Pages


Sunday, February 25, 2018

:: 4 Wanita Unggul ::



    ☀Mentari memanah kota Cairo dan kadangkala hembusan pawana berpuput dingin. Mungkin sedang menghembuskan hembusan musim sejuk terakhir untuk kesekian kalinya, mengalukan kedatangan musim panas yang sudah lama berhibernasi. Meraup wajah.

    Berdiri di tengah debuan dengan kenderaan yang sesak, jammed dan zahmah.� Ya, kesesakan dan Mesir itu berpisah tiada. Pengalaman bermukim di bumi ini telah membuka persediaan demi persediaan untuk menghadapi segalanya. Biiznillah. Sekilas, perhatian dicuri oleh beberapa orang mahasiswi Arab dengan pelbagai ajnas dan ekspresi wajah. Melihatkan wanita-wanita Arab ini, terteleport seketika fikiran mengenai wanita terunggul ke dimensi berjuta abad lamanya, zaman mereka para Rasul...
.
.
.
�✨Sabda Rasulullah S.A.W: “Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita. Mereka itu adalah Asiah Binti Muzahim, Maryam Binti Imran, Khadijah Binti Khuwailid dan Fatimah Binti Muhammad."

     Wanita-wanita unggul itu, dijanjikan syurga buat mereka malah disabdakan oleh Rasul dalam titahnya, mereka adalah penghulu segala wanita. Pesona..
.
.
Siapakah mereka dan mengapakah mereka merupakan wanita paling hebat? Sempena Hari Wanita Sedunia yang bakal menjelang 8 Mac ini. Mari kita jejak kembali riwayat hidup wanita-wanita ini.

1. Asiah Binti Muzahim - Isteri Fir'aun
.
.
Asiah adalah simbol kekuatan bagi kaum wanita yang beriman kerana dia sanggup mempertahankan keimanannya kepada Allah walaupun dia perlu mengharungi kehidupan dengan suaminya, Fir’aun yang tidak beriman kepada Allah.

Asiah pernah berkata:
“Wahai Fir’aun, kau boleh seksa zahir aku, sedangkan batin aku tidak engkau boleh potong badan aku, iman aku tidak."

Ucapan itu dikatakan oleh Asiah tatkala menerima seksaan dari Fir’aun. Ketabahan Asiah memelihara syahadah Allah S.W.T telah diabadikan di dalam Al-Quran, menerusi surah At-Tahrim ayat 11 yang bermaksud.

"Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: “Ya Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisiMu di dalam Syurga dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim"

Dialah wanita paling bijaksana dan berpandangan jauh. Dia tidak membuat keputusan untuk melarikan diri daripada suaminya walaupun suaminya seorang yang kejam. Malahan, dia memilih untuk bersabar.

Dia menunggu ganjaran Allah dan langsung tidak kisah dengan apa yang menimpa dirinya kerana keyakinannya yang begitu tinggi bahawa tiada sia-sia setiap ketetapan Allah itu walaupun derita yang diperolehnya setiap saat. Ganjaran dan tujuan hidupnya sangat jelas iaitu hidup dan mati kerana Allah. Subhanallah, mampukan aku menjadi sehebat Asiah?

2. Maryam Binti Imran - Ibu Nabi Isa AS
.
.
Maryam binti Imran adalah ibu kepada Nabi Isa A.S.

Apabila Maryam dewasa, dia pulang ke kampungnya di Nasharat. Di sinilah dia mendapat amanat agung bahawa dia akan mengandung seorang anak lelaki.

Sebagaimana Allah abadikan kisah ini di dalam Al-Qur’an surah Maryam ayat ke 42 & 45 yang bermaksud: 

"Dan (ingatlah) ketika Malaikat (Jibril) berkata: 'Hai Maryam, sesungguhnya Allah telah memilih kamu, menyucikan kamu dan melebihkan kamu atas segala wanita di dunia (di masanya)'”. (Maryam: 42). 

“(Ingatlah), ketika Malaikat berkata: "Hai Maryam, sesungguhnya Allah menggembirakan kamu (dengan kelahiran seorang putera yang diciptakan) dengan kalimat (yang datang) daripada-Nya, namanya Al-Masih ‘Isa putera Maryam, seorang terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk orang-orang yang didekatkan (kepada Allah).” (Maryam: 45)

Maka Allah S.W.T menunjukkan kebesaranNya dengan meniupkan roh melalui Malaikat Jibril ke dalam rahim Maryam. Apabila Maryam pulang ke Jerusalem, dia dalam keadaan mengandung.

Disinilah bermula keimanan dan ketaqwaan Maryam apabila dia diuji dengan pelbagai fitnah yang menghujani dirinya. Masyarakat memandangnya dengan buruk dan menuduh dia sebagai seorang penzina. Masyaallah, serasa berat ujian terhadap diri kerdil ini, berat lagi ujian yang Kau timpakan pada mereka. Sungguh, ketabahanmu, kekagumanku.

3. Siti Khadijah Binti Khuwailid - Isteri Rasulullah S.A.W
.
.
Siti Khadijah binti Khuwailid adalah wanita pertama yang memeluk Islam dan juga isteri kepada Nabi Muhammad S.A.W. Dia dikenali sebagai ‘Ummul Mukminin’ iaitu ibu orang mukmin.

Khadijah adalah seorang wanita yang dihormati dan dipandang tinggi serta suka menolong orang yang lemah dan yang memerlukan.

Isteri Rasulullah ini adalah wanita muslim yang patut dicontohi oleh umat Islam. Dia telah melakukan tugas yang hebat sebagai pendamping dan isteri Rasullah S.A.W. Dia telah memberikan dorongan dan semangat kepada Rasulullah S.A.W. Meskipun tanggungjawabnya sebagai pengurus rumah tangga amat besar, namun dia berjaya membantu ekonomi keluarga dan juga masyarakat sekitarnya.

Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:
"Ketika aku miskin, Khadijah memberiku kekayaan. Ketika orang menganggapku gila, ia tetap percaya kepadaku.”

Siti Khadijah memiliki pemikiran tentang keIslaman yang cukup penting. Beliau sering berkata bahawa manusia adalah makhluk yang merupakan sumber penjelmaan daripada kebesaran Allah S.W.T. Allah memerhatikan kelakuan manusia dan memberikan ganjaran. Ya Robb, alangkah indahnya jika aku dapat bersama mereka dalam memperjuangkan agamaMu. �

4. Fatimah Binti Muhammad - Puteri Rasulullah S.A.W
.
.
Fatimah Binti Muhammad adalah puteri kepada Rasullah S.A.W.

Situasi yang dihadapi keluarganya, membuatkan Fatimah kehilangan keseronokan semasa kecilnya. Tetapi Fatimah tidak pernah menyesal, dia rela meninggalkan masa kanak-kanaknya untuk menghadapi derita bersama keluarganya. Semenjak Muhammad s.a.w menyampaikan ajaran Islam, kaum Quraisy menjadi kejam terhadap keluarga mereka.

Fatimah menghadapi berbagai tindakan kekerasan dari mereka yang tidak mahu menerima ajaran Islam. Walaubagaimanapun, Fatimah gembira kerana keadaan ini membuatkan hubungan keluarga mereka kembali erat.

Sejak kecil, Fatimah telah mengalami derita penganiayaan bersama ayahnya. Pada satu ketika, Fatimah berjalan di samping ayahnya menuju Ka’abah dan dilihat oleh kaum Musyrikin dan serentak dengan itu mereka berteriak manyatakan Muhammad adalah orang yang bodoh yang menyatakan kebesaran Tuhannya. Dengan penuh kelembutan dan kesabaran Muhammad menyatakan bahawa dirinya berkata sesuatu yang benar dan Allah itu wujud. 

Fatimah sendiri yang menyaksikan sendiri ayahnya dihina dengan cara yang melampaui batas. Sedang Rasulullah S.A.W bersujud di Ka’abah, tidak jauh dari situ ada seorang yang sedang mengawasi baginda. Orang tersebut adalah Uqbah bin Abi Mu’ith yang telah meletakkan kotoran binatang sembelihan dibahu baginda. Rasulullah S.A.W hanya diam tanpa mengangkat kepala baginda. Fatimah datang dan dengan keberanian yang ada beliau telah memaki Uqbah, dengan tangannya yang halus itu beliau telah membuang kotoran tersebut dari bahu ayahnya yang tercinta. 

Fatimah sememangnya anak kesayangan Rasulullah S.A.W sebagaimana yang telah diriwayatkan dalam hadith Sahih: 
“Fatimah adalah sepotong dariku. Aku merasakan apa yang dirasakannya dan aku juga membenci apa yang dibencinya.”

☆Ya Allah, sekiranya aku diberi kehidupan kedua, izinkan aku hidup bersama-sama mereka yang Engkau redhai dan cintai.
Alhamdulillah, demikianlah sedikit perkongsian yang dapat ku coretkan untuk kita mengambil sedikit jadwa sebagai panduan dan pedoman. Semoga kita menjadi wanita hebat bidadari syurga.. ⭐Inshaallah..
Wallahualam.

*Tombol pintu bilik dipulas kemas. Sekian.

~Qatrunnada92



#sitiathirah92 🌷 ::TintaSamudera::

No comments:

Post a Comment

MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."