::Syabab harapan agama::
Adam..
Andai engkau masih remaja,
jadilah anak yg soleh buat ibu bapamu serta
saudara2mu & juga jiran tetanggamu.
Andai engkau sudah beristeri,
jadilah suami yang meringankan beban isteri mu
Andai engkau sudah menjadi bapa,
didiklah isteri dan anakmu sehingga
dia tidak gentar menjalani kehidupan mengikut agama Allah
Adam ..
Andai engkau belum berkahwin,
hormatilah wanita-wanita yg engkau kenali,
Ingatlah engkau jugak dilahirkan oleh insan wanita
Ingatlah Adam bahawa lelaki yang baik adalah pelindung kaum wanita,
Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan perempuan yang bukan muhrim,
Kerana dikhuatiri bila dari mata jatuh kehati,
Maka lahirnya senyuman serta tercetusnya salam,
Dan sekali gus di susuli dengan pertemuan,
Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.
Adam ...
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,
Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,
Lelaki yang baik bersedia membimbing sesiapa sahaja atas agama-NYA
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut
memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya.
Kerana dia tahu matlamat dalam kehidupan
adalah mengukuh ikatan tali persaudaraan.
Oleh itu Adam ..
Jagalah pandanganmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu,
Malulah kamu jika bergelar lelaki tapi berakhlak sebaliknya
Cintailah Allah dikala susah dan senang
Kerana kau akan memperolehi cinta
daripada insan yang juga menyintai Allah.
Cintailah kedua ibu bapamu kerana
kau akan memperolehi keredhaan Allah.
Cintailah keluargamu kerana
kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Cintailah sesama manusia
kerana itu adalah jalan agama-NYA
Janganlah menjadi lelaki yg dilahirkan
wanita yg tangannya mengoncang dunia
menjadi lelaki mengoncang iman wanita.
sumber: yahoo blog elhaqir_fuaisz92
Sunday, April 24, 2011
:: Puisi Adam ::
Saturday, April 23, 2011
:: Hidup Tak Sweet Andai Zero Masalah ::
C.E.R.I.A.... G.E.M.B.I.R.A..... Saya happy, awak happy, kita-kita happy. Suuummeee orang happy...Kan sweet macam tu. Tapi kadang-kala tak semua yang kita nak kita akan dapat, sebab Allah akan bagi apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak..simple..
::Saat keceriaan bersemi, senyuman melakar indah::
Orang takkan ceria kalau ada masalah, tapi orang yang bermasalah apa yang akan terjadi???
-Arrrggghhhh,, tensionnye!!!
-Urgh, takde moodla...
-Aku Boossaann!!
-Aku tak tau apa nak wat...
-Kenapa aku kene tanggung sume ni??
dan macam-macam lagi...
tapi sebenarnya untungla mereka yang tahu masalah yang mereka hadapi, berbanding manusia yang mempunyai masalah tidak tahu masalah yang mereka hadapi..(macam diri ni, kadang-kadangla) huhu
Bukankah Allah telah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 286,
لاَ يُكَلِّف الله نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
jadi mengapa masih ada rasa gusar dan ragu, padahal Allah telah janjikan bahawa "Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
Dan sebenarnya, setiap masalah yang dihadapi ada hikmah yang tersembunyi yang kita tak tahu, am I right??
"Alihkan mata ke laut yang airnya membiru
dan penuh dengan ketenangan
tetapi hanya Allah yang tahu rahsia di dalamnya,
begitu juga dengan kehidupan manusia
riang ketawa
tetapi hanya Allah yang tahu rahsia kehidupannya,
jika dirimu rasa kecewa
maka pandanglah sungai
yang airnya tetap mengalir
biarpun berjuta-juta batu menghalang,
jika dirimu rasa sedih pandanglah langit
dirimu akan sedar begitu banyak pintu hikmah
yang belum tersingkap dan
dirimu akan sedar betapa
Allah sentiasa bersamamu..
Yang telah dikurniakan
kekuatan dan ketenangan
buat kita menghadapi ujiannya agar terus istiqomah
menerusi jalannya..."
Dan kita kena ingat sekuat manapun dugaan yang kita hadapi, sekukuh apapun cubaan yang harus kita jalani, sebesar manapun kegagalan yang kita rasai, sejenuh manapun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada pertolongan ILAHI, jangan pernah berhenti berdoa pada RABB, kerana harapan adalah masa hadapan, kerana harapan adalah sumber kekuatan, kerana DOA adalah pintu kebaikan dan kerana DOA adalah senjata orang yang beriman.....
Sebab apa hidup tak sweet andai zero masalah, kerana setiap masalah adalah ujian dan dugaan daripada Allah.. Jika diri tidak diuji dengan ujian Allah, kita tidak akan tahu tahap keimanan kita, why? لأن ujian itu menguji keimanan kita terhadap-NYA,... bertambahkah? kurangkah? Tepuk dada tanya iman.....wallahualam.. :-)
Friday, April 22, 2011
:: Rapuh ::
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan
seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup ku
meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta
detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu
P/s: lagu tema blogku.. lagu kedua.. :-)
Wednesday, April 20, 2011
:: Bergembiralah Wahai Wanita ::
Salam sebening fajar pagi... Niat dihati nak juga mencoret apa-apa tapi ketandusan idea pula. Jadi sesajela xplore internet, then jumpela ceramah dari Ustaz Kazim Elias... Bolehla share sesame untuk renungan,, yok!! :-)
Huhu gelak, gelak juga tapi ambil la yang baik tuk peringatan diri sendiri agar tak lalai.....
Saturday, April 16, 2011
:: Birunya Langit Hari Ini ::
Yeah.. I’m alive!
Birunya hari ini, mengajar diriku mengenai sesuatu perkara... Segalanya akan selalu berganti seperti indahnya langit pada hari ini, yang mana sebelumnya diriku melihat mendung menutupi dada langit, namun angin mematuhi melukis takdir-Mu, menggantikan kelabunya langit menjadi biru nan indah, langit yang membiru seolah-olah menitipkan senyuman mentari.. yang selalu ingin kita sentiasa tersenyum... Tersenyumlah untuk hari ini dan sekarang sehingga nanti cukup sampai waktu untuk melepaskan kita pergi,, kerana,, dengan senyuman, segala perkara yang menyiratkan kesedihan akan beransur menghilang dan membuat segalanya terasa lebih mudah.
Kala kesedihan itu menghampiri, ingatlah setiap kebahagiaan yang kita lalui selama ini.. Bukankah situasi kebahagiaan lebih banyak jika dibandingkan dengan kesedihan,, lalu,, apa lagi yang perlu dirisaukan?? Kerana setiap kebahagiaan atau kesedihan akan segera berakhir dan berganti dengan peristiwa lagi, seperti mandung bertukar cerah.. laksana malam bertukar siang.. umpama air laut yang pasang dan surut..Sebuah proses pembelajaran untuk memahami mengapa kita hidup saat ini..
Diriku berjalan dengan mata hati, bernafas dengan tekad, diriku mendaki penuh teka-teki... dimanakah matahariku?????
Matahariku selalu bersinar, namun makna sinarnya hanya mengenai mereka yang mahu membuka diri, meskipun cahayanya seolah-olah menerpa kepada setiap insan di bumi ini, tapi tiap-tiap yang menerima berbeza memahaminya, ada yang bingung mengapa matahari ini kadang-kala bersinar dan kadang-kala redup, ada yang sedih kenapa matahari redup hari ini, ada yang risau akan dapatkah kita melihat lagi indahnya matahari hari ini, dan ada pula yang berfikir mengapa matahari tidak pernah jemu bersinar? Kita berada dimana, kita berhak memilih..
Matahariku selalu bersinar, takdirnya memberi makna kehidupan ini, diriku pun ingin seperti dia dengan segala kemampuan yang diriku miliki saat ini, berusaha memberi manfaat, bukankah kita lahir di dunia ini adalah dengan takdir-Nya, dan kita lahir di dunia ini bukan tanpa tujuan melainkan membawa amanah-amanah Tuhan, hidup ini pilihan, dan diriku telah putuskan, pilihan yang wajib diriku perjuangkan. Diriku dalam masa proses, tapi keyakinanku sangat kuat, diriku harus berjuang, kamu bisa diriku pun bisa ya...!
Andaiku jatuh nanti, Ku akan Melompat lebih Tinggi.
Tetap Semangat dan Hadapi setiap Episod kehidup dengan Senyuman