Pages

Thursday, September 29, 2011

:: Ahlan Ila Ardhul Kinanah ::




Kumendongak ke langit tatkala terasa sinaran mentari menyengat kulitku. Memandang hamparan bumi yang berdebu seraya terdengar hon kenderaan yang bertali arus. Bersyukur aku tatkala diri merasakan masih memiliki dua nikmat yang terbesar iaitu; nikmat Iman dan Islam. Masih diberi kesempatan untuk terus bernafas. Masih diberi peluang menjejakkan kaki di ardhul kinanah ini. Jelas selama ini hanya bermain di animasi minda, kini menjadi satu kenyataan. Aku tidak merasakan sedikit culas lantaran ini adalah pilihanku. Cuma jiwa yang penuh harapan ini berharap agar diri ini tidak futur, semangat ini tidak luntur lantaran mehnah dan tribulasi yang bakal kuhadapi. Benar, semangat dan futur itu milik Allah, namun cukuplah sekadar sebagai peringatan bahawa ini bukan pengakhiran perjalanan, tapi perjalananku baru bermula. Benarlah janji Allah itu pasti,  aku menyerahkan segalanya kepada Yang Maha Mengetahui.





Berbicara kepada tuhan, tentang amanah yang dipertanggungjawabkan, membuatku malu dengan kealpaan yang sering kuterlupa dan terabai dengan fatamorgana duniawi.  Bermukim di daerah kepuasan merasakan diri lengkap segala keperluan walhal diriku seorang musafir hina yang kosong dahagakan petunjuk dariNya… Aku khilaf kerna sering mengharapkan nikmat dariNya sehingga aku terlupa dengan nikmat yang telah aku kecapi, sehingga aku terjatuh lalu tersedar atas kasih sayangNya.. Syukur Ya Allah..





Bagaimana aku ingin menilai kehebatanku tanpa diuji olehMu, Ya Allah, aku tidak minta agar dikecilkan ujian, cuma aku memohon kepadaMu agar dibesarkan iman untuk menghadapinya.. Kehidupan yang jauh dari keluarga, tanah air ini menuntutku menjadi seorang  mujahidah yang kental . Aku akan terus berlari hingga ke garisan penamat, kerana perlumbaan  yang tidak sampai ke garisan penamat, tidak akan selesai.  








Memandang penuh teka-teki…………….


2 comments:

  1. Alhamdulillah.... lega hati ini tatkala melihat impian adik tersayang tercapai... laksanakn impian, tumpukan perhatian, fokus pada matlamat... selamat berjuag... doa kami sentiasa mengiringimu..uhibbuki fillah..ya ukhti=)

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas rafakan semangat yang sangat bermakna,, semoga dirimu jua menggapai matlamat yang diazamkan.. syukran kakakku tersayang... <3

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

~> Khalifah di muka bumi itu perlulah akal seluas langit, mengalir seperti sungai yang deras..
=> Usia umpama harta, bukan banyaknya menjadi perhitungan, tetapi keberkatannya... Harta yang berkat sedikitnya mencukupi, banyaknya boleh diagih-agihkan.. Begitulah usia yang berkat, pendeknya bermanfaat, panjangnya melimpahkan kebaktian.
=>Seseorang yang melihat kebaikan dalam berbagai hal,beerti memiliki fikiran yang baik.Dan seseorang yang memiliki fikiran yang baik akan mendapatkan kenikmatan dalam kehidupan.

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
~> Sesungguhnya Allah tidak melihat bentuk tubuhmu, dan tidak pula melihat ketampananmu, tetapi Allah melihat hatimu.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."