Pages


Sunday, April 23, 2017

:: Jangan Sedih² Tau ::

Dah kenapa saje pilih lagu sedih2 sambil menaip ni. Ok, saje nak amik feel, sebab hati terlalu sedih.. Nak taip sambil nangis-nangis. Ceng ��
Hahahaha

Malam 27 Rejab ni, beserta angin sepoi-sepoi menerjah masuk ke dalam bilik bercat biru ni, sejuk, dingin.. Dalam kehangatan musim panas, Allah masih kurniakan sejuk yang damai. Subhanallah. Alhamdulillah.

Aku, seorang insan yang masih dibelenggu pelbagai perasaan yang berbelah bahagi..
Teruskan atau noktahkan setakat ini. Allahhh. ��
Sunggguuhh kuatkah aku untuk membuat keputusan. �� Aku betul-betul terhenyak buntu, sepi, kelam antara hidup dan matiku.

Perlukah seorang aku disampingnya? Sejauh manakah pentingnya aku disisinya? Dan dimanakah aku dihatinya? Setinggi manakah pengharapan harus aku gantung? ��

Berikan aku jawapan....



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

Friday, April 21, 2017

:: Yakin Cintamu Ku Dapat ::



Yakin Cintamu Ku Dapat?
Apakah kan?

Haha Tkdela, sebenarnya aku tengah dengar lagu ni. Yang dinyanyikan oleh Kangen Band. Actly, aku sekarang tengah dalam mood yang serba tak berapa nak betul. Sebab diela. Oh my, sape lagi kan.

Kadang-kadang aku rasa macam aku ni pentingkan diri. So what? Hahaha Tkdela, aku rasa dah banyak beralah, coolling down..

Aku bukan tak pernah fikirkan keadaan sekeliling, tapi tolonglah fahami seorang aku.  Satu ni je permintaan yang aku harapkan, yang sangat-sangat aku mahu (ketika ini ).. So, please tunaikan, walau ape jua cara. Kalau aku boleh berkorban apa saja, takkan kau tak boleh an.

Just, give and take... I give, u give. Just for our sake. Hurm, entahlah. Aku tak tahulah, ape aku patut buat sekarang. I just don't know, what should I do right now. Sad awi..

Tolong la gtau ape yang patut aku lakukan.  Seriously.. Please jangan ulang ayat yang sama. Please sangat.
N this is not about menyusul or tak menyusul ok. Nooo. Absolutely not.
The problem here, kenapa tak mendahului..??????

And aku semakin L.E.T.I.H....



#sitiathirah92 �� ::TintaSamudera::


Wednesday, April 5, 2017

:: Zaman 90anku - Gaduh ::



Semua orang mesti ade pengalaman yang tak dapat dilupakan rite? Macam tu jgak apa yang aku lalui dan rasai. Semestinya, suatu di zaman kanak-kanakku. Haha

Actly, aku ni nakal gak sebenarnye, plus dengan keras kepalenye lagi. Tapi entahlah, aku rasa, aku mampu berfikir dengan matang seawal usia 5 tahun gitu. Matang dalam kalangan kanak-kanak seusia lerrr...

Aku nak story, satu bende yang aku masih ingat. Masa tu umur aku 5 tahun, dan dah masuk tadika pun.  Tadika Silver Bell. Masa tu family aku menetap di Taman Desa Dahlia, Senawang.

Aku ade satu jiran. Satu keluarga, rumah die selang  4-5 buah gitula. Ade ayah, mak dan due anak perempuan. Kehidupan die agak kurang bernasib baik dari keluarga aku, yang mana masa tu keluarga aku sederhana je..  So, setiap hari, jiran aku ni akan beli telur kat mama tuk buat lauk die la.
Mama tak pernah pun suruh bayar, yela, mane pulak die nak cekau duit kan. So, mama bagi je tapi yela, die pun ada common sense, kadang-kadang bile ade rezeki lebih die ganti. Kadang-kadang berapa sen yang die ade, tula yang die bagi. Haaa, tu aku nak kate, dalam usia macam tu, aku dah boleh faham tentang kehidupan, memberi, sedekah, tolong-menolong, tidak mempersenda dan lain-lainlaa. Haha

So, nak dijadikan cerita, anak perempuan die tu sebaya aku je, adik die tak ingat berapa tahun.. Satu petang tu, aku dengan Ayong main depan rumah die (luar pagar).. Mainlah batu-batu yang ade kt situ. Tetibe die muncul dan marah-marah aku main batu tu, die kate tu die punya (walhal batu jalan tar kotttt). Pastu aku jawab balik, yang tu bukan batu die tapi batu awam. Dah tetibe die nak marah-marah siap kate "Mak ko dah la gemuk, hitam"

Aku yang mase tu tengah ok, jadi geramla orang kutuk mama aku. Eh, ko tak sedar hari-hari mintak ihsan kat mama aku, then sesedap kutuk. (Matang betul fikiran aku)

Tapi jiwa kanak-kanak masih ade, so aku pn jawab "Mak ko kurus kering" Hahahahahahahaha..

Tetibe jeee, die baling batu kat aku. Kakak aku dah blah dah mase tu sebab malas nak layan. Sebab kan die baling kene kepala aku, so aku pun dengn jiwa kanak-kanak pun balasla. Dan tanpa aku sedar aku amik batu besar dan zappp laju dan padu aku baling kat die. Maka die menjerit nangis, dan aku pun berlari masuk rumah. (Tak tau ape jadi lepas tu).

Haaa, lepas tu tetibe dengar ade orang jerit..."Suuuuu, ape anak ko buat kt anak aku ni Suuuuuu!!!" Mama berlari keluar tengok ape yang jadi. Aku duk dalam takut. Hahaa

Rupenya batu yang aku baling tadi kene dahi die dan berdarah dengan maha dahsyatnye. Penuh muke die dengan darah. Jiran yang lain kerumun, siap suruh lap dulu. Sekali dah lap, alahai kecikla sangat tempat kuar darah tu. Mama amik gamat dan sapu, n bagi duit sekali tuk g klinik.

Hahaaha Yang penting mama tak marah aku. Just nasihat.. Sebab die yang mulakan dulu cari pasal kan..

Itulah kenangan aku, tah kat mane la die sekarang. Ape kabarlah die sekarang. Harap awak tak berdendam dengan saya ye. Jika masih berbekas di dahi parut, maafkan saya juga.

Kerana kita kan masih kanak-kanak yang baru nak mengenal erti sebuah kehidupan. ☺

P/s: Saya masih ada gambar kite mase kecik-kecik.

#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."