Di dalam khutbah jumaat hari ini, khatib menceritakan tentang kelebihan bumi Mesir.
1. Allah menyebutkan 4 kali sebutan 'Misr/Mesir' di dalam al-Quran. Antara ayat yang kita sering baca adalah ucapan Nabi Yusuf kepada para keluarganya, iaitu "Masuklah kamu ke dalam bumi Mesir, in sya Allah kalian akan berada dalam keadaan aman." [Yusuf: 99]
2. Mesir mengalirnya salah satu mata air dari sungai di syurga, iaitu Sungai Nil. Selainnya adalah Sungai Furat yang terletak di Iraq.
3. Ada dalam kalangan Nabi dan Rasul yang pernah mendiami di Mesir, seperti Nabi Yaakub bersama 12 orang anaknya (termasuk Nabi Yusuf). Ada juga Nabi yang mengahwini wanita Mesir, iaitu Nabi Ibrahim mengahwini Saidatina Hajar yang berasal dari Mesir, dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam mengahwini Mariah al-Qibtiyyah yang juga berasal dari Mesir.
4. Di dalam sejarah, ada di antara para sahabat yang pernah menziarahi bumi Mesir dan diketuai oleh Saidina Amru bin al-As. Dikatakan bahawa Masjid Saidina Amru yang terletak di Kaherah adalah masjid pertama yang dibina di benua Afrika. Dan seramai lebih 80 para sahabat telah membantu dalam pembinaannya.
5. Lahirnya ramai para ulama' di sini, seperti Imam al-Laith, Sultanul Ulama' Izzudin bin Abdus Salam, Imam as-Suyuti dll. Juga jasad para ulama juga ramai dikebumikan di sini seperti Imam as-Syafie, Imam Ibnu Hajar al-Asqalani dan Syeikh Ibnu Ata' as-Sakandary.
6. Allah bersumpah dengan bukit Tursina sebanyak dua kali di dalam al-Quran. Satu di dalam surah at-Tur (ayat 1) dan satu lagi di dalam surah at-Tin (ayat 2).
7. Di dalam al-Quran disebutkan perkataan 'Aminin' di dua tempat yang berlainan. Satu dalam surah al-Fath mengenai Baitulharam (ayat 28), dan satu di dalam surah Yusuf (ayat 99), di mana kedua tempat ini pastinya dijanjikan keamanan dari Allah SWT.
..........................
Semoga Allah memelihara bumi Mesir ini dengan sebaiknya. Baladul Anbiya', Ardul Kinanah.
#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::
No comments:
Post a Comment