Pages


Wednesday, January 17, 2018

:: Jom Belajar Ammiah ::

[Mari Belajar Bahasa Arab Ammiyah]

Mak: (Enta feyn) [Kamu di mana?]

Anak: (Fishari’) [Di luar]

Mak: (Tob te’raf ti’addi ‘ala-suu’ tegib khudor) [Boleh tak singgah pasar beli sayur]

Anak: (La’ taht el-beyt) [Tak boleh, dah sampai bawah rumah dah]

Mak: (Tob, haat kiis dai'k wa makaronah) [Ok, tolong beli tepung dengan pasta]

Anak: (Uddam el-asansir khalas) [Dah ada depan lift dah]

Mak: (Tob, uul lil-bawwab ‘aal-uttah illi ‘ala-sillim) [Ok, beritahu bawab tentang kucing yang selalu duduk di tangga tu]

Anak: (Fil-asanser) [Dah dalam lift]

Mak: (mesyi) [Ok]

Mak: (Kuwais rawaht badri ‘al-asyan tefaddi sa’aten tezakir li-akhuk) [Bagus la kamu balik awal boleh duduk 2 jam ajar adik]

Mak: (Wa matensash te’dil as-siggadah uddam el-bab) [Dan jangan lupa betulkan karpet di depan pintu tu]

⏩Terjemahan perkataan:

1. Sayur - خُضَارْ [khudor]
2. Plastik/paket - كِيسْ [kiis]
3. Tepung - دَقِيقْ [da’ik]
4. Pasta (spaghetti) - مَكَرُونَةْ [makaronah]
5. Lift - أَسَانْسِيرْ [asanser]
6. Kucing - قُطَّةْ [uttah]
7. Tangga - سِلِّمْ [sillim]
8. Awal - بَدْرِي [badri]
9. Depan - قُدَّام [uddam]
10. Karpet - سِجَّادَةْ [siggadah]
11. Bagi/bawak sekali - هَاتْ [haat]
12. Bawah - تَحْت [taht]
13. Baiklah - طَبْ [Tob]

▶[KAEDAH]◀

Kaedah ayat nafi dan ayat larang.

��Untuk melarang sesuatu perbuatan kita gunakan kaedah

‎[ما + (ت)فعل مضارع + ش]

مَا تِكْتِبْشْ عَلَى الْحِيطَة

[Jangan tulis atas dinding]

مَا + تِكْتِبْ + شْ

Ada sesetengah ayat tidak mengikut kaedah di atas tapi mengikut kaedah khusus;

‎[ما + حدش + (ي)فعل مضارع]

مَا حَدِّشْ يِكَلِّمْ

[Jangan sesiapa bercakap]

❌Untuk menafikan sesuatu perbuatan kita gunakan kaedah;

1⃣‎[ما + فعل ماض + ش] -
Untuk menafikan perkara yang dah lepas

Contoh:

مَا نِمْتِشْ اِمْبَارِحْ
[Aku tak tidur semalam]

(مَا + نِمْت + شْ)

2⃣‎[مش + اسم فاعل] - Untuk menafikan perkara yang baru berlaku atau yang akan datang

Contoh:

أَنَا مِشْ جَايْ
[Aku tak datang (sekarang)]

أَنَا مِشْ جَايْ بُكْرَهْ
[Aku tak datang esok]

(مِشْ + جَايْ)

3⃣‎[مش + ب + فعل مضارع] - Untuk menafikan sesuatu perbuatan secara umum

Contoh:

مِشْ بِتْذَاكِرْ لِيهْ؟
[Kenapa kau tak ulangkaji?]

(مِشْ + بِ + تِذَاكِر)

4⃣‎[مِشْ + هـ + فعل مضارع] - Untuk menafikan perbuatan akan datang

Contoh:

مِشْ هَاجِي بُكْرَهْ
[Aku tak datang esok]

(مِشْ + هـَ + أَاجِي)

❗Ada sesetengah ayat tak ikut kaedah-keadah di atas, contohnya;

‎[مَا + ينفعش + فعل مضارع]

مَا يِنْفَعْشْ تِكْذِبْ
[Kau tak boleh membohong]

======================



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."