Pejam celik-pejam celik.. Diam tak diam.. Sedar tak sedar.. Diriku telah meninggalkan hari semalam, dan tiba hari ini, alhamdulillah.. masih lagi diberi kesempatan untuk menghirup udara pagi.. Diriku masih lagi di sini, masih menggunakan notebook yang sama, masih duduk di tempat yang sama, masih berada di rumah yang sama, masih melihat panorama alam yang sama, masih di bumi Allah yang sama….. Cuma yang membezakaan hari ini dengan hari-hari yang sebelumnya ialah caturan yang Allah tentukan terhadap diriku, yang sememangnya diriku sendiri tidak mengetahui perancangan Yang Maha Kuasa.. Semoga dapat kujalani perjalanan hidup ini dengan cekal dan tabah.. Insyaallah…
Suka diriku untuk berkongsi sedikit pengalaman yang telah kulalui lewat Disember lalu.. Walaupun begitu, masih belum terlewat untukku berkongsi dengan sahabat. Pengalaman melawat ke Rumah Seri Kenangan, Seremban telah membuka mata dan hatiku, sekaligus membuka fikiranku, dalam menilai letak diri seorang manusia dunia hari ini. Dalam melalui era globalisasi yang serba canggih ini, masih ada lagi individu yang cetek pemikiran, yang tertinggal pengetahuan dalam mencari keredhaan yang sebenar.
:: Jalan menuju masuk :: |
:: Dewan Rumah Seri Kenangan :: |
Tepat jam 10.00 pagi, diriku serta rakan-rakan seperjuangan bertolak ke Rumah Seri Kenangan yang terletak di Seremban dengan menaiki Proton Sagaku. Kedinginan masih terasa tika membelah pawana pagi. Namun, ia tidak mematahkan semangat di hati untuk bertemu penduduk yang mendiami Rumah Seri Kenangan tersebut. Sesampai di perkarangan rumah, kami disambut oleh Pengarah Rumah Seri Kenangan dan dibentangkan sedikit taklimat. Selain daripada lawatan yang dilakukan, pihak kami juga mengadakan sedikit kerja-kerja amal dan memberikan cenderamata kepada semua penduduk yang mendiami kawasan Rumah Seri Kenangan.
Perasaan sebak berbaur hiba mula terasa saat memasuki ruang makan mereka, tika kelihatan seorang nenek yang menangis hiba menerima kunjungan kami. Kanak-kanak kecil yang bersama kami turut memainkan peranan mereka, kasih sayang yang ditonjolkan cukup telus, sekudus hati tanpa noda itu. Walaupun umur mereka baru mencecah angka 5 tahun hingga 12 tahun, namun sikap saling menghormati terpatri dalam diri. Diriku jua tidak melepaskan peluang untuk berbual-bual dengan nenek-nenek serta atuk-atuk yang cukup terhibur menerima kunjungan kami, secara tidak langsung, mungkin menggamit kisah mereka.
:: Bersama nenek :: |
:: Ukwah bertaut mahabbah :: |
:: Mengapa dibiarkan sendirian :: |
:: Kasih sayang yang terlakar :: |
“Assalamualaikum, nek.” Susunan kata kuatur sebagai pembuka bicara.
“Waalaikumsalam, nak..” balas nenek yang sedang termenung di jendela.
“Nenek apa khabar? Sihat?Nenek dah makan lum?” masih berbahasa.
“Sihat…. Macam nila keadaan nenek. Makan dah tadi, kat bawah.” Terpalit senyuman di wajah tua itu. “Dari mane datang ni?” sambungnya lagi.
Terjadilah perbualan ringkas antara diriku dengan nenek tersebut. Sedikit sebanyak banyak perkara yang telah kami bualkan.
“Erm, nenek asal dari mana ye? Erm, anak-anak nenek kat mana sekarang?” dalam hati-hati diriku bertanya takut-takut soalanku membuatkan hatinya terguris, masakan tidak.. tentulah soalan itu begitu sensitif pada perkiraanku.
“Nenek asal dari Selangor.. Anak-anak nenek kerja besar-besar.. Semua sibuk.” Sedikit sebanyak senyuman di bibir nenek membuatkan hatiku lega.
“Erm, maaf ye nek, nenek datang sini, atas kerelaan nenek ke?” diriku masih lagi teragak-agak.
“Oh.,anak-anak nenek hantar.. Semua kerje..” diriku membuat resolusi sendiri atas jawapan tersebut.
“Anak-anak nenek tak datang melawat nenek?”
“Takde pun..” jawapan ringkas itu membuatkan aku dirudung serba salah..
“Nenek suke tak duduk sini.?” Diriku tukar cuba mengalih topik.
“Suke….. Ramai kawan-kawan, Nak buat ape pun boleh. Petang-petang kat sini boleh jalan-jalan kat dalam ni. Ade jugak bersenam petang-petang. Kalau sape yang pandai boleh buat bakul kat jalan nak pergi tmpat makan tu.” Ujar nenek menyatakan keriangannya.
“Owh, yeke nenek..Bagusla begitu.. Erm, oklah nek, saya mohon diri dulu ye.”
“ Ha yelah, terima kasihla datang tengok nenek ye..”
“Sama-sama.. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam..”
Diriku meneruskan perjalanan ke bilik-bilik yang seterusnya.. Perasaan sedih dan hiba yang menjenguk, membuatkan diriku berfikir, mengapa masih ada yang tergamak meninggalkan ibu bapa mereka di sini, meniti dan menghabiskan sisa hidup di Rumah Seri Kenangan ini, dan bukan bersama anak-anak yang telah dibesarkan oleh ibu bapa dengan tulang empat kerat mereka tanpa sedikit perasaan letih bertandang?
Seringkali kita dengar, ibu bapa telah membesarkan kita semenjak dari tapak kaki kita sebesar dua jari, mengasuh dan mendidik kita supaya menjadi insan berguna, menjadi dokter ketika kita sakit, tidak menghiraukan siang dan malam hanya untuk anak-anak.. Tapi kita pada hari ini, mengapa tidak mampu melakukan seperti ape yang mereka lakukan kepada kita?? Anak-anak hari ini diibaratkan seperti kacang lupakan kulit,. Barangkali kerana taksub dengan kemewahan dunia, mereka lupa, walau segunung emas permata yang mereka cari dan kumpul, tapi tanpa keredhaan ibu bapa, semua itu hanya sia-sia. Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa…
Kehilangan handphoneku seketika di Rumah Seri Kenangan jua menyedarkan diriku, bahawa..., Jika handphoneku hilang, ia bisa di cari ganti, tetapi jika ibu bapaku hilang, ia tidak bisa di cari ganti walau emas permata menjadi taruhan..
Akhir kalam dariku, semoga kita sama-sama dapat menjadi anak yang soleh dah solehah, anak yang taat kepada ibu bapa.. Ingatlah..keredhaan Allah terletak pada Keredhaan ibu bapa.. wallahu alam..
(^_^)!! Untuk renungan diri dan para pembaca…
No comments:
Post a Comment