Musim itu kembali lagi.. Ia tetap kembali walau apa jua halangan mendatang. Hari itu tiba lagi. Ia tetap tiba walau merantau sebintang perjalanan. Masa itu datang lagi. Ia tetap datang walau leka sentiasa menindas. Detik itu menerjah lagi. Ia tetap menerjah walau cuba kusembunyikan diri. Warna adalah corak kanvas dan ujian adalah corak kehidupan. Ia berbeza tapi tetap mempunyai erti yang sama.
Memikul amanah yang diberi bukan seperti mengupas kulit kacang, bukan umpama merebus mee segera, bahkan ia laksana memikul batu yang maha beratnya. Pengalaman yang kukutip sepanjang di Maahad dulu belum cukup untuk kurealisasikan disini.. Perlu... Perlu... Daku perlu mengutip lebih banyak pengalaman untuk bekalan masa hadapan..
Namun, itulah pentingnya kita berada dalam jemaah.. Yang sentiasa mengingatkan tatkala terlupa, yang sentiasa memberi tika memerlukan, yang sentiasa menegur jika kealpaan..Kekuatanku kerana kekuatan mereka. Memegang taklifan dalam organisasi ini banyak mengajarku untuk menjadi lebih profesional. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan iltizam yang diberikan oleh semua pihak, kami dapat mengakhiri Program Mega ini dengan jayanya.. Banyak yang kuperolehi daripada PSMB ini. Program Sambutan Mahasiswa/wi Baru ni berjalan selama sebulan. 9 hari program di dalam dewan dan bakinya adalah Kelas Pemantapan Bahasa Arab...
Kehadiran Adik-adik Baru Trip 1 (19 Sept) |
Ketibaan adik-adik baru Trip 2 (29 Sept) |
Sedang memberi taklifan kepada adik-adik (selaku Unit Disiplin n Protokol) |
Selesai Ilmuan Race.. Letih tp seronok. Jelajah satu Hadiqah... |
Akak-akak AJK Hari RIadhi di Nadi Syabab |
Setelah letih beriadhah... |
Jaulah sekitar Kaherah... Giza |
Di Qala'h Salahuddin Al Ayubi |
Setahun sudah berlalu.. Tetap meneruskan perjuangan.... (pst...pst.... Hidup satu perlumbaan.. Jom atasi bersama)
Kredit: Syue, Miza, Jannah n Leha.. Cepat pulang yaaa... Kuliah sudah mula deh...
(\__/)
(,^_^)
((")(") LOVE U ALL..
TINTASAMUDERA
akak athirah tu.hehe
ReplyDeleteHeee mmg dh akk dh.... :-)
Deleteuntungla.hehe
Deletetak nak pulang bole x????????:'(
ReplyDelete