Pages


Wednesday, March 27, 2013

:: AdaMu ::


AdaMu
By: Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Lagu blog kesebelas... ^^

:: Bersama ::



Bersama
By: Devotees

Kita pernah bersama
Menempuh onak dan 
duka 
Tidak pernah putus asa 
Walau dugaan datang melanda
Dikau pernah bertanya 
Bila bahgia akan tiba
Ku berkata bersabarlah
Serahkan saja pada yang ESA
Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kita pernah bersama
Menempuh onak dan duka
Tidak pernah putus asa
Walau dugaan datang melanda
Bila masanya menjelma
Kebahgiaan akan tiba
Namun tidak mungkin ku lupa
Kenangan indah kita bersama
Menempuh onak cabaran
Dan liku hidup yang panjang
Tidak mungkin hidup ini sepi
Selagi ku masih di sini
Kini terungkai sudah
kisah hidup kita
Berbekal taat dan sabar
Pastikan 
berjaya
P/s: Lagu blog ke 10

:: Mungkinkah Berakhir? ::


     It's gonna be another with the sun shine.... Haha ^^  Hari ni takde kuliah. Jadi free sikit tapi tetap kene bace buku jgak harini.. Tapi tahun ni tak terlalu padat macam tahun lepas.. Disebabkan hal itu, kenelah pandai manage masa.. Jangan leka sangat Trah !!

Nothing to say.. Cume, Ardhun Kinanah ni banyak mengajar aku... Tak tau nak describe cammane.. Tapi setiap orang yang melalui liku-liku disini pasti akan faham.. Hidup ni penuh dengan ujian dan cabaran, dan aku tidak terkecuali daripada tu.. Kadang-kadang ujian tu adalah dari sahabat-sahabat kita sendiri.. Orang yang kita sayang pulak tu..  

Aku pernah merasa terkilan.. Lama sangat perasaan tu bertapak dan bermaharajalela dalam sanubari aku. Bermacam-macam cara aku cuba 'nyah' kan die... Namun tak mampu.. Mungkin sebab emosi aku masih keliruan lagi.. Aku cube nak halang tapi mungkin tak cukup kuat.. Yela.. Kewujudannya masih depan mata kan.. Aigoo...

Satu lagi sebab die baik, jadi aku lagi sanggup simpan dan biarkan hati aku terluka..(Cehh, ayat sakskrit tu !! Jangan main-main.. Haha ) Walaubagaimanapun, takkan die tak tau tindakan die tu mengecam ramai orang yang berkaitan..Dan akulah pendengar setia mereka itu.. Dan aku juga sama seperti mereka...

Ahh.. Boleh ke sekarang ia menjadi pengakhiran? Hem.. Hemm.. Oklah, banyak lagi masalah umat yang ko kene fikir Trah.. Kalau fikir masalah diri je tak kemane, ke laut jawabnye. Haha


Ukhwah itu indah jika bertemu dan berpisah kerana Allah


Hem.. Minggu lepas kitowang dapat join satu Seminar Adobe n After Efect.. Beshhnyee, lepas ni boleh edit gambar-gambar dan wat After Effect.. "Ini sesuatu yang menyeronokkan".. Hee

Teringat kate-kate Presiden masa Majlis Penutupan.. Jika bidang ni tak dikuasai oleh kite sebagai salah satu medium dakwah, takkan kita nak biarkan golongan lain yang menguasainya. Saya sokong 110% Presiden....Insyallah... ^^









(\__/)
(,^_^)
((")(") LOVE U ALL..
TINTASAMUDERA


Wednesday, March 6, 2013

:: Pearl's In You 4 ::



:: AJKT Pearl's In You 4 2013 ::
Maaf.. Pencahayaan kurang ok

Salam sayang buat semua pembaca yang budiman yang dirahmati Allah sekalian.. Pejam celik pejam celik... Jangan pejam tak celik-celik Huhu Sedar tak sedar, sekejap saja kita telah memasuki bulan Mac.. Sudah 6 hari berlalu... 6 hari jua kami baharu sahaja melepasi bulan lepas iaitu bulan yang agak sibuk dengan program-program yang bermanafaat... Masih belum keterlewatan ya kiranya barusan ini aku mencoretkan butir2nya.. Eh, ngapain ngomong Indonesi ini... Heee




5, 6 dan 7 Feb 2013- Pearl's In You 4.... Alhamdulillah... Program ini telah kami jayakan bersama.. Tahniah wat AJKT, serta para peserta.. Pearl's In You ini adalah salah satu program yang disertai oleh akhawat sahaja.. Dan program ini merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan... From Zero to Hero adalah tema yang dipilih untuk program ini.. Temanya mempunyai maksud yang begitu mendalam kan?? Antara objektif yang dapat digariskan dalam program ini ialah;
1) Melahirkan mahasiswi yang berpengetahuan dan berketerampilan diri.
2) Membuka minda mahasiswi dalam menghadapi cabaran masa kini.
3) Mengeratkan ukhwah dalam kalangan anak-anak Negeri Sembilan Mesir.

Hari pertama program berlangsung di RNSK sahaja.. Hari kedua dan ketiga kami mengembara ke Ro'su Sidr iaitu kawasan perairan yang terdapat di Mesir ini.. Huhu... Formalnye coretanku... Macam-macam yang dapat kami pelajari sepanjang program ini.. Aku selaku Ketua Unit Pengisian dan Dewan merasakan ia adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Masakan tidak, inilah kali pertama aku memikul amanah ini yang perlu diperahkan segala idea untuk menjayakannya.. Ala kulli hal, bantuan dari rakan dan senior sedikit sebanyak mengurangkan bebanan.... (Walau tumpah jugalah air mata dek terasa beratnya.. Itu lumrah)..

Antara aktiviti yang kami jalankan ialah Talk Show Muslimah Power mengenai Wanita dan Kerjaya, Running Women iaitu Xplorace, Restart IQ, Jue De L'esprit, Malam Kebudayaan serta Spontan... Alhamdulillah... Setiap aktiviti mendapat sambutan yang menggalakkan... Tahniah....

Terima kasih buat AJKT... Ex-Officio- Kak Sy.Dura Aisyah, Pengarah-Kak Fatin Izzati, Setiausaha-Jannah Atirah, Bendahari-Kak Syikin, U.Persiapan n Cenderahati-Ramizah, U.Promosi n Perhubungan-Kak Farhana, U.Teknikal n Rakaman-Syuhada, U.Disiplin n Protokol-Kak Humaira, U.Jamuan n Makanan-Kak Rehan dan U.Pengisian n Dewan-Siti Athirah......

Satu kata-kata yang aku suka dari Ketua HEWI kami ialah... Bekerja sesama akhwat ni membuktikan keikhlasan seseorang.. Masakan tidak, bila kita bekerjasama bersama ikhwah, kita akan buat yang terbaik untuk dilihat yang terbaik.. Alaisa kazalik???

Senarai foto untuk perkongsian bersama.....




:: Para peserta sedang kusyuk ::
:: Barisan ketua kumpulan ::

:: Antara nama kumpulan ::

:: Antara babak kerjaya -doktor ::

:: Antara babak kerjaya- polis ::

:: Antara babak kerjaya- bisnesswomen::
:: Sesampai di Rosu Sidr ::

:: Perjalanan ke pantai ::

:: Sempat seketika::






:: Malam Kebudayaan Lakonan-Lebah ::

:: Malam Kebudayaan Iklan- Nyamuk ::

:: Malam Kebudayaan Sajak- Lembu ::

:: Malam Kebudayaan Dikir Barat- Kuda ::

:: Berpagi-pagian dengan senam robik ::

:: Bergambar kenangan sebelum pulang ::
:: My beloved fren ::

:: Ahli bait 5B ::
Semoga Pearl's In You yang akan datang lebih baik dari ini.... Dan ambillah apa yang bermanfaat.... Insyaallah... ^^



(\__/)
(,^_^)
((")(") LOVE U ALL..
TINTASAMUDERA



MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."