:: Habatus Sauda {Boleh dapatkan di kedai A'dil A'tor bg yang tinggal berhampiran Hayyu Sabi' :: |
:: Habatus Sauda yang saya beli :: |
Habbatus sauda adalah sejenis tumbuhan yang tumbuh di kawasan timur tengah dan Mediterranean. Biji-bijinya berwarna putih dan akan bertukar hitam bila matang. Nama saintifiknya adalah NIGELLA SATIVA. Ia juga dikenali dengan nama Habbatus Sauda (Arab), Kalounji (India), Black Cumin (Inggeris), Jintan Hitam (Melayu) serta banyak lagi.
Habbatus sauda banyak disebut-sebut dalam kitab-kitab lama sebagai penawar pelbagai penyakit. Nabi Muhammad (SAW) telah mengamalkannya sejak seribu tahun dulu. Minyak habbatus sauda juga dijumpai tertanam dengan mumia Tutankhamen di Mesir sebagai ubat.
:: Pokok Habatus Sauda :: |
INFO-INFO MENGENAI HABATUS SAUDA....
Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“ Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah S.W.T “(Riwayat Muslim)
Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda bermaksud:
“ Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan ubat dan penawarnya.”
Jintan hitan diperolehi daripada bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-bijinya berubah menjadi warna hitam. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam makam Firaun Thukankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.
Jintan hitam ini juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk mengubati sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak constant dan 14% minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein, kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY).
Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Namun setelah Ilmuwan Islam menjalani ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka barulah mengakui akan kebenarannya.
Jintan hitam atau Habbatus Sauda atau dalam bahasa saintfiknya Nigella Sativa telah digunakan dikebanyakan negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan namun kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab. Oleh itu, pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.
Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” (Riwayat at-Tirmizi).
Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan Habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”
Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi S.A.W bersabda: “ Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit al-saam. Ditanyakan apa itu penyakit al-saam, beliau berkata al-saam adalah kematian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis-hadis yang disebutkan di atas, maka jelaslah kepada kita akan kelebihan habbatus sauda. Malahan dari segi Perubatan Islam, minyak habbatus sauda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah mampu memulihkan pesakit yang mengalami gangguan jin, syaitan dan sebagainya.
Habbatus sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.
Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bahawa habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebainya.
Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa habbatus sauda mampu untuk meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh adalah untuk memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.
Habbatus sauda juga mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut,. Air tersebut akan berubah menjadi warna kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan adunkan. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.
Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupapening, gangguan pernafasan, dan daya kosentrasi yang menurun. Habbatus Sauda yang mengandungi Saponin, boleh meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh manusia.
Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress. Ini sisebabkan Saponin yang terkandung dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal dan otot tubuh serta saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, dan dapat menghilangkan stress.
Antara pengguan dan manfaat Habbatus sauda ialah:
1. Ditumbuk dibuat adunan dan dicampur dengan madu. Diminum setelah dicampurkan dengan air panas sebagai rutin harian. Ia dapat menghancurkan batu ginjal dan batu kandung kencing, memperlancar air seni, haid dan asi.
2. Diadun dengan air tepung basah atau tepung yang sudah dimasak. Ia bolah mengeluarkan cacing dengan lebih cepat.
3. Minum minyaknya kira-kira sesenduk setelah dicampurkan dengan air. Ia dapat menghilangkan sesak nafas dan penyakit yang sejenis dengannya.
4. Dimasak dengan cuka dan dipakai untuk berkumur-kumur bagi mereka yag sakit gigi.
5. Digunakan sebagai pembalut dicampurkan dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan habbatus sauda yang masih belum diketahui. Moga kita bertambah yakin terhadap Islam dan perubatan Islam. Wallahu’alam.
:: Kapsul Habatus Sauda :: |
Saya telah mencubanya... anda bila lagi??
Copy paste dari sumber:
Habatus Sauda 1
Habatus Sauda 2
Habatus Sauda 3
No comments:
Post a Comment