Pages


Tuesday, November 15, 2011

:: Perjalanan Itu Sebuah Kenangan ::

:: Wardati.... so sweet, nice (^_^)!! :

"Ya Allah, jika ini adalah yang terbaik untuk-Mu dan Ad-din agama-Mu, maka permudahkanlah urusanku keseluruhannya.. "
Alhamdulillah... Perjalanan sebuah kehidupan itu benar-benar mengajarku erti kedewasaan. Menguji hati dan keseluruhan jiwaku. Sungguh, kudratku sebagai seorang manusia penuh keterbatasan.. Aku akui kelemahanku sebagai seorang hamba kepada-Mu.. Ya Hayyu Ya Qayyum, birohmatika astaghis, aslih li syakni kullah, wala takilni ila nafsi torfata a'ini... Alllaaahhh....

Berpijak di hamparan bumi, di bawah lembayung kudusnya Nur Ilahi, melabuhkan pandangan ke dada langit, menerokai celorengan awan larat yang kuumpamakan seperti lukisan abstrak di kanvas... Suasana indah dan bening.... :-)

Hampir dua bulan bermukim di daerah emas ini membawa ku menjadi nakhoda dalam pelayaran menuju cita.. Tajdid niat agar sentiasa semangat, dengan hati yang sentiasa berbolak-balik, mengukuhkan kesepaduan setiap deria. Mewaqafkan pengorbanan dalam setiap tindakan.. Waima segalanya sangat berat untuk dihadapi.

Aku berdiri sebagai seorang pemudi, melihat cabaran kehidupan yang menggila, ketempangan akidah semakin   membarah, akhlak umat Islam semakin rosak akibat serangan musuh Islam dari hari ke hari tidak pernah berhenti. Maka, umat ini memerlukan mereka yang jiwanya sangat hampir kepada Tuhan, hatinya sentiasa berpaut kepada cita-cita dan kemenangan Islam, maka pemuda adalah jawapannya. Mengapa pemuda? Sebab pemudalah mempunyai karakter yang disebut oleh As Syahid Al Imam iaitu iman, ikhlas, semangat dan amal...

"Sesungguhnya, sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin bersemangat dan merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni Iman, Ikhlas, semangat dan amal merupakan kerakter yang melekat pada diri seorang pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda." (Risalah Ila Syabab..As Syahid Al Imam)


Lalu kita sebagai seorang Muslim haruslah bertindak, Islam bukan sekadar nama, bukan jua sekadar gelaran. tetapi sematkan Islam dalam diri. Bersatu bersama untuk meneraju Islam menghadapi fenomena dunia. Bukanlah bermaksud kita hanya berada dalam satu bulatan, tetapi kita bergerak mendukung Islam...
Semoga kamu jua bersamaku...(^_^)

3^07+507
:: Pemudi harapan ::

3 comments:

  1. Buat adikku yang ibaratnya sahabat karibku, 'kembarku' yang tiada pengganti di sini... semoga terus kuat berjuang menuntut ilmu... sungguh di hati ini punya kerinduan yang tidak dapat digambarkan...moga kasih sayang dan rindu ini tidak sia-sia untuk disimpan, kepulanganmu dinanti..membawa harapan dan impian...moga sama-sama membantu mejadi tangan-tangan gelap perjuangan dakwah islam... mantapkan aqidah perjuangan, jelaskan arah matlamat, padukan usaha dan berdoalah moga Allah, tuhan kita semua sentiasa memayungi rahmatNya, meredhai setiap langkah kita.. jalan Allah kita susuri sama-sama, moga-moga jika aku tersasar, kau ada untuk menarikku, dan jika kau menyimpang, aku bantu menunjukkan arah yang benar... teruskan berkorban..Jagalah Allah, smoga Allah menjagaMu=)

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan dr Tetamu Dataran Sham...incAllah yakin dengan Allah,Allah akn pandang usaha kita...Like !!! post nie

    ReplyDelete
  3. siti atiqah: terima kasih yang teramat buat kakakku tercinta.... sungguh segalanya sangat berat, memerlukan pengorbanan... Namun percayalah, jika kita saling mengingati n mendoakan.. insyaallah,, biiznillah,, mencari jauharatul mukmin... memukimkan subulit taqwa dalam diri.... sentiasa ingat...(muahadah, muroqobah, muhasabah, muaqobah, dan mujahadah)(^_^)!!~~


    kalamislah: salam perjuangan jua buat Tetamu Dataran Sham.... Alhamdulillah, semoga kamu juga sentiasa thabat dalam perjuangan... Perjuangan belum selesai... terima kasih (^_^)!!~~ Semoga segala usaha kita dinilai oleh-NYA.. Insyaallah,, biiznillah... (,")

    ReplyDelete

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."