Pages


Tuesday, October 15, 2019

:: Jr Journey Begin : World ::


Bile semua orang bercerita tentang pengalaman bersalin, aku kadang-kadang rasa kalau bersalin tu biasa, tak perlu kot cerita. Tapi kalau luar biasa, tu yang kita tak sabar-sabar nak tahu. 

Tapi sekarang, aku faham, kenapa orang nak bercerita, sebab ia adalah sesuatu pengalaman yang berharga yang setiap orang melaluinya berbeza-beza termasuk seorang aku.  Pengalaman yang terlalu berharga.

Yelah, kita mempetarungkan nyawa, imma hidup atau sebaliknya.. Kerana semuanya kehendak Allah. Walaupun orang berkata, dekat ic kite dapat tau tarikh lahir tp tak akan dapat tahu tarikh meninggal. Percayalah, nak melahirkan seorang manusia itupun, kita tak akan pernah tahu waktu yang tepat bila die akan keluar. Lewat seminit? Cepat seminit? Seminggu awal? Lewat? Hatta, dalam keaadaan nak bersalin, kita tak akan tahu, kita akan bersalin normal atau caeser.  Doc hanya boleh predict tarikh yang tu pun hanya berapa peratus yang tepat. 

Omg. Sory, entry kali ni agak panjang... Tapi ia hanyalah untuk aku.. Kenangan yang tak akan aku lupakan walau seinci berlalu.. 😇

Ini adalah pengalaman seorang Mama Afiyah. 🤭

Bismillah. 

🌸4/5/19 @ malam: Masa ni mama dah berdebar, kenapa dah nak sampai due, tapi mama takde rasa contract atau turun ape2 tanda lagi. Mama asyik pujuk Afiyah masa tu dalam perut supaya keluar cepat.. 

🌸5/5/19 @ pagi: Mama tengok utube, senaman tuk ibu hamil untuk cepatkan bukaan atau cepatkan bersalin, n mama buat senaman tu..

12.25 tgh hari: Tetiba mama rase ade something keluar. Ok dah turun show.. Tpi still tak sakit lagi. Jadi bagitau wan, wan kate jom g jalan-jalan dulu biar makin buka n lepas tu g hosp. 

4.30 ptg: Sampai hosp, Solat Asar dulu n daftar tuk bersalin

Lepas tu siap daftar semua, nus panggil mama tuk cek bp dan buat ctg.. Settle tu doc nak cek bukaan, tapi yang hendle masa tu HO. Sowang nak cek bukaan mama, sowang lagi nak amik report mama. Jadi tak dapat nak fokus mana satu nak layan, masa tu rasa doc yang cek bukaan tu, sakittt gilooo.. Tak suka die cek, ganas. 😢 Pastu die kate bukaan baru fingertip, means kecik ssangat lagi. Baru 0.5cm gitulaa. 😟 Mama macam, ow lambat lagi ke ni. Tapi still mama dah kene admit ward sebab due dah sampai. Nak tunggu scan baby lame sangat, sebab dowg tengah guna kat red zone. 

Lepas Isyak, doc MO pulak nak cek, fes nus suh repeat ctg. Oryte, dh sudah tu, g scan baby. Doc tanya bape kali dah contraction, mama kate belum pernah lagi contraction. Pastu doc kata, kat ctg ni ade 2 kali contract. Mama pun macam, laaaa tu contract ke? Kalau gitu dari 36-37 weeks dulu mama dah rasa, tapi sebab boleh hendle sakit die, ingat bukan contract  😅 

Scan baby, doc kate awak kene induce ni. Sebab dah sampai due, overweight (total naik wt mama sepanjang preggy almost 20kg uolss) dan air ketuban dah kurang. Sepatutnya ada 8, tapi tinggal 4. 😱 Mama pn ok doc.. Saya ok kalau induce. Doc cek bukaan, tengok dah 2 cm. Doc tanya, nak saya tolong tak. Then, adelah yang doc buat untuk buka jalan bawah tu..Haha.

Lepas tu masuk ward dekat nak kul 10 malam dah. Malam sebelum tido, mama dah buat sesi bermaafan dengan atok wan. N paling sedih sikit, mintak maaf kat suami. By wasup je. 😭 Suami jauhhh..

🌸6/5/19 @ 12-6 am : Sepanjang malam mama tak dapat tidur sebab mama dah strt contract yang sakit selang 15 minit. Mengerang setiap 15 minit rasa nak nangis.. Actly, sakit yang tak dapat digambarkan. Fikir hidup dan matinjenmase tu.😔 Dalam kul 3, mama gtau staff nus (lelaki) yang ada kat situ (sebenarnye tu doc, tapi tak tahu😅). Cakap ngan die dh tak tahan sakit, die kate g kat katil dulu nanti die datang. Pastu, die datang n tanya nak die cekkan bukaan tak. N mase tu mama rasa, aku n die seorang? Lelaki pulak tu, yang lain sume tido.. N mama pun, takpela, saya cuba tahan dulu. 😅😅😅

7.00 pagi: Baru mama cube2 nak lelap, tetiba nama dah kene panggil.. "Pn Siti Athirah, awak nak induce kan, boleh ke bilik belakang." Masa tu ingat lepas induce terus boleh bersalin. Hewhew. Rupenye tak. Masuk bilik belakang, doc tgk mama ade astma, -"Pn tk boleh induce ubat ye, sbb ade astma, jadi kami induce belon." -"Emm, sakit tak?" -"Kami letak kt pangkal rahim, tak sakit cume tak selesa, sebab yang bawah ni berjuntai kat kaki" -"Ow, ok"...  Doc cek bukaan dulu. Baru 3cm. Doc kate kalau belon dah jatuh, maknenye bukaan dah besar. 

Seharian mama tunggu belon nak jatuh... Still tak jatuh-jatuh. Sakit contract mama dah start 5 minit sekali.. Sakitnye Allah sahaja yang tahu. Rasa tak tertanggung sakit tu ..  Tibe2 rasa nak buang air, masa nak buang air, agaknya meneran, belon pun jatuh. Hermm. 

5.45 petang: Bagitahu doc. Doc datang n cek bukaan still  3 cm. What??? Mama dah sakit sangat2.. Sedih sikit sebab 3 cm still kene tunggu. Kalau dah 4 cm baru boleh tolak lr. Ptg tu mama kol suami n nangis2. Nak ngadu. 😢

Malam @ Lepas Isyak: Contract mama still 5 minit sekali. Doc kate kalau dah 10 minit 3 kali contract bagitahu.. Hermmmm. Mama cube kuatkan hati, sepanjang hari macam2 doa mama baca. Surah Yasin dah baca. Tapi malam tu, lepas solat sume, mama bace Surah Maryam. Menangis2 sambil baca. Sambil2 tu nak menahan sakit contract lagi.. Mama baring sebab tak tahan contract. N request kat doc nak cek bukaan.

9.35 malam:  Doc datang cek bukaan, n doc macam tak sure panggil pulak nus India. Nampak nus India datang mama dah seriau, konfem ganas ni. Tengok die colek krim pun dh ganas, pastu die masukkn jari die rasa mcm kene rodok.. Mama tahan nafas, orang kata boleh kurangkan sakit. Then die cakap 3 cm. Aduhhh, rasa nak menitik air mata mama, sakit satu hal. Satu lagi sebab still 3 cm? Seharian sakit Ya Amat tu masih belum 4? At least mama target, 4 dah leh masuk lr. 😟 Doc nampak mama macam nak nangis kot, doc tanya nak ubat tahan sakit, tapi nanti ngantuk sikit. Mama kate nak. Tapi kene cek ctg dulu.

11.00 malam: Doc datang nak cek ctg n  inject ubat tahan sakit.. Ubat tu tersangatlah kuat. Lepas doc inject mama terus collapse, nampak dunia kelam2. Awan-awan hitam nampak berpinar2. Dan mama tak sedarkan diri.

🌸7/5/19 @ 3.30 pagi: Mama tersedar sebab terasa nak buang air besar yang sangat tak tertahan. Mama bangun, kesan ubat masih ada, kelam. Dengan jalan terhuyung-hayang dangan pinar2 seorang diri,  mama gagahkan diri menapak ke tandas. Masa turun katil, mama nampak ada air dan kesan darah atas tilam putih, dan kain mama rasa lencun, tapi mama tak fikir ape, fikir nak buang air je. Lama duduk kat jamban duduk, tapi tetap taknak keluar. Mama cube teran, sembelit teruk ni. Tapi bile mama duduk macam tu, sakit tu hilang. Tak nak keluar, mama pun rasa ngantuk lagi. Jadi mama balik ke katil. Kat katil sakit tu datang lagi, mama meneran n rasa ada air yang keluar. Mama cuba tido.

4.00 pagi: Mama rasa sakit nak buang air tak tertahan lagi.. Mama ke tandas lagi. Mama duduk dan cube teran sekuat hati tapi still tak keluar. Mama dah buntu, apa mama makan semalam ni sampai sembelit. 😢 Mama duduk, dan sementara nak tunggu rasa tu hilang lagi. Mama sampai terlelap sambil duduk. Lama sangat dalam tandas, mama pun balik ke katil semula. Tapi tak dapat lelap, sebab sakit sangat. Air dah banyak keluar tiap kali mama teran. Mama dah fikir, arghhh nak berak atas katil jelaa. Dah tak larat ni. Tengah2 menahan, tetibe dengar jeritan "Aaaaaaaaaaaaaaaaa" dari bilik sebelah. Dengan nus dah marah2 orang tu, sebab die bising2..Nak bersalin tu dalam hati mama. 

Mama pun still sakit, terus menonggeng2 atas katil.. Tak tentu arah mama, kejap pusing sini sana. Jiran katil sume dah bangun tanya kenapa kat mama. Mama tak mampu nak describe sakit tu camne. Mama diam je n cume cakap sakit...sakit. Tah camne ada yang panggilkan doc kot. Doc datang kat mama n "Kenapa awak menonggeng ni. Cepat baring saya nak cek bukaan". -"Doc, sya tk boleh baring, saya nak terberak sgt dah ni" -"Ye,awak nak berslin, bg sy cek bukaan".  Dengan sush payah mama cube baring, n doc baru nak seluk, ttbe doc jerit "Fulll oz".. Belum masuk jari lagi. Mybe dah nampak kepala baby.. Aergh, dlm hati mama dah 10cm.. Allahu. 

Ondespot, terus sume kerumun mama n tarik katil n tolak laju2 ke lr. Terlanggar dinding ke ape mama tak rase dah.

4.47 pagi: Otw ke lr tu mama tk sempat nak infom sape, mama sempat kol atok je infom dah masuk lr. Atok ade kt bawah sebab tengah sahur. Mama masuk lr, doc suh pindah katil, slow2 dalam keadaan baring.. Tukarkan baju n doc pun cepat2 pasangkan mesin, ctg, tiup urine dan lain2... Bile dah standby semua. Doc /nus pesan, bile dah rasa sakit, teran -angkat kepala- bukak mata- pandang perut- jangan angkat punggung. Mama pun ok. Tetibe contract hilang, mama rase rilex kejap. Sampai doc tanye, eh tknk teran dah. 😅Ttbe mama rasa sakit, mama terus teran..Ya Allah, tak pandai rupenye mama nk teran.. Mama rasa dah habis daya teran, mama tarik nafas balik n rilex. Teran balik, siap ade bunyi kat tekak . Kene marah ngan nus sebab salah teran. Pastu slow2 bidan tu ajar. Tarik nafas panjang dan teran kuat2 mcm nk kuarkn sembelit. Cepat.. Dgr, jantung baby awak dah lemah ni.. Mama pun teran n semua doc n nus be like.. Teran, teran teran good Trah, ye good Trah.. Lagi2.. Ok, curi nafas teran lagi.  Ulang2 kali sampai mama rasa bertenaga balik. Mama nampak doc gunting sikit n masukkan tangan, n nampak doc tolong tarik kepala baby. Nus pesan sikit lagi teran n mama rasa mcm buih2, legeee.. Kepala baby dah keluar.. N badan baby pun keluar. Baby merengek n nangis. Mama tarik nafas n terkulai lesu. "Waktu lahir 5.30 am" Bidan cakap. Angkat baby tinggi2 n tanya mama "Boy ke gurl?" -Mama jawab Gurl. Doc jawab jap nak potong tali pusat lepstu terus letak baby kat dada mama. Mama cium kepala baby, air mata kesyukuran mama mengalir. Alhamdulillah Ya Allah. 😢

Mama baring, sambil doc keluarkan uri semua mama tak rasa ape dah.. Doc jahit pun, mama tak rasa ape dah... Lepas semua selesai. Mama tak tau jam berapa dah.., nus tukarkan baju... Suapkan air milo n mama rest je. Masih dalam lr... Sementara tgh tunggu baby dimandikan.. Tak lama tu, nus hantar baby, tanya nak susukan belah mana. Mama susukan sayang mama. Mama bisikkan Iqamat, kalimah suci Allah, tasbih, tahmid dan takbir..


To be cont.....

Jr journey begin...
🌷𝓪𝓽𝓱𝓲𝓻𝓪𝓱

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."