBack
#AjaAjaFighting!



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Thursday, July 28, 2016

:: Lebaran 1437h ::



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: S.H.R.A.M.Z.B ::

SALAM LEBARAN MINAL AIDIL WAL FAIZIN 1437H



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Believe In Yourself ::

     

Ayunan kaki terus melangkah...
Bersama azam dan juga semangat..
.

Courage  is a word that gives u the strength to do whats right..

Believe in yourself..

Insan kerdil berjiwa besar.

#KeepFighting
#JustBeUrself
#StayCalmAndMoveForward



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

:: Live The Moment ::

     
Tatkala dunia semakin maju dengan teknologi.
.
..
Hampir terlupa dengan keadaan sekeliling...

Kemesraan dengan orang sebelah semakin pudar.
Tambahan wujudnye grup2, komunikasi dengan alam maya tanpa bersua wajah..
.

Sedangkan bersua wajah, ketawa bersama dan berceloteh bersama itu kan lebih indah.. .
.
.

Live the moment
Leave the phone...


You will never know a value of a moment untill it becomes a memory..

#KeepMoveForward
#Fighting
#RoadToFinalYear
#MogaAllahPermudahkan



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Saturday, July 2, 2016

:: Bicara, Apa Yang Ingin Kau Bicara ::



TintaSamudera

Berbicara. Dan terus berbicara.
Aku mungkin seorang yang banyak bercakap, dan suka bercerita.
.

♡Cinta.  Ia terlalu subjektif.
Kisah cinta aku terlalu abstrak.
Kisah cinta kau bagaimana?
.

Bagi kamu, cinta itu seperti apa?
Adakah cinta itu nyata seperti hitam dan putih.
Atau cinta itu sukar untuk diungkap laksana spektrum warna yang terpancar?
.

Jelas, kau akan mengalami kesamaran dalam erti cinta, jika ia penuh dengan warna.
Nyatakan ia, cinta maka cinta seperti hitam yang tetap gelap dan putih yang tetap suci. Nah, fahamkah maksudku??
.
Titik.......




Tak selamanya kita perlu merangkak, adakala lajukan langkah kita.. Berjalan dan mungkin perlu berlari. Jangan terlalu naif.
.

Jadilah diri sendiri..
Jangan pernah cuba menjadi orang yang lain. Seseorang yang bukan diri sendiri. Kerana ia tidak akan kekal. Dan yang dapat hanyalah sebuah keletihan.
Kan?
.

Ceritaku rawak. ^O^
Tiada pengkhususan.
Kerana aku hanya mahu bercerita, menaip pada samuderaku.
Biarkan tinta aku terus berbicara.

#sitiathirah92



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Friday, July 1, 2016

:: Lailatul Qadr ::



ツTintaSamudera

Jangan cari malam Lailatul Qadr dengan alamat.
.
.
Tapi.....
.
.
Carilah ia dengan ibadat.

#10MalamTerakhir
#FasaPelepasanDariApiNeraka
#JomCariLailatulQadr
#GandakanAmal
#RamadhanKareem



#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."