ツTintaSamudera
Sempena nak imtihan ni..
Hehee
Nak share sesuatu..
Pesanan Syeikh Hisyam Kamil di dalam muhadharohnya :
Syeikh memulakan muqaddimah ceramahnya dengan persoalan yang membina antaranya ialah :
الوصول إلى قمة سهل ، ولكن القضية كيف تخافظ على قمة ؟
Untuk sampai ke puncak kejayaan itu adalah mudah akan tetapi yang menjadi masalah adalah bagaimana kamu memeliharanya sesudah kamu menggapainya ?
لماذا تخاف من الإمتحان ؟
Mengapa kamu takut untuk menghadapi
peperiksaan ?
yang membuatkan Kamu sentiasa takut dengan peperiksaan adalah kerana kamu sentiasa meletakkan di depan mata kamu sebuah gambaran kegagalan .
Antara pesanan Syeikh Hisyam Kamil kepada mereka yang bakal menghadapai peperiksaan :
Janganlah kamu takut dengan peperiksaan yang bakal kamu hadapi kerana dengan
"perasaan takut itu akan membawa kamu kepada pelbagai masalah akan tetapi amal dan ketenangan itu lah yang membawa kamu kepada kebaikan"
الخوف يؤدي إلى المشاكل ، والعمل والطمأنينة دائما تؤدي الى الخير
Pesaanan syeikh yang seterusnya adalah
"Janganlah kamu meminta kegagalan , kerana ia akan membawa kamu kepada gagal , mintalah akan kejayaan , kerana ia akan membawa kamu kepada kejayaan " .
لا تسحق على فاشل ، فالفاشل يعطيك فشل , اسحق ناجح ، فالناجح
يعطيك من نجاح .
Sentiasalah meminta akan kebaikan dan jauhkanlah diri kamu daripada meminta keburukan kerana syeikh berpesan
" Jika kamu mengiringi kebaikan , Maka kamu adalah dikalangan yang baik , Jika kamu megiringi kejahatan maka kamu adalah dikalangan yang jahat . "
إن تصاحب أخيار ، وأنت من الأخيار , وإن تصاحب أشرار ، وأنت من الأشرار
seterusnya syeikh menyatakan lagi bahawa Janganlah kamu berputus asa dengan kegagalan yang telah kamu hadapi akan tetapi
" Ambillah pengajaran daripada kegagalan itu dan bawalah ia ke hadapan untuk kamu berjaya "
خُذْ من الفشل ، ودفعها الى أمام
Sesiapa dikalangan Kamu yang merasai dirinya lemah untuk menghadapi peperiksaan , maka bacalah Subhanallah sebanyak 33 kali , Alhamdulillah sebanyak 33 kali , dan Allahuakhbar sebanyak 43 kali . Maka ia akan memberi kekuatan kepada diri kamu .
Ketika mana kamu menghadapi kesedihan pada masalah mengulangkaji pelajaran , Maka bacalah Surah Al-Insyirah .
Antara kalam Syeikh yang memberi kita semangat dalam menghadapi peperiksaan adalah :
من كانت بداية محرقة ، وكانت نهاية مشرقة
Sesiapa yang pada permulaannya dia membara , Maka pada pengakhirannya dia Bersinar .
الإمتحان ليس اله ، لا تخاف
Peperiksaan bukanlah tuhan , jangan kamu takut .
Selamat menghadapi peperiksaan , Semoga Allah memudahkan urusan kamu semua di dalam peperiksaan yang bakal kamu tempuhi . Insha allah kejayaan memihak kepada kamu semua .
#sitiathirah92�� .::TintaSamudera::.
No comments:
Post a Comment