Pages


Sunday, June 26, 2016

:: Kelahiranku 260616 ::



ツTintaSamudera

6.00 pm 25 Jun 2016 Mesir

♡Whatsapp di hp ku sudah mula berbunyi
Oh, waktu Malaysia sudah menginjak 26 Jun 2016.
Bertalu-talu para sahabat mengucapkan selamat atas kelahiran.
Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan sahabat yang tidak pernah melupakan seorang aku.. Senyum. ☺
.
.
Seusai solat terawih, Ya Allah, indahnya malam ini, 26 Jun 2016 saat melangkah ke 10 malam terakhir Ramadhan. Malam yang tenang, sunyi, tiada kedengaran suara anjing menyalak. Allah.

Tertanya, Lailatul Qadr?

Malam ku diteruskan dengan mesyuarat MTP dan ops, terpaksa untuk minta izin keluar awal, dek tanggungjawab untuk memasak sahur buat adik-adik baharu.

Menerima hadiah dari seorang insan albi.. Tak semena-mena air mata berjurai-jurai, mungkin kerana terharu, atau mungkin kerana secebis ucapan yang telus tersisip di atas sekeping kertas. Terima kasih sekali lagi Ya Allah, atas perkenalan ini.

☺Tidak aku dambakan kejutan yang berupa kemewahan, tidak juga mengenderai sebuah limo, ataupun hotel yang disinar cahaya lampu candeliar. Cukup engkau ada saat aku memerlukan. Indah.




Usia yang semakin menginjak, aku kira satu persatu. Melewati beberapa dekad yang telah ku tempuh dan melewati beberapa bulan selama kehidupan ini. Huh...

Oh Allah, berikanlah yang terbaik untukku, keluargaku, insan kesayanganku, mahupun sesiapa yang aku kenali. Limpahkan kami dengan maghfirah dan kasih sayangMu, redhaMu dan naunganMu. Pelihara hati ini Ya Allah, Tuhan sekalian alam.

.......................………………………………
Masih dalam 26 Jun 2016

Sahabat handai masih bertalu-talu mengucap selamat.
Ucapan dari insan yang tiba-tiba hilang dan muncul, ucapan dari orang yang kusangka tidak mengambil endah tentangku, dan ucapan dari orang yang kuternanti-nanti ucapan darinya. Mereka semua manusia. ♡




Argh.  Terlalu merepek sudah.
Akhir kalam, doakan aku menjadi

Seorang hamba yang taat perintah Allah..
Seorang anak yang solehah buat ibubapaku...
Seorang pelajar yang rajin serta tekun dalam pembelajarannya...
Seorang sahabat yang baik buat sahabat yang lain....
Seorang yang amanah dalan menjalankan tugas..
Seorang yang bertanggungjawab dalam menjadi pemimpin...

Dimurahkan rezekiku didunia dan diakhirat
Dipanjangkan umur dalam ketaatan padaNya
Dithabatkan pada jalanNya
Dan segala doa yang baik

Maka perkenankanlah Ya Allah..
Aminn Ya Robbal A'lamin...




Terlalu ramai untuk aku dedikasikan ucapan terima kasih dan terharuku.

Cukuplah nama kalian berada dalam doaku. Biarlah penduduk langit mengaminkan doaku.

Semuanya segalanya istimewa bagiku.






#sitiathirah92 ::TintaSamudera::


No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."