Pages


Saturday, April 16, 2011

:: Birunya Langit Hari Ini ::

If you look up at the sky after falling down, the blue sky is also today stretching limitlessly and smiles at me…
Yeah.. I’m alive!

Birunya hari ini, mengajar diriku mengenai sesuatu perkara... Segalanya akan selalu berganti seperti indahnya langit pada hari ini,  yang mana sebelumnya diriku melihat mendung menutupi dada langit, namun angin mematuhi melukis takdir-Mu, menggantikan kelabunya langit menjadi biru nan indah, langit yang membiru seolah-olah menitipkan senyuman mentari.. yang selalu ingin kita sentiasa tersenyum... Tersenyumlah untuk hari ini dan sekarang sehingga nanti cukup sampai waktu untuk melepaskan kita pergi,, kerana,, dengan senyuman, segala perkara yang menyiratkan kesedihan akan beransur menghilang dan membuat segalanya terasa lebih mudah.

Kala kesedihan itu menghampiri, ingatlah setiap kebahagiaan yang kita lalui selama ini.. Bukankah situasi kebahagiaan lebih banyak jika dibandingkan dengan kesedihan,, lalu,, apa lagi yang perlu dirisaukan??  Kerana setiap kebahagiaan atau kesedihan akan segera berakhir dan berganti dengan peristiwa lagi, seperti mandung bertukar cerah.. laksana malam bertukar siang.. umpama air laut yang pasang dan surut..Sebuah proses pembelajaran untuk memahami mengapa kita hidup saat ini..

Diriku berjalan dengan mata hati, bernafas dengan tekad, diriku mendaki penuh teka-teki... dimanakah matahariku?????

Matahariku selalu bersinar, namun makna sinarnya hanya mengenai mereka yang mahu membuka diri, meskipun cahayanya seolah-olah menerpa kepada setiap insan di bumi ini, tapi tiap-tiap yang menerima berbeza memahaminya, ada yang bingung mengapa matahari ini kadang-kala bersinar dan kadang-kala redup, ada yang sedih kenapa matahari redup hari ini, ada yang risau akan dapatkah kita melihat lagi indahnya matahari hari ini, dan ada pula yang berfikir mengapa matahari tidak pernah jemu bersinar? Kita berada dimana, kita berhak memilih..

Matahariku selalu bersinar, takdirnya memberi makna kehidupan ini, diriku pun ingin seperti dia dengan segala kemampuan yang diriku miliki saat ini, berusaha memberi manfaat, bukankah kita lahir di dunia ini adalah dengan takdir-Nya, dan kita lahir di dunia ini bukan tanpa tujuan melainkan membawa amanah-amanah Tuhan, hidup ini pilihan, dan diriku telah putuskan, pilihan yang wajib diriku perjuangkan. Diriku dalam masa proses, tapi keyakinanku sangat kuat, diriku harus berjuang, kamu bisa diriku pun bisa ya...!

Andaiku jatuh nanti, Ku akan  Melompat lebih Tinggi.
Tetap Semangat dan Hadapi setiap Episod kehidup dengan Senyuman :-)

No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."