Pages


Thursday, January 27, 2011

:: Kelebihan Waktu Solat ::

:: Solat itu tiang agama ::

 
 
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?


Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.

Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.

Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.

Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.

Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.

Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.

Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.

Rahsia warna oren ialah kreativiti.

Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).

Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.

Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.

Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.

Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.

Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.

Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.

Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.

Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.

Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.

Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.

Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.

Wallahualam.


p/s: jom ambil yang baik, jadikan amalan
sumber: dari seorang insan

Monday, January 24, 2011

Friday, January 14, 2011

:: صلاوات تفريجيه ::





اَللّهُّمَ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً وَسَلِّم سَلَامًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِى تَنحَلُّ بِهِ العُقَدُ وَتَنفَرِجُ بِهِ الكُرَبُ وَتُقضَى بِهِ الحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسنُ الخَوَاتِمِ وَيُستَسقَى الغَمَامُ بِوَجهِهِ الكَرِيمَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحبِهِ فِي كُلِّ لَمحَةٍ وَنَفسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعلُومٍ لَكَ

Ya Allah, Ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna ke atas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala  kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah permohonan meminta rezki dengan zatnya yang mulia dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya, pada setiap kelipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui...

p/s: Semoga segala hajat di perkenankan Allah..... Insyaallah... Amin.. (^_^)!!..


Thursday, January 13, 2011

:: Apakah Perbezaannya?? ::

    Salam sehangat mentari dhuha kuucapkan.. Semoga bertambah iman pada hari ini,, Semoga hari ini lebih baik dari semalam kudoakan.. Semoga ceria-ceria selalu.. (^_^)!! Barangkali, ada rakan-rakan yang bertanya kepada diriku, apakah perbezaan antara kelasan wanita tersebut.. Antara muslihah, muslimah, mukminah, dan mujahidah.. Mereka bertanya, maka diriku pun menjawab..<Berdasarkan rujukan buku..>


:: Muslihah (^_^)!! ::

 Muslihah.... seorang wanita yang berperanan melakukan tugas-tugas islah dan pembaikan ke atas kerosakan yang berlaku dalam masyarakat..





:: Muslimah (^_^)!! ::






Muslimah.....bermakna dia perlu menjadi seorang wanita Islam yang benar-benar mengamalkan segala tuntutan agama sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran dan As-Sunnah. Bukan hanya kalimah syahadah sebagai bukti keIslaman, malah menjadikan Islam sebagai cara hidup..




:: Mukminah (^_^)!! ::
Mukminah.....bukan sekadar beriman kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Kiamat dan Qada serta Qadar, bahkan melaksanakan amar makruf nahi mungkar. Tegal hakikat iman yang sempurna itu adalah mengikrarkan dengan lidah, membenarkan dengan hati dan beramal dengan anggota badan.








:: Mujahidah (^_^)!! ::
Mujahidah.... seseorang wanita yang berjihad dan bersungguh-sungguh dalam apa jua situasi demi memastikan Islam terus bernafas dan di pandang tinggi.















erm.. diriku jua ada meletakkan 'seorang Sumayyah' dalam profilku.. Jadi,....

:: wanita Islam (^_^)!! ::
Sumayyah.... seperti yang sedia maklum. Sumayyah adalah serikandi  Islam zaman Rasulullah. Itulah nama ibu kepada Ammar bin Yasir yang menjadi wanita Islam yang pertama gugur sebagai syahid- demi mempertahankan iman dan akidah..








Konklusinya, diriku mendoakan semoga wanita hari ini menjadi seorang muslihah, muslimah, mukminah, mujahidah dan seorang Sumayyah... Insyaallah.. Amin (^_^)!!

Tuesday, January 11, 2011

:: Keredhaan Allah terletak Pada Keredhaan Ibu Bapa ::

     Pejam celik-pejam celik.. Diam tak diam.. Sedar tak sedar.. Diriku telah meninggalkan hari semalam, dan tiba hari ini, alhamdulillah.. masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara pagi.. Diriku masih lagi di sini, masih menggunakan notebook yang sama, masih duduk di tempat yang sama, masih berada di rumah yang sama, masih melihat panorama alam yang sama, masih di bumi Allah yang sama….. Cuma yang membezakaan hari ini dengan hari-hari yang sebelumnya ialah caturan yang Allah tentukan terhadap diriku, yang sememangnya diriku sendiri tidak mengetahui perancangan Yang Maha Kuasa.. Semoga dapat kujalani perjalanan hidup ini dengan cekal dan tabah.. Insyaallah…

     Suka diriku untuk berkongsi sedikit pengalaman yang telah kulalui lewat Disember lalu.. Walaupun begitu,  masih belum terlewat untukku berkongsi dengan sahabat.  Pengalaman melawat ke Rumah Seri Kenangan, Seremban telah membuka mata dan hatiku, sekaligus membuka fikiranku,  dalam menilai letak diri seorang manusia dunia hari ini. Dalam melalui era globalisasi yang serba canggih ini, masih ada lagi individu yang cetek pemikiran, yang tertinggal pengetahuan dalam mencari keredhaan yang sebenar.

:: Jalan menuju masuk ::

:: Dewan Rumah Seri Kenangan ::


 
Tepat jam 10.00 pagi, diriku serta rakan-rakan seperjuangan bertolak ke Rumah Seri Kenangan yang terletak di Seremban dengan menaiki Proton Sagaku. Kedinginan  masih terasa tika membelah pawana pagi.  Namun, ia tidak mematahkan semangat di hati untuk bertemu penduduk yang mendiami Rumah Seri Kenangan tersebut. Sesampai di perkarangan rumah, kami disambut oleh Pengarah Rumah Seri Kenangan dan dibentangkan sedikit taklimat. Selain daripada lawatan yang dilakukan, pihak kami juga mengadakan sedikit kerja-kerja amal dan memberikan cenderamata kepada semua penduduk yang mendiami kawasan Rumah Seri Kenangan.

     Perasaan sebak berbaur hiba mula terasa saat memasuki ruang makan mereka, tika kelihatan seorang nenek yang menangis hiba menerima kunjungan kami. Kanak-kanak kecil yang bersama kami turut memainkan peranan mereka, kasih sayang yang ditonjolkan cukup telus, sekudus hati tanpa noda itu. Walaupun umur mereka baru mencecah angka 5 tahun hingga 12 tahun, namun sikap saling menghormati terpatri dalam diri. Diriku jua tidak melepaskan peluang untuk berbual-bual dengan nenek-nenek serta atuk-atuk yang cukup terhibur menerima kunjungan kami, secara tidak langsung, mungkin menggamit kisah mereka.

::  Bersama nenek ::

:: Ukwah bertaut mahabbah ::

:: Mengapa dibiarkan sendirian ::
:: Kasih sayang yang terlakar ::
 
               “Assalamualaikum, nek.” Susunan kata kuatur sebagai pembuka bicara.
                “Waalaikumsalam, nak..” balas nenek yang sedang termenung di jendela.
                “Nenek apa khabar? Sihat?Nenek dah makan lum?” masih berbahasa.
                “Sihat…. Macam nila keadaan nenek. Makan dah tadi, kat bawah.” Terpalit senyuman di wajah tua itu. “Dari mane datang ni?” sambungnya lagi.
Terjadilah perbualan ringkas antara diriku dengan nenek tersebut. Sedikit sebanyak banyak perkara yang telah kami bualkan.
                “Erm, nenek asal dari mana ye? Erm, anak-anak nenek kat mana sekarang?” dalam hati-hati diriku bertanya takut-takut  soalanku membuatkan hatinya terguris, masakan tidak.. tentulah soalan itu begitu sensitif pada perkiraanku.
                “Nenek asal dari Selangor.. Anak-anak nenek kerja besar-besar.. Semua sibuk.” Sedikit sebanyak senyuman di bibir nenek membuatkan hatiku lega.
                “Erm, maaf ye nek, nenek datang sini, atas kerelaan nenek ke?” diriku masih lagi teragak-agak.
                “Oh.,anak-anak nenek hantar.. Semua kerje..” diriku membuat resolusi sendiri atas jawapan tersebut.
                “Anak-anak nenek tak datang melawat nenek?”
                “Takde pun..” jawapan ringkas itu membuatkan aku dirudung serba salah..
     “Nenek suke tak duduk sini.?” Diriku tukar cuba mengalih topik.
                 “Suke….. Ramai kawan-kawan, Nak buat ape pun boleh. Petang-petang kat sini boleh jalan-jalan kat dalam ni. Ade jugak bersenam petang-petang. Kalau sape yang pandai boleh buat bakul kat jalan nak pergi  tmpat makan tu.” Ujar nenek menyatakan keriangannya.
                “Owh, yeke nenek..Bagusla begitu.. Erm, oklah nek, saya mohon diri dulu ye.”
                “ Ha yelah, terima kasihla datang tengok nenek ye..”
                “Sama-sama.. Assalamualaikum.”
                “Waalaikumsalam..”

     Diriku meneruskan perjalanan ke bilik-bilik yang seterusnya.. Perasaan sedih dan hiba yang menjenguk, membuatkan diriku berfikir, mengapa masih ada yang tergamak meninggalkan ibu bapa mereka di sini, meniti dan menghabiskan sisa hidup di Rumah Seri Kenangan ini, dan  bukan bersama anak-anak yang telah dibesarkan oleh ibu bapa dengan tulang empat kerat mereka tanpa sedikit perasaan letih bertandang?

     Seringkali kita dengar, ibu bapa telah membesarkan kita semenjak  dari tapak kaki kita sebesar dua jari, mengasuh dan mendidik kita supaya menjadi insan berguna, menjadi dokter ketika kita sakit, tidak menghiraukan siang dan malam hanya untuk anak-anak.. Tapi kita pada hari ini, mengapa tidak mampu melakukan seperti ape yang mereka lakukan kepada kita?? Anak-anak hari ini diibaratkan seperti  kacang lupakan kulit,. Barangkali kerana taksub dengan kemewahan dunia, mereka lupa, walau segunung emas permata yang mereka cari dan kumpul, tapi tanpa keredhaan ibu bapa, semua itu hanya sia-sia. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa… 

     Kehilangan handphoneku seketika di Rumah Seri Kenangan  jua menyedarkan diriku, bahawa..., Jika handphoneku hilang, ia bisa di cari ganti, tetapi jika ibu bapaku hilang, ia tidak bisa di cari ganti walau emas permata menjadi taruhan..

     Akhir kalam dariku, semoga kita sama-sama dapat menjadi anak yang soleh dah solehah, anak yang taat kepada ibu bapa.. Ingatlah..keredhaan Allah terletak pada Keredhaan ibu bapa.. wallahu alam.. 


(^_^)!! Untuk renungan diri dan para pembaca…

Thursday, January 6, 2011

:: Jom Anti-Boring.....Anti-Bosan...... ::

Salam Pembuka Bicara..
Selamat Berazam baru...
hari ini diriku ingin berkongsi sekalam bicara untuk kita jadikan  renungan bersama-sama...
:: jom merenung alam ::
Kehidupan adalah suatu perjalanan.... Menjalani suatu kehidupan bukanlah semudah yang dijangkakan... Sebuah kehidupan memerlukan matlamat, perancangan, dan pengamatan. Andai semua perkara ini dititik beratkan, sebuah kehidupan tidak akan merasa bosan.. 

Ada suara yang mengungkapkan: "Boringla hidup ni!.." Kalimah 'bosan' dilontarkan jauh-jauh dengan harapan ia tidak akan wujud dalam kamus hidupnya.

Hakikatnya, itulah jiwa yang kosong. Jiwa yang sifar matlamat. Jiwa itu jugalah yang juga nanti akan berpegang dengan budaya hedonisme demi menghiburkan hati dan mengisi kekosongan jiwa semata-mata.

Seorang lelaki bekerjaya akan terkejar-kejar akan tanggungjawabnya sebagai khalifah agar  dapat dilaksanakan dengan cemerlang pada masa yang sama jua dia sibuk mengumpul syer-syer akhirat. Dunia dan akhiratnya disepadukan.

Jiwa yang kaya akan sibuk hinggakan masa yang ada tidak terasa mencukupi. Ingatlah, bahawa manusia mempunyai misi penting setelah dilahirkan di dunia. Mereka hamba, mereka jualah pemimpin (khalifah). Ingatlah firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah," (Surah al-Dhariyat 51:56)

Allah jua berfirman yang bermaksud: "Ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat; 'Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." (Surah al-Baqarah 2:30)

Dua misi inilah yang akan membuat kita sibuk di dunia sehingga kita tidak punya masa untuk melakukan perkara yang tidak berfaedah...

wallahu a'lam...

p/s: muhasabah diri dan sahabat (^_^)!!

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."