Pages


Wednesday, October 31, 2018

:: Jr Journey 2 ::

Hola hola...

Assalamualaikum jr sayang mama.

Sekarang dah 3 bulan usia jr in my womb. Love u sayang. Tadi mama g scan lagi. Mama nampak jr aktif sangat, melompat-lompat, menendang-nendang. Dokter pun kate "Tengok tu kemain aktif die". Tapi mama tak rasa apa-apa. Maybe sebab sayang tiny lagi. Hehe Tapi malam-malam, sayang jr mama ni selalu ajak mama main. Takleh tidur mama sebab perut mama sangatlah tak selesa. Haha

Mama cerita kat ayah, ayah excited dengar mama cerita jr sayang ni aktif. Tapi ayah tak de kat sini same-same nak tengok. Ayah asyik minta maaf kat mama, sebab dia tkde time mama perlukan dia. Mama faham. Sebab memang inilah caturan yang mama dah jangka akan berlaku. Sekarang, mama cuma kene kuat kan sayang..

Mama tak sabar nak habis first trimester ni. Jr tau apa mama buat hari-hari?

Bangun pagi lepas solat Subuh mama ngaji, mama nak khatamkan satu Quran sepanjang jr dalam perut mama. Mama start dari mula sebab nak jr dengar setiap alunan ayat suci. Semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan kepada jr mama. Lepas tu mama kene makan ubat. Ubat untuk jr, untuk mama.  Tapi, ubat B6 untuk mama tu busuklah, mama tak tahan nak muntah. Jadi mama makan skip2. Ubat untuk jr mama consume hari-hari tau.

Lepas tu mama tidurrrrr je sampai kul 11-12.  Oh, maafkan mama, tapi mama tak larat. Rasa cramp perut. Dokter kata mama cramp perut sebab tk cukup calcium. Dah kongsi ngan sayang mama ni. Sorry sayang. Nanti mama minum susu ye. Nasib baik atok sangat memahami. Hari-hari atok masak. Tak pun mak long. Hurmm...

Mama kene makan selang 2-3 jam dan kuantiti yang sikit sebab tekak mama tak sedap. Rasa pahit and loya nak muntah. Hahaha Ini pengalaman pertama mama tau jr. Sebab tu mama rasa tak produktif.

Insyaallah, nanti mama dah adapt dan dah hilang suma rasa ni, mama akan lebih produktif ye sayang. I love u sayang.  N mama sayangkan ayah. I miss him a lot. Hurm, mama taip ni pun nak ngalir air mata.
Waaaaaa

Ok sayang.

Diari mama jr.
Athirahim ♥
25 Okt 2018

Ps: Again, taip pada 25/10. Tapi baru dapat post sebab internet.  ^^


Monday, October 29, 2018

:: Jr Journey ::






Hola hola evelibadi.
Hewhew..

Memandangkan blog aku ni pun macam dah lama takde readers. So, I guess, bolehla expose kat sini..
I just need someone to share. Nak borak ngan husband jauh. Tak sama macam ape yang kita nak borak hari-hari.. Frankly, nak borak depan mata.

Ok2..

So jr, hari ni mama g cekup kat klinik. Nak bukak buku pink tuk jr. Tadi scan, mama nampak jantung kecil jr berdegup. Mama nak nangis, tapi mama tahan. Mama happy sangat. Kan best kalau ayah ada sama-sama tengok jr..

Jr kene kuat tau.. Mama tak kuat sebenarnya, tapi mama kene kuat tuk jr sayang. Mama letih sayang, mual-mual ni buat mama tak larat.. Hari-hari mama tak produktif sebab mama rasa nak baring je.

Semalam mama video kol ayah, mama nangis teruk sebab rindu ayah. Takde sape dapat urut mama malam-malam sebelum tidur.. Jadi jr kene behave ye. Mama love u sayang.

Diari mama jr.
Athirahim ♥
15 Okt 2018


Ps: Baru dapat post. Padahal taip dah lama.. Masalah internet katakan.. Hehhe ^^


Sunday, October 14, 2018

:: Diati ; Jauh ::

Masuk malam kelima berjauhan with my husband. Ya Allah, cepat giler mase berlalu. Harap macamnilah rasanya untuk sampai bulan kelapan nanti..  N im missing u sweetheart..
I really miss you sayang. I really do.

But, staying in Malaysia is more better n comfortable for me n jr. But its more better if Im with you.

Semoga cepat najah n come back.

Your wife n jr olweys missing u...
Miss u
Miss u
Miss u


Tuesday, October 2, 2018

:: Officially ::












👩🏻‍🎓Officially graduated with a Bachelor's degree in Arabic Language and Literature.

Untuk pertama dan selamanya, kupanjatkan kesyukuran dalam hati yang terdalam atas kejayaan ini. Terasa berbaloi usaha selama ini. Penantian ini. Meskipun butuh waktu yang lama. Dan tidak grad on time. Ala kulli hal. Kita semua berjalan dalam zon masa yang telah Allah tentukan oleh kita.

Jerih payah selama ini, bukan biasa. Belajar di Azhar, bak kata mereka, kalau ga kuat, ga usahlah repot2 di sini. Kukira aku kuat ya kerana bertahan selama ini, meski air mata pernah juga tumpah. Ujian demi ujian silih berganti.

Pengalaman disini tak akan pernah aku lupakan selagi mata ini berkerdip. Selagi nafas ini berhembus.

Terima kasih kepada mereka yang sama-sama berada di jatuh bangunnya aku. Yang menjadi asbab jatuh bangunnya aku. Yang menjadi saksi jatuh bangunnya aku. Ibubapa yang sentiasa mendoakanku, keluargaku tercinta, para doktor, para dokturah, para pegawai, ahli organisasi MTP, ahli RNSK, sahabat handai, adik junior dan senior, guru tutor,  mereka yang pernah kenal kemudian hilang, mereka yang pernah bertemu dan berpisah.., argh, terlalu ramai jika ingin disebut satu persatu nama. Cukuplah, mereka tahu, mereka adalah salah satunya.

Dan yang kusayangi, dari sebelum ada ikatan yang sah sehingga menjadi nadi aku berdenyut, sayangku suamiku, Mohd Faiz. Terima kasih kerana wujud dalam kehidupanku..

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Done with this chapter. And another chapter waiting. Yang lebih tough dan lebih mencabar. Semoga dia, aku dan jr dapat menempuh cabaran yang bakal mendatang ini. Amin Ya Allah...

Permudahkan segala urusan Ya Allah.. 😍😘


MUST REMEMBER

Daisypath Anniversary tickers Daisypath Anniversary tickers Daisypath Vacation tickers Daisypath Anniversary tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

 

KALAM ILMU...

=> Ketahuilah bahawa kamu akan diperbuat sepertimana kamu membuat.
=> Imam Syafie pernah berkata, "Tidak akan mulia orang yang mengangkat diri, dan tidak akan hina orang yang merendah diri.."
=> Hidup mulia, mati syurga.
=> Dusta itu memberi ruang musuh mengambil alih kuasa dan ekonomi. Pemimpin yang tidak mengamalkan Al-Quran menyebabkan berlaku permusuhan sesama sendiri.
=> Akhirat itu di hadapanmu, yang memisahkannya hanyalah selangkah bernama kematian.
~> {Al-Ankabut:57}
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati. Kemudian hanya pada kami kamu dikembalikan.." Sedarlah, detik hadapan tidak menjamin bahawa kita masih hidup. Oleh itu, hargailah detik sekarang dengan menyediakan bekalan untuk dibawa suatu hari nanti. Selalulah ingat Allah, ingat mati, kita semakin hampir kepada-Nya..
=> Sabda Rasulullah s.a.w. "Sesiapa yang mengucapkan LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH akan masuk syurga.."
=>Tinggalkan apa yang meragukanmu, kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu. Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan.
=> Ya Allah, sesungguhnya Engkau yang menjadikan kesenangan, maka permudahkanlah urusan kami Ya Allah.
=>Permudahkanlah jangan menyusahkan, gembirakanlah jangan menyedihkan.

=> Dari Abu Al-Darda.. "Dahulukanlah kedua-dua telingamu daripada mulutmu,, sesungguhnya diciptakan dua telinga dan satu mulut agar engkau lebih banyak mendengar dari berbicara.."
~> Songsonglah hati agar selalu bermuhasabah tentang ikhlas. Keikhlasan itu pentadbirnya adalah hati, maka pastikan hati itu selalu bersih dengan ilmu dan ibadah yang sahih. Hanya kita yang dapat menilai dan menghitung hati sendiri. Hitunglah hati sebelum ia dihitung di hadapan Allah Taala kelak.
=> Salah satu sifat manusia yang hingga kini masih mewarnai pergaulan adalah mereka lebih mudah menceritakan perkara-perkara negatif mengenai orang lain berbanding perkara-perkara yang postif.
=> Kecerdasan akal dan fikiran itu adalah lahir dari cahaya iman yang menyerap di hati, tetapi padamnya ia adalah kerana maksiat yang rela dan berleluasa tanpa dikawal dan dihisab.
=> Tidak sempurna iman kamu jika aku (Rasulullah) tidak dicintai melebihi cinta ibu bapa kamu dan manusia lain.
=> Hidup ini adalah teduhan dan singgahan sementara sebelum kita melangkah ke singgahan dan teduhan yang kekal selamanya. Bersedialah kita untuk menghadapnya kerana kita tidak tahu bilakah saat kita menjadi ahli teduhan selamanya itu.
=> Kata orang arifbillah, semakin jauh perjalanan kepada Tuhan, semakin jahil diri dirasakan.. tapi, bila berasa semakin sempurna maka itu tanda telah ditipu syaitan.
=> Allah memberi dunia kepada sesiapa yang dia suka atau tidak suka, tetapi Allah memberi agama kepada orang yang Dia suka iaitu orang yang beriman.
=> Sebaik-baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain, dan bukan menyusahkan orang lain.
~> Setiap yang kita lakukan bukannya apa-apa, dan kita juga bukannya siapa-siapa, jika bukan kerana besarnya cinta kita kepada-NYA.
=> Dalam hidup ini ada 3 perkara yang paling berharga; Pertama: Allah yang memberi hidayah.. Kedua: Ibubapa yang memberi sokongan.. Ketiga: Masa yang selalu tinggalkan kita tanpa kita sedari. Maka, jagalah ketiga-tiga ini supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
=> Zina itu mengakibatkan banyak wabak penyakit, tipu dalam urusniaga menyebabkan masalah ekonomi, menolak zakat menyebabkan kemarau panjang.
=> Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja kepada nafsu amarah.
=> Firman Allah, "Katakanlah adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu? Hanya orang yang menerima peringatan ialah orang=orang yang berakal."