👩🏻🎓Officially graduated with a Bachelor's degree in Arabic Language and Literature.
Untuk pertama dan selamanya, kupanjatkan kesyukuran dalam hati yang terdalam atas kejayaan ini. Terasa berbaloi usaha selama ini. Penantian ini. Meskipun butuh waktu yang lama. Dan tidak grad on time. Ala kulli hal. Kita semua berjalan dalam zon masa yang telah Allah tentukan oleh kita.
Jerih payah selama ini, bukan biasa. Belajar di Azhar, bak kata mereka, kalau ga kuat, ga usahlah repot2 di sini. Kukira aku kuat ya kerana bertahan selama ini, meski air mata pernah juga tumpah. Ujian demi ujian silih berganti.
Pengalaman disini tak akan pernah aku lupakan selagi mata ini berkerdip. Selagi nafas ini berhembus.
Terima kasih kepada mereka yang sama-sama berada di jatuh bangunnya aku. Yang menjadi asbab jatuh bangunnya aku. Yang menjadi saksi jatuh bangunnya aku. Ibubapa yang sentiasa mendoakanku, keluargaku tercinta, para doktor, para dokturah, para pegawai, ahli organisasi MTP, ahli RNSK, sahabat handai, adik junior dan senior, guru tutor, mereka yang pernah kenal kemudian hilang, mereka yang pernah bertemu dan berpisah.., argh, terlalu ramai jika ingin disebut satu persatu nama. Cukuplah, mereka tahu, mereka adalah salah satunya.
Dan yang kusayangi, dari sebelum ada ikatan yang sah sehingga menjadi nadi aku berdenyut, sayangku suamiku, Mohd Faiz. Terima kasih kerana wujud dalam kehidupanku..
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Done with this chapter. And another chapter waiting. Yang lebih tough dan lebih mencabar. Semoga dia, aku dan jr dapat menempuh cabaran yang bakal mendatang ini. Amin Ya Allah...
Permudahkan segala urusan Ya Allah.. 😍😘
No comments:
Post a Comment