Memandang hambar pada bangunan yang tersergam indah di hadapan mata ku ini. Lesu. Sunyi. Pandangan ku seolah menembusi bangunan konkrit ini. Kosong, fikiranku berkecamuk, berserabut.
Mata ku kelihatan sembab, dek air mata yang ingin mempamerkan kejernihannya. Berlumba bak derasnya air hujan yang mengalir lebat.
Huh... Keluhan berat yang kulepaskan seakan tak mampu meluahkan kata. Sungguh, kata itu tak mampu kuluahkan.
Jodoh? Kata yang ku sangkakan utuh berpaksi rupanya goyah tidak bertiang. Menghadapi kata pilihan dalam hidup membuat aku benar-benar hilang kerasionalan. Penuh emosi.
Aku terpempan dengan rasa yang pertama kali hadir ini. Tembok kesetiaan yang aku bina utuh selama ini, sehingga apa anasir yang cuba memusnahkan, bahkan tetap utuh tersemat. Kini, seakan goyah. Aku takut.
Pilihan. Aku takut dan bimbang untuk membuat pilihan, kerna aku takut tersilap memilih. Sekiranya lenyap itu mampu melindungi semua hati dan perasaan serta menghilangkan segala memori. Aku memilih untuk melenyapkan diri.
Allah, kuatkan aku untuk menghadapi perasaan ini. Kuatkan aku menghadapi pilihan ini. Aku ingin bertanya kenapa aku? Dan aku ingin bertanya kenapa sekarang. Kehadirannya untuk menguji atau memberitahu sesuatu yang pasti?. Bantu aku dengan jawapan istikharahku Robb..
Maafkan aku diri, teman.
Double F. Kalian insan hebat. Kerdil diri ini ingin berteman dengan kalian.
#sitiathirah92 🌷
::TintaSamudera::