Assalamualaikum WBT
Amalan Yang Menghapuskan Dosa Serta Mengangkat Darjat
Riwayat: Muslim
Hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW, “Adakah kamu suka aku tunjukkan suatu amalan yang Allah akan menghapuskan dengannya dosa-dosa serta mengangkatkan dengannya beberapa darjat? “mereka berkata, “Bahkan ya Rasulullah”, sabda Rasululullah, “Menyempurnakan wuduk dalam keadaan susah dan membanyakkan langkah ke masjid serta menunggu sembahyang (untuk berjemaah). Demikian itulah (yang dikatakan) “Al-Ribat” (perjuangan menentang musuh dan bersedia menghadapinya).”
Huraian Hadith:
Menunaikan ibadat adalah sesuatu jihad iaitu yang memerlukan kesabaran dan ketahanan jiwa.
Dosa yang akan diampunkan dengan perkara-perkara yang disebut dalam hadis ini hanyalah dosa-dosa yang berkaitan dengan hak Allah.
Apabila seseorang itu berwuduk dengan sempurna, rajin ke masjid dan sentiasa menunggu waktu sembahyang serta berjemaah nescaya Allah akan menghapuskan dosa-dosanya(dosa kecil) serta ditingkat darjatnya.
InsyaAllah
Aamiin
Posted via Blogaway
No comments:
Post a Comment