Pages


Sunday, March 31, 2019

:: Diati; Beza ::



Someone told me. Sekarang nila masanya nak rehat puas-puas, nak tidur malam lena2.. Nanti dah bersalin tak dapat dah nak lena2.

Haha U're totally wrong. Yela, pengalaman setiap dari kita berbeza-beza. Aku, start dari awal preggy dah tak cukup tido. Aku dah tak jumpe my quality sleep.

Awal pregnancy, setiap malam pasti tersedar berapa jam sekali asyan perut senak. Rahim dah start mengembang dan terus mengembang.. N still tak dapat tido lena.

Tak lama tu start nausea teruk. Lagi la tak selesa nak baring nak tido asyan nak muntah je. Even time tido pun boleh jage tengah malam.

Masuk seken trimester, baby dah start besar sikit, jadi baby dah start tekan-tekan bahagian pundi air kecil kita. Guess what? Kalau tengah malam setiap 1 jam 1/2 bangun ke tandas. Dah tu bile die tekan, memang tak dapat nak wat ape, berlari terus ke tandas, walhal nanti urine eh secoit je pun. Hahhaa.

Then masuk 3rd trimester, ni konfem la semua orang lalui. Sakit pinggang, sakit kaki, sakit belakang.. Perut pun sakit. N still bangun tiap kali 2 jam untuk ke toilet. Hehhe Dengan panas nya tiap-tiap malam berpeluh. Nak tido dalam ekon je rase.

So, setiap orang experience berbeza..
Dan ia lebih sakit, sebab Im alone. Hahahaha Awal-awal pregnancy, tiap malam jumpe husband (duduk lain-lain bilik),  husband tolong urutkan belakang n kaki sebelum tiap kali naik bilik masing-masing. Pastu dah berjauhan for a few month. Jumpe balik sebulan dah 3rd trimester. Alhamdulillah. Walaupun sebulan, tapi he really treat me well.
Urutkan kaki setiap malam. Dengan kaki dah bengkak ni.. Urutkan belakang n pinggang. Pastikan aku dapat tido yang selesa. Tengah-tengah malam tetibe berdesis sebab kaki tetibe cramp, pun husband cepat tersedar n pulihkan. Sakit cramp sakit bangat sihhh...

Dengan panas takleh tido, walaupun dah bukak kipas siling n kipas kotak. N still husband kipaskan dengan kipas tangan sampai aku tertido.  😭

Hee. Sob sob How I miss u dear. 2 minggu ni rase tak sihat je.. Still I need to ensure it alone. I miss u husband.. Really2 miss u.

Diari hati,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

Saturday, March 16, 2019

:: 1st Anniv Iraiz92♥ ::







Happy 1st Anniversary..
Selamat Hari Kita yang Pertama..

🎀To another year of sharing sunsets and dreams.
.
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

Thursday, March 14, 2019

:: Diati; Jauh?? ::






Sedih sangat ke berjauhan dengan suami.? Someone asked me. 😅

Hurm, aku pun tak tahu camne nak respon. Sebab orang belum kawen kan. Kalau dah kawen konfem takkan tanya sebab faham.😅

Actly, kite as wife2 ni, nak kan suami kat sisi sebab die kekuatan kita. Padahal bila dia ada, bukannya kita melekat 24 jam. Bukan nak clingy 24 jam. Bukan nak bermanja, dibelai 24 jam. Nak2 macam aku yang tengah berbadan dua ni, panas badan lain macam, lagi taknak dekat2 ngan orang sebab nanti lagi panas. 😄

Tapi, kita nak die ada, nampak die tiap masa, bile perlukan pertolongan dia ada. Ada waktu-waktu yang menyesakkan emosi, tenaga dan lain-lain.  Thats is it.

Bukan takleh wat sendiri. Boleh je. Kadang-kadang walaupun die ade, kita tetap buat sendiri. Cuma tula. Susah nak terangkan. ☺

We need each others. Tu jela yang aku boleh kate. Setiap orang ade kekuatan masing2...💪🏻 Semoga kita semua sentiasa kuat.

Hurmm, esok 1st anniversary la sayang. Tapi papa nuunnn jauh di benua sana. Takpela, kite celebrate berdua tanpa papa k. Nanti kita celebrate lagi.
Sayang nak makan kek ape? 🤔
Mama teringin nak blueberry kek la. Nanti kite g cari k. 

Love u ollss.. 

Cerita hati,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

Sunday, March 3, 2019

:: Diati; Safar Saied ♥ ::

Senyum dalam hiba 

He asked me many times "Syg ok tk?"
N I sticked with my answer "Ok" 😀

Every single time, I just need to lie? Of course Im not ok. Haha Sape yang ok berjauhan dengan suami.. Plus dalam keadaan yang macamni.  Memerlukan dia disamping kita.. 
Ya actly, he wanted to extend his flight ticket but..... I don't know which way is better.  

Every of us have our own responsible. Abang ada tanggungjawab abang, n honey ade tanggungjawab honey. N kite bertanggungjawab atas nya.

Pengorbanan itu perlu, walau hiba dan air mata mengiringi. Omg. Taip ni pun dah mengalir air mata..

Sooner or later abg tetap kene pergi meneruskan jihad di sana. Jadi, takpela. Abg balik je, don't worry about me here. Honey ada family n ramai boleh tengokkan honey. 

I miss u abg..
Safar saied abang. Nanti balik sini honey tunggu ngan baby kita. 



Huu Back to normal life. Lepas ni kita bina keluarga bersama. Abg belajar bersungguh-sungguh... 

I feel alone right now. Takde lagi dah owang nak bekup honey. Takde lagi dah honey dengar "Takpe, biar abg buat." "Eh, sayang jangan buat. Bahaya".
Abg, honey rase kehilangan. I miss u, I miss u, I miss u..

Abg, terima kasih sebab sabar melayan kerenah honey, sabar bile honey merungut, sabar bile honey marah. Sabar layan bila honey kepanasan. Selalu urutkan honey walaupun honey tau abg penat. Im crying.. Huh, cepatlah masa berlalu. Everything gonna be ok right.. Ok... 
I love u abg. 😭

Missing u syg, 
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

Friday, March 1, 2019

:: Diati; Emosi ::

Pinjam gambar Taqiy lagi Hehe

Hai sayang mama. Sihat ke tu.. Aktif semacam je tendang-tendang dalam perut mama. Huu.
Dah 1 Mac harini sayang. Luse papa balik dah. Dari semalam mood mama tak ok. Mungkin sebab mood dah spoil semalam. N rasa hiba tu dah datang dan terus menerus tanpa henti die datang. What should I do then?..

Memaafkan tu senang tapi melupakan tu susahkan sayang. Mama tak marah, Im just feel hiba...  Sampaikan kat sekolah pun air mata mama bergenang-genang lagi. Bile kawan tanya, mama cakap cahaya matahari panas sangat. Haha. 

How I can endure it. Cume, sayang mama ni sangat-sangat dapat merasakan mama ke? Setiap kali air mata mama mengalir, sayang dah tendang. Am I too pitiful sayang? 😭

Sayang... Again, I need to through everything alone... N I need to wait another 100++ days? .. 

Semoga mama kuat sayang. Huh.
Emosi wanita mengandung ni macam orang sakit an. Yaa, surela sebab mengandung ni lain dari yang normal an. Haha So, bile emosi ni, memang terlebih-lebihla emosi nye an. Hurmm. 

So, treatla macamne treat orang sakit an. Huuuu.. 😅

It gonna be ok right..
N we gonna miss papa again. Erm sekarang pun dah rindu... How?

Diari mama,
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."