Assalamualaikum., pembuka bicaraku....
Seketika, kenangan lalu mengetuk pintu hati. Kerinduan pada kanak-kanak kecil itu begitu mencengkam kalbu. Pengalaman berhadapan dengan kanak-kanak bukanlah suatu yang mudah pada pengamatanku. Terpakasa melayan kerenah yang bermacam ragam dan sekaligus membawa diriku turut menjadi "kanak-kanak"..huhu. Tersenyum mengenangkan perangai mereka yang sentiasa merebutkan perhatian yang lebih dariku, mualimah mereka.
"Mualimah, hari ni nak ngaji dua baris je." (aik, sape yang mengajar sape ni.. hati kecilku bermonolog.)
"Mualimah, walid kite kate, ngaji sekali je sehari." (amboi-amboi pandai provokasi gune nama walid ye)
"Mualimah, lepas ngaji kite main eh." (angguk je tuk tarik semangat)
"Mualimah, rase macam lapar lah bile nak ngaji." (ni lagi la over)
"Mualimah, die kan tak nak kawan kite." (huh, kanak-kanak, memang sinonim)
dan pelbagai lagi ragam yang kuhadapi tika bersama kanak-kanak 4 tahun hingga 7 tahun ini. mualimah itu, mualimah ini, senang cerita setiap tindakan mereka memerlukan perhatian yang lebih. Al maklumlah, kanak-kanak....... Namun, yang diriku tekankan ialah 'ketegasan dalam kasih sayang', membuatkan diriku menilai sifat keibuanku.
anak-anak muridku (^_^)!! |
hari-hari terakhir (^_^)!! |
Aizat dan Ahmad (^_^)!! |
Naqibah (^_^)!! |
sekian untuk kali ini.... senyum selalu,, semangat!!! (^_^)!!
No comments:
Post a Comment